Thursday, October 27, 2016

MESEJ ROH KEPADA MANUSIA.


Untuk mendapat 'Qalbun salim' (jiwa yang tenang) dan 'Jismi Salim' (Tubuh yang sejahtera/sihat), Umat Islam itu perlu kuat dalamannya dan luarannya, utk memperoleh iman yang hebat dan mantap..

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Untuk mendapat 'Qalbun salim' (jiwa yang tenang) dan 'Jismi Salim' (Tubuh yang sejahtera/sihat), Umat Islam itu perlu kuat dalamannya dan luarannya, utk memperoleh iman yang hebat dan mantap..

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Image result for roh dan jasad
"Hakikatnya... pada diri manusia ada dua, iaitu roh dan jasad. 
Bagi roh atau 'Qalbun Salim' (jiwa yang tenang) dan
jasad atau 'Jasmin Salim' (tubuh yang sihat /sejahtera)... 
memerlukan kekuatan iman yang hebat dan mantap.
Apabila berpisah antara roh dan jasad ...
Maka, rezeki hidup manusia di dunia sudah berakhir...
Mereka mula memasuki satu fasa kehidupan yang baru....."

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ke tujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah

Wassalam...

Tuesday, October 25, 2016

TERSINGGUNG ???




Image result for tersinggung perasaan TERSINGGUNG...


                  Salah satu perkara yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita terhadap sikap orang lain.
           Saat kita tersinggung, paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan  akan memikirkan kejelekan dan ketololan orang yang membuat kita tersinggung itu.
Perkara paling membahayakan yang lahir dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.
               Manakala kesan yang biasa ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan. Bila kita marah, kata-kata jadi tidak terkawal. Stress atau tekanan jiwa meningkat.
Kerana itu, ketabahan kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.
Apakah faktor penyebabkan seseorang itu tersinggung?
     Rasa tersinggung seseorang itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa dirinya pintar, berjasa, baik, tampan, dan merasa berjaya.
   Setiap kali kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa tersinggung.
Peluang untuk rasa tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri. Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.
    Teknik pertama agar kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai secara berlebihan terhadap diri kita sendiri, Misalnya, jangan banyak mengingati bahawa kita telah banyak berjasa.
   Saya seorang guru, saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, maka akan makin mudah untuk  menjebak diri kita  tersinggung.
Bagaimana cara untuk  belajar merendam rasa tersinggung :
 1.  Belajar melupakan
   Jika kita seorang berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya.
Anggap semuanya ini adalah anugerah dari Allah agar kita tidak tamak terhadap penghargaan.
Kita harus belajar melatih diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali anugerah ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita sebenarnya lebih banyak tidak tahu.
Kita tidak mempunyai harta sedikit pun kecuali sepercik kurniaan dari Allah. Kita tidak mempunyai jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang telah Allah berikan dan dipertanggungjawabkan.
    Semuga dengan sikap seperti ini hidup kita akan menjadi lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan dihormati, diri kita akan kian mudah dihinggapi sakit hati.
2. Melihat bahawa apapun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat .
    Kita tidak akan pernah berasa rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh memaksa orang lain untuk membuat sesuatu sama dengan keinginan kita.
   Apa yang boleh kita lakukan adalah memaksa diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun perkataan orang lain terhadap kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu semuanya terjadi dengan izin Allah.
    Anggaplah sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
3. Harus bersimpati.
    Kita harus melihat sesuatu tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang gajah tersebut.
     Yang berada di depan berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari.”
Pasti dia dilempar dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.
      Oleh itu, kita harus belajar untuk bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu alasan untuk boleh menyenangkan hati orang lain.
     Namun apa yang harus diingat, pelbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan untuk membenarkan kesalahan. Ingat!!!
4. Jadikan penghinaan orang lain sebagai ladang peningkatan kualiti diri.
         Jadikan penghinaan orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
      Pada suatu hari, Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
       Akhirnya seorang sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya untuk menyiasat apakah amalannya.
     Selama tiga hari, sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang besar, dan yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Memaafkan. Memaafkan dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita insyaAllah. Pasti.
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka…” 
 Surah Ali-Imran ayat 159

 Wassalam...

Sunday, October 23, 2016

PEMBETULAN TENTANG : FITRAH VS LUMRAH.

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQup7RFgqJI5A0PwvXdmPWTADmGeLLSOxWuONEwo8UYM6ZONIOlxQ

Fitrah Vs. Lumrah

CEMBURU itu merupakan Lumrah bukan Fitrah  ( bersih lagi suci)....Lumrah itu hanya berlaku di dunia sahaja.... contohnya "Lumrah hidup"...

Manakala Fitrah pula ...  hal dunia dan akhirat bersatu..

Fitrah manusia hanya ingin  Taat kepada ALLAH yang SATU...Berpegang teguh kepada kalimah tauhid iaitu لاَ إِلَهَ إِلَّاالله...Tiada Tuhan kecuali ALLAH...dan sesungguhnya,solat ,ibadat, hidup dan matiku KERANA ALLAH SEMATA.💚💚💚💚💚💚

Fitrah ini adalah untuk  orang yang Benar benar ISLAM..yang hidupnya sejahtera dan mensejahterakan... ...hidupnya tunduk dan  patuh kepada ALLAH dan sentiasa berserah diri...

Dan LUMRAH pula umum...orang Cina dan India pun CEMBURU...jadi cemburu itu lumrah...bukan fitrah...tanyalah, baik orang India ataupun India...mereka juga cemburu ...jadi bagaimana jika orang Islam cemburu? Benarkah kita Islam? atau Benar benar Islam?

Surah al eimran ayat 102, maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

Ketika di alam roh, kita telah mengaku bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang kita sembah...
Maka kita dihantar ke alam rahim ibu kita...
Ketika roh  ditiup ke dalam  janin...
Sekali lagi kita ditanya...Siapa tuhan kamu ?

ALLAH LAH TUHAN KITA...

Fitrah itu Suci...masa kita dalam alam rahim ibu kita masih suci..tiada dosa...orang yang duduk dan berada dalam fitrahnya, dialah orang yang sentiasa mensucikan hatinya dari sifat-sifat yang mazmumah...orang yang sentiasa bertaubat kepada ALLAH...

Jika masih cemburu pada suami dan madu. Adakah Kita bertuhankan suami atau bertuhankan ALLAH?

Itulah sebab tidak ramai yang duduk atau berada dalam Fitrah...Kebanyakan masih duduk dalam lumrah... hidup..gembira, sedih, EGO, stress,malas ,benci, takut , dengki.. 😊😔😭😂😁😓😩😖😤😝😛😁😱😷😴 macam-macam lumrah kehidupan.....

Sungguh... IMAN ( percaya) kepada ALLAH... memang susah nak mencapai ke tahap yang sebenar-benarnya, seandainya  hati masih ada dunia...cinta dunia...inilah penyakit akhir zaman..

Surah Yunus ayat 55 maksudnya:

"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi KEBANYAKAN manusia tidak mengetahui."

Dalam Surah al eimran ayat 77 maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya..."

Akhirul Kalam ... Semoga kita termasuk dalam golongan manusia yang sedikit iaitu yang mencintai akhirat lebih dari cinta dunia...Kepada ALLAH jualah kita mengharap rahmat dan perlindungannya...duduklah kita Dalam Fitrah yang sentiasa mensucikan hati...Orang yang Hati bersih dari penyakit syirik sahaja akan mendapat keredhaan ALLAH...amein...amein...yaRabbaalamin.

