TERSINGGUNG...
Salah satu perkara
yang selalu membuatkan kita lemah adalah timbulnya rasa tersinggung dihati
kita. Munculnya perasaan ini sering disebabkan oleh ketidaktahanan kita
terhadap sikap orang lain.
Saat kita tersinggung,
paling kurang kita akan sibuk membela diri sendiri, dan akan memikirkan
kejelekan dan ketololan orang yang membuat kita
tersinggung itu.
Perkara paling
membahayakan yang lahir dari rasa tersinggung adalah timbulnya penyakit hati seperti rasa
merendahkan orang lain dan mengumpat. Malah mungkin menfitnahnya kembali.
Manakala kesan yang biasa
ditimbulkan oleh rasa tersinggung adalah kemarahan. Bila kita marah, kata-kata
jadi tidak terkawal. Stress atau tekanan jiwa meningkat.
Kerana itu, ketabahan
kita untuk “tidak tersinggung” menjadi satu keharusan.
Apakah faktor penyebabkan seseorang itu tersinggung?
Rasa tersinggung seseorang
itu timbul kerana menilai dirinya lebih dari kenyataan, merasa dirinya pintar, berjasa,
baik, tampan, dan merasa berjaya.
Setiap kali
kita menilai diri lebih dari kenyataan yang sebenarnya, apabila ada yang
menilai kita kurang sedikit sahaja dari expectation kita, maka kita akan merasa
tersinggung.
Peluang untuk rasa
tersinggung akan terbuka luas jika kita salah dalam menilai diri sendiri.
Kerana itu, ada sesuatu yang harus kita perbaiki, iaitu cara menilai diri.
Teknik pertama agar
kita tidak mudah tersinggung adalah tidak menilai
secara berlebihan terhadap diri kita sendiri, Misalnya,
jangan banyak mengingati bahawa kita telah banyak berjasa.
Saya seorang guru,
saya seorang pemimpin, saya ini saya itu. Saya seorang pemurah. Saya banyak
menolong rakan-rakan. Semakin banyak kita mengaku tentang diri kita, maka akan makin
mudah untuk menjebak diri kita tersinggung.
Bagaimana cara untuk belajar merendam rasa tersinggung :
1. Belajar
melupakan
Jika kita seorang
berijazah maka lupakanlah ijazah kita. Jika kita seorang pengarah lupakanlah
jawatan itu. Jika kita seorang pimpinan lupakanlah hal itu, dan seterusnya.
Anggap semuanya ini adalah anugerah dari Allah agar kita tidak tamak terhadap
penghargaan.
Kita harus belajar melatih
diri untuk merasa sekadar hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kecuali anugerah ilmu yang dipercikkan oleh Allah sedikit. Kita sebenarnya lebih banyak tidak tahu.
Kita tidak mempunyai
harta sedikit pun kecuali sepercik kurniaan dari Allah. Kita tidak mempunyai
jawatan ataupun kedudukan sedikit pun kecuali sepercik yang telah Allah berikan
dan dipertanggungjawabkan.
Semuga dengan sikap seperti
ini hidup kita akan menjadi lebih ringan. Semakin kita ingin dihargai, dipuji, dan
dihormati, diri kita akan kian mudah dihinggapi sakit hati.
2. Melihat bahawa apapun yang dilakukan orang kepada kita akan bermanfaat
.
Kita tidak akan
pernah berasa rugi dengan perilaku orang kepada kita. Sebenarnya kita tidak boleh
memaksa orang lain untuk membuat sesuatu sama dengan keinginan kita.
Apa yang boleh kita
lakukan adalah memaksa
diri sendiri memahami orang lain dengan sikap terbaik kita. Apa pun
perkataan orang lain terhadap kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu
semuanya terjadi dengan izin Allah.
Anggaplah sahaja ini
episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.
3. Harus
bersimpati.
Kita harus melihat sesuatu
tidak dari sudut pandang kita. Renungkan kisah seseorang yang sedang membawa
gajah berjalan-jalan, dari depan dan seorang lagi mengikutinya di belakang
gajah tersebut.
Yang berada di depan
berkata, “Oh indah sungguh pemandangan sepanjang hari.”
Pasti dia dilempar
dari belakang kerana dianggap menyindir. Sebab, sepanjang perjalanan, orang
yang dibelakang hanya melihat punggung gajah.
Oleh itu, kita harus
belajar untuk bersimpati. Jika tidak ingin mudah tersinggung, maka cari seribu satu
alasan untuk boleh menyenangkan
hati orang lain.
Namun apa yang harus
diingat, pelbagai alasan yang kita buat semata-mata untuk menyenangkan, bukan
untuk membenarkan kesalahan. Ingat!!!
4. Jadikan
penghinaan orang lain sebagai ladang peningkatan kualiti diri.
Jadikan penghinaan
orang lain kepada kita sebagai kesempatan untuk menyucikan jiwa, dengan
memaafkan orang yang menyakiti dan membalasnya dengan kebaikan.
Pada suatu hari,
Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya sedang duduk bersama. Tiba-tiba
baginda bersabda: “Akan datang selepas ini seorang ahli syurga.”
Maka muncul lah fulan
bin fulan. Keesokannya juga sama, Rasulullah bersabda perkara yang sama, dan
muncul fulan bin fulan yang sama. Keesokannya lagi juga sama. Rasulullah SAW
bersabda perkara yang sama, dan muncul fulan bin fulan yang sama.
Akhirnya seorang
sahabat Rasulullah pergi berziarah ke rumah lelaki itu, dan tidur di rumahnya
untuk menyiasat apakah amalannya.
Selama tiga hari,
sahabat Rasulullah itu tidak menjumpai apa-apa ibadah yang hebat, yang
besar, dan yang menarik. Akhirnya dia menyatakan hajat sebenarnya tidur di rumah
lelaki itu.
Lelaki itu menjawab: “Ibadahku adalah
sebagaimana yang kau lihat. Tiada yang menakjubkan. Biasa-biasa sahaja.”
Sambung lelaki itu: “Tetapi di dalam hatiku
tidak ada sangka buruk, rasa benci, kepada saudara-saudara mukminku.”
Memaafkan. Memaafkan
dengan dada yang lapang.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian.
Kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesegaran roh, akan hadir kepada kita
insyaAllah. Pasti.
“Maka
disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka.
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan
diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun
bagi mereka…”
Surah Ali-Imran ayat 159
No comments:
Post a Comment