Monday, August 4, 2014

BOIKOT PRODUK YAHUDI.


Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Berbagi ke Twitter Berbagi ke ...

Usaha untuk memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Namun dalam hal ini, kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim a.s yang dibakar hidup-hidup oleh kaumnya.

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang sedang menyaksikan kejadian tersebut. Burung tersebut berusaha berulang-alik mencari air. Burung yang kecil itu menyedut dan mengisi air ke dalam paruhnya lalu disimbahkan air dari paruhnya ke atas unggun api yang sedang membakar Nabi Ibrahim a.s. Perbuatan itu dilakukan secara berulang kali sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah SWT.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makluk Allah yang lain, lantas mereka bertanya kepada burung kecil itu, " Mengapakah kamu begitu bersusah payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu sendiri sedar bahawa api besar  yang sedang membaham dan membakar Nabi Ibrahim a.s tidak akan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu burung yang kecil itu menjawab, " Walaupun aku tahu aku tidak berupaya untuk memadamkan api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri. Allah SWT tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api  itu ataupun tidak.  Sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku kelak. Di hadapan Allah nanti aku telah terlepas dari pertanggungjawaban kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman, walaupun usaha aku itu terlalu kecil !"

Berdasarkan  kisah tersebut dapatlah kita ambil ikhtibar bahawa seandainya kita tidak mampu menyumbang untuk tabung Palestine, sebaiknya kita berusahalah untuk berhenti memberi dana kepada Zionis Yahudi. Perkara yang lebih utama, marilah kita semua memboikot segala yang diharamkan oleh Allah SWT dan usaha itu adalah kerana Allah SWT.

Wahai umat Islam, lihatlah berapa ramai umat Islam pada hari ini terlibat dengan riba, sedangkan amalan riba itu sendiri adalah haram di kalangan Yahudi itu sendiri apatah lagi Islam. Kita lihat lagi berapa ramai wanita Islam yang berpakaian mengikut Yahudi ? Bergaul lelaki perempuan macam Yahudi ? Makan beranika ragam produk Yahudi ?

Akhirnya marilah kita boikot segala yang diharamkan oleh Allah SWT. Semua yang diharamkan oleh Allah SWT adalah memberi sumbangan kepada keberadaan Yahudi Laknatullah di muka bumi ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...