Tuesday, February 24, 2015

TAZKIRAH

PEMBAKAR SEMANGAT

Untuk perkongsian:

😔 Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
 Saya membaca satu artikel yang dihasilkan oleh Dr Mehmet Oz mengenai ...
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

😔 Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
 
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

😔 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
 ... . maka, aku alunkan zikir & lagu buat penenang otak yang serabut ni
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

😔 Ketika kita mengeluh:
“Apa yang aku buat ini semua sia-sia..."
 hal yang sia sia ada pelajaran berharga yg kita raih
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

😔 Ketika kita mengeluh:
“ tidak ada sorang pun yang hendak tolong aku..."
 Aku Ingin Jogja, Aku Ingin Jogja Selalu Istimewa, lomba blog, satnya ...
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

😔 Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
 harineh aku sedih sangat ohh :'(
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)
Jangan banyak mengeluh...
 LIFE IS EXAMINATION
 ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dengan taqwa...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^


RENUNG SEJENAK.

     "RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"👌👌👌👌
1. Sisa hίdυρ kita ini semakin pendek,jadi :

» Yang boleh kita makan, makanlah;
» Yang boleh kita pakai, pakailah;
» Yang Ingin kita beli, belilah;
» Kalau masih mampu memberi, berilah;
» Masih mampu berbagi, berbagilah;

 
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.
Usah khuatir dengan ahli waris,
Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

~Beramal ibadatlah:

  > Selagi lapang sebelum sibuk,
  > Selagi sehat sebelum sakit,
  > Selagi kaya sebelum miskin,
  > Selagi muda sebelum tua renta,
  > Selagi idup sebelum mati.

2. Sehari berlalu, umur kita berkurang sehari.

  > Bila kita lalui hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung,
  > Berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur,
  ~ kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi' menghadap Rabbul Jalil.

3. Waktu begitu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah.
     Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila kita membandingkan apa yang ada di atas, kita akan selalu merasa kurang;
 > Bila kita membandingkan ke bawah, kita merasa lebih;
 > Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita miliki, Kita Pasti Bahagia.
 > Bersyukurlah dengan apa yg kita ada.
 ~ Manfaatkan sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.

Yang terbaik dan terpenting dalam menjalani kehidupan ini adalah :

>  Perilaku yang Baik,
> Sentiasa membantu orang,
> Tidak berbuat hal-hal yang tercela,
> Mengawal diri.
> Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
> Dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.

KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.

Kasih anak-anak terhadap ibu bapa jelas ada batasnya.

Percayalah! tatkala anak sakit, hati ibu bapa turut sama merasai sakit;
tetapi tatkala ibu bapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar...


Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti suatu keharusan,
tetapi orang tua memakai wang anak semacam suatu kemustahilan !!!

Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibu bapa adalah rumah anak,
  > tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapanya.
  > Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas...
  > Belum tentu semua anak akan berbakti kepada  kedua ibu bapa.

8. Ajarlah anak-anak untuk mencapai REDHA Allah SWT, kerana :

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 
                                  anak anak kita supaya menjadi anak yang soleh jika dilihat anak anak ...


                    😍😍😍😍😍😍   SELAMAT MENITI HARI TUA 😍😍😍😍😍😍

Friday, February 13, 2015

PERGINYA SEORANG MURABBI MENEMUI ILLAHI...

ALFATIHAH...

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat - Kau Murabbi Kami - Relaks Minda
 
Wann Yusoff Tokbek's photo.   
Satu kehilangan besar kepada kita...
           perginya seorang pejuang islam...
                    Satu permata yang sukar dicari ganti...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...
dan ditempatkan dalam kalangan para solihin...
...amein...

PROMO : TOK GURU NIK AZIZ KE SABAH


 

 









 
 

Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
myKelantan.TV's photo.
Sesuatu yang arwah selalu sebut kepada saya, agar arwah diberi peluang untuk bersiaran di tv samada rakaman atau secara langsung sebagai seorang menteri besar sewaktu arwah menjawat jawatan itu, namun hajatnya itu terkabul sewaktu tok guru sudah mengadap Rabbul Izzati, tv RTM dan Astro Awani membuat siaran langsung saat almarhum tidak bersuara lagi.. sedih!!..

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
 Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. 
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
 
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
 
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
 
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap:
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
 
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
 
Penghargaan :
 Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
 
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
 
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
 
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...