Sunday, October 23, 2016
PEMBETULAN TENTANG : FITRAH VS LUMRAH.
Fitrah Vs. Lumrah
CEMBURU itu merupakan Lumrah bukan Fitrah ( bersih lagi suci)....Lumrah itu hanya berlaku di dunia sahaja.... contohnya "Lumrah hidup"...
Manakala Fitrah pula ... hal dunia dan akhirat bersatu..
Fitrah manusia hanya ingin Taat kepada ALLAH yang SATU...Berpegang teguh kepada kalimah tauhid iaitu لاَ إِلَهَ إِلَّاالله...Tiada Tuhan kecuali ALLAH...dan sesungguhnya,solat ,ibadat, hidup dan matiku KERANA ALLAH SEMATA.💚💚💚💚💚💚
Fitrah ini adalah untuk orang yang Benar benar ISLAM..yang hidupnya sejahtera dan mensejahterakan... ...hidupnya tunduk dan patuh kepada ALLAH dan sentiasa berserah diri...
Dan LUMRAH pula umum...orang Cina dan India pun CEMBURU...jadi cemburu itu lumrah...bukan fitrah...tanyalah, baik orang India ataupun India...mereka juga cemburu ...jadi bagaimana jika orang Islam cemburu? Benarkah kita Islam? atau Benar benar Islam?
Surah al eimran ayat 102, maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."
Ketika di alam roh, kita telah mengaku bahawa Allah S.W.T adalah Tuhan yang kita sembah...
Maka kita dihantar ke alam rahim ibu kita...
Ketika roh ditiup ke dalam janin...
Sekali lagi kita ditanya...Siapa tuhan kamu ?
ALLAH LAH TUHAN KITA...
Fitrah itu Suci...masa kita dalam alam rahim ibu kita masih suci..tiada dosa...orang yang duduk dan berada dalam fitrahnya, dialah orang yang sentiasa mensucikan hatinya dari sifat-sifat yang mazmumah...orang yang sentiasa bertaubat kepada ALLAH...
Jika masih cemburu pada suami dan madu. Adakah Kita bertuhankan suami atau bertuhankan ALLAH?
Itulah sebab tidak ramai yang duduk atau berada dalam Fitrah...Kebanyakan masih duduk dalam lumrah... hidup..gembira, sedih, EGO, stress,malas ,benci, takut , dengki.. 😊😔😭😂😁😓😩😖😤😝😛😁😱😷😴 macam-macam lumrah kehidupan.....
Sungguh... IMAN ( percaya) kepada ALLAH... memang susah nak mencapai ke tahap yang sebenar-benarnya, seandainya hati masih ada dunia...cinta dunia...inilah penyakit akhir zaman..
Surah Yunus ayat 55 maksudnya:
"Ingatlah! Sesungguhnya segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, tetapi KEBANYAKAN manusia tidak mengetahui."
Dalam Surah al eimran ayat 77 maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya..."
Akhirul Kalam ... Semoga kita termasuk dalam golongan manusia yang sedikit iaitu yang mencintai akhirat lebih dari cinta dunia...Kepada ALLAH jualah kita mengharap rahmat dan perlindungannya...duduklah kita Dalam Fitrah yang sentiasa mensucikan hati...Orang yang Hati bersih dari penyakit syirik sahaja akan mendapat keredhaan ALLAH...amein...amein...yaRabbaalamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment