Tuesday, January 31, 2012

UST. AZHAR IDRUS DI SISI BERBEZA


Menarik !!Ust. Azhar Idrus Yang Jarang Kita Dapat Lihat



Sama seperti hamba-hamba Allah yang lain juga,...Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengharungi kehidupan hariannya seperti biasa..tiada protokol..tiada batasan ini dan itu..semestinya tidak menyalahi hukum syarak.

Sesetengah mereka yg waraq akan sentiasa memberikan pandangan yg tidak menyokong dengan penampilan dan cara Al Fadhil menyampaikan dakwahnya.

Begitulah sifat orang yg merasakan segala tingkah laku dan perbuatannya di terima Allah Ta'ala..mereka rasakan ilmu yang mereka ada sudah cukup hebat untuk berkata ini dan itu.

Ada juga  yang mengatakan walaupun ramai yang hadir dalam kuliah Al Fadhil Ustaz, bila pulang ke rumah mereka tidak mendapat apa-apa pengajaran dan mereka tidak akan berubah, sama seperti biasa,...yang mereka dapat hanya  ketawa dan kegembiraan semata..Apakah benar begitu wahai saudara-saudara semua?

Mereka lupa, mereka lalai akan rahmat Allah, mereka lupa akan hidayah Allah yang maha luas. mereka juga lupa bahawa dengan rahmat Allah jugalah kita di masukkan ke syurga.

Zaman boleh berubah, cara penyampaian dakwah juga boleh berubah, "JANGAN HUKUM-HAKAM ALLAH DI UBAH-UBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA DAN SELERA." Kita boleh beriri hati untuk berbuat lebih baik dari itu, jangan  iri hatikan terhadap kejayaan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mendekati anak-anak muda dan mendekatkan mereka dengan ISLAM ALLAH S.W.T..
TAKBIR!

Sumber : Facebook JKKK Fan Club

Sunday, January 29, 2012

BAJU KORPORAT PELAJAR PRA U LANAS

ACARA  MENGUKUR SAIZ BAJU PELAJAR-PELAJAR
- Hari pertama persekolahan, selepas Hari Raya Cina adalah aktiviti mengukur saiz baju korporat bagi
 pelajar-pelajar Pra U Lanas. Impian pihak pengurusan adalah ingin melihat penampilan para pelajar  lebih hebat,segak dan berwawasan.

 Lihat, kami pun hebat...
 Cantik kan...kan..kan...
Besar tu!!!!
 Malu nak try wehhhh....
 Ini contoh designnya...tapi warna merah tukar jadi purple... sure cum.

Saturday, January 28, 2012

INDAHNYA KEMATIAN...

Kematian itu Indah...




Kematian itu Indah, bagi siapa sahaja yang meyakini Allah adalah Penguasa semesta alam, para Nabi dan RasulNya, MalaikatNya, KitabNya, hari akhirat, segala ketetapan Allah, mereka (muslimin) yang berjalan diatas kebaikan, sehinga kematian adalah waktu yang dinanti-nanti.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kalian mati melainkan dalam keadaan muslim (berserah diri)”. (QS. Ali Imran : 102)
Ada sebuah percakapan menarik antara seorang Ustaz dengan Jama’ahnya. Ustaz bertanya kepada Jama’ahnya, “apakah anda semua ingin masuk surga?”
Semua Jama’ah menjawab dengan penuh keyakinan, “Yaaa”.
Ustaz bertanya lagi, “Apakah anda semua ingin mati hari ini?”
Tidak ada satu pun yang menjawab, atau bahkan seorang pun tidak ingin mati.
Dengan tersenyum, Ustaz itu berkata, “Jadi, bagaimana kita akan pergi ke syurga, jika kita tidak pernah mati”. Ustaz melanjutkan dan bertanya, “Apakah anda semua ingin saya berdo’a untuk panjangnya umur hidup anda semua?”
Dengan yakin Jama’ah menjawab, “Yaaa”.
Ustaz bertanya lagi, “Berapa lama anda semua ingin hidup? seratus tahun? dua ratus atau  seribu tahun?”
Bahkan orang-orang yang berusia 80 tahun sudah tampak aneh, apalagi mereka yang berusia lebih dari seratus tahun.
Pertanyaan belum berakhir, Ustaz masih mengajukan pertanyaan, “Apakah anda semua mencintai Allah?”
Jawaban para Jama’ah tentu sahaja “Yaa”.
Ustaz mengatakan, “Biasanya ketika seseorang jatuh cinta, dia akan selalu rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, tidakkah anda semua rindu untuk bertemu dengan Allah?”
Semua diam, tidak ada yang menjawab.
Kebanyakan dari kita merasa ngeri bila membicarakan kematian. Melupakan pembicaraan tentang itu, bahkan kita tidak berani membayangkannya. Hal itu kerana kita tidak mempersiapkan diri kita untuk peristiwa setelah kematian (akhirat). Padahal, sama ada kita mempersiapkannya ataupun tidak, pasti kita akan melalui kematian. Siap atau tidak siap, kematian pasti akan datang menyambut kita. Daripada selalu mengelak, alangkah lebih baik mulai sekarang kita berusaha untuk mempersiapkannya diri kita untuk menghadapi kematian.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (QS. Al Anbiyaa: 35)
“Di mana sahaja kamu berada, niscaya kematian akan menemukanmu, walaupun kamu bersembunyi di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (QS. An-Nisa`: 78)
Kesimpulan dari kehidupan manusia adalah sebuah perjalanan kembali menuju kepada Allah. Dalam perjalanan singkat ini, ada yang kembali dengan selamat, tetapi ada juga yang jatuh ke dalam neraka. Kebanyakan diantara kita terlalu sibuk dengan urusan dunia bahkan sampai ke titik bahawa dunia ini adalah kehidupan sebenarnya, lupa bahawasannya dunia ini hanyalah tempat persinggahan untuk mencari rumah sebenarnya (akhirat). Keindahan dunia membuat kebanyakan manusia terlena dan tertidur lelap menapaki jalan kehidupan ini.
Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta bermegah-megahan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan- Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (QS. Al- Hadid: 20)
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa salam pernah besabda bahwa orang yang paling cerdas adalah orang yang  selalu mengingat kematian, “Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya. Mereka itulah orang-orang cerdas. Mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat’.  (HR. Ibnu Majah).
Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang yang sekedar lewat (musafir).” (HR. Al-Bukhari)
Dengan kata lain, orang yang paling cerdas adalah barangsiapa yang memiliki visi yang jauh ke depan. Dengan selalu mengingat visinya dan tujuan hidupnya, dia akan selalu bersemangat dalam setiap langkah yang ditapakinya. Visi hidup seorang muslim adalah untuk kembali dan bertemu dengan Allah. Kerana itu dia merasa, saat kematian adalah saat yang paling indah kerana dia akan segera bertemu dengan kekasih yang telah dia sangat dirinduinya.
Terkadang kita takut menghadapi kematian kerana kematian akan memisahkan kita dengan orang-orang dan sesuatu yang kita cintai. Orang tua, suami/ isteri, anak-anak, saudara-saudara, harta, ini menunjukkan bahawa kita mencintai mereka lebih daripada Allah. Jika kita benar-benar mencintai Allah, maka kematian itu seperti undangan yang penuh kasih dari Allah.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang senang bertemu Allah, maka Allahpun senang untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa tidak senang bertemu Allah, maka Allah pun benci untuk bertemu dengannya”. ‘Aisyah bertanya,”Wahai Nabi Allah! Apakah (yang dimaksud) adalah benci kematian? Kita semua benci kematian?” Rasulullah menjawab,”Bukan seperti itu. Akan tetapi, seorang mukmin, apabila diberi kabar gembira tentang rahmat dan ridho Allah serta SyurgaNya, maka ia akan senang bertemu Allah. Dan sesungguhnya, orang kafir, apabila diberi kabar tentang azab Allah dan kemurkaanNya, maka ia akan benci untuk bertemu Allah, dan Allahpun membenci bertemu dengannya”.
Meskipun demikian, kita tidak boleh meminta untuk mempercepat kematian kita, tidak membunuh diri tanpa alasan dan tujuan yang dibenarkan syair’at. Kematian yang sia-sia tanpa sebab yang jelas malah akan menjauhkan kita dari Allah. Bunuh diri tanpa alasan dan tujuan yang benar adalah salah satu bentuk keputusasaan dari rahmat Allah, menginginkan untuk segera menemui ajal hanya kerana kesulitan dunia menandakan bahawa kita ingin melarikan diri dari kenyataan hidup.
“Tidak boleh salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian, tidak juga berdoa agar segera mati sebelum kematian itu menjemputnya. Ketahuilah, sesungguhnya apabila salah seorang di antara kalian meninggal, terputuslah amalnya. Sesungguhnya seorang Mukmin tidak bertambah umurnya kecuali hal itu akan menjadi baik baginya”. (HR Muslim)
Kematian yang baik adalah mati dalam upaya untuk membawa kebaikan bagi kehidupan, mati dalam upaya untuk mewujudkan cita-cita terbesar, iaitu untuk perdamaian dan kesejahteraan ummat manusia, sebagaimana para Nabi terdahulu dan Rasulullah serta para sahabatnya dan para pengikut Rasulullah yang telah syahid di jalan Allah.
Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke istana-istana yang baik di syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (QS. Ash-Shaff: 12)
Akhirnya, orang-orang yang diselamatkan (masuk syurga) adalah mereka yang menyedari bahawa semua kekuasaan dan kekayaan adalah sarana untuk kembali kepada Allah. Tubuh mereka mungkin bermandikan darah, keringat, dibanjiri air mata, bekerja keras untuk menaklukkan dunia tetapi hati mereka tetap terikat untuk yang dicintai, yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal yang terpenting adalah, bagaimana kita dapat berusaha keras, berfikir cerdas dan memiliki hati yang tulus.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya.” (QS. Al Kahfi: 107-108)
Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. ” (QS. Al Muthaffifin: 26)
Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niat, dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai niatnya.”(HR. Bukhari dan Muslim)
Wallahu a’am..
(siraaj/arrahmah.com)


Friday, January 27, 2012

BILA DAH OVERLOADED....

Beginilah Jadinya... 
Jom kita layan photo -photo nih..





















Semuanya ini adalah demi kehidupan. Kemiskinan dapat mencipta pelbagai inovasi walaupun terpaksa melawan apa semestinya.
Jadi, bersyukurlah jika kita tidak berada dalam situasi tersebut dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Kaya.

PENINGKAN KEPALA DENGAN ILUSI HEBAT

COOL ???  ATAU ... SERABUT WUUT???



Great Illusion

Great Illusion

HAHAHAHA....HEHEHEHE....CITKONET..CIKONET..NIH...

Hotel Anti Disaster, Mimic of Noah's Ark.

KONSEP  HOTEL  BERSTRUKTURKAN  BAHTERA  NABI  NUH
Hotel Ark ini dibina oleh  Russia-based architectural firm Remistudio . 
Hotel ini menggabungkan beberapa elemen seperti api, solar dan sebagainya. 
Seni bina hotel ini cukup menakjubkan.           











Sumber : www.ohalkisah.com

COMIC ABOUT ISLAM







sumber:gempaq.org

Monday, January 23, 2012

TAHUN 1433H (2012M) :PENEMUAN MENAKJUBKLAN DARI SURAH AR-RAHMAN

 PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H 
(2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession".

Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran

Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;

13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77

dan jumlahnya

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433

merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

Dan paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada pada 1433H dan apakah Allah mahu menunjukkan suatu kejadian pada tahun ini (2012M) ? Kejadian yang tak tergambar dalam otak manusia, akan dahsyatnya ? sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran.

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).

Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.

Apakah Peristiwa Itu ? Apakah peristiwa penting itu ?

Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.

"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.

"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam.
sumber:gempaq.org

Friday, January 20, 2012

Thursday, January 19, 2012

Acara Bulanan:'POT LUCK' FORM SIX STAFF ROOM

 Jom make...
 Buat kerija masing-masing...
 alamak!!! hello...
 You all listen to me now...
 Gapa dio tu ????
You must listen 2 me 2...hehehehe.


Monday, January 16, 2012

30 Laman Paling Berbahaya Di Dunia

Berhati-hatilah dalam browsing atau membuka laman-laman tertentu yang belum jelas. Kerana di dalamnya mungkin mengandungi virus-virus berbahaya yang akan merugikan kita. Berikut adalah laman sesawang paling kotor di dunia, di laman tersebut banyak terdapat bermacam-macam virus yang menyebabkan hp/pc anda rusak. Silakan menyimak :

1. 17ebook.com
2. aladel.net
3. bpwhamburgorchardpark.org
4. clicnews.com
5. dfwdiesel.net
6. divineenterprises.net
7. fantasticfilms.ru
8. gardensrestaurantandcatering.com
9. ginedis.com
10. gncr.org
11. hdvideoforums.org
12. hihanin.com
13. kingfamilyphotoalbum.com
14. likaraoke.com
15. mactep.org
16. magic4you.nu
17. marbling.pe
18. krnacjalneg.info
19. pronline.ru
20. purplehoodie.com
21. qsng.cn
22. seksburada.net
23. sportsmansclub.net
24. stock888.cn
25. tathli.com
26. teamclouds.com
27. texaswhitetailfever.com
28. wadefamilytree.org
29. xnescat.info
30. yt118.com
 
sumber:http://indo-webmaster.com/showthread...2864#post12864

Berjogginglah Untuk Kesihatan!!!


Tak akan berhenti hingga komputer k.o.

Friday, January 13, 2012

Kaka Masuk Islam ?


Heboh di suatu Facebook  berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.

Berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.
sumber: HM online

Wednesday, January 11, 2012

MAJLIS PERPISAHAN PK I SEK. MEN. KEB. AYER LANAS.

Kelab warga SMK Ayer Lanas dengan kerjasama semua pihak termasuk pelajar telah mengadakan Majlis perpisahan PK I Sek. Men. Keb. Ayer Lanas yang bertukar ke Sek. Men. Keb. Kuala Krai sebagai Pengetua di sekolah tersebut. Majlis ini berlangsung di Dewan Besar SMK Ayer Lanas . Pelbagai acara berlangsung untuk meraikan pemergian PK I tersebut.
Beliau memulakan tugas sebagai pengetua SMK Kuala Krai bermula pada awal Januari tahun 2012.

 Jasamu dikenang...
 SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU...

 Kenangan mengusik jiwa...
 Bertemu dan berpisah, adat kehidupan...
 Cikgu, kau selalu di hatiku...
 Tepuk dada, tanya rasa...
Hai...hai.. bye...bye.. aku berlagak aje..hehehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...