Thursday, November 7, 2013

MENGULIK DI HUJUNG SENJA.


“Jika anda berada di waktu senja , jangan menunggu pagi , dan jika anda di waktu pagi  janganlah menunggu waktu senja. Manfaatkanlah masa sihat,  sebelum datang masa sakit dan waktu hidup sebelum datang kematian.”

       Setiap detik - waktu terus berputar dan beredar. Masa tetap terus berlalu tidak pernah berhenti apatah lagi undur kebelakang. 
      Sesungguhnya, apabila kita membicarakan tentang masa, kita seolah-seolah membicarakan sesuatu yang misterius, penuh rahsia, hingga syaidina Ali pernah berpesan bahawa masa itu ibarat pedang bermata dua, bila kita pandai memanfaatkannya maka kita akan selamat tetapi apabila sebaliknya, maka kita akan terlindas olehnya…
      Begitu cepat sekali masa berlalu, hingga termasuk detik  ini, seiringan masa semuanya juga sudah berubah. Aktiviti kita sekarang ada beberapa yang berubah, ada juga yang bertambah baik…alhamdulillah...atau bertambah teruk... nauzubillah... semua seiring dengan berubahnya masa (dan tentunya bertambahnya peranan).
      Langkah-langkah baru mulai di atur kembali, mungkin langkah yang tidak akan sama ketika dahulunya masih sendiri. Kerana waktu ini ada langkah berbeza yang akan mengiringi langkah ini, ada langkah lain yang sentiasa menjaga dan bertanggung jawab terhadap langkah ini.
     Tidak salah bila Allah memberikah naluri pada manusia. Allah berikan salah satunya adalah naluri mempertahankan diri (ghorizatul baqa’), tetapi yang akan jadi tanggungjawab kita adalah bagaimana kita memenuhi naluri tersebut, sesuaikah dengan aturan dan jalan skripnya ataupun tidak.
    Dulu-dulu aku punya mimpi… tetapi sekarangpun aku masih mempunyai mimpi.. terkadang aku masih rindu dengan mimpi yang di bangun dulu, tapi kembali menyedarkan diri bahawa mimpi aku sekarang jauh lebih luar biasa, lebih gah …. aku yakini mimpiku itu tidak  di ambil/di hilangkan, tetapi di tukar dengan mimpi yang lebih indah 
      Suatu senja di sebuah taman,  tempat yang suasananya akan selalu aku rindukan. Semuanya kini sudah samar-samar. Siang sudah meniti di bibir malam, tandanya suatu hari sudah berlalu pergi menandakan usiaku... kepenghujung perjalanan... 
    Seandainya kita mengaku sebagai muslim yang sejati, penghujung segala perjalanan adalah Syurga iaitu kampung halaman manusia yang bertakwa. Seorang yang berakal tentu merindukan kampung halamannya yang penuh dengan kenikmatan. Oleh itu, dunia ini bukanlah tempat tinggal yang sebenarnya. Kita di dunia berkedudukan seperti mimpi asing di siang hari. Sebagai permainan mimpi, kita semestinya tidak terpedaya dengan kehidupan dunia dan kita lupa akan kampung halaman yang sebenarnya.
    Kita tidak akan dapat kembali ke kampung halaman yang penuh dengan segala kenikmatan, selagi kita tidak beramal dengan amalan yang menjadi syarat untuk kita dapat kembali. Terma dan syaratnya untuk kita adalah sentiasa menghadirkan hukum syariat di lubuk hati dalam setiap keadaan dan seterusnya melaksanakan konsekuensi hukum tersebut.    
      Waktu yang berlalu, SEANDAINYA kita lalai dan terjerumus dalam dosa, kita hendaklah segera istighfar dan bertaubat sehingga keadaannya lebih baik dibanding sebelum berdosa. Itulah kita, iaitu manusia yang dapat kembali ke kampung halaman yang penuh limpah kenikmatan dalam keadaan yang paling luhur.

Wassalam.

UNTUK SIAPA CUTI ITU?


Cuti penggal persekolahan bermula bermula pada 15 November ini...Sebenarnya,keseronokan cuti itu bukan sahaja dirasai oleh pelajar, malah ibu bapa pun turut serta merasai bahangnya, ingin menggunakan kesempatan yang ada untuk merapatkan ukhuwah serta merapatkan tali kekeluargaan bersama anak-anak. 

