Sunday, May 29, 2011

JAMBATAN PALING GAYAT DI DUNIA

5 Gertak Paling Mengayatkan Aku.
1. Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia








2. Forest Gulp: Capilano Suspension Bridge, North Vancouver, British Columbia



3. Cope-on-a-Rope: Carrick-a-Rede Rope Bridge, Antrim, North Ireland




4. Terrifying Trift: Trift Bridge, Gadmen, Switzerland


5. Royal Flushed: Royal Gorge Bridge, Canon City, Colorado

Gayat gila!!

SUPER BIKE PALING GILA

Koleksi Super Bike!!

























So, sapa-sapa berkenan boleh copy kat sini.
Free!!

KISAH 7 KEAJAIBAN DUNIA ISLAM

View Image
Tujuh Kisah keajaiban dunia Islam itu adalah:

1. Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara
sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya
adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan
berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam Al-Qur’an,
surah An-Naml ayat 82,
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan
sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka,
bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”.

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida’ Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy memberi ulasan tentang ayat di atas,
“Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi."
Konon khabarnya, dari Mekah, atau yang lainnya sebagaimana akan datang
perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu”.[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/498)]
Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai
tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi -Shallallahu
‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat,sehingga kalian akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di Barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya’juj & Ma’juj, terbitnya matahari dari arah Barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia”. [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Dawud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

2. Pohon Kurma yang Menangis

Adapun pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- , mengapa sampai pohon ini menangis?
Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,“Jabir bin Abdillah -radhiyallahu ‘anhu-menyatakan:
“Adalah dahulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut” .[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu ‘anhu- berkata,

“Dulu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar,maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih.Maka Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

3. Ungkapan Salam Batu Aneh

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah
perkara yang sering kita jumpai. Tetapi bagaimana jika sebuah batu yang
mengucapkan salam.
Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya, Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
“Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang”.[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)].

4. Pengaduan Seekor Unta

Manusia adalah makhluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu
timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka.
Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia sahaja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.
Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- mengungkapkan perasaannya. Abdullah bin Ja’far-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Pada suatu hari Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wasallam- pernah memboncengku dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu
yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia.
Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang
hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau
masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta.
Tatkala Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- melihatnya, maka unta itu
merintih dan bercucuran air matanya.
Lalu Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda,
“Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?”
Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata, “unta itu milikku,
wahai Rasulullah”.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,:
“Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar”. [HR. Abu Dawud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya’la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala’il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

5. Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh bercakap adalah perkara yang
ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang
yang bercakap.
Ini memang aneh, tetapi benar. Kisah kambing panggang yang bercakap ini terdapat dalam hadits berikut: Abu Hurairah-radhiyallahu ‘anhu- berkata,
“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tidak mau makan sedekah. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan.
Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengabarkan kepadaku bahawa dia beracun”. Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro’ bin Ma’rur
Al-Anshoriy. Maka Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- mengirim (utusan
membawa surat),
“Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?” Wanita itu menjawab,
“Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu”. Kemudian Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh.
Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,
”Sentiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus”. [HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

6. Batu yang Bercakap

Setelah kita mengetahui ada batu yang mengucapkan salam, maka
keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang bercakap di akhir zaman.
Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim
harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak.
Kerana Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau bercakap sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib. Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda,
“Kalian akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang diantara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, “Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia”. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah- berkata, “Dalam hadits ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa bercakapnya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadits ini (menunjukkan) bahwa benda-benda itu bercakap secara hakikat”.[Lihat Fathul Bari (6/610)]

7. Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiksyen tentang haiwan-haiwan
yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita fiksyen
belaka dan tentunya omong kosong.
Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya ada haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, layaknya seorang komandan pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an,
“Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia berkata: “Hai
manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami
diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu
kurnia yang nyata”.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tentaranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut:
"Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak
diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari."
Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa Kerana (mendengar) perkataan semut itu. dan dia berdoa:
“Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk
mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan
rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS.An-Naml: 16-19).

15 BUAH MASJID TERHEBAT

15 Masjid Terhebat Di Dunia.
1. Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi


2. Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

3. Masjid Al-Aqsha di Palestin


4. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir


5. Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia


6. Masjid Hassan II di Casablanca

7. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan

8. Masjid Badshahi di Lahore ,Pakistan

9. Masjid Sheikh Zayed di Emiriah Arab Bersatu

10. Masjid Jami’ Delhi, India

11. Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh

12. Masjid Id Kah di Kasgar, Xinjiang

13.Masjid Negara di Malaysia

14. Masjid Sultan Ahmad di Turki
http://lh6.ggpht.com/_4qHSfCYJVIY/SCP5-neMD_I/AAAAAAAABFg/oNiq-WJyjN0/blue%2520mosque.jpg
15. Masjid Al-Fath di Bahrain


Saturday, May 28, 2011

MENETAP ARAH KIBLAT

ntvirus.files.wordpress.com/2008/07/kaabah.jpg
Demi Kesempurnaan Ibadah,

Luruskan Arah Qiblat Anda, Sabtu 28 Mei 2011 Pukul 5.16  Petang.
Hari ini, Sabtu petang 28 Mei 2011 pukul 5.16, insya Allah akan ada peristiwa “Istiwa A'dhom” (Matahari di atas Kaabah), yang sangat bermanfaat untuk menentukan arah Kiblat yang tepat dengan cara sederhana. Manfaatkan peristiwa penting tahunan tersebut untuk meluruskan arah Qiblat yang benar, demi kesempurnaan ibadah.

Dalam ilmu falaq (astronomi), peristiwa itu dikenal dengan ‘yaumu rashdil qiblah’ (Qiblat Day- hari untuk menetapkan arah Kiblat), kerana matahari tepat berada di atas Kaabah. Ka’bah yang berada pada koordinat 21,4° LU dan 39,8° BT, dalam setahun akan mengalami 2 kali peristiwa Istiwa A’dhom (Matahari di atas Kaabah)  bagi tahun 2011 iaitu Sabtu 28 Mei 2011 pukul 05:16  dan Sabtu 16 Julai 2011 pada pukul 05.28 petang.

Sabtu 28 Mei 2011 matahari akan tepat berada di atas Kaabah pada pukul 12:27 waktu Arab Saudi bersamaan pukul 05.16 petang waktu kita. Ketika matahari berada di atas Kaabah, maka secara automatis bayang-bayang objek tegak di seluruh dunia akan lurus ke arah Kiblat. Kerana kedudukan matahari di atas Kaabah yang menyebabkan bayangan tegak di seluruh dunia searah Kiblat.
Maka Sabtu 28 Mei pukul 05.16, di daerah mana pun yang mampu menerima sinar matahari pada waktu itu, umat Islam dapat melurus arah Kiblat dengan sederhana namun terjamin ketepatannya. Arah lawan bayangan itulah arah Kiblat berada, kerana saat itu posisi matahari tepat berada di atas Ka’bah.

Jika arah kiblat salah, ubah sahaja kedudukan shafnya, jangan ubah rumah atau roboh masjidnya.

Waktu peristiwa ini berlaku sangat singkat, sekitar 1 minit saja,  jadi bagi mereka yang ingin meluruskan arah Kiblat perlu melakukan persiapan lebih awal, misalnya dengan memasang benda tegak lurus di tempat yang memungkinkan terkena sinar matahari pada waktu terjadinya matahari berada di atas kaabah.


Semuga bermanfaat.

AIRMATA DALAM BELAIAN NYA

Tangisan Dalam Belaian Allah
ilustrasi
Menangis membawa erti keluarnya air mata sebagai ungkapan hati . Menangis adalah suatu aktiviti yang menyehatkan, bahkan semua bayi yang baru lahir selalu ‘dinantikan’ tangisan pertamanya sebagai tanda organ pernafasannya telah berfungsi dengan baik.


 Dari Anas bin Malik radhiallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam pernah membawa putra beliau bernama Ibrahim, kemudian mengecup dan menciumnya.” (HR. Al-Bukhari)

Kasih sayang tersebut tidak hanya khusus bagi kerabat baginda sahaja, bahkan beliau curahkan juga bagi segenap anak-anak kaum muslimin. Asma’ binti ‘Umeis radhiallaahu ‘anha —istri Ja’far bin Abi Thalib— menyatakan, “Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam datang menjengukku, beliau memanggil putra-putri Ja’far. Aku melihat beliau mencium mereka hingga menitis air mata baginda. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah telah sampai kepadamu berita tentang Ja’far?” Beliau SAW menjawab, “Sudah, dia telah gugur pada hari ini!” Mendengar berita itu kami pun menangis. Kemudian beliau pergi sambil berkata, “Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’far, kerana telah datang berita musibah yang memberatkan mereka.” (HR. Ibnu Sa’ad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Rasulullah SAW telah memberikan contoh kepada kita bahawa tangisan adalah suatu hal lumrah dalam mengungkapan kasih sayang. Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wasalam menitis menangisi gugurnya para syuhada tersebut, Sa’ad bin ‘Ubadah bertanya, “Wahai Rasulullah, Anda menangis?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Ini adalah rasa kasih sayang yang Allah Ta’ala letakkan di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya hamba-hamba yang dikasihi Allah Ta’ala hanyalah hamba yang memiliki rasa kasih sayang.” (HR. Al-Bukhari)

Ketika air mata Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menitis disebabkan kematian putra baginda bernama Ibrahim, Abdurrahman bin ‘Auf bertanya kepada baginda, “Apakah Anda juga menangis, wahai Rasulullah?” Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab,“Wahai Ibnu ‘Auf, ini adalah ungkapan kasih sayang yang diiringi dengan titisan air mata. Sesungguhnya air mata ini menitis, hati ini bersedih, namun kami tidak mengucapkan kecuali yang diridhai Allah Ta’ala. Sungguh, kami sangat berduka cita berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (HR. Al-Bukhari)

Pesan Rasulullah SAW , "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka…"di hadits yang lain beliau SAW juga bersabda tentang sepasang mata yang tidak akan tersentuh api neraka, iaitu mata yang sentiasa menangis di waktu malam kerana takut kepada Allah, dan sepasang mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.

Namun, meskipun ada jaminan indah seperti itu, tidak banyak manusia yang ingin menempuh jalan keselamatan tersebut. Kebanyakan manusia lebih memilih tenggelam dalam hingar-bingar dunia yang fana dan melalaikan. Alangkah beruntung umat muslimin yang telah diberitakan tentang keselamatan diri kerana Rahmat Allah atas air mata taubat ketika penyesalan diri sepanjang waktu. “…Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nuur [24] : 31)

Di negara-negara maju  sudah ada pakar ‘air mata’, Bahkan, para pakar ini percaya kalau menangis dapat menyembuhkan sakit dan meningkatkan kadar hormon adrenalin. "Menangis adalah pelepasan emosi yang paling tepat waktu kita tak dapat mengungkapkannya melalui kata-kata," kata Dr Simon Moore, ahli psikologi dari London Metropolitan University. Menurut Profesor William Frey, ahli airmata dari Amerika, air mata yang dikeluarkan waktu kita sedang emosional mengandung hormon penyebab stress sehingga boleh membuat perasaan lebih tenteram. Menangis juga diketahui dapat menurunkan tekanan darah dan denyut nadi. Selama dan setelah menangis kita akan menarik nafas dalam-dalam sehingga kadar oksigen dalam darah meningkat. Hal ini demikian akan membuat mental dan fisikal terasa lebih kuat. Selain itu, air mata bermanfaat untuk mencegah dehidrasi pada membran mata, membunuh kuman atau bakteria yang masuk ke mata, mengeluarkan racun-racun, serta menghindari depresi. Subhanalloh…

Air mata juga sering mengalir ‘tiba-tiba’ akibat sentuhan jiwa nan lembut. Satu cerita dari seorang kawan, seniornya semasa kuliah,  bahwa suatu malam, mendadak ia terbangun dan merasa ingin menangis. Setelah berwudhu dan qiyamullail, maka tangisannya makin menjadi. Ia merasakan kerinduan yang luar biasa kepada Ilahi, juga kepada keluarganya yang jauh. Entah datang dari mana, perasaan membaur dan dada terus bergemuruh, hingga tangisannya terus-menerus membasahi sajadah, hasilnya meskipun matanya sembab, ada kelegaan hati yang amat menenangkannya. Subhanalloh! Paginya ketika ia menyampaikan rasa rindu dengan menelepon keluarganya di kampung, ternyata gayung bersambut, keluarganya di kampung menyatakan bahawa semalaman mereka memikirkan anak kesayangannya itu pula, dan  berdo’a serta merasakan kerinduan yang sama. Begitulah kekuatan do’a dalam ukhuwah nan indah, seolah-olah antara jiwa saling bicara.
Terdapat riwayat yang sahih bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, yang ertinya “Sesunguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cobaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa' (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat.”
Maka kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memetik pengajaran, janganlah kita malu meluapkan emosi dengan air mata di hadapan-Nya. Rencah peristiwa sehari-hari ada kalanya senang, susah, tawa dan sedih. Kesulitan menangis ternyata membuahkan penyakit. Dan jangan pula kita ikuti tangisan palsu para tokoh drama atau filem, sebab tangisan yang pura-pura tentu tidak akan melegakan hati malah menjatuhkan harga diri.

Seorang mukmin dengan taubatnya, bererti telah mewujudkan makna salah satu sifat Allah Subhanahu wa ta'ala, iaitu sifat yang terkandung dalam nama-Nya: Al-Ghaffar (Dzat yang Maha Pengampun). Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman, yang ertinya, “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat, beriman dan beramal shalih, kemudian tetap di jalan (petunjuk) yang benar.” (QS. Thaha [20] : 82).

Subhanallah, Allahuakbar.
Amein, semuga bermanfaat.

Friday, May 27, 2011

BICARA KITA TENTANG CINTA

Tentang Cinta
Go to fullsize image
Sukar untuk dihitung berapa banyak kata cinta terungkap dari bibir manusia yang rapuh. Dari seorang Perdana Menteri hingga  seorang pengemis jalanan, semua berkata cinta, cinta dan cinta. Akan tetapi tentu berbeza konsep, erti dan makna dari tiap-tiap individu tersebut dalam berbicara tentang cinta. Seolah-olah dunia ini menjadi bising kerana bunyi dari kata cinta tersebut.

Begitu juga halnya dengan banyaknya hasil karya seni yang “mengeksploitasi cinta”, mulai dari filem, lagu, buku, lukisan, cerita rakyat, dan lain-lainya. Kini seakan cinta menjadi sebuah tema besar dalam  kehidupan.  Hidup tanpa cinta bagai taman tak berbunga .
Sekarang ini cinta sudah menjadi suatu industri dan tidak dapat dimungkiri bahawa cinta menjadi kompleks kewangan pesisir yang sangat menggiurkan bagi para kaum kapitalis. Diciptalah gerak kerja yang berkenaan dengan cinta, lalu kemudian dibuat produk-produk cinta tentang cinta tersebut. Mereka melakukan hal ini  atas nama “cinta”. Akan tetapi cinta terhadap kepentingan dan wang yang akan mereka raih atas “pengindustrisasian cinta”. Mereka menjual cinta seperti menjual pisang goreng.

Apakah makna cinta ? Apakah erti cinta menurut anda?. Setiap orang tentu mempunyai definisi dan tafsiran yang berbeza mengenai cinta. Saya jadi teringat  seorang kawan yang mengatakan bahawa Cinta itu berasal dari gabungan rangkai kata 'Cerita Ini Nanti Takkan Ada'. Memang aneh ,tetapi ada benarnya juga beliau berkata demikian. Kenapa?

Menurut cerita kononnya pada suatu hari sebuah kajian dilakukan oleh seorang ilmuwan. Ia mengkaji tentang bagaimana perilaku orang yang terkena cinta dan perlakuan orang-orang terhadap cintanya. Kesimpulan dari Ilmuwan tersebut menyatakan bahawa pada saat berada di alam percintaan, kebanyakan kaum lelakilah yang paling banyak bercakap dibandingkan dengan kaum perempuan . Keadaan ini berbeza pada masa pernikahan dan waktu mempunyai anak satu atau dua. Waktu ini, giliran kaum perempuan yang lebih banyak bercakap berbanding kaum laki-lakinya (menuntut hak sebagai isteri dan anak-anaknya). Pada fasa ketiga (fasa klimaks) ketika mempunyai anak lebih dari dua dan seterusnya, kaum laki-laki dan kaum perempuan sama-sama saling bercakap sekuat tenaganya dan berusaha untuk saling mengalahkan satu sama lain. Lalu timbul pertanyaan, siapa yang akan mendengarnya?. Yang akan mendengarkan adalah jiran tetangga dan anak-anaknya. Hahaha.

Bercakap tentang cinta saya juga teringat dengan ungkapan salah seorang teman sekerja saya. Beliau menyatakan bahawa cinta itu seperti buang angin (kentut). Ketika ingin dikeluarkan malu, akan tetapi kalau tidak dikeluarkan akan menimbulkan penyakit!!. Dari dua contoh tersebut, terdetik dalam benak saya, kenapa mereka berkata seperti itu?. Mungkin kerana pengalaman, gurauan belaka, atau memang seperti itu perspektif dan persepsi kebanyakan manusia tentang cinta.

Kenapa manusia sering sakit akibat panahan cinta? Kalau ditinjau dari istilahnya, seseorang yang merasakan hebatnya, dahsyatnya, indahnya, manisnya cinta dikatakan bahawa ia sedang “jatuh cinta”. Jika seseorang jatuh sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Maka ia akan merasakan sakit, dan itu pasti ia tidak dapat untuk menghindarkan kata jatuh atau kata sakit .

Dalam mengertikan cinta manusia sering mengandingkan cinta dengan istilah yang menurut saya, aneh. Cinta pertama salah satu contohya. Kebanyakan ketika seseorang ditanya sejak bila ia mulai merasakan cinta pertama. Kebanyakan mereka  menjawab ketika berumur belasan tahun mungkin sekitar 14-18 tahun. Alangkah malang sekali hidup orang-orang ini. Apakah semenjak umur mereka 0 hari sampai dengan usia tersebut, mereka sama sekali belum pernah merasakan cinta?. Padahal semenjak usia 0 hari mereka itu berada dalam organ manusia didalam perut yang bernama RAHIM (salah satu sifat Allah yang berarti maha penyayang). Apakah benar ia tidak merasakan cinta Tuhannya pada saat itu?. Atau ketika orang tersebut terlahir kedunia, ia pun disambut dengan air mata cinta ibu dan bapanya!!. Sekali lagi, apakah orang itu tidak merasakan cinta kedua orang tuanya ketika peristiwa itu terjadi?.

Cinta monyet. Apakah cinta monyet itu? Manusia berfikir bahwa cinta monyet adalah cinta pada lawan jenis ketika masa kanak-kanak (atau semacamnya –lah). Padahal (lagi-lagi menurut saya) monyet itu adalah sejenis binatang (setuju kan)!!. Apakah kita ingin menyamakan ketika diri kita kanak-kanak dengan seekor binatang?. Cinta binatang hanya untuk memuaskan naluri kebinatangannya sahaja. Jarang saya mendengar bahawa ada pasangan monyet mempunyai komitmen membina sebuah keluarga, punya anak keturunan sampai cucu- cicit dan seterusnya sampai ajal menjemput salah satu dari pasangan monyet tersebut. Pernahkah anda mendengarnya?. Cinta monyet (binatang) ini tidak mengenal usia. Mereka yang terlibat dalam cinta ini, boleh jadi orang yang sudah dewasa dan juga remaja. Banyak juga orang yang menikah secara tidak sengaja (by accident) kerana cinta monyet (binatang) ini. Kalau menurut saya, cinta monyet sama dengan kumpul kebo, itu sama-sama binatang -kan?.

Dalam hal mencintai, manusia makluk yang tidak sempurna akan tetapi boleh juga menjadi terlalu sempurna (berlebihan) untuk mencintai sesuatu yang tidak sempurna. Dalam Al Qur’an Allah telah berfirman yang ertinya “Dijadikan indah pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang tertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan dunia, dan di sisi Allah –lah tempat kembali” (QS 3 : 14).

Pandangan manusia menjadi indah ketika melihat hal-hal seperti itu. Dan ini hanya pandangan bahkan terkadang hanya menjadi fatamorgana belaka. Salah seorang teman pernah berkata bahawa cinta adalah sebuah penipuan. Kerana didalam cinta terjadi proses kepura-puraan untuk menjadi sosok yang terlihat sempurna dihadapan hal-hal yang ia cintai. Manusia menipu dirinya kerana cintanya. Padahal Allah –lah tempat kembali. Ini menunjukkan bahawa semua yang sudah disebutkan akan hilang kerana ketidak sempurnaannya.

Mencintai hal yang tidak sempurna bererti sudah harus siap mengambil risiko menerima sakit, kecewa perih, atau kata lain yang bermakna sejenis. Sangat wajar, kerana memang apa yang dapat kita harapkan dari hal-hal yang tak sempurna?. Kita semua akan kembali kepada  Allah SWT yang Maha Sempurna. Sangatlah aneh jika makhluk yang tidak sempurna mengharapkan kesempurnaan dari perkara-perkara yang sama seperti manusia, iaitu ketidaksempurnaan. Manusia bukan suatu hal yang sempurna, kerana secantik-cantiknya atau setampan-tampannya perempuan atau lelaki tetap sahaja jika ia buang angin (berkentut), baunya tetap sahaja tidak harum! seharum minyak wangi...hehehe...

Tuesday, May 24, 2011

KISAH PEMUDA MELARIKAN DIRI DARI MAUT.

MATI Sesiapapun tidak dapat lari darinya...
Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan
sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat
baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis
itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang
sedang mengambil makanan.
 Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak
dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang
begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau
dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang
ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah;
iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan
kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang
tajam terhadapnya.
Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu
adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat
merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang
untuk mencabut nyawanya. Lalu dia meminta Nabi Sulaiman
agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi
tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang
pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat
mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya
telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda
tersebut ke pulau yang diminta.

 Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu
gembira kerana telah berjaya lari daripada maut.
Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia
terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut
telah tercegat di belakangnya! Dengan perasaan
berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail
mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam
majlis Nabi Sulaiman.
 Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa
dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza
wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau
yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang
sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia
bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu
berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail )
dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat
yang begitu jauh daripada tempat majlis itu
berlangsung dalam masa beberapa minit lagi.
 Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin
pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh
dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat
Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut
nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah
berada di pulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah
pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha
Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana
jua kita berada.

Sunday, May 22, 2011

Jangan Membela Orang Fasik

 Ada orang menyatakan bahawa media moden memiliki motto  'a bad news is good news'. Maksudnya setiap peristiwa buruk menjadi sumber pemberitaan.
Oleh kerana media bermotto seperti itu sangat rajin mengumpulkan dan menyebarluaskan berbagai kejadian yang mengandung kemaksiatan, perbuatan keji, permusuhan, perbalahan, konflik dan jenayah.

Semakin heboh sesuatu  peristiwa semakin bersemangat para kuli tinta sekuler memburunya. Itulah realiti pelbagai media yang berkarakter moden . Dia tidak peduli jika berita yang disebarluaskan melanggar akhlak ajaran Allah.
Mereka hanya mengutamakan bagaimana caranya agar tahap populariti atau kedudukannya tinggi di mata para pembaca, pendengar atau penontonnya. Semakin tinggi kedudukan populariti, maka semakin besar pendapatan yang dihasilkan. Inilah realiti dunia media-massa pada umumnya di zaman penuh fitnah  ini.

 Sesungguhnya kini, masalah yang timbul sudah cukup parah. Keadaan ini menjadikan masyarakat setiap hari harus mendengar, menyaksikan dan mengunyah-ngunyah berbagai berita buruk yang sudah tentu mempengaruhi otak dan hatinya. Dan akibat selanjutnya, masyarakat cenderung mengalami de-sensitisasi (penurunan kehalusan perasaan/penginderaan) terhadap berbagai perilaku kemaksiatan, perbuatan keji, permusuhan, perbalahan, konflik dan kriminal yang diberitakan media-massa.

 Masyarakat kian hari menjadi semakin terbiasa dengan berbagai keburukan tersebut sehingga menjadi kebiasaan terhadap semua perkara keji tersebut. Akhirnya hilanglah ghirah (kecemburuan) di dalam diri dan akhirnya spirit amar maâruf nahi munkar (menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran) menjadi langka atau dapat dikatakan mati sama sekali.

Sukar untuk menemukan media masa kini yang berfungsi sebagai pelita di tengah kegelapan zaman penuh fitnah. Media yang menyebabkan manusia menjadi ingat dan tunduk tawaduk kepada Allah swt . Media yang menyebarluaskan optimisme akan masa depan  kebangkitan kembali dienullah Al-Islam. Media yang meyakinkan masyarakat bahawa hanya dengan kembali kepada Al-Islam sahajalah dunia akan menemukan keadilan, kedamaian dan kesejahteraan hakiki. Media yang tidak ikut terperusuk dalam kotak fanatisme kelompok, golongan maupun ideologi politik. Media yang sentiasa mengingatkan masyarakat bahawa kehidupan dunia bersifat fana dan akan sirna, sedangkan kehidupan akhirat merupakan kehidupan sejati dan abadi. Media yang meyakinkan ummat bahwa sepahit apapun penderitaan dunia, sesungguhnya  tidak setara dengan kesengsaraan hakiki Murka dan Neraka Allah di akhirat  nanti. Media yang terus-menerus menyedarkan masyarakat bahwa sehebat apapun kesenangan dunia, namun  tidak wajar diburu dan dikejar sebagaimana seharusnya berkompetisi memburu kebahagiaan hakiki redha dan Jannah Allah di akhirat kelak. Media yang menyutip semangat setiap orang beriman agar selalu memperjuangkan satu dari dua kebaikan, yakni hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah mati syahid.

 Sesungguhnya masalah yang timbul sudah cukup memualkan. Tetapi masalahnya tidak hanya itu. Sudahlah media yang beredar umumnya sekuler lalu ditambah lagi dengan realiti pahit bahwa masyarakat yang menikmati media seperti itu umumnya merupakan masyarakat yang mudah terprovokasi.

Masyarakat pecacai media moden sekuler sangat mudah dipancing emosinya untuk bereaksi yang sungguh jauh dari dewasa dan bertanggung-jawab, apalagi bersikap Islamik...! Dalam merespon media penyebar kerusakan, kebanyakan masyarakat terbahagi menjadi dua. Sebahagian menjadi corong yang turut menyebarkan lebih lanjut apapun berita atau info media tadi. Padahal boleh jadi sebenarnya berita yang disebarkan tidak benar alias palsu.

Kadangkala orang yang menyebarkan berita tanpa sedar telah terlibat dalam menghunjang orang yang soleh semata-mata kerana  tidak suka kepada orang tersebut atau kelompok  orang tersebut merupakan anggota di dalamnya. Tetapi boleh juga terjadi bahwa tanpa sedar kita secara membabi-buta atas dasar taqlid membela orang yang memang benar-benar terlibat suatu kemaksiatan semata-mata kerana yang diberitakan itu adalah kawan dekat atau teman sekelompok, golongan atau pertubuhan politik.

Sesungguhnya kini kita sedang menjalani zaman penuh fitnah. Masyarakat begitu mudah terpancing untuk harus berpihak ketika mengikuti suatu isu yang ditebur oleh media. Seolah-olah hanya ada dua pilihan iaitu menyetujui isi pemberitaan atau mengingkarinya. Padahal menyetujui seringkali bererti turut menebar fitnah, gosip dan dusta. Sebaliknya, mengingkari terkadang menyebabkan hilangnya sikap objektif dan menyuburkan fanatisme kelompok yang bersifat irrasional. Right or wrong is my group, my organization and my party. Allah  mengharuskan seorang muslim bersikap adil dan objektif.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ
شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ
أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالأقْرَبِينَ

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. (QS An-Nisa 135)

Janganlah kerana pihak yang memperoleh pemberitaan negatif di media adalah seorang yang rapat dengan kita maka dengan membabi-buta kita membela dia. Seolah-olah orang tersebut tidak pernah terlibat dengan kesalahan dan dosa.

Waspadalah kita, jangan sampai tanpa sedar kita  membela dengan kaca mata kuda seseorang yang sebenarnya dikategorikan Allah sebagai orang fasiq (jahat). Janganlah spirit kepartian dibiarkan berkembang menjadi virus fanatisme golongan yang dibenci Allah  dan Rasulullah.

Ingatlah, kita semua pasti akan dipertanggung-jawabkan apapun yang telah kita lakukan, ucapkan dan perbuat.

Jangan asal memihak kepada kelompok yang kita merasa sudah dekat dengannya. Padahal siapa pun di dunia ini - selain Nabi Muhammad - boleh tergelincir ke dalam kesalahan dan dosa. Selain Allah  dan RasulNya  tidak ada golongan yang dapat mendakwa dirinya atau kelompoknya sebagai pemilik kebenaran sejati.

وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ
كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabannya.(QS Al-Israa 36)
 Janganlah kebencian kita kepada orang atau kelompok tertentu menyebabkan kita terikut-ikut menjadi  sebagaimana  para insan media sekuler semata-mata kerana kita senang melihat pihak lawan  kita tersingkap aib dan kelemahannya di depan umum.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ
شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ
وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ
عَلَى أَلا تَعْدِلُوا
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى
وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(QS Al-Maidah 8)
Walaupun kita tidak menyetujunya terhadap seseorang atau suatu kelompok tertentu, hal itu tidak boleh dijadi isu untuk menyebar luas aib dan kesalahan mereka.

Kita harus sentiasa ingat dan yakin bahwa para malaikat tidak pernah lalai mencatat setiap perbuatan manusia, baik dikerjakan di tempat terbuka atau pun tertutup. Allah merupakan Dzat Yang Maha Adil. Allah  pasti akan memberikan ganjaran yang setimpal atas setiap perbuatan yang dilakukan oleh siapapun. Setiap amal kebaikan akan memperoleh ganjaran yang setimpal dan setiap amal keburukan memperoleh hukuman yang juga setimpal.

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.(QS Az-Zalzalah 7-8)

-Apa yang baik datang dari Allah, dan yang buruk atas kelemahan diri sendiri, semuga semua beroleh manfaat yang sewajarnya. Amein.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...