Rabu (22/2/2012) - SMK Ayer Lanas telah menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul. Sambutan kali ini cukup meriah. Berbagai acara seperti ceramah, pertandingan nasyid, poster dan kuiz telah diadakan.
Di akhir program, semua pelajar SMKAL dan guru-guru bersama-sama menikmati jamuan makan nasi gulai kawah secara percuma.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan tepat dengan mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.
Marilah kita memperbanyakkan selawat, mempertingkat amal dan kebajikan seterusnya berusaha menjadi insan beragama yang bermanfaat kepada semua. Semoga kita akan berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan oleh kita sebagai umatnya. Sesungguhnya, Baginda s.a.w. telah mengungkapkan kerinduannya kepada umat yang tidak melihat Baginda s.a.w. tetapi mencintainya dan cuba mencontohinya sedaya upaya.
Terima Kasih.
Wednesday, February 22, 2012
DEWAN RAKYAT MESIR PASCA REVOLUSI
Adakah anda tahu bahawa Dewan Rakyat Mesir hari ini dianggotai oleh:
- lebih 140 orang dari ahlinya menghafal al-quran
- lebih 100 ahlinya menghafal le...bih daripada 10,000 hadis setiap seorang
- lebih 180 ahlinya menghafal lebih dari separuh al-quran
- lebih 170 ahlinya memegang ijazah PhD dalam bidang yang pelbagai
- lebih 50 ahlinya tidak memiliki kenderaan peribadi
- lebih 350 ahlinya pernah ditangkap/ditahan bagi tempoh antara 6 bulan hingga 9 atau 10 tahun (masa zaman diktator dulu).

Tuesday, February 21, 2012
KUNJUNGAN PENOLONG PENGARAH JPN KE PRA. U. LANAS.
SELAMAT DATANG KE PRA.U. LANAS.
Selasa (21/2/2012) - Penolong Pengarah (Peng. Ting. 6) JPN Kelantan, Tn. Hj. Musa bin Omar dan seorang pengawai khasnya telah melakukan kunjungan kerja ke Pra.U. Lanas. Beliau telah meninjau suasana pembelajaran pelajar serta beramah mesra dengan guru-guru ting. 6 . Pelbagai perkara berbangkit sedikit sebanyak telah diutara untuk tindakan beliau. Dan, pihak kami sebagai guru ting. 6
mengucapkan berbanyak terima kasih.

Monday, February 20, 2012
SMK AYER LANAS SAMBUT PK PENTADBIRAN DAN PK KO BARU.
Isnin (20/2/2012)-Kelab guru dan Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Ayer Lanas meraikan kedatangan PK KO baru, En. Kassim (dari SMK Batu Melintang). Majlis berjalan sederhana tapi meriah.
SELAMAT BERTUGAS DI SMK AYER LANAS
Pelajar Tingkatan 6 sedang menunggu PK KO yang baru.
Ini kelab bahagian perancangan...
Sesuatu perlu dilakukan agar keadaan bertambah kondusif...
Jangan duk merajuk... bawa bertenang...
Syukran... dapatlah aku posing dengan PK Pentadbiran baru...
Ketibaan PK KO baru, En. Kassim disambut oleh En. Rozali Muda, Penyelia Ting. 6 SMKAL...
Nih... guru-guru SMK Batu Melintang yang mengiring... ade kenal ke???
Aisye... senyum purple .Ini PK Pentadbiran baru SMKAL, Pn. Sukeriah ...
Ape macha ??? ade mau komen ke ???
Ade kueh di dalam talamTalam dibawa sigadis ayu
Selamat datang kami ucapkan
Semuga di sini bahagia selalu.
Cara Menggunakan Wireless Printer Brother

Printer dapat dijadikan sebagai access wireless (dengan router)
1. Printer di network reset
2. Lalu wireless printer dinyalakan
3. Setelah itu diamkan kira2 3 menit sampai printer membuat ip address sendiri
4. Cek ip address printernya (network-> WLAN-> TCP/IP), nanti bakalan dapet Ipnya 169.254.xxx.xxx (ini setting printer otomatis)
5. setelah dapet ip address tersebut baru kita install d PC
6. Penginstalan menggunakan driver yang ada di kardus
7. Kita next2 menu sampai ada 3 pilihan
8. Pilihan pertama ada yg recommend, ke dua itu input IP address dan 3 masukan node name.
9. Pilih yang ke dua masukan IP address yang kita lihat di printer 169.254.xxx.xxx
10. Selesaikan proses instalasi
11. Di PC untuk koneksi wirelessnya pilih jaringan printer tersebut namanya DEFAULT.
sesudah itu silahkan anda print dari komputer atau scan.. ^^
semoga bermanfaat ya..

ANGKAT KERUSI DENGAN GIGI
BEIJING - Seorang lelaki China memecahkan rekod baru dunia , dengan mengangkat dan mengimbangkan 23 kerusi kayu.
Li Hongxiao melakukan akstraksi mengagumkan ini di sebuah pusat membeli belah di Chongqing. Aksinya itu menarik perhatian warga setempat. Demikian diberitakan Orange, Sabtu (18/2/2012).
Lelaki berusia 30 tahun itu berhasil mengimbangkan 23 kerusi kayu hanya dengan menggunakan giginya. Cuba bayangkan, berapa kuat gigi Hongxiao.
Rekod sebelumnya yang tercatat adalah 14 kerusi yang berhasil dikumpulkan, kemudian di diangkat dan diseimbangkan.
Bangku-bangku yang digunakan Li ini mempunyai berat hampir 70 kilogram.
-id.yahoo
Friday, February 17, 2012
TUPAI MAMPU GOYANG POKOK KELAPA ?
YES, I CAN DO IT...
Memang
sungguh tidak masuk akal apabila ada orang yang percaya bahawa tupai mampu
menggoyang pohon kelapa. Tetapi, dalam berbagai cerita dongeng sejak turun
temurun, tupai selalu mengaku kepada monyet bahawa dirinya mampu menggoyang
pohon kelapa.
Hal
itu demikian memang dibuktikan tupai kepada sang monyet, kerana mampu
memanfaatkan angin yang sedang berhembus kencang di sekitarnya. Takala angin
bertiup, saat itulah tupai langsung mendakwa bahawa dirinyalah yang menyebabkan
pohon kelapa tersebut bergoyang.
Untuk
meyakinkan monyet, tupai pun menarik sekuat-kuat hatinya pelepah kelapa dengan
tangan kanannya, sementara tangan kiri memeluk pohon kelapa erat-erat. Semakin
kuat angin, semakin kencang pula hentakan tangan tupai terhadap pelepah kelapa
tersebut.
Dan,
tupai baru berhenti bergoyang ketika angin yang berhembus tadi sudah
benar-benar reda. Namun yang anehnya, sang monyet begitu percaya bahawa tupai
memiliki kekuatan yang luar biasa, yakni mampu menggoyang pokok kelapa yang
besar itu.
Perumpamaan
ini sangat sesuai diterjemahkan kepada para ahli politik yang mengaku mampu
mengurus sesebuah negara untuk mendapatkan atau bertahan sebagai peneraju.
Sudah bukan rahsia umum lagi bahawa sejak akhir-akhir ini begitu banyak manusia
yang berkepentingan politik dan ahli politik yang bercakelewangan menawarkan
khidmatnya.
Misalnya,
ada mengaku mampu itu, ini dan dia yang terhebat dari kalangan yang tersohor
untuk diangkat menjadi pemimpin kalangan tertentu. Dan, anehnya mereka
mendabik dada berani mendakwa mereka telah ditunjuk untuk menjadi Anu dan
Anu dan semua itu yang menyebabkan anda selesa kini adalah berkat hasil
perjuangannya .
Padahal,
kalau ditilik dan dibelek, sama sekali dia tidak ada kontribusi
terhadap apa yang diwar-warkannya. Hanya sahaja secara kebetulan nama dia
berada di situ, serupa dan sama seperti yang dia perkatakan itu.
Kepiawian
dalam memanfaatkan momentum inilah yang kemudian membuat dirinya dapat
mengeruk keuntungan kebendaan dan pelbagai kemudahan lainnya. Seterusnya ia pun
menjadi orang penting di lingkungan tersebut, seakan-akan ia dengan leluasa
dapat mengatur pentadbiran di daerahnya, sesuai dengan kehendak seluruh orang
yang bermukim di situ.
Dan, di sinilah biasanya mulai muncul bibit-bibit kerosakan terhadap
sistem pemerintahan suatu kawasan atau organisasi. Sebab, sesunguhnya mereka
seperti ini tidak mempunyai niat yang ikhlas untuk membantu hingga sukses
dan selamat sampai ke destinasi. Yang ada di dalam benaknya adalah bagaimana
cara ia dapat menikmati keuntungan peribadi yang sebesar-besarnya.
Untuk
itu kita berharap kepada siapa pun kelak yang terpilih agar berhati-hati.
Yakinilah, tanggungjawab yang diberikan itu adalah sebuah kepercayaan yang
wajib dijaga, serta akan dipertanggungjawabkan kepada masyarakat dan
lebih-lebih lagi kepada Allah Swt. di akhirat nanti.
CARA RELAK YANG TERBAIK.
Cara berteduh yang terbaik. Teruskan usaha anda...IsyaAllah suatu saat anda akan beroleh kenyamanan sejati.
Tuesday, February 14, 2012
NEGARA PALING UNGGUL KUALITI PENDIDIKANNYA
BAGAIMANAKAH CARA PENDIDIKANNYA ?

Tahukah Anda negara manakah yang mempunyai kualiti pendidikan peringkat pertama di dunia?
Finland adalah negara dengan ibukota Helsinki memang begitu luar biasa. Menduduki peringkat pertama di dunia ini dicapai oleh Finland berdasarkan hasil kajian antarabangsa yang komprehensif pada tahun 2003 oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Satu ujian yang dikenali dengan PISA (Programme for International Student Assesment) mengukur kemampuan pelajar di bidang Sains, Membaca, dan juga Matematik.
Negara Finland bukan sekadar unggul secara akademis tetapi juga hebat dalam pendidikan kanak-kanak yang lemah mentalnya.
Ringkasnya, Finland berhasil membuat semua pelajarnya cerdas dan kerana itu Finland menjadi Top No. 1 dunia?
Dalam anggaran perbelanjaan pendidikan, Finland memang lebih tinggi dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara di Eropah tetapi masih rendah dengan beberapa negara lainnya. Finland tidaklah melonjak kemampuan pelajarnya dengan menambah jumlah jam belajar, memberi beban latihan tambahan, menerapkan disiplin tentera, atau menghujani pelajar dengan berbagai macam ujian.
Pelajar di Finland mulai sekolah pada usia 7 tahun, dan jumlah jam sekolah mereka lebih sedikit, iaitu hanya 30 jam seminggu. Bandingkan dengan Korea, yang menduduki ranking kedua dunia setelah Finland, yang pelajarya menghabiskan 50 jam seminggu.Bagaimana dengan kita di Malaysia ?
Apakah kuncinya?
Kuncinya terletak pada kualiti guru. Di Finland yang ada hanya guru-guru yang berkualiti terbaik dengan latihan yang terbaik juga. Profesion perguruan sendiri adalah profesion yang sangat dihargai. Lulusan sekolah menengah terbaik biasanya mendaftar untuk dapat memasuki maktab-maktab perguruan, dan hanya 1 dari 7 pemohon yang diterima. Persaingannya lebih ketat dan hebat daripada hendak memasuki pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus bukan perguruan !
Jika negara-negara lain percaya bahawa ujian dan evaluasi bagi pelajar merupakan sebahagian yang sangat penting bagi menentukan kualiti pendidikan, tetapi di Finland justru percaya bahawa ujian itulah yang akan menghancurkan tujuan belajar pelajar. Terlalu banyak ujian membuat kita cenderung mengajarkan kepada pelajar untuk lulus dan cemerlang dalam ujian semata-mata, ungkap seorang guru di Finland.
Pada usia 18 tahun pelajar mengambil ujian untuk mengetahui kualifikasi mereka ke perguruan tinggi dan dua pertiga daripadanya melanjutkan ke perguruan tinggi.
Pelajar diajar untuk mengevaluasi dirinya sendiri sejak Pra-sekolah!
Hal ini demikian akan membantu pelajar belajar bertanggungjawab atas pekerjaan mereka sendiri, kata Sundstrom, Guru Besar sekolah di Sekolah Rendah Poikkilaakso, Finland.
Pelajar didorong untuk bekerja secara independen dengan berusaha mencari sendiri maklumat yang mereka perlukan. Suasana sekolah sangat santai dan fleksibel. Adanya terlalu banyak komando hanya akan menghasilkan rasa tertekan, dan mengakibatkan suasana belajar menjadi tidak menyenangkan.
Kelompok pelajar yang lemban mendapat dukungan intensif. Hal ini demikian juga yang membuat Finland menjadi sukses.
Berdasarkan penemuan PISA, sekolah-sekolah di Finland sangat kecil perbezaan antara pelajar yang berprestasi baik dan yang buruk dan merupakan yang terbaik menurut OECD. Pemulihan tidaklah dianggap sebagai tanda kegagalan tetapi sebagai suatu kesempatan untuk memperbaiki segala bentuk kekurangan. Seorang guru yang bertugas menangani masalah belajar dan prilaku pelajar membuat program individual bagi setiap pelajar tersebut dengan memberi penekanan kepada tujuan-tujuan yang harus dicapai, umpamanya: Pertama, masuk kelas; kemudian datang tepat waktu; berikutnya, bawa buku, dan sebagainya. Kalau pelajar mendapat latihan, pelajar tidak perlu untuk menjawab dengan betul, tetapi yang penting mereka berusaha.
Para guru sangat menghindari sikap mengkritik terhadap pekerjaan pelajar mereka. Menurut mereka, jika kita mengatakan “Kamu salah” pada pelajar, maka hal tersebut akan membuat pelajar mendapat malu. Dan jika mereka malu maka ini akan menghambat mereka dalam proses pembelajaran. Setiap pelajar diperbolehkan melakukan kesalahan. Mereka hanya diminta membandingkan hasil mereka dengan nilai sebelumnya, dan tidak dengan pelajar lainnya.
Setiap pelajar diharapkan agar bangga terhadap dirinya masing-masing. Kedudukan atau 'Ranking' hanya akan membuat guru memfokuskan diri pada segelintir pelajar tertentu yang dianggap terbaik di kelasnya.
~semuga bermanfaat untuk semua pendidik~

Monday, February 13, 2012
SEKADAR PERINGATAN BAGI YANG LUPA
Wahai sesiapa sahaja yang akan berpesta-pura dengan menghemburkan harta sia-sia pada hari-hari yang kalau Allah kehendaki ada huru hara.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin mengejar nafsu tanpa menpedulikan apakah itu meniru-niru orang kafir --yang penting 'enjoy' sentiasa-- di tengah-tengah banyak faqir miskin merintih kerana himpitan beban hidup yang semakin meroyan.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin bermaksiat di tengah-tengah masyarakat yang sedang melarat.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin berjoget dan menari ronggeng di saat kebanyakan masyarakat kecil lagi terkepit duit.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin membakar wang dengan sia-sia dan menghamburkan harta kekayaan di saat gempa mengoncang bumi di sana-sini dan tsunami sedang berstatus menanti masa melanda lagi .
Allah telah memperingatkan seluruh umat manusia:
Ayat 97." Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur?"
Ayat 98. "Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?"
Dan ayat 99." Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (QS Al-A’raaf: 96-99)"
Bagi orang-orang yang membuat mungkar jahat, ingatlah!
Ayat 46. "atau Allah mengazab mereka diwaktu mereka dalam perjalanan, Maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu)"
Dan Ayat 47. " atau Allah mengazab mereka dengan beransur-ansur/ dalam Keadaan takut (sampai binasa). Maka Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (QS An-Nahl: 45-47)"
Allah telah memperingatkan dengan firman-Nya. Masih pula memperingatkan dengan keadaan di sekitar kita yang ada di bumi.
Bila manusianya sudah banyak yang tidak bertaqwa, bahkan banyak berbuat dosa, lupa akhirat, lupa Allah Ta’ala; sebenarnya ayat-ayat tersebut di atas sudah cukup untuk mengingatkannya. Namun kerana sebegitu besarnya kasih sayang Allah Ta’ala, masih lagi manusia ini diberi peringatan dengan adanya gejala bencana.
Kita di Malaysia sedang berstatus waspada dan bersiap siaga menanti apakah yang bakal terjadi...
Selayaknya manusia di dunia ini menggunakan sisa umurnya untuk bertaubat kepada Allah Ta’ala dan mendekatkan diri kepada-Nya, dan memohon keselamatan untuk dunia dan akhirat.
Siapakah yang mampu mencegah bila bencana yang faktor-faktornya sudah dibuat sendiri oleh manusia, begitu Allah timpakan kepada para manusia?
Jelasnya, tidak ada yang mampu menolaknya. Maka secara akal, orang yang merasa tidak takut dari azab Allah itu hanyalah orang-orang yang rugi.
Wahai umat manusia yang tetap nekat berpesta-hura dengan menghamburkan harta untuk sia-sia di tengah kemungkinan adanya huru-hara…
Peringatan sudah diberi, kritikan pun sudah, malah bencana tsunami yang mengorbankan 225,000 jiwa di Aceh yang baru sahaja malamnya (ada khabar menyatakan mereka berpesta joget-joget) di pantai dalam acara kemusyrikan menyambut hari natal, lalu paginya 26 Disember 2004 langsung disimbah dengan tsunami hingga bergelimpangan tidak bernyawa lagi; itupun juga sudah. Maka, kalau nanti ada apa-apa dan termasuk yang rugi (seperti yang ditegaskan ayat) itu tadi,
Ya Allah, ya Rabbi, kami mohon keampunanMu. Sebagaimana yang Engkau tuntunkan dalam firman-Mu:
Amien ya Rabbal ‘alamien
DON'T BE SAD...
Jangan sedih ketika kita belum dapat memakan makanan yang kata orang enak dan mewah, boleh jadi makanan yang kita nikmati saat ini lebih berkah dan bernilai. Serta dapat belajar bersyukur bahawa kita masih boleh menemukan makanan hari ini di banding mereka-mereka yang kurang beruntung.
Jangan sedih jika barang-barang yang kita miliki saat ini tidak berjenama, boleh jadi barang-barang yang kita miliki jauh lebih bermanfaat dan di beli berdasarkan keperluan bukan keinginan semata.
Jangan sedih jika kita sering menemui perkara-perkara yang buruk dalam hidup, jadikan sahaja itu semua sarana untuk mendulang hikmah dan mendekatkan diri pada Allah SWT serta sarana peningkatan martabat diri kita sebagai hambaNya.
Jangan sedih jika kini kita tidak memiliki kawan-kawan yang banyak, kerana kawan terbaik yang kita bawa pada saat akhir nanti adalah amal ibadat terpuji.
Jangan sedih jika kita merasa banyak sekali kekurangan yang dimiliki, yakinlah dan cuba baiki potensi yang kita miliki. Mulailah dengan meneliti apa kesukaan kita, boleh jadi hal tersebut adalah sesuatu yang tidak semua orang mampu lakukan dan tersenyumlah, kerana kita tahu apa kelebihannnya.
Jangan sedih jika kita tidak boleh dengan mudah mendapatkan barang-barang yang diinginkan, itu bererti Allah telah memberikan rasa sayangNya sehingga kita akan lebih mensyukuri apa yang kita dapatkan dengan susah payah. Dan kita bukan merupakan hamba kepada hawa nafsu.
Jangan sedih jika saat ini kita belum menemukan jodoh padahal telah berusaha. Nikmati sahaja hobi kita saat ini yang belum tentu dapat kita nikmati ketika nanti menikah, nikmati sahaja untuk mendulang ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan sedih jika kita yang telah berkahwin tetapi belum juga di cahaya mata . Boleh jadi Allah sedang memberikan ujian peningkatan iman melalui proses kesabaran dan pembelajaran. Bila nanti kita telah di beri amanah oleh Allah, maka akan lebih siap dan baik untuk mendidiknya.
Jangan sedih jika saat ini kita merasa diri kita bukan siapa-siapa, tidak ada apa-apa. Jika yang kita maksud adalah bukan siapa-siapa di dunia ini. Tetapi jadilah siapa-siapa yang kelak seluruh makhluk langit akan membanggakan kita di akhirat kelak.
Jangan sedih jika kita merasa di abaikan makhluk bumi dan merasa terasing. Kerana sebaik-baik pendengar adalah Allah. Dan akhirat hanya untuk orang yang asing. Asing dengan dunia. Kerana dunia adalah persinggahan sementara sedang kampung keabadian adalah akhirat.
Jangan sedih, don't be sad, Jangan berdukacita... Kerana Allah bersama kita.. Kerana kita adalah juara !!!
7 FAKTA TENTANG MENANGIS
Setiap orang tentu sahaja pernah menangis dalam hidupnya. Sejak kita lahir di dunia, kita sudah merasakan air mata keluar dari mata.
Menangis merupakan ekspresi emosi ketika seseorang merasa disakiti sama ada mental maupun fisikal, atau saat seseorang merasa sangat bahagia.
1. Rasa Marah Akan Hilang Setelah Menangis
Mengikut kajian sekitar 85 peratus wanita dan 73 peratus lelaki mengakui rasa marah dan sedih akan berkurang setelah menangis. Seperti yang kita tahu, air mata tidak hanya dikeluarkan kerana adanya perasaan emosional sahaja. Air mata juga berfungsi untuk membersihkan dan mengurangi dehidrasi pada membran mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Iritasi dan menguap juga boleh memacu naiknya pengeluaran air mata. Namun, meskipun keduanya boleh menyebabkan munculnya air mata, tetapi air mata emosional dapat menyebabkan iritasi kerana memiliki komposisi kimia yang berbeza.
2. Wanita Lebih Mudah Menangis
Wanita dianggap lebih mudah menangis. Rata-rata, wanita menangis sebanyak 47 kali dalam setahun, sedangkan lelaki menangis hanya tujuh kali setahun. Namun, ini bukan hanya kerana perempuan dianggap lebih emosional dan lemah berbanding laki-laki, melainkan fakta-fakta perubatan menyebutkan bahawa saluran air mata lelaki memiliki ukuran yang lebih kecil berbanding wanita. Sedangkan untuk bayi, tempoh normal menangis mereka adalah sekitar 1-3 jam.3. Orang Lebih Sering Menangis di Malam hari
Kita tidak dapat memjangkakan bila kita akan menangis kerana kita tidak boleh menjangkakan dengan tepat emosi kita . Namun menurut penelitian, kebanyakan orang menangis antara pukul 7.00 malam -10.00 malam.4. Rata-rata menangis dalam jangkamasa 6 Menit
Tidak hanya waktu yang menunjukkan bila orang menangis, tetapi tempohnya juga. Walaupun menangis hanya berlaku sebentar, sebahagian besar orang menghabiskan waktu 6 menit setiap kali menangis.5. Menangis itu Sihat
Jangan malu untuk mengalirkan air mata. Menurut para ilmuwan, menangis tidak hanya sekadar tindakbalas tubuh terhadap kesedihan dan kekecewaan, namun juga menandakan sihat.6. Menangis boleh Meredakan Stres/Tekanan
Menangis juga cara yang paling baik untuk mengurangi stres emosional. Hal ini demikian tentu sahaja baik bagi kesihatan, kerana stres memberikan dampak yang buruk bagi kesihatan. Dari hasil penelitian diketahui bahawa air mata mengandungi hormon prolaktin yang berkesan untuk melawan stres.7. Menangis Sebagai pengubatan yang baik
Menangis juga bisa menurunkan tekanan darah dan denyut jantung, serta membuat tindakbalas terhadap pengubatan lebih baik.Menangislah Bila Ingin Menangis, namun jangan di paksakan untuk menangis kerana bagaimana pun Tersenyum lebih indah dari pada menangis.
Sunday, February 12, 2012
ANTARA DUA DARJAT
Ketenangan dan kekhusyukan adalah nikmat yang lahir bukan kerana kebetulan atau dari keterpaksaan. Kelaziman atau kebiasaan dan kerendahan diri adalah ubat mujarab luluhnya sikap ego yang wujud dalam diri.
Siapalah kita, untuk tidak duduk sama rendah berdiri sama tinggi - kecuali orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

SUBHANALLAH...WALHAMDILILLAH...ALLAHUAKBAR.

Saturday, February 11, 2012
APA JADI JIKA TIBA-TIBA SELURUH KUCING DI DUNIA MATI ???
Adakah Anda bukan seorang pecinta kucing ? Ketika Anda melihat seekor kucing bermalas-malasan di kerusi, tidur sepanjang hari dan hanya sesekali menggeliat atau melirik ke jendela, Anda langsung berfikir bahawa kucing adalah spesies haiwan yang tidak berguna.
Tetapi sebenarnya, kucing hanya berlagak santai — seperti biasa. Para ahli mengatakan, jika seluruh kucing di dunia tiba-tiba mati, maka itu tandanya akan timbul bencana.
Kucing, sama ada yang dipelihara maupun liar, kebanyakan hanya hidup bergantung pada makanan kita. Tetapi menurut Alan Beck, profesor kedoktoran haiwan di Universiti Purdue, kucing adalah predator ahli dengan keahlian berburu dan memiliki daya adaptasi yang cepat.
"Kucing hebat memangsa binatang yang lebih kecil, dan dapat bertahan hidup walau mangsa mereka sudah menipis," kata Alan kepada Life's Little Mysteries, sebuah website dari LiveScience.
Oleh sebab itulah kita akan merasa kehilangan bila semua kucing tiba-tiba mati. Kucing berperanan penting dalam membasmi hama tikus dan cecurut di ladang dan jelapang padi. Di India, kata Alan, kucing memainkan faktor penting dalam keberhasilan penuaian.
Singkatnya, mungkin benar manusia memberi makan kucing. Tapi tanpa kucing, makanan buat manusia juga akan lebih sedikit.
Bila tiba-tiba tidak ada lagi kucing yang menghuni dunia ini, populasi haiwan pengerat jelas akan meningkat. Berapa drastis? Ini gambarannya:
Penelitian tahun 1997 di England mengungkapkan, seekor kucing rumah rata-rata membawa pulang 11 ekor haiwan mati — tikus, burung, katak, dsb — dalam tempoh enam bulan. Itu bererti 9 juta kucing membunuh hampir 200 juta binatang liar per tahun.
Sedangkan di New Zealand, sebuah penelitian pada tahun 1979 menemukan fakta bahawa ketika populasivkucing di sana hampir punah, populasi tikus meningkat cepat sebesar empat kali ganda.
Ada kesan sampingan lain. Di New Zealand, jika populasi tikus meningkat (kerana tak ada kucing) maka populasi burung laut ikut menurun drastis. Puncanya, tikus suka memakan telur burung laut. Populasi pemangsa tikus (di luar kucing) juga akan meningkat.
"Semua spesies saling mempunyai pengaruh," kata Alan.
Dan jangan lupakan dari aspek emosional yang akan dihadapi oleh manusia ketika seluruh kucing mati: "Di negara ini, banyak orang mencintai kucing. Memang yang memelihara anjing lebih banyak, tapi kucing lebih disukai untuk dibelai-belai. Mereka mudah dirawat dan wajahnya ‘pedomorphic’ [menyerupai anak-anak].”
Sementara lebih banyak rumah yang memelihara anjing (38 persen) daripada yang memelihara kucing (34 persen), tetapi jumlah kucing peliharaan lebih banyak daripada anjing kerana pemilik kucing memelihara lebih dari satu kucing. Kucing sebagai haiwan peliharaan lebih disukai untuk dibelai, mudah perawatannya, dan wajahnya lebih pedomorphic (lebih seperti anak-anak)."
~sumber :id.yahoo
Friday, February 10, 2012
KALAU HENDAK SERIBU DAYA...
Kalau OKU boleh, takkan orang yang sempurna nak mintak sedekah kok????
Fikir-fikirlah.
Fikir-fikirlah.
Monday, February 6, 2012
BETAPA SAYANGNYA MUHAMMAD KEPADA KITA
MASYAALLAH !!! KENAPA KITA MUDAH LUPA...

Adalah diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan sesudah waktu Asar iaitu pada hari
Jumaat, di Padang Arafah pada musim haji penghabisan (Wada’).
Pada waktu itu Rasulullah S.A.W. berada di Padang Arafah di atas unta. Ketika ayat ini diturunkan Rasulullah tidak begitu jelas penerimaan nya, untuk mengingati isi dan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut, Baginda bersandar pada unta beliau sambil unta tersebut duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turunlah malaikat Jibrail A.S lalu berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja malaikat Jibrail A.S pergi maka Rasulullah S.A.W pun berangkat ke Mekah dan terus ke Madinah.
Setelah Rasulullah S.A.W mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah pun menceritakan apa yang telah di beritahu oleh malaikat Jibrail A.S. Apabila para sahabat mendengar hal demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:”Agama kita telah sempurna! agama kita telah sempurna!”
Apