Monday, May 28, 2012

KAMERA DSLR


Cara Memegang Kamera DSLR (Part 1)




Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh dan tidak gegar.
Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLRsahaja. Untuk Part 2 nanti, saya akan berkongsi Cara Memegang Kamera Compact pula…
Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.
Basic Pegang DSLR
Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas. Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR ketika memegang.
Cara Lain Untuk Pegang DSLR
Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah. Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.
Cara Pegang DSLR Yang Salah
Elakkan memegang DSLR dengan cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.
Ini juga cara yang salah ketika memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar. Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan kiri dibawah lens DSLR.
Cara Pegang DSLR Secara Menegak
Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara dibawah.
Cara yang sebelah kiri ini adalah kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan yang tidak stabil disitu…
Kedudukan Kaki
Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.
Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah
Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.
Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.
Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan
Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar. Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap
Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan kamera mesti kukuh.
Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah. Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.
Ok, dibawah ini pula terdapat satu video yang menerangkan cara memegang DSLR yang menggukan lens yang besar dan panjang. Jadi, jom kita tonton video dibawah untuk tambahkan lagi pengetahuan kita, ya~
Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar,elakkan dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter release dan hembus nafas selepas tangkap gambar.
Ok, itu saja untuk kali ini. Untuk pengetahuan, segala ilmu yang saya sampaikan ini, saya ambil dari;

Wednesday, May 23, 2012

AWASLAH KAU SANG TOBEK !!!

Ini kali pertama aku begitu berkira-kira tentang hari ulang tahunku yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mungkin kata orang aku ini buang tabiat. Kalau tahun dulu-dulu aku tidak pernah ambil tahu sangat tentang hari ulang tahun, tetapi  tahun ini disaat usiaku menjengkau lima puluhan, tiba-tiba aku seakan-akan berada di kamar penghayatan yang emosional. Sebenarnya tidak ada yang istimewa, kerana memang aku termasuk golongan orang yang tidak pernah dan memang tidak suka merayakan hari lahir dengan hal – hal yang istimewa.

Kali ini, jika ada yang istimewa, itu bukan kerana tempat atau acaranya melainkan usia 50an nya itu yang menurutku istimewa. Kenapa istimewa ?

Pertama, pada usia 50an berdasarkan hasil permaufakatan dan ijtimak pemuda, aku sudah begitu jauh melampaui meter kategori pemuda lagi. Untuk itu sedarlah kau wahai Sang Tobek, bahawa nyatalah kini kau tidak muda lagi, ertinya jika selama ini masih ada hal – hal yang kurang baik yang engkau lakukan maka tinggalkanlah. Pola fikir, ucapan , sikap dan tindakan mestilah bertambah kualitinya positif seiring dengan bertambahnya usia kamu.

Kedua, banyak yang mengatakan bahawa jika usia 50an seseorang belum mampu berubah ke arah yang lebih baik, maka adalah sangat tipis kemungkinan akan berubah sampai ajal datang menjemput kita. Oleh sebab itu wahai Sang Tobek, jadikanlah momentum hari  ini sebagai hari kebangkitanmu dengan cara memperbaiki kualiti diri terutama Iman dan amalmu terhadap Rabbi. Sedarlah segala perkara berkaitan Dunia bakal ditinggalkan, hanya menunggu detik dan waktu. Ingatlah, bahawa sebaik – baik bekal menuju ke alam abadi adalah Taqwa. Disisa usia yang ada, pergunakanlah sebaik – baiknya untuk peningkatan kualiti hubungan sesama manusia (hablum minannas) dan hubungan dengan Allah (hablum minallah).

Disini, dikamar penghayatan ini aku merenung, bertanya pada diri sendiri, apakah aku masih boleh lebih baik dari hari ini ? Apakah dosa dan salah yang aku lakukan selama ini boleh tertutup dengan kebaikan (jika ada) yang pernah aku lakukan, baik kepada keluarga, sahabat, tetangga dan lainnya ? Bagaimana hubunganku dengan Allah, sang pencipta? Bagaimana tanggungjawabku sebagai anak ? Bagaimana tanggung jawabku sebagai seorang suami dan sebagai seorang ayah? Begitu banyak persoalan yang muncul dan ketika hati kecilku menjawab dengan jujur, ternyata dalam 50an tahun usiaku, masih banyak kesalahan yang aku lakukan, begitu banyak dosa yang sudah kuperbuat, kepada orang tua, keluarga, teman, sahabat dan kepada Allah SWT.

