Thursday, May 8, 2014

SABAR DAN TAWAKAL


Di tengah maraknya musibah yang melanda negara kita, banyak sekali seruan ulama dan para tokoh nasional agar kita bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Hanya dengan kesabaran dan tawakal, seluruh ujian atau cubaan dan musibah tersebut dapat dilalui dengan baik, membawa kebaikan, dan keberkahan.

Namun, kesabaran dan tawakal kadang kala terlalu mudah diucapkan, tetapi sulit merealisasikannya dalam amalan kehidupan sehari hari. Akhirnya, sabar dan tawakal hanya menjadi slogan dan jargon semata. Bersabar merupakan sifat khas kaum beriman sejati di samping bersyukur sebagaimana disebutkan dalam suatu hadis Nabi yang berbunyi, "Betapa unik sikap orang yang beriman. Semua yang terjadi pada dirinya dianggap baik. Tidak ada sikap seperti itu, kecuali pada orang yang beriman. Jika memperoleh kemudahan dia bersyukur, hal itu dianggap baik bagi dirinya. Dan, jika ditimpa kesulitan ia bersabar, hal itu dianggap baik bagi dirinya."

Dalam kesempatan yang lain, Rasulullah SAW senantiasa mengajarkan orang yang terkena musibah dengan sikap yang paling bermanfaat bagi dirinya, yaitu bersa bar dan introspeksi diri (al-ihtisab), dengan memberikan alasan bahwa sabar dan introspeksi diri akan dapat meringankan musibah dan memperbanyak pahala. Rasulullah juga menegaskan bahwa banyak mengeluh, kesal, dan marah akan menambah beban musibah dan menghilangkan pahala. Rasulullah menjelaskan bahwa tidak ada anugerah Allah yang lebih baik dan lebih luas bagi hamba-hamba-Nya dibandingkan kesabaran. Karena Allah SWT benar-benar mencintai orang-orang yang bersabar. (QS Ali Imran [3]: 146).

Kesabaran tidaklah muncul dengan sendirinya, tetapi ia harus diusahakan dan dibiasakan agar menjadi sifat utama diri. Di sinilah dibutuhkan pengorbanan melawan keinginan hati dan perjuangan menahan nafsu diri.

Yakinlah, dengan bekal kesabaran, dipastikan seluruh persoalan akan selesai dengan cara terbaik. Allah SWT berfirman, "Sungguh Aku memberi balasan kepada mereka pada hari ini karena kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang." (QS Al Mu'minun: 111).

Sementara itu, tawakal merupakan pelengkap sejati sifat sabar. Tawakal merupakan kerja hati memasrahkan seluruh ujian dan cobaan kepada kehendak-Nya. Menurut Basyar al-Hafi dan Yahya bin Muaz, tawakal berkaitan erat dengan keridaan kita menjadikan Allah sebagai pelindung dalam kehidupan.

Kehadiran tawakal dalam diri akan menghadirkan kemudahan mengatasi persoalan. Karena kita benar-benar mengharap pertolongan dan kemudahan hanya dari Allah SWT Yang Mahakuasa dan Maha Penolong. Penulis yakin, bila kombinasi kesabaran dan tawakal senantiasa hadir dalam diri dan jiwa setiap manusia, kemudahan dan kesuksesan akan menjadi capaian terbaiknya. Semoga kita semua termasuk orang-orang yang sabar dan tawakal. Amin.

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PRA U LANAS.

           Pelajar-pelajar Pra U Lanas baru-baru ini telah menghadiri Kem Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari 2 malam (22 April hingga 24 April 2014) di Putera Valley Resort & Trainning Centre, Tanah Merah. Program yang menelan belanja lebih kurang RM 16,000.00 ini ditaja bersama pihak KESEDAR, PIBG SMKAL, Unit Ko-Kurikulum SMKAL, Unit Kurikulum SMKAL dan Badan Perwakilan Pelajar Pra U Lanas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan motivasi pelajar dalam menghadapi peperiksaan penggal 2.
          
            Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh program tersebut antara lainnya ialah ceramah dan bengkel menjawab soalan bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Kumulatif,, Ekonomi, Seni Visual dan MUET. Manakala penceramah-penceramahnya adalah terdiri dari guru-guru pakar dalam bidang masing-masing dan pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan. Acara berlangsung begitu padat tetapi selesa. Waktu petang, pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti 'out door' yang telah disusun oleh pihak resort.
             
           Majlis perasmian penutupan Kem Kecemerlangan tersebut dilakukan oleh Yang Berusaha Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli, En. Mohd. Fauzi Abd. Rahman. Dalam ucapannya, antara lain beliau merasa bangga dan bertuah kerana pihaknya dapat menyumbang khidmat sosial demi memajukan anak Melayu luar bandar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Turut sama dalam majlis perasmian tersebut ialah PK Pra U Lanas, En. Rozali Muda dan semua tenaga pengajar Pra U Lanas serta para pelajar peserta program.

            Akhirnya, harapan kami  program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. Segala bentuk usaha dan sokongan bagi menjayakan program ini berlangsung adalah sangat kami hargai. Terima Kasih untuk semua.

            Wassalam.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program di Putera Valley & Trainning Centre.

Bos m/p ekonomi
Bengkel MUET
Tekun
Pensyarah UMK sedang memberi ceramah
BBQ tunggu siap...
Bakar ayem
Bakar sambil posing
Tunggu tunggu ...
Cedera tapi ceria
Bos Pra U Lanas.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA U LANAS SESI 2014/2015.

         Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Tn. Hj. Ab. Kadir bin Sulaiman telah berkenan untuk menyampaikan ucapan serta perasmian Majlis Pendaftran Pelajar Baru 2014/2015 Pra U Lanas. Majlis yang berlangsung pada 5 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Seramai lebih kurang 97 pelajar yang mendapat surat tawaran ke Pra U Lanas dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendaftarkan diri. Mereka ini datang dari sekolah saluran iaitu SMK Jeli, SMK Batu Melintang, SMK Kuala Balah, SMK Bukit Bunga dan SMK Ayer Lanas.

          Pelajar yang mendapat tawaran tersebut lulus SPM 2013 dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu serta 3 kepujian dalam mata pelajaran lain dengan mata gred tidak melebihi 12 unit. Pelajar tersebut berumur antara 17 hingga 20 tahun.

        Berikut ialah sekitar majlis tersebut:

         
 PK I, Pegawai PPD Jeli, Pengerusi PIBG, PK Ting. 6  dan AJK PIBG.
 Pelajar tingkatan 6 atas dan pelajar baru sedang mendengar ucapan PPD Jeli.
Proses pendaftaran pelajar baru
Koperasi menjual pakaian uniform
Pendaftaran masuk asrama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...