Pasti ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek yang telah lama tidak bersua. Tidak kurang juga yang makan angin di luar negara. Dan yang lebih baik,  menggunakan peluang yang ada untuk pergi menunaikan umrah. TAHNIAH!! 


CITA RASA YANG BERLAINAN


Setiap orang punya cita rasa dan cara tersendiri untuk meraikan cuti yang ada. Mungkin ada yang hanya duduk di rumah. Tidak mengapa, bagi anak-anak, menolong ibu bapa di rumah pun suatu perkara yang berfaedah. Terserah pada kita untuk memanfaatkannya, untuk apa dan siapa.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas ra, Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 



“Dua nikmat yang ramai  manusia tertipu, nikmat sihat dan waktu lapang.”
(Riwayat Bukhari). 




CUTI ITU UNTUK SIAPA?

Mungkin kelihatan agak ganjil bunyinya soalan di atas. Untuk siapa kita abdikan masa cuti yang kita ada, terutamanya waktu kita sihat sebelum sakit dan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk  ini??? ALLAH??.

Tidak salah bagi  seorang ayah mahupun ibu yang ingin meluangkan masa cuti yang ada bersama-sama anak-anak, tetapi niatkannya adalah kerana Allah. Ataupun seorang sahabat yang ingin beriadah mahupun bersantai bersama teman-teman, jangan lupa niatkan kerana Allah. Niatkan segala amalan dan pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah dan hanya untuk Dia. Pastinya, masa yang berisi itu akan menjadi 'saat yang berpahala'

Jangan biarkan masa itu berlalu dengan percuma. Rancanglah segala sesuatu aktiviti berfaedah untuk mengisinya. Masa itu ibarat sebilang pedang yang tajam, kita  harus menggunakannya dengan betul. Sebelum mata pedang itu dilibas, kita harus berfikir sejenak agar libasan yang dihasilkan nanti akan membunuh musuh yang sebenarnya, bukan sekadar layak menjadi pedang yang indah terselit dalam sarungnya.

Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari daripada dua perkara yang penting, iaitu dosa dan pahala. Kita sebagai manusia diberi pilihan untuk mengambil yang mana. Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kirimu. Perlu diingat, perkara berpahala itu adalah meraih redha Ilahi dan sebaik-baik tempat insan yang diredhaiNya adalah syurga . Begitu jua sebaliknya. Segalanya atas kehendak Yang Maha Kuasa. 

                                  "Hakikatnya, Syurga Pilihan Kita dan Bukannya Neraka"



   Selamat bercuti dan manfaatkannya untuk meraih redha Allah swt.

Wassalam.


Thursday, October 31, 2013

JAMUAN PERPISAHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAU LANAS.

            Bertempat di Restoran Tandoo, Ayer Lanas, (Isnin : 28 Okt. 2013) Majlis Perwakilan Pelajar Pra U Lanas telah mengadakan jamuan perpisahan dan penyerahan tugas untuk MPPU 2013/14. Majlis berlangsung sederhana tetapi meriah. Acara dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Penyelia Kanan Pra U Lanas, En. Rozali Muda. Seterusnya majlis peryerahan tugas, dan bergambar bersama exco-exco MPPU Lanas 2012/2013. Acara yang disertai seluruh tenaga pengajar dan pelajar Pra U Lanas itu di akhiri dengan jamuan makan besar dan cabutan bertuah.

             Kepada semua exco MPPU Lanas 2012/13 dan 2013/14, kami para tenaga pengajar Pra U Lanas mengucapkan selamat memulakan tugas baru dan berjaya dalam peperiksaan semester 1 dan semester akhir STPM 2013.
Ex Presiden MPPU Lanas menerima penghargaan...
                                                     Ini saja-saja nak nayang, HEP Pra U Lanas
Exco MPPU Lanas 2012/13

 Tunggu dulu...
 Geng 6 atas control cute...
 Geng 6 rendah, control gamaknya...
 Cikgu Lah Germang....kontrol macho...
 Yum..yum...ingat diabetis dan kolestrol terr...
 Meja pibg, polis, dan pk...
 Cikgu Lias, Penasihat MPPU Lanas...
  Cg. Nazori dan Zainal Faiz terrr...
 Grup 6 atas 1 terr.. tungguuuuu...
 Cg. Lan, Radzi,n Lah....

#SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN# 
#SEMUGA BERJAYA #

Tuesday, October 29, 2013

KISAH DETIK PENCIPTAAN PEREMPUAN.


Saat, minit dan jam berputar.
Hari berganti minggu. Minggu bertukar bulan.
 Semuanya berlalu cepat  pergi. Segala terasa baru semalam. Waktu persekolahan begitu
 cepat berlalu. Kini tinggal beberapa hari saja lagi, tempoh persekolahan untuk tahun 2013
 akan tamat. Sekolah akan bercuti panjang. Cuti akhir tahun. Tetapi bagi pelajar-pelajar
 tingkatan lima dan enam, mereka bakal berdepan dengan peperiksaan yang
 akan menentukan masa depan
 kerjaya mereka. 

Di ruang kesibukan ini,
 marilah bersama kita tatapi, seterusnya mengambil sedikit
 iktibar dari suatu kisah tentang penciptaan insan yang bernama perempuan. Muga-muga 
dapat menjaga diri menjadi yang baik-baik. Memelihara diri seperti yang Allah perintah...menurut seperti yang Rasulullah SAW ajar...Kerana Allah cinta kita...Rasulullah kasih amat sama kaum hawa.

Sesungguhnya,

Ketahuilah bahawa perempuan  tercipta  bukanlah  dari  tulang  ubun-ubun,
sebenarnya, supaya perempuan itu tidak menjadi tinggi  hati, 
dan perempuan juga tidak tercipta dari tulang tumit kaki,
agar mereka tidak diinjak-injak harga diri.
Namun, sebetulnya, perempuan tercipta
 dari tulang rusuk sebelah kiri,
dekat dengan hati,
 agar mereka selalu dicintai...
 dekat dengan tangan...
agar  mereka  selalu  dilindungi...

Ketika Allah menciptakan perempuan, 

Datang Malaikat dan  bertanya,:
 "Mengapa begitu lama, Tuhan? "
Tuhan menjawab,:
 "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya? "Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan
 dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati dan kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab,:

 "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus dan lembut."
 "Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat...
Tuhan menjawab,:
 "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan melontarkan pendapatnya".
 Malaikat itu menyentuh dadanya,:
 "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah dan rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya".
 "Itu bukan kerapuhan, itu air mata.
 AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan :
 kegembiraan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga".
 "Engkau memikirkan segala sesuatunya,
 wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona  setiap lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup,
 mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia hatinya menderita...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka...
CINTANYA TANPA SYARAT"
 Malaikat sangat kagum,:
 "Lalu apa kekurangannya? "
Allah menjawab,:
    "Hanya satu hal.....,  

              "DIA TERKADANG LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA"



Monday, October 28, 2013

PERISTIWA BULAN OGOS DAN OKTOBER DI SMK AYER LANAS

Sepanjang bulan Ogos dan Oktober beberapa peristiwa besar telah berlaku di SMKAL. Antara peristiwa tersebut ialah sambutan bulan kemerdekaan dan program penggambaran untuk sesi persekolahan 2013. Berikut ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam, memaparkan suasana peristiwa yang berlaku.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2013.
 Menanti ketibaan veteran tentera...
 Tokoh veteran diberi sambutan oleh pelajar beruniform...
 Wacana pengkisahan kemerdekaan Malaysia...
 Pelajar asyik mendengar cerita seorang tokoh kemerdekaan...
 Laungan keramat' Merdeka, merdeka, merdeka'.

 SEKITAR PROGRAM PENGGAMBARAN
 Susun atur posisi guru...
 Pakcik photografer dan pengerusi kelab guru...
 Guru wanita  mempersiapkan diri untuk di'snap'...
 Jangan banyak tanya, duduk duluuuu....
 Aku sejujurnya...Fathir, Pokya, Abg. Mat...
 Iskandar.., kamu memang segap ?...
 Hello, ciguwan terrr... 
 Oh...macam tu ke ustaz...
 Mana guru-guru kanan lagi terrr...
 Rela kau tinggal diriku sendirian demi...
 Macam-macam jenama ade...
 Ini geng provokasi ke ?...
 Keluarga Besar SMK Ayer Lanas.


SEMINAR PENATARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 6, 2013.
Mendengar ceramah menjawab b/Melayu dari Pn. Raminah Hj. Sabran.

MAKAN BESAR KELUARGA SMK AYER LANAS

          Masa seakan berlalu begitu cepat. Pejam celik, pejam celik kita sudah berada di penghujung sesi persekolahan 2013. Bagi merakamkan penghargaan, ucapan terima kasih dan mengakrabkan lagi ikatan ukhwah sesama warga, Kelab Warga SMK Ayer Lanas, pada 26 Oktober 2013 (Sabtu)  telah mengadakan jamuan akhir tahun di Restoran Tandoo. Semua ahli warga SMKAL, pengerusi PIBG, wakil pegawai polis setempat dan beberapa orang yang telah banyak memberi sumbangan ke atas kemandirian SMKAL telah turut hadir menjaya majlis ini.
            Acara jamuan tahun ini dimulaikan dengan kata alu-aluan oleh Tuan Pengetua dan dirasmikan oleh Pengerusi PIBG. Di akhir majlis yang sederhana tetapi meriah itu diwarnai dengan acara cabutan bertuah.
           Akhir kata, terima kasih atas segala sumbangan yang telah dicurahkan untuk memperkasakan SMKAL menjadi sekolah cemerlang di PPD Jeli. Selamat bercuti dan selamat bertemu lagi di sesi persekolahan 2014.
 Perlu kesabaran, baru ada kenikmatan...
Satu sudah selesai...masyaallah...
 Pengerusi Kelab Warga SMKAL sedang memberi ucap utama...
 Di sini, mata menjamah rasa...
Wooowww...lazatnya...yum...yum...

Saturday, October 26, 2013

BALADA CINTA DALAM DIAM

Subhanallah…
Cinta itu fitrah dari  Illaahi…
Dari cinta-NYA kita menikmati indahnya Islam ini…
Mencinta seseorang pun…
Hilang lelah jiwa ketika halal bagi diri…
Maha suci Allah yang membolak-balikan hati.
Sesungguhnya hati ini milik-NYA…
Allahlah  yang menjaganya…
Tapi tetaplah berhati-hati…
Jangan sampai hati memakan diri
Perasaan cinta tak salah…
Walau sejatinya kau cintai ia...
Pun ujian dari NYA…
Maka berdoa-lah pada Allah…
Agar cinta mu pada nya tak menandingi cintamu pada Allah
Satu  yang kita perlu tahu…
Takdir kita telah usai dirancang sejak dulu…
Maka usah sakiti hati kerana nafsu…
Jangan ucapkan cinta hingga datang tok kadhi
#
“Dia akan menikah…betapa malangnya rasa…”
Kecewa.
Kecewa luar biasa hingga tubuh lemah…
Lunglai  luruh luluh ke tanah…
Laahawla walaa quwwata ila billaah…
Bukan salah takdirmu…
Allah tengah menguji cinta mu…
Ada sesuatu yang indah bagimu…
Cukup kukuhkan tauhidmu…
Hasbi robbiy jalallaah…
Ma fi qolbiy ghoirullaah…
Pujuk hati dengan kalam-NYA…
Bertaqorubb lah pada NYA.
#
“Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?”
Rezeki tak pernah tertukar…
Allah tlah takdirkan…
Ketetapan NYA tak pernah salah…
Ketetapan NYA lah yang utama…
Tiap insan yang kita temui…
Memberi makna pada diri…
Adakah benar iman di hati…
Atau sekadar topeng diri…
##
Duhai jiwa…
Jika ia bukan hak mu…
Bersabarlah atas segala kehendak Robb mu…
Wahai hati…
Kau kecewa kerana ulah mu sendiri…
Sungguh tak patut berharap pada selain Illahi Robbiy…

Sumber: Ghina Shafirah 

WARKAH BUAT ANAKKU


Warkah ini untuk anakku yang lahir dari rahim isteriku.

Anakku, sebelum selesai membaca warkah ini, izinkan aku minta satu hal sahaja darimu. Sebutlah nama Allah banyak-banyak.

Hari masih pagi ketika aku memikirkanmu. Memikirkan, apakah kelak akan ada seorang manusia yang akan lahir dari rahim isteriku? Usiaku 52 tahun saat menulis warkah ini. Beberapa temanku sudah lama menghantar anak-anak menjejak kaki ke menara gading. Aku masih menunggu, entah bila kiranya Tuhan menganugerahi aku kegembiraan menatap anak menjejak kaki ke puncak menara gading.

Mentari pagi ini bersinar cerah sekali, semoga engkau dapat merasakannya juga nanti. Angin sepoi-sepoi bahasa saja berhembus, serasa tak ada tanda yang ditinggalkannya di kulitku. Dedaunan sesekali bergoyang. Beberapa kendaraan melaju, menyisakan suara deruan enjin. Berisik? Tentu. Aku sedang berada di halaman, merasai panah sinar mentari. Di sampingku, Aisyah Sabariah berusia tiga tahun, puteri bongsuku tengah asyik menghisap botol susunya. Sesekali bibir mungilnya bergerak lucu. Ia juga mengigit-gigit saat merasa tak nyaman dengan puting susu yang udah lama itu. Matanya dipejam, mungkin geram dan beberapa kali ada kerut di keningnya. Mungkin silau, kuterka. Ia sengaja  sedang bermandikan dengan cahaya.

Tentu, itu bukan engkau, Nak...

Ingin kuceritakan padamu tentang adik bongsumu ini, salah satu dari banyak hal yang kuingin engkau tahu. Aku memanggilnya Aisyah dan terkadang Sabariah. Sebetulnya, nama Aisyah ini diambil sempena nama nenek dari sebelah ku, manakala nama Sabariah diambil nama nenek dari sebelah umiku. Selalunya ia tidur bersamaku. Buas sekali tidurnya! jika sesekali terbangun, aku memberinya susu botol, ia menyedutnya dengan lahap. Kelak, kalau kaupun sudah punya anak, kau akan bahagia sekali melihatnya keletahnya seperti itu, Nak! Ketika ia menangis tengah malam, ku atau umimu akan menepuk-nepuk buntut dia hingga lelap, Kutepuki badannya dengan lembut dan kuelusi rambutnya hingga aku sendiri terlelap. Berulang kali aku melakukan aktiviti yang serupa ini sejak engkau, anak sulung sehinggalah saat kini.

Kekadang ia membangunkanku sholat Subuh. Ia tak menangis, hanya gelisah sedikit. Selepas sholat, kuhadiahi ia dengan shalawat-shalawat. Ia tak tidur lagi setelahnya. Aku yang mengantuk, terpaksa mengikuti irama ngomelannya saja.

Nak, ada banyak sekali manusia di bumi ini. Dan, ada banyak pula puteri yang seperti Aisyah. Puteri yang ada disampingku ini, tak pernah mengenal kedua orang tuanya. Aku pun sama, tak tahu apakah aku dan umi mu ada lagi bersama kalian semua esok hari, apakah anak yang baru berusia tiga tahun ini sudah boleh merasakan sakit dan kehilangan? Ketika berpikir seperti ini, beberapa air mataku jatuh. Aku menangis untuk kau dan adik-adik kau.

Nak, aku sebetulnya belum tahu apakah mampu untuk merawat dan mengantarkan kamu semua sampai dewasa. Tak perlu kaget, Nak. Di masaku ini, banyak puteri yang seperti Aisyah. Aku menontonnya di beberapa berita di kaca tv dan membacanya di surat-surat kabar, bahawa banyak yang diculik dari orang tuanya.

Anakku, apakah kau memikirkan apa yang kupikikan? Aku memikirkan bagaimana Aisyah melalui hari-harinya setelah ini. Dapat kau bayangkan serupa apa? Akalku tak sanggup menembus tabir takdir itu.

Anakku, ketika engkau membaca warkah ini, kita masih bersama. Namun aku harap, kelak engkau dapat menjadi pengasih bagi semua adik-adikmu . Berikan ia kehangatan orang tua yang tak pernah mereka dapatkan. 

Anakku, bersyukurlah banyak-banyak... dan jadilah manusia yang pengasih dan penyayang, seperti Tuhan mengisyaratkan dalam nama-namaNya yang Agung.

Thursday, October 24, 2013

AKU INGIN JADI NYIOR DI TEPIAN PANTAI.



Sememangnya, 

aku mencintakan hidupku dapat berlangsung

bagai  pohonan nyior di tepian pantai. 

Berdiri tegak menghadap angin , 

Melambai indah dalam badai maupun besarnya terjangan ombak.

Aku ingin tetap menjadi pengawal terdepan dalam mencegah lecekan,

bersama bakau dan karang,

saling mendukung memecah gelombang yang datang .

Aku ingin hidupku bagai nyior nan melambai,

menghulur khidmat dari akar hingga daun, 

dari buah hingga lidi,

dan menghasilkan buah yang tak jauh jatuh darinya .

Aku ingin hidupku demikian, 

meski aku diterpa panas tapi mampu meneduhkan orang .

 Menghilangkan dahaga juga lapar.

 Ingin mudaku adalah tunas terjaga perlambang harapan dan masa depan,

 lalu bila aku menua, 

aku tetap dikenang dan diingat sebagai si pemberi maslahat bukan masalah.

Ingin, hijauku membawa nilai keasrian dalam pandangan panas pinggir pantai.

 Ingin tetap tumbuh  dalam kondisi tanah apapun.

Dan saat beberapa pelintas mencemoh kemendirianku,

aku tetap tegak, kerana yakin, 

bila kelak mereka melintas kembali, 

mereka akan berteduh dan meminum airku.

Sememangnya,

 Aku ingin demikian, bersama laut, menerima apapun. 

Laut mengajariku menerima ceberan, 

sampah, kotoran, pujian, dan teriakan dengan respon yang serupa,

dan aku ingin bersamanya menjaga yang demikian, tapi laut jauh derajat di atasku. 

Dan aku masih harus banyak bersabar 

dan belajar untuk dapat menjadi sepertinya.

Ingin tetap menanggapi pujian dan sindiran sebagai getar suara yang di hantar udara, tidak lebih. 

Kuat  saatku di caci, dan rendah hati ku bila dipuji.

Sesempurnannya,

Aku ingin hidup bagai pohon itu, 

yang kuning daun pertanda mudanya adalah berita gembira, 

Yang tua menua daunnya terjalin dalam rumbia, menjadi peneduh dan teduh,

Bila jauh di pandang, orang dengan mudah mengenaliku, 

bila dekat , orang tahu nilai manfaatku. 

Meski batangku hanya bernilai menengah dalam adu bahan konstruksi,

tapi aku tetap punya nilai. 

Meski sabutku menjadi sapu, lidi atau pengganti spons cuci piring, 

biarlah, 

kerana  aku tetap bernilai membersihkan kesalahan dan noda lain,

Lalu bila kelak tinggiku telah mengapai awam

biarlah semua memandangku, 

sebagai si anggun, 

bukan si pongah mengunjuk rasa.

Sememangnya,

Aku berharap dalam meneroka hidupku, 

Wednesday, October 23, 2013

NAHNU GHURABA'


...kita adalah pengembara, musafir...

jadilah kamu di dunia seakan-akan kamu sebagai orang asing atau penyeberang jalan” (diriwayatkan Bukhari dari Ibnu Umar)

ghuraba’ : pengembara : musafir : penumpang

Nahnu ghuraba’...
Pengembara...
Musafir...
Penumpang...
Semua kita perlu berhati-hati dalam mengharungi  perjalanan hidup ini...
Ketahuilah bahawa hidup kita ini hanya sementara...
Sekelumit cerita dalam sebuah persinggahan sebelum ke alam yang lebih kekal...
Alam akhirat yang kekal abadi...
“Jika berada di petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari. jika berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang hari. Ambillah kesempatan sihatmu untuk menghadapi sakitmu dan ambillah kesempatan hidupmu untuk menghadapi kematianmu (H.R Bukhari)
Jalanan kehidupan kita  di alam maya ini terlalu singkat...

Beringatlah wahai sekelian manusia...
Mata yang sekadar pinjaman ini...
Pejam dan celik  dan seterusnya masa berlalu begitu saja...
Apakah yang telah kita lakukan hari ini ???
Berfaedahkah apa yang kita perbuat ???  Untuk diri, agama dan segalanya keranaNya ???
Kediaman kita yang hakiki dan abadi adalah akhirat!!!

Hidup ini bukanlah lama dan selamanya...
Akhirat jualah tempat  kembali kita nanti...
Jadi, padang perahu ialah di lautan, dan padang hati ialah di fikiran...
Usah berduka kita bersusah payah di dunia ini, supaya kita gapai kebahagiaan di akhirat ^^
dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau sekiranya mereka ketahui” (surah al-ankabut : 64)

Jadi, sentiasalah bersikap seperti seorang pengembara...
Kata orang, kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang...
selalu bersedia menghadapi lagu kehidupan yang mendatang...
Kalau datang nampak muka, kalau pergi biarlah nampak belakang...
Lengkap dengan bekalan...
Menghargai waktu dan posisi...
Dan sentiasa bersiap untuk berangkat bila-bila masa sahaja...

...ALLAHUAKBAR...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...