Sunday, August 14, 2011

VIDEO INSIDE OF KAABA






Video dedah isi Kaabah


LEBIH dua juta umat Islam melakukan tawaf pada musim haji.
 
SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.
Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.
Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut.
Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

VIDEO selama lebih empat minit ini boleh ditonton di YouTube.
Dinding
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.
Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.
“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah.
Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah.
Tambah Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.
Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.
 
Kunci
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).
Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.
Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini
-kosmo-

TAKDIR DAN SIKAP SEORANG MUSLIM



Go to fullsize imageBencana, Musibah, Takdir Dan Sikap Seorang Muslim
  
Apakah bezanya bencana, musibah dan bagaimana seharusnya kita menangani musibah tersebut?
 
Bencana dalam bahasa Arab adalah musibah. Segala musibah yang terjadi berkaitan dengan tangan manusia. Rasulullah mengatakan dalam satu hadits, “sesuatu itu kalau diserahkan bukan kepada ahlinya, tunggu saat kehancurannya”
 
Jadi, kalau kita ini ingin melombong emas, yang menanganinya bukan orang-orang yang ahli kemudian menjadi musibah, itu bererti kita yang mengundang musibahnya. Kerana tidak serahkan kepada ahlinya. Kemungkaran manusia boleh mengundang musibah. ketidakadilan dalam suatu tempat boleh mengundang musibah. Ketidakahlian atau ketidakprofesionalan dalam suatu sistem pengairan boleh mengundang musibah.

Satu contoh begini, “Kita menaiki kereta, kemudian kita bukan ahli dalam  memandu kereta, kita melanggar kedai, motor, melanggar orang sampai meninggal dunia :  Memang betul itu satu takdir yang Allah  berikan kepada kita akibat ulah kita sendiri yang mengundang takdir itu datang.
Oleh sebab itu dalam Alquran ada Firman Allah yang ertinya : Allah tidak akan mengubah nasib satu kelompok atau satu bangsa jika mereka sendiri tidak memulai mengubah dirinya sendiri kearah yang lebih baik. Begitu pula jika kita mengubah diri anda ke arah yang  buruk, Allah  Taala akan datang musibah sesuai dengan yang kita minta.

Sikap kita setelah musibah itu ya, menerima takdir yang sudah kita pilih. Tetapi jangan menyerah kepada takdir. Allah  menyuruh kita mencari takdir yang lebih baik. Satu contoh suami atau isteri yang paling kita cintai meninggal dunia. Kita boleh bersedih,  boleh menangis. Tetapi jangan  terus berputus asa dan sudah tidak ingin bekerja, menangis siang malam ,satu bulan, setahun. Itu namanya tidak mahu mencari takdir yang lebih baik. Mungkin peristiwa   ini Allah  ingin mengajarkan sesuatu yang lebih berharga. Agar di jalan atau di hari berikutnya kita menjadi lebih hebat.

Ada satu hadits Rasul tentang takdir. Rasulullah ditanya tentang apa yang dapat mengubah takdir,  “Tidak ada kekuatan yang boleh mengubah satu takdir selain usaha dan doa”. Jadi, Allah  boleh mengubah takdir untuk seseorang berdasarkan usaha dan doanya. Allah  memberikan kebebasan kepada kita ini. Untuk berusaha mencari yang baik dan yang buruk, baru Allah takdirkan yang terbaik.

Contohnya musibah sebuah pesawat udara, kalau kita perhatikan, kalau memang sudah diusahakan segala peralatan diselia dengan baik dan betul, pilotnya sudah berusaha sebaik mungkin, kemudian terjadi satu takdir, satu musibah, itu baru namanya kita sudah berikhtiar yang terbaik, hasilnya ditangan Allah. Tetapi kalau umpamanya pilotnya kurang pengalaman, mendaratnya tidak beres sehingga pesawatnya melencung sampai ke hujung landasan, itu namanya ada tangan manusia yang berperanan untuk mendatangkan musibah.

Di alam rahim kita tidak diberikan kebebasan. Di dunia kita diberikan untuk memilih takdir itu. Allah memberikan kebebasan bagi kita untuk mengatur kehidupan. Allah taala berfirman, ”Kami sudah tunjukkan bagi kamu dua jalan, tinggal kamu pilih jalan yang mana”.

+Allahualam...

Friday, August 12, 2011

PELAJAR MALAYSIA DIRAMPOK DALAM RUSUHAN LONDON


 "JANGAN INGAT SEMUA ORANG PUTIH ITU PUTIH HATINYA DAN ORANG BERWARNA HITAM HATINYA"


London - Rakaman video seorang pemuda Malaysia yang terluka sedang dirompak di London,telah menjadi sensasi internet. Dalam beberapa hari sahaja, sekitar 2 juta orang telah melihat rakaman di YouTube itu.

Banyak warga Britain bersimpati pada mahasiswa berumur 20 tahun itu. Bahkan Perdana Menteri (PM) Britain David Cameron ikut geram dengan kejadian itu.

"Ada  masyarakat kita yang bukan hanya rosak tapi terus terang sakit," cetus Cameron seperti disiar oleh harian Telegraph, Kamis (11/8/2011).

"Ketika kita melihat anak-anak seusia 12 dan 13 tahun merampok dan tertawa-tawa, ketika kita melihat pemandangan menjijikkan seorang pemuda yang terluka bersama orang-orang yang berpura-pura menolongnya , mereka merompaknya, jelas bahawa ada hal-hal yang sangat salah dengan masyarakat kita," tegas Cameron.

Cameron telah berjanji bahawa semua pelaku rusuhan tidak akan lolos dari dihukum. Haziq baru tiba di London bulan lalu. Saat kejadian, mahasiswa akauntan itu sedang mengayuh basikalnya untuk membeli makanan buat berbuka puasa, dirinya diserang oleh sekelompok anak muda di daerah Barking, sebelah timur London.

Basikalnya dibawa lari oleh seorang anak laki-laki yang menurut Haziq berumur sekitar 12 tahun. Sementara yang lainnya merebut telepon bimbitnya. Haziq kemudian dianiaya oleh kelompok pemuda bersenjatakan pisau itu. Haziq pun tak sadarkan diri setelah dipukuli dan ditendang.

"Mereka mengancam akan menikam saya," ujarnya dalam video yang diposting di YouTube. "Beberapa dari mereka masih sangat muda dan kemungkinan masih di Sekolah Rendah," tuturnya.

Apabila tersedar, Haziq yang berdarah-darah mendapati dirinya telah dikerumuni sekelompok orang. Dia pun dibantu untuk berdiri oleh seorang lelaki namun kemudian lelaki-lelaki lainnya membuka dompet dan membawa lari barang-barangnya termasuk game console Sony PSP.

Adegan perompakan itulah  telah menjadi sensasi internet di mana sekitar dua juta orang telah melihatnya melalui you tube dalam beberapa hari saja.

FACEBOOK MERENCAT PERTUMBUHAN ANAK?

Facebook Menyebabkan Anak Lembab?

 


Sekumpulan pengkaji dari AS menyatakan bahawa anak-anak yang rutin menggunakan Facebook dan laman sosial lainnya cenderung mendapatkan nilai lebih rendah di sekolah.

Penelitian dari California State University ini juga menemukan tingginya sifat  dan sikap yang menyimpang akibat terlalu lama menghabiskan waktu di laman sosial.

Lebih bahaya lagi, kondisi ini juga berakibat lebih buruk waktu perkembangan keperibadian di kala mereka membesar dewasa.

Kajian yang dipimpin ahli psikologi Larry Rosen ini mengamati sejumlah murid yang tengah mempelajari sesuatu. Beberapa di antaranya nampak sukar menumpu perhatian kerana adanya dorongan untuk memeriksa laman sosial selama beberapa minit sekali.

“Hasilnya mengejutkan. Setiap tiga minit sekali, mereka meninggalkan pelajarannya dan memeriksa Facebook,” papar Rosen pada Daily Mail.

“Semakin banyak media yang mereka lawati setiap harinya, akan semakin payah mereka di sekolah,” lanjutnya.

Rosen menyampaikan penemuan ini dalam pidatonya di "19th Annual Convention of the American Psychological Association" yang bertajuk Poke Me: How Social Networks Can Both Help and Harm Our Kids.

“Waktu tidak ada satupun yang mengelak keberhasilan Facebook dalam mengubah pola interaksi sosial, khususnya bagi kaum muda, kami memulai pengkajian psikologis yang memperlihatkan dampak positif dan negatifnya,” ujar Rosen.

Dampak negatifnya, ujar Rosen, remaja yang terlalu banyak menggunakan laman sosial cenderung agresif dan anti-sosial. Uniknya, hal ini juga berakibat pada kondisi fisik, iaitu sukar tidur dan sakit perut.

Sedangkan efek positifnya, Facebook mampu membantu anak-anak yang pemalu menjadi lebih mudah bersosialisasi. Yang paling penting ialah pengawasan dari orang ibubapa agar penggunaannya tidak disalahgunakan.

MENCARI HAKIKAT PUASA RAMADHAN

HAKIKAT PUASA RAMADHAN
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan atas orang-orang  sebelum kamu supaya kamu bertaqwa. (QS. al-Baqarah ayat 183).

Pertanyaan yang paling banyak diajukan  khususnya yang berkaitan tentang  puasa adalah pergeseran semangat dalam beribadah. Biasanya pada awal-awal bulan Ramadhan masjid-masjid penuh sesak dan bahkan sampai melimpah. Adapun tujuan yang selalu dikemukakan adalah untuk mengikuti solat tarawih.

Malangnya, semangat ini tidak  bertahan lama dan semakin ke hujung Ramadhan maka semakin kurang jumlah orang-orang yang datang ke masjid. Hal ini demikian menggambarkan tentang cepatnya rasa jemu dalam mengabdikan diri kepada Allah kerana hanya tergiur dengan janji-janji Tuhan, padahal janji tersebut tidak datang dengan sendirinya kecuali dengan memenuhi syarat terlebih dahulu.

Di dalam Alquran dengan tegas disebutkan "sempurnakanlah janjimu kepada-Ku dan setelah itu akan Kusempurnakan pula janji-Ku kepadamu". Penyataan ini menunjukkan bahawa janji yang dikemukakan oleh Allah tidak akan turun dengan sendirinya kecuali jika manusia memenuhi janjinya terlebih dahulu.

Salah satu janji Tuhan adalah mengabulkan doa orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa. Janji ini tidak berlaku secara otomatis kecuali jika manusia memenuhi janjinya terlebih dahulu,  iaitu menjadikan dirinya sebagai orang-orang yang memiliki iman. Jika janji ini telah dipenuhi oleh manusia maka secara otomatis pula Allah akan memenuhi janji-Nya.

Perlu kita ketahui bahawa Allah hanya mengajak orang-orang yang beriman (allazina amanu) untuk mengerjakan ibadah puasa. Ajakan yang secara khusus ini menunjukkan bahawa hakikat puasa hanya dapat ditangkap oleh orang-orang yang beriman. Oleh kerana itu, panggilan yang ditujukan kepada kelompok tertentu ini  dapat difahami sebagai prasyarat untuk mendapatkan tujuan puasa iaitu taqwa.

Adapun orang-orang yang tidak beriman tidak diajak oleh Tuhan mengerjakan puasa kerana mereka tidak akan mampu menangkap hakikat puasa. Hal ini demikian sudah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam salah satu makna haditsnya iaitu "berapa banyak orang-orang yang mengerjakan ibadah puasa tetapi tidak mendapatkan nilai apa-apa kecuali hanya sekadar lapar dan haus sahaja".

Salah satu pengukur tentang keberadaan iman ini dapat dilihat dari sikap (respon) ketika menghadapi datangnya Ramadhan. Bila puasa tahun ini  jatuh pada tanggal 1 Ogos maka orang-orang yang beriman merasakan bahawa tarikh tersebut terlalu lama. Sekiranya boleh ditawar maka mereka menginginkan lebih cepat dari tarikh tersebut kerana mereka sudah lama sekali merindukan kehadiran bulan Ramadhan.Sebaliknya berbeza halnya dengan orang-orang yang tidak beriman di mana tarikh tersebut terlalu cepat datangnya. Sekiranya boleh ditawar maka mereka ingin agar tarikh tersebut ditangguhkan kerana merasakan bahawa puasa Ramadhan pada tahun yang lalu belum hilang keletihannya dan tiba-tiba sudah datang bulan Ramadhan tahun ini.

Kedua sikap yang sangat kontras ini sudah pasti dipengaruhi oleh nilai-nilai iman yang terdapat di dalam hati. Orang-orang yang beriman menganggap bahawa puasa adalah suatu keperluan bagi mereka, sedangkan orang-orang yang tidak beriman,  mereka menganggap bahawa puasa adalah merupakan beban yang seharusnya dihindarkan. Oleh kerana itu, tepat sekali jika Allah hanya mengajak orang-orang yang beriman sahaja untuk melakukan ibadat puasa. Fokus ajakan Allah kepada orang-orang yang beriman untuk mengerjakan ibadat puasa dapat difahami dari dua tahap.

Pertama, tingkat iman (allazina amanu) harus dicari oleh manusia dengan cara membersihkan dirinya dari berbagai macam dosa dan kesalahan. Pada tahap ini, manusia harus berupaya secara maksima untuk memperoleh darjah iman. Oleh kerana itu, upaya untuk mendapatkannya harus dilakukan  sebelum masuk bulan Ramadhan.
Kedua, dapat difahami sebagai anugerah dari Allah yang diberikan-Nya kepada orang-orang yang ikut mengambil bahagian dari puasa Ramadhan. Dengan kata lain, siapa sahaja yang bertekad untuk mengikuti puasa Ramadhan maka secara automatis Allah memberikan sertifikat iman kepadanya. Oleh kerana itu, sertifikat iman ini harus dijaga dengan baik agar mendapatkan puasa yang berkualiti.