Ya, Rabbi, Ya, Rahman, ampuni aku ya Allah, ampuni segala dosa – dosaku. Begitu sering aku mengabaikan perintah-Mu, begitu sering aku melanggar larangan-Mu. Maafkan aku ibu dan ayah (walaupun sudah lama kau tiada), dulu,aku kekadang membantah, kalau engkau menyuruhku, aku selalu mengatakan : nantilah. Sebagai anak, aku tidak patuh padamu. Maafkan aku isteriku, kekadang aku marah, bahkan membentakmu. Maafkan Ayah anakku, kadang ayah menyakitimu, keinginan ayah untuk melihat engkau tumbuh sebagai orang yang sempurna membuat ayah kekadang berlebihan dalam mendidikmu. Maafkan aku teman, kadang dalam canda ada hati yang tergores, mungkin juga kebohongan yang tidak perlu. Maafkan aku, tanpa maaf kalian semua, maka tiada ampunan dari Allah buatku. Sekali lagi maafkan aku.

Maafkan aku.


Image Detail

MENGHITUNG HAYAT.


Sudah kupeluk
sudah kucium
sudah banyak derai airmata
menghitung denyut nadi
hingga malam hampir menutup siang.

Tlah kuharungi deburan ombak hidup
dan kutampung semua derita sekudratku
dalam lemah dan lemas
alam yang luas ini
sesekali tenggelam punca
dan kekadang sedih menyentakku
tanpa senyum
di saat mentari menghirup embun terakhir.

Pada semua,
kalau mungkin aku ni berdosa
setelah pernah kita bermaaf
ampuni aku
mungkin kerana aku tidak tahu membaca wajah laut
menguris wajah pasir
kala aku ingin mengenggam angin
buat menghalau awan hitam.

Aku di sini,
dalam kamar penghayatan
tiga perempat perjalanan menuju pelabuhan
mengungkap semua usia hidup
suka dan duka
membangun mimpi dan realiti
setelah datang dengan penuh berani
ke dunia ini.

Aku telah lama dan jauh
musafir dan berkelana.

Hari ini,
bagai menanti siang memanggil malam
aku bermohon pada Mu
Menghampar diri di persada Mu,
Ya, Rabbi, Ya, Rahman
santuni dan ampunilah daku yang tidak berdaya ini,
Amien.

by: Tobek

Tuesday, May 22, 2012

CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!!


MUDAHNYA!!!


Jom, Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah untuk semua umatnya. Ada dua perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan untuk umatnya iaitu Al-Quran dan juga Sunnahnya  untuk diamalkan.

Realitinya, berapa kali sehari kita membaca Al-Quran ?

Pahala membaca Al-Quran adalah setiap huruf diberikan 10 pahala.

Di sini ada tip yang boleh dikongsikan bersama iaitu cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan sebuah formula matematik yang sangat ringkas. Dengan formula ini kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran dengan cepat.

Jom  kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 berada di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 ( 4 x 2 = 8 )
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 berada di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2  (9 x 2 = 18)
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 (22 x 2 = 44)
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.

Subhanallah, memang menakjubkan .

Jadi, selamat mencuba dan,

SELAMAT MEMBACA AL-QURAN.

Saturday, May 19, 2012

5 PETUA HILANG BATUK DAN KAHAK



1.
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.
2. 
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum
3. 
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…
4. 
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.
Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu
5. 
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam
Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).


Proton Preve Hatchback



Sekarang ada rumours baru mengenai kereta Proton Preve versi Hatchback.Cuba, try, acu, tengok gambar Proton Preve Hatchback di bawah ni.. Nampak cum  jugak.
Preve Hatchback side 860x516 Gambar Proton Preve Hatchback
Preve Hatchback rear 860x516 Gambar Proton Preve HatchbackPreve Hatchback front 860x516 Gambar Proton Preve Hatchback
sumber: paultan.org

Wednesday, May 16, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SMK AYER LANAS

Rabu (16/5/2012): SMK Ayer Lanas telah mengadakan sambutan Hari Guru bertempat di Dewan Besar SMKAL. Sambutan tersebut dimulai dengan perarakan bunga manggar para guru ke Dewan Besar. Antara acara lainnya ialah, pembacaan ikrar, nyanyian lagu guru, pertunjukan silat oleh pelajar Pra U Lanas, dan acara pemotongan kek hari guru.
                        Berikut adalah gambar suasana sambutan Hari Guru SMKAL 2012.

Sebelum perarakan ke dewan besar SMKAL
Para guru diarak ke dewan besar
Di dalam besar

Selamat Hari Guru...

Tekun mendengar amanah hari guru

Menyanyi lagu tema Hari Guru


Pertunjukan silat
Iyaaaaaaahhhhh....
Awas!!! lu langsi, lu mati...


Acara pemotongan kek selamat Hari Guru dimulai dengan Pengetua SMKAL (tengah) 

- S E L A M A T  H A R I  G U R U -



Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU.



Pelbagai bentuk dunia yang telah diciptakan oleh Guru pada generasinya. Menghormati dan menyayangi kenormalan dan keabnormalan. Dan, Guru pun kadang trenyuh sendiri merengkuh dunianya. Begitu begini... yang pasti, biar aku lontar kata gemala sakti : SELAMAT HARI GURU.

 Demi generasi yang  bangun atas dasar pernghormatan dan kasih sayang terhadap segala bentuk perbezaan, kekurangan, kelebihan dan keabnormalan. Tetapi apa yang menjadi kekhuatiran jika generasi ini tergerus oleh waktu dan kejamnya peradaban. Guru boleh buat apa? Sempurna semua tugas, tuntas semua bakti. Hari ini adalah masa-masa guru tersenyum menerima bunga. Seperti sebuah simbol rasa cinta dan wewangi di pekuburan.

SELAMAT HARI GURU.

Sunday, May 13, 2012

XCDEN


AKIBAT MENGANTUK.

JEDUK (13/5/12):  Akibat pemandunya yang mengantuk, sebuah kereta Viva tanpa belas kasihan telah menghentam sebatang tiang letrik hingga patah dua. Mujurlah nyawa pemandu dan penumpangnya terselamat dan mendapat cedera sikit saja. Jelasnya, trauma yang amat sangat. Kejadian berlaku di selekoh Nibung, dekat Bukit Bunga, Tanah Merah, sekitar pukul 2.30 petang (Ahad : 13/5/12)



BERINGAT SEBELUM KENA, BERJIMAT SEBELUM HABIS.

Tuesday, May 8, 2012

MAJLIS PENDAFTARAN PRA U LANAS 2012/2013


SMK AYER LANAS (Selasa -8/5/2012): Majlis pendaftaran pelajar-pelajar baru Pra U Lanas telah berlangsung pagi ini (Selasa) di Dewan Besar SMK Ayer Lanas dalam suasana yang cukup ceria. Berdasrkan senarai,  lebih kurang 300 orang pelajar dari 5 buah sekolah iaitu SMK Kuala Balah, SMK Batu Melintang, SMK Jeli, SMK Bukit Bunga dan SMK Ayer Lanas telah menerima tawaran untuk belajar di tingkatan 6 di Pusat Pra U Lanas. Dari jumlah tersebut, seramai  lebih kurang 170 telah telah mendaftar untuk belajar di sini setakat jam 12 tengahari tadi.

                                Bagi pelajar yang telah berjaya mendaftar diucapakan tahniah dan selamat datang ke dunia baru. Mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Majlis (MPM), pada hari Rabu (9/5/2012) bermulalah program pertama, iaitu program suaikenal pelajar baru.


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jeli merasmikan majlis pendaftaran.

Semuga semuanya berjalan lancar.

Taklimat oleh GPK Ting. 6 En. Rozali Muda.

Pelajar baru sedang mengisi borang...
Pendaftaran bermula.
Tn. Haji Ahmad Nazori (guru ting. 6) sedang melayani seorang bapa pelajar.

Khusyuk mendengar taklimat.
Daftarlah dulu...
Wajah-wajah ceria mewarnai majlis pendaftaran.
Aku rasa ok dah...
Antara tenaga pengajar Pra U Lanas yang punya komitmen tinggi.


SELAMAT MAJU JAYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...