Iman dalam hal ini tidak hanya sebatas menghafal bahwa Allah itu ada demikian juga malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab dan hari kemudian. Akan tetapi yang dimaksud dengan iman disini adalah pensucian diri dari berbagai macam dosa dan kesalahan supaya dapat mendekati Allah kerana pada bulan Ramadhan Allah turun mendekati manusia.

Pendekatan yang dilakukan oleh Allah ini akan memberikan kontribusi bagi orang-orang yang beriman sehingga segala perintahNya (termasuk puasa Ramadhan) dirasakan sebagai keperluan. Berbeza dengan orang-orang yang tidak beriman, maka pendekatan yang dilakukan Allah tidak akan memberikan kontribusi kepada mereka sehingga setiap perintah Allah selalu mereka anggap sebagai suatu beban yang menyusahkan.

Ketika iman dijadikan oleh Allah sebagai prasyarat, maka janji-janji yang disebutkan-Nya pada bulan puasa Ramadhan hanya dapat perolehi jika prasyarat ini sudah dipenuhi dengan baik dan benar. Adapun salah satu janji yang dikemukakan oleh Allah adalah memperkenankan segala doa  pada bulan Ramadhan, demikian juga melipatgandakan pahala amal ibadah dan "bonus" pahala pada malam lailatul qadar.

Sekiranya janji-janji Tuhan ini belum diperolehi oleh orang-orang yang melakukan ibadah puasa bererti prasyarat yang ditetapkan oleh Tuhan belum terpenuhi dengan baik. Dengan demikian, yang paling penting difikirkan oleh manusia sebelum  kehadiran bulan puasa Ramadhan berakhir adalah memenuhi prasyarat yang ditetapkan oleh Allah bukan dengan melakukan hal-hal yang hanya bersifat tradisi.

Wednesday, August 10, 2011

PERANG BADAR PEMISAH ANTARA PUTIH DAN HITAM

 Badar Kubra, Sempadan antara Hak dan Bathil
 Sempena menyambut datangnya 17 Ramadhan 1432 H,hari paling akbar dalam sejarah keberadaan Islam, maka marilah sama-sama kita hayati sekilas berlakunya peristiwa Badar Kubra...
                      Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama di bulan Ramadhan. Di bulan yang penuh berkah ini pula, tepatnya hari Jum’at tanggal 17 Ramadhan 2 H , pasukan Islam menerjah medan peperangan besar melawan pasukan musyrik Quraisy di Lembah Badar. Badar adalah daerah yang berjarak 155 km dari Madinah, 310 km dari Makkah, dan 30 km dari pesisir pantai Laut Merah. Rasulullah SAW bersama 83 shahabat Muhajirin, 61 shahabat dari suku Aus, dan 170 shahabat dari suku Khazraj harus menghadapi 1000 orang tentera musyrik Quraisy yang lengkap bersenjata . Dengan izin Allah SWT, 70 orang musyrik Quraisy berhasil dibinasakan dan 70 orang musyrik lainnya ditawan. Dalam kalangan pasukan Islam, 6 sahabat Muhajirin dan 8 sahabat Ansar gugur sebagai syuhada’. Kemenangan mutlak pasukan Rasulullah SAW yang kecil atas pasukan musyrik yang besar itu diabadikan oleh Allah SWT sebagai yaumul furqan, hari yang menentukan garis pemisah antara kebenaran dengan kebatilan. Kebenaran Islam dari kebatilan jahiliyyah, kebenaran tauhid dari kebatilan syirik, kebenaran iman dari kebatilan kekufuran. Allah SWT berfirman:

“…Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada di hari Furqaan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS. Al-Anfal (8): 41)

Perang Badar adalah peperangan besar pertama antara kekuatan Islam dengan musuh-musuh Islam. Perang ini telah berlaku 1432 tahun yang lalu . Namun hingga ke hari ini, bahkan sampai menjelang hari kiamat kelak,  akan terus menjadi sumber pelajaran bagi kaum muslimin. Berjuta hikmah sentiasa  terpancar sebagai pelita jalan bagi para pemimpin dan tentera jihad yang berjuang menegakkan Islam. Para dai, murabbi, mushlih, dan mujaddid, sentiasa menjadikannya sebagai jalan panduan dalam meniti kerasnya jalan dakwah, tarbiyah, ishlah, dan tajdid.

Allah SWT menghendaki perang Badar sebagai pelajaran abadi bagi setiap muslim dan muslimah. Bukan sekadar mengalunkan senandung salawat Badar yang mengandungi tawasul bid’ah dan syirik. Juga bukan hanya untuk dibaca atau menghafal kisahnya dari buku-buku Sirah Nabawiyah. Lebih dari itu, bagaimana kaum muslimin mengambil tarbiah akidah, ibadah, akhlak, mu’amalah, politik, ekonomi, dan ketenteraan dari perang Badar. Itulah yang dikehendaki oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:

“Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan segolongan yang lain kafir yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang muslimin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati.” (QS. Ali Imran (3): 13)

Saudaraku seagama dan seiman…
Kisah penuh perang Badar sudah tertulis dalam buku-buku Sirah Nabawiyah. Salawat Badar kita dengar mengalun syahdu dari masjid dan majlis taklim. Namun, mengapa kita tidak merenungkan dan mengambil pengajaran dari perang Badar? Sudahkah kita meluangkan masa kita di bulan berlakunya perang Badar ini dalam kajian serius tentang hikmah dan pelajaran yang dapat kita ambil darinya? Sudahkah kita menjadi Ulil Abshar (orang-orang yang mempunyai mata hati) yang melaksanakan firman Allah SWT di atas?

Perang Badar adalah pentas realiti pentarbiahan akidah. Perang ini mengajarkan kemurnian niat lillahi Ta’ala dalam perjuangan, bukan memburu nikmat duniawi dengan kendaraan agama. Perang ini juga mengajarkan tawakal, tsiqah (percaya sepenuhnya), isti’anah (meminta pertolongan), dan istighatsah (meminta pertolongan saat bencana menimpa) hanya kepada Allah . Memperlihatkan mu’jizat Nabi SAW, karamah para sahabat, dan turunnya pertolongan Allah. Meneguhkan iman kepada Allah, Rasul-Nya, dan malaikat-Nya. Mengajarkan wala’ kepada Allah, Rasul-Nya, dan kaum yang beriman. Mengabadikan kemarahan kita kepada kaum musyrik, walau mereka adalah ayah, anak, saudara, atau kaum kerabat kita sendiri.

Perang Badar adalah wahana langsung pembelajaran dan pengajaran ibadah. Ada pelajaran thaharah melalui air hujan. Ada pelajaran solat wajib berjama’ah walau musuh sudah sejarak pandangan mata. Ada pelajaran solat malam dan larut dalam khusyu’nya doa sebagai bekal sebelum berperang. Ada pelajaran dzikir sebelum, ketika, dan sesudah berperang.

Perang Badar mengajarkan akhlak secara praktik kepada setiap tentera Islam untuk mendahulukan ajakan Allah dan Rasul-Nya walau tidak  sesuai dengan keinginan dan kepentingan peribadi. Mengajarkan sikap siap siaga dan taat kepada Rasulullah SAW walaupun berlawanan dengan kepentingan hawa nafsu. Mengajarkan pentingnya sabar dan tsabat (teguh, tidak mundur) ketika bertemu musuh. Mengajar setiap pemimpin untuk bermusyawarah dengan bawahan, mencintai pasukan, dan mempedulikan semua keperluan mereka.

Perang Badar mengajarkan mu’amalah secara benar. Darinya, pemimpin memahami hak dan kewajibannya terhadap anggota pasukan. Pasukan mengenali hak dan kewajibannya terhadap pemimpin. Mengajarkan etika terhadap tawanan, harta rampasan perang, dan tebusan terhadap tawanan.

Perang Badar adalah teladan dalam ilmu ketenteraanan. Memilih posisi yang tepat, menyediakan logistik yang cukup, perisikan, menghimpun data yang tepat tentang kekuatan musuh, musyawarah pemimpin dengan para penasihat di bawahnya, membangun pos , menyiapkan dan menyusun barisan, mengatur siasah perang, ketaatan kepada komandan, kesepaduan pasukan, keberanian dan keteguhan di medan perang, dan banyak pelajaran lainnya.

Perang Badar adalah sarana pembelajaran strategi ekonomi. Melemahkan kekuatan ekonomi musuh dengan menghadang dan merampas kafilah dagang , agar tidak dipergunakan sebagai sarana memerangi kaum muslimin, adalah tujuan utama keberangkatan pasukan Islam ke medan Badar.

Perang Badar juga merupakan medan pertarungan politik antara dua pasukan. Pihak yang menang akan meraih kepercayaan diri yang tinggi dan penghormatan dari bangsa Arab di seluruh Jazirah Arab. Kaum Yahudi mulai memperhitungkan kekuatan kaum muslimin. Kaum musyrikin di Madinah terpaksa menampakkan diri sebagai orang-orang muslim, demi menyelamatkan nyawa dan harta mereka. Penduduk Madinah terbelah menjadi tiga kelompok: muslim, munafik, dan Yahudi. Kekuasaan Rasulullah SAW di Madinah semakin mantap, sedang kaum Yahudi dan munafik selalu mencari-cari kesempatan yang tepat untuk menikam dari belakang.
     
Perang Badar membawa kesan luar biasa bagi bidang pendidikan. Anak-anak kaum muslimin di Madinah sibuk belajar membaca dan menulis. Gurunya adalah para tawanan perang musyrik yang memiliki kepakaran, sebagai prasyarat pembebasan mereka. Pemberantasan buta huruf dan aksara begitu digalakkan. Kebodohan adalah musuh yang harus diperangi.

Benar, yang beradu langsung di medan perang adalah otot dan senjata di lembah Badar. Namun dimensi dan kesannya meluas, menjalar ke semua sektor kehidupan kaum muslimin dan kaum musyrikin. Demikian pentingnya kemenangan dan demikian berbahayanya kekalahan dalam perang ini, sehingga semalam suntuk Nabi SAW berdoa sambil menangis dalam solat malamnya:

اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي .. اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي.. اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الإسلام لا تُعْبَدْ فِي الأرْضِ!!

“Ya Allah, laksanakanlah apa yang Engkau janjikan kepadaku! Ya Allah, karuniakanlah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku! Ya Allah,jika Engkau membiarkan kelompok kecil umat Islam ini kalah binasa, niscaya Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi!” (HR. Muslim)

*Disunting dan diolah semula dari arrahmah.

Sunday, August 7, 2011

GANASNYA MURID VS GURU

Go to fullsize image

Murid vs Guru
Kelas yang tadi riuh-rendah tanpa guru, kini menjadi sunyi. Guru bahasa Melayu yang paling ditakuti dan disegani oleh semua murid telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti harimau yang kelaparan.

Murid-murid: Selamat pagi, cikgu!!!
Guru (dengan suara melengking): Mengapa ucap selamat pagi saja? Kalau begitu tengah hari, petang dan malam kamu semua mendoakan saya tidak selamat ya?
Murid-murid: Selamat pagi, tengah hari dan petang cikgu…..
Guru: Kenapa panjang sangat? Tidak pernah orang mengucapkan selamat seperti itu! Katakan saja selamat sejahtera, bukankah lebih bagus di dengar dan penuh makna? Lagipula ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid:
Selamat sejahtera cikgu!
Guru:
Sama-sama, duduk! Dengar baik-baik. Hari ini  cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan atau kata antonim. Kalau Bu Guru sebutkan perkataannya, kamu  semua harus cepat menjawabnya dengan lawan katanya, mengerti?
Murid-murid:
Faham, cikgu…

Guru: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Guru: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Guru: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Guru: Berjaya!
Murid-murid: Menang!
Guru: Salah itu!
Murid-murid: Betul ini!
Guru (geram): Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Guru: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Guru (mulai pening): Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Guru: Dengar ini…
Murid-murid: Dengar itu…
Guru: Diam!!!!!
Murid-murid: Bising!!!!!
Guru: Itu bukan pertanyaan, bodoh!!!
Murid-murid: Ini adalah jawaban, pandai!!!
Guru: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kamu!
Guru: Saya rotan baru tau rasa!!
Murid-murid: Kita akar lama tak tau rasa!!
Guru: Malas aku ngajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu…
Guru: Kamu gila semua!!!
Murid-murid: Kami waras sebahagian!
Guru: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Guru: Sudah! Sudah!
Murid-murid : Belum! Belum!
Guru: Mengapa kamu semua bodoh sekali?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Guru: Oh! Melawan, ya??!!
Murid-murid: Oh! Mengalah, tidak??!!
Guru: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Guru: Habis aku!
Murid-murid: Ada  kamu!
Guru (putus asa): O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum mulai!
Guru: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Guru: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Guru: Bengong kamu  ini!
Murid-murid: Cerdik kami itu!
Guru: Rusak!
Murid-murid: Baik!
Guru (stres): Kamu semua ditahan siang hari ini!!!
Murid-murid: Kami sebahagian dilepaskan tengah malam itu!!
Guru (stres): 66666
Murid-murid: 99999
Guru (stres): !!!!!
Murid-murid: ?????

~~~~#@$%^&*()=hahahahahahahahehehehehe~!@#$%^&*()=aku ni dah tahan lagi...

TENTERA ELIT AS TERBUNUH DI AFGHANISTAN

Presiden Afghan: 31 tentera Elit AS terbunuh dalam kecelakaan helikopter

A U.S. chinook helicopter takes off in Afghanistan on Sunday, July 24, 2011. A chinook helicopter crashed in eastern Afghanistan late Friday, August 5, killing U.S. special operation troops and Afghan commandos. (AP Photo/Anja Niedringhaus)

KABUL – Kecelakaan helikopter tentera di timur Afghanistan menewaskan 31 tentera elit AS dan tujuh tentara Afghanistan, presiden Afghan mengungkapkan pada Sabtu (6/8/2011). Hal demikian ini diungkapkan Hamid Karzai dalam pernyataan rasminya . Ia turut mengucapkan tahziah atas pasukan yang terbunuh.
Sementara itu seorang pegawai Amerika menyatakan bahwa helikopter tersebut jatuh tertembak. Insiden ini merupakan yang terburuk selama  Amerika menceroboh Afghanistan.
NATO mendakwa sedang melakukan penyelidikan untuk mengetahui penyebab kecelakaan itu. Meski demikian, NATO menolak untuk memberikan keterangan terperinci mengenai korban dan kerugian.
Mujahidin, melalui juru bicaranya, Zabiullah Mujahid, menyatakan bertanggung jawab atas jatuhnya helikopter tempur jenis Chinook milik AS tersebut melalui rentetan tembakan roket dari sebuah bangunan di Sayd Abad, wilayah Wardak, Jumat malam (5/8).

SUBHANALLAH, HEBATNYA PUASA RAMADHAN

Ibadah kebanggaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala
               Ramadhan adalah bulan suci yang penuh berkah, rahmat, dan maghfirah Allah SWT. Di bulan ini, kaum muslimin dengan beragam keadaan dan latar belakangnya melakukan ibadah wajib puasa Ramadhan. Selain itu, mereka juga tekun mengerjakan ibadah-ibadah sunah seperti solat tarawih dan witir, tadarus Al-Qur’an, sedekah, I’tikaf, umrah, dan banyak lainnya.
Orang-orang yang biasanya sulit mengerjakan solat wajib lima waktu secara rutin, malas membaca Al-Qur’an, tidak pernah melakukan puasa sunnah, dan jarang sekali membantu fakir-miskin; secara ajaib di bulan suci ini berubah lebih baik. Masjid-masjid penuh dengan jama’ah sholat wajib dan tarawih serta witir. Tilawah Al-Qur’an mendengung indah di masjid, pejabat, sekolah, rumah sakit, pasar, dan rumah-rumah. Infak dan sedekah terasa ringan mereka keluarkan. Tak sedikit orang yang rela meluang waktu, tenaga, dan hartanya untuk melaksanakan umrah ke Tanah Haram.

Di sisi lain, angka kemaksiatan dan kemungkaran berkurangan. Mereka begitu menjaga lisannya, khawatir bila mengumpat atau berbohong. Tidak sedikit yang melalui waktu luangnya dengan menghadiri pengajian. Bahkan, racun seribu bisa bernama rokok yang selama ini menjadi menu utama harian, dapat ditinggalkan paling tidak di siang hari.

Kesan bulan Ramadhan dalam merubah perilaku kaum muslimin sungguh luar biasa. Ajaib. Spektakuler. Mengagumkan. Bulan Ramadhan memang sangat berbeza dengan buan-bulan lain. Padahal dalam bulan lain, kaum muslimin juga melaksanakan sholat, sedekah, umrah, haji, dan tilawah Al-Qur’an. Namun, kenapa kesannya tidak sehebat bulan Ramadhan dalam memperbaiki iman dan akhlak kaum muslimin? Gerangan apakah yang membezakan Ramadhan dengan sebelas bulan lainnya?
Salah satu jawapan utamanya adalah puasa Ramadhan itu sendiri. Dalam hadits qudsi dijelaskan bahwa puasa Ramadhan adalah ibadah yang sangat istimewa. Begitu istimewanya, sehingga ‘hak jenama’nya milik Allah SWT semata. Allah SWT pula yang akan memberikan balasannya secara langsung, kerana pahalanya begitu besar, tidak dapat lagi dihitung oleh manusia. Hal demikian itu  dijelaskan dalam hadits-hadits berikut ini …

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( قَالَ اللَّهُ : كُلُّ عَمَلِ ا بِهِ ، وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلا يَرْفُثْ وَلا يَصْخَبْ ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ : إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْبْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِيسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ )

Dari Abu Hurairah RA. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman: “Semua amal kebajikan manusia itu milik dirinya sendiri, kecuali puasa. Puasa itu milik-Ku dan Aku sendiri yang akan memberinya balasan.” Rasulullah SAW bersabda kembali: “Puasa adalah perisai. Maka jika salah seorang di antara kalian sedang melakukan puasa, janganlah ia melakukan hal yang buruk dan jangan pula berteriak-teriak. Jika seseorang mencaci makinya atau mengganggunya, maka hendaklah ia menjawab: ‘Aku sedang melakukan puasa.’ Demi Allah Yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari bau minyak wangi. Orang yang melakukan puasa memiliki dua kegembiraan; ia gembira saat berbuka dan ia gembira dengan puasanya saat bertemu dengan Rabbnya.” (HR. Bukhari )

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ))

Dari Abu Hurairah RA. dari Nabi SAW bersabda, “Semua amal kebajikan manusia menjadi miliknya.” (Allah SWT berfirman:) “Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa adalah milik-Ku semata dan Aku sendiri yang akan memberinya balasan.” (HR. Bukhari)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ، قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ))

Dari Abu Hurairah RA. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Semua amal kebajikan manusia dilipat gandakan. Satu amal kebajikan dibalas sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali ganda.” Allah SWT berfirman: “Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa adalah milik-Ku semata dan Aku sendiri yang akan memberinya balasan. Ia rela meninggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Aku SWT semata.” Rasulullah SAW kembali bersabda, “Orang yang melakukan puasa memiliki dua kegembiraan; kegembiraan saat berbuka dan kegembiraan saat bertemu dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari bau minyak wangi.” (HR. Muslim,   Tirmidzi , An-Nasai , Ibnu Majah , Ahmad , dan Ad-Darimi)

Saudaraku seislam dan seiman….
Ada  hal menarik dalam hadits-hadits di atas untuk kita kaji antaranya. Pertama, apakah maksud dari ‘puasa adalah milik-Ku’? Kedua, apakah maksud dari ‘Aku sendiri yang akan membalasnya’?

Puasa adalah milik-Ku
Sebenarnya semua amal kebajikan adalah milik Allah SWT. Allah SWT yang mengajarkan dan memerintahkannya kepada umat manusia. Lalu, ada rahsia apakah di balik penisbahan amalan puasa kepada Allah SWT semata?
Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i dan Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani Asy-Syafi’I menyebutkan perbezaan pendapat ulama dalam memahami makna penggalan lafal hadits ini. Para ulama mencuba memberikan jawapan atas teka-teki ini. Imam An-Nawawi menyebutkan di antara jawaban mereka adalah sebagai berikut:
  1. Sebahagian ulama menyatakan bahwa tiada sembahan selain Allah yang disembah oleh umat manusia dengan ibadah puasa. Selama kurun perjalanan sejarah umat manusia, orang-orang kafir menyembah apa yang mereka yakini sebagai tuhan dengan cara sujud, ruku’, sedekah, menyembelih korban, dan lain-lain. Namun mereka tidak pernah menyembah tuhan mereka dengan cara puasa. Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya yang melakukan puasa sebagai bentuk peribadatan kepada Allah SWT.
  2. Sebahagian ulama menyatakan bahwa puasa adalah ibadah tersembunyi sehingga lebih selamat dari kemungkinan riya’ (beramal sholih kerana ingin dilihat dan mendapat pujian manusia). Sementara ibadah-ibadah lain yang nampak lebih mungkin untuk terkena riya’. Seperti sholat, zakat, haji, sedekah, jihad, tilawah, dzikir, dan lain-lain.
  3. Imam Al-Khathabi menguraikan bahwa ibadah puasa menyebabkan hawa nafsu tidak mendapat kesempatan untuk dilampiaskan. Tiada keuntungan bagi hawa nafsu dalam puasa. Sehingga wajar apabila puasa dinyatakan milik Allah semata, bukan milik peribadi hamba atau hawa nafsunya.
  4. Sebahagian ulama lain menyatakan tidak makan dan minum adalah sifat Allah SWT. Maka hamba-Nya mendekatkan diri kepada-Nya dengan meniru sebahagian hal yang berkaitan dengan sifat kesempurnaan Allah SWT. Sekalipun, sifat Allah SWT jelas berbeza dengan sifat makhluk-Nya. Allah Maha Sempurna dan tiada sesuatu pun yang mampu menyerupai-Nya.
  5. Sebahagian ulama menyatakan bahwa hanya Allah SWT semata yang mengetahui kadar pahala dan berapa kali gandaan puasa akan dibalas. Adapun ibadah-ibadah yang lain telah Allah tunjukkan kadar pahalanya kepada sebahagian makhluk-Nya.
  6. Sebahagian ulama lain mengatakan bahwa penisbatan kepada Allah ini bertujuan untuk menunjukkan kemuliaan puasa. Puasa memiliki kedudukan mulia yang tidak dimiliki oleh ibadah-ibadah lainnya. Hal ini demikian seperti penisbatan unta kepada Allah dalam firman-Nya, “Ini adalah unta Allah.” (QS. Hud (11): 64), meskipun sebenarnya seluruh makhluk di alam semesta ini milik Allah SWT.
Satu hal yang pasti, hadits-hadits di atas menunjukkan besarnya keutamaan puasa dan menganjurkan kaum muslimin untuk melaksanakan puasa dengan ikhlas semata-mata kerana mengharap ridha Allah SWT. (Shahih Muslim bi-Syarh An-Nawawi, 8/29).

Aku sendiri yang akan membalasnya
Berikut ini penjelasan para ulama tentang makna penggalan teks hadits ‘Aku sendiri yang akan membalasanya ‘:
Imam An-Nawawi Asy-Syafi’i berkata, “Lafal ‘Aku sendiri yang akan membalasnya’ merupakan sebuah penjelasan tentang besarnya keutamaan dan banyaknya pahala puasa. Kerana orang yang mulia jika memberitahukan bahwa ia sendiri yang akan memberi balasan, maka hal itu menunjukkan keluasan dan besarnya balasan yang akan dia berikan. (Syarh Shahih Muslim, 8/29)
Imam Al-Qurthubi Al-Maliki menulis, “Maksudnya adalah amal-amal kebajikan itu telah tersingkap kadar pahalanya bagi manusia, iaitu dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sampai jumlah gandaan yang dikehendaki oleh Allah SWt. Kecuali amalan puasa, kerana Allah memberinya balasan pahala yang tidak terhitung lagi. Makna ini ditegaskan oleh riwayat dalam Al-Muwatha’, demikian pula riwayat dari jalur A’masy dari Abu Shalih yang memakai lafaz:

كُلّ عَمَل اِبْنِ آدَمِ يُضَاعَف الْحَسَنَة بِعَشْرِ أَمْثَالهَا إِلَى سَبْعمِائَةِ ضِعْف إِلَى مَا شَاءَ اللَّه – قَالَ اللَّه – إِلا الصَّوْم فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِه

“Semua amalan manusia dilipat gandakan. Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali ganda sampai gandaan yang dikehendaki oleh Allah. Allah SWT berfirman: “Kecuali puasa, kerana ia adalah milik-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.”

Maksudnya, Aku akan membalasnya dengan balasan yang banyak tanpa ditentukan kadarnya. Hal ini sebagaimana halnya maksud dari firman Allah SWT,

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar (39): 10)

Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Adapun kadar pahalanya tidaklah ada yang mengetahuinya selain Allah SWT. Hal ini juga dikuatkan oleh tradisi bahasa yang disimpulkan dari sabda Nabi SAW “Aku sendiri yang akan membalasnya.” Sesungguhnya jika orang yang dermawan telah berkata, “Aku sendiri yang akan menyerahkan bantuan”, maka hal itu menunjukkan besar dan banyaknya bantuan yang akan diberikan.

Imam Ibnu Abdil Barr juga berkata: “Cukuplah firman Allah ‘Puasa itu milik-Ku’ menunjukkan keutamaan puasa atas seluruh ibadah lainnya.” (Fathul Bari Syarh Shahih Bukhari, 4/129)

Imam Al-Munawi berkata: “Makna hadits ‘Aku sendiri yang akan membalasnya’ adalah Aku sendiri yang akan membalas pelakunya dengan Aku lipat gandakan balasannya tanpa dapat dihitung lagi. Aku akan membalas pelakunya dengan balasan yang banyak, dan Aku sendiri yang akan menyerahkan balasannya. Aku tidak akan mewakilkannya kepada malaikat atau siapa pun, kerana puasa adalah rahsia antara Aku dengan hamba-Ku. Kerana ia telah menahan dirinya dari memenuhi nafsu syahwatnya, maka ia dimuliakan dengan Allah sendiri yang menyerahkan balasannya.”

Qadhi ‘Iyadh Al-Maliki berkata: “Tidak ada yang mampu menghitung besarnya pahala puasa selain Allah SWT. Oleh kerananya, Allah SWT sendiri yang menyerahkan balasannya. Allah SWT tidak mewakilkannya kepada malaikat. Hal yang menyebabkan puasa memiliki keistimewaan ini adalah dua perkara:
  1. Seluruh bentuk ibadah lainnya dapat diketahui oleh hamba, sedangkan puasa adalah rahsia antara pelakunya dengan Allah SWT. Ia mengerjakannya ikhlas demi mencari wajah Allah semata, maka Allah pun memberi perlakuan yang istimewa ini selama ia tulus mencari ridha-Nya.
  2. Inti seluruh amal kebaikan adalah mencurahkan badan atau harta di jalan yang diredhai oleh Allah. Adapun puasa menundukkan hawa nafsu, menyebabkan kelemahan dan kepayahan badan, ditambah pedihnya rasa lapar dan mencekiknya rasa haus. Maka antara kedua jenis ibadah ini terdapat perbezaan yang besar. Puasa terus berlanjut tanpa ada putusnya, dilakukan semata-mata karena Allah, atau dengan taufiq dari Allah SWT. ” (Faidhul Qadir Syarh Jami’ Shaghir, penjelasan hadits no. 1970).
Kesimpulan
  1. Semua amal ibadah adalah milik Allah SWT dan hanya boleh ditujukan kepada Allah SWT. Namun secara khusus puasa dinyatakan ‘milik Allah” sebagai bentuk pemuliaan dan penghormatan dari Allah atas keagungan dan keberkahan puasa.
  2. Allah SWT sendiri yang akan menghitung pahala puasa dan memberikan balasan yang setimpal. Hal demikian itu kerana pahala puasa begitu banyak dan tidak dapat dihitung lagi. Maka Allah SWT tidak mewakilkan perhitungan pahala dan pemberian balasannya kepada makhluk-Nya, baik kepada malaikat maupun manusia.
Semoga kita dapat menunaikan puasa Ramadhan ini dengan ikhlas kerana mencari redha Allah SWT dan sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, sehingga kita termasuk golongan yang bertakwa di dunia dan beruntung di akhirat. Amin.

Wallahu A’lam bish-shawab.

 *Disunting dari arrahmah.

Saturday, August 6, 2011

BELI KERETA GUNA DUIT SYILING

Beli kereta "cash" dengan syiling 300kg


SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.



Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut

source: http://milosuam.blogspot.com

Friday, August 5, 2011

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Sunat Witir
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6j1fIR9NOhisAJX5RjPnOYhANeoRHM1T-0oX-LiubyqR8CzPhirfujEzVsHwNXAmHgiby7iay2hwF4i_Wh2yPdBGgL0Ugbp4X-mUq2jRkhyphenhyphenMSH94O6qOwjJjLpF02WMi1QDXpcpV_uyJj/s1600/TG+3.jpg
Solat Sunat Witir merupakan solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat Sunat Tarawih. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi. Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.
Witr2.jpg
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

Witr1.jpg
"Sahaja Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
  • Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
  • Perbanyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar Allah ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
Zikir Selepas Solat Witir
ZikirsolatWitir.jpg

Doa Solat Witir
DoasolatWitir.jpg
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

BERSAHUR DAN KELEBIHANNYA

7 Kelebihan Makan Sahur

  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur

Khutbah Terakhir Rasullah S.A.W

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

TARIKH:      9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

TEMPAT:   DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa
yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini .


Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku
ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap
bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang
lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat
perhitungan atas segala amalan kamu .
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan
mulai sekarang.
 
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil..
 
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak
atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu .
Sekiranya mereka menyempurnakan
mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang..
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya
mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak
kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina..
 
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali
sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan
harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu .
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada
seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam
taqwa dan amal soleh .
 
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan..
Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar
jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku .

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul
yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru .
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku .
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku
ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah
orang yang lain itu menyampaikannya
pula kepada orang lain dan begitu seterusnya .
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya
lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar
terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. “

Thursday, August 4, 2011

LAILATUL QADAR AKAN MUNCUL PADA ...

Malam Lailatul Qadar


http://www.officialpsds.com/images/stocks/Night-stock3316.jpg
DATANGNYA SEKALI DALAM SETAHUN,
ISTIMEWANYA MELEBIHI DARI SERIBU BULAN... MASYAALLAH...

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman:
Sesungguhnya Kami menurunkan Al Qur'an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Rabb mereka (untuk membawa) segala urusan, Selamatlah malam itu hingga terbit fajar. (Al Qadar : 1-5)
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah:
Sesungguhnya Kami menurunkan pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Ad Dukhan : 3 - 6)
2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bahawa malam tersebut terjadi pada malam 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan.
Imam Syafi'i berkata, Menurut pemahamanku, wallahu a'lam, Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, 'Apakah kami mencarinya di malam ini?' Beliau menjawab, 'Carilah di malam tersebut.
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadar itu pada malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadits 'Aisyah Radhiyallahu 'anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:
Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari sisanya.
Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.
Telah diketahui dalam sunnah, hal ini muncul kerana ada perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu 'anhu, ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda:
Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang berdebat hingga tidak dapat lagi diketahui waktunya, mungkin ini lebih baik bagi kalian, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, tujuh, sembilan dan lima).
Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahawa  Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan dimalam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah, dengan ini sesuailah hadits-hadits tersebut tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisah.

Kesimpulannya, jika seorang muslim mencari malam Lailatul Qadar carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a'lam.

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh kerana itu dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala-Nya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Barangsiapa berdiri (solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.
Disunnahkan untuk memperbanyak do'a pada malam tersebut. telah diriwayatkan dari Sayyidah 'Aisyah Radhiyallahu 'anha bahwa dia bertanya, Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku tahu bila malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan? Beliau menjawab
Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.
Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaati-Nya- engkau telah mengetahui bagaimana keadaan Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan solat) pada sepuluh malam terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada isterimu dan keluargamu untuk perbanyakkan perbuatan ketaatan.
Dari 'Aisyah Radhiyallahu 'anha:
Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.
Juga dari 'Aisyah, dia berkata:
Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.
4. Tanda-Tandanya
Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dari-Nya dan membantu dengan pertolongan-Nya- sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari 'Ubai Radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu ia berkata, kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, dan beliau bersabda:
Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah.
Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.

Tuesday, August 2, 2011

KISAH TELADAN


Kezuhudan 'Ata' bin Abi Rabah

'Ata’ bin Abi Rabah dengan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik

Uthman bin ‘Ata’ al-Khurasani menceritakan:
Aku bersama ayahku dalam suatu perjalanan mengunjungi khalifah Hisyam bin Abdul Malik. Waktu kami menghampiri Damsyik, tiba-tiba kami melihat sorang lelaki tua di atas seekor himar hitam, berbaju buruk dan kasar jahitannya serta memakai jubah yang sudah lusuh.Tempat duduknya diperbuat daripada kayu.
Aku mentertawakanya  sambil bertanya kepada ayah: “Siapa orang itu?”
Jawab ayahku: “Diam! Itulah penghulu ahli ilmu penduduk Hijjaz, ‘Ata’ bin Abi Rabah.”
Ketika orang tersebut dekat dengan kami, ayahku turun dari keldainya dan orang itu juga turun dari himarnya, lalu kedua-duanya berpelukan dan saling menyapa. Kemudian mereka kembali mengenderai kenderaan masing-masing, hinggalah mereka berhenti di pintu istana Khalifah Hisyam bin Abdul Malik dan mereka berdua dipersilakan masuk.
Setelah selesai dan ayahku keluar, aku dengan semangat bertanya: “Ceritalah padaku apa yang kalian berdua telah lakukan.”
Maka ayah bercerita:”Ketika khalifah Hisyam mengetahui bahawa ‘Ata’ bin Abi Rabah berada di pintu istana, beliau segera mempersilakannya masuk dan demi Allah, aku tidak akan dapat masuk ke dalam istana jika bukan kerana dia.Ketika khalifah melihatnya, khalifah berkata:”Selamat datang,selamat datang, mari, mari.” Lalu khalifah  mempersilakan beliau duduk bersamanya di atas permaidani, dan saling bersentuhan lutut kedua-duanya.”
Dalam istana tadi terdapat orang-orang besar. Apabila beliau berbincang, orang lain terdiam. Khalifah menghadap ‘Ata’ bin Abi Rabah dan berkata: “Apa keperluanmu wahai Abu Muhammad?”
‘Ata’ bin Abi Rabah terus menyatakan beberapa keperluannya bertemu dengan khalifah, iaitu antara lainya ialah memohon agar khalifah menganugerah rezeki kepada penduduk Makkah dan Madinah, memberi sedekah kepada penduduk Hijaz dan Najaf, memberi bantuan berupa harta kepada petugas-petugas di perbatasan dan memohon supaya orang kafir zimmi tidak dibebankan dengan sesuatu yang mereka tidak mampu.
Akhirnya, apabila khalifah bertanya: “Apakah keperluan lain lagi wahai Abu Muhammad?”
“Ya, bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dalam diri tuan wahai Amirul Mukminim, dan ketahuilah bahawa tuan diciptakan dalam keadaan seorang  diri, tuan akan mati dalam keadaan seorang diri, tuan akan dibangkitkan sendirian dan tuan akan dihisab dalam keadaan sendirian. Demi Allah, tidak seorang pun daripada orang yang tuan lihat ini akan bersama-sama untuk membantu tuan.”
Maka Khalifah Hisyam meletakkan mukannya ke bumi lalu menangis teresak-esak. ‘Ata’ berdiri dan aku turut berdiri. Kami berlalu, dan ketika kami sampai di pintu keluar, ada seseorang datang kepada ‘Ata’ dengan membawa sebuah bekas, dan aku tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Orang itu berkata kepada ‘Ata’ : “Sesungguhnya Amirul Mukminim mengirim ini kepada tuan.”
‘Ata’ berkata: “Maaf, aku tidak akan menerimanya. “ Lalu beliau membaca ayat dari surah al-Syu’ara ayat yang ke-109, maksudnya:’Dan aku sesekali tidak meminta upah kepadamu atas kerja-kerjaku itu, upahku tidak lain hanyalah daripada Allah, Tuhan semesta alam.’”
Demi Allah, sesungguhnya ‘Ata’ bin Abi Rabah menemui khalifah Hisyam dan selepas itu beliau pulang tanpa meminum walau seteguk air pun.
‘Ata’ bin Abi Rabah telah dikurniakan usia yang panjang hingga 100 tahun, dipenuhi dengan ilmu, amal, kebaikan dan taqwa. Beliau menghiasi dirinya dengan sifat zuhud daripada kekayaan yang ada di tangan manusia dan begitu mengharapkan ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Para ulama berkata bahawa ‘Ata’ bin Abi Rabah pernah berdiri di Arafah melebih 70 kali mengerjakan haji.
Subhanallah! Alhamdulillah!. Allahuakbar!.

Monday, August 1, 2011

Tips Puasa Sihat di Bulan Ramadhan

EKONOMI ISLAM DAN HIKMAH: Things to Ponder: Diperhatikan Tuhan
Menjalankan ibadah puasa merupakan kewajiban bagi kaum muslim. Jika ditilik dari sisi kesihatan, tersimpan banyak hikmah dan manfaat yang dapat diambil dari puasa Ramadhan tersebut. Untuk  mendapatkannya, selain harus memenuhi syarat ibadah puasa, tentunya puasa yang kita lakukan juga harus puasa yang sihat.
Untuk memadukan antara ibadah dan mendapatkan manfaat bagi kesihatan tubuh kita, berikut ini ada beberapa tips :
  • Senang hati menyambut Ramadhan ternyata sangat berpengaruh pada kualiti berpuasa. Dengan hati senang epinefrin tereduksi, endorpin dan aktiviti glukagon meningkat sehingga tubuh lebih kuat menghadapi puasa. Lebih hebatnya lagi ternyata organ-organ tubuh kita sangat senang menghadapi puasa. Lambung, usus, ginjal, liver, kulit adalah 5 organ yang paling senang menghadapi puasa setelah mereka kerja tiada henti di bulan-bulan sebelumnya.
  • Jangan tinggalkan sahur. Sahur merupakan salah satu rangkaian dalam ibadah puasa Ramadhan yang sangat disarankan, dalam sebuah Hadist disebutkan bahwa "Bersabda Rasulullah SAW: "Sahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkah yang besar". Kenapa sahur penting bagi kita yang menjalankan puasa?. Waktu menjalankan puasa tubuh kita tidak mendapatkan asupan gizi kurang lebih selama 14 jam. Untuk itu supaya tubuh dapat menjalankan fungsi dengan baik, sel-sel tubuh memerlukankan gizi dan tenaga dalam jumlah cukup. Untuk menu sahur sebaiknya pilih makanan berserat dan berprotein tinggi, tapi hindari terlalu banyak  makanan yang manis-manis.
  • Mengawali buka puasa dengan kurma dan air madu. Hal ini dapat memulihkan kadar gula darah dengan cepat.' jangan langsung makan berat ya, sholat dulu.
  • Hindari berbuka dengan minuman sejuk atau ais, kerana akan menyebabkan sirkulasi darah tidak optimal.
  • Kunyah makanan dengan baik agar kerja pencernaan menjadi ringan. Satu suap 33 kali kunyah.
  • Kurangi makanan berlemak, makanan yang diawetkan, penyedap rasa, minuman bersoda dan bumbu berbau tajam (cuka, sambal dan asam).
  • Pada malam hari usahakan juga untuk banyak minum air putih atau air madu untuk memperlancar peredaran darah dan mencegah dehidrasi.
  • Jangan tinggalkan olahraga. Menjalankan puasa bukan berarti berhenti terus berolahraga. Justru aktiviti fisik tetap diperlukan untuk menjaga kelancaran peredaran darah agar kita tidak mudah loyo. Namun untuk urusan ini pilih olahraga ringan yang tak memerlukan tenaga berlebih, seperti lari-lari kecil atau jalan kaki. Sebaiknya lakukan olahraga menjelang waktu berbuka. Tarawih juga merupakan aktiviti yang dapat menjaga kesegaran.
  • Kendalikan emosi. Rasulallah bersabda bahwa puasa itu bukan hanya menahan lapar dan dahaga tetapi juga menahan nafsu. Dengan kata lain tujuan puasa adalah mengurus emosi, belajar bersabar dan berupaya mendekatkan diri kepada Tuhan. Secara psikologis ini mempengaruhi mental-spiritual kita, dengan mengendalian emosi membuat jiwa kita tumbuh lebih sihat, dan merasakan kedekatan dengan Allah membuat hati kita damai.

Itulah beberapa tip sehat berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga puasa ramadhan 2011 kita berjalan lancar, segar dan bersemangat tentunya. Amiin.

SALING BERPESAN...

photo

Hikmah Ramadhan

Fitrah manusia itu pelupa..
sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,marilah sama-sama kita saling-memperingati antara satu sama lain..
Moga beroleh Rahmat & Keberkatan dalam bulan yang mulia ini ya sahabat  sekalian !

JUGA ,Peringatan buat diriku yang sering lupa ~
Hm,sepatutnya kat atas tu don't ever waste our time..

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Hikmah Ramadhan

photo



"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."
(Surah Al-Baqarah, ayat 57)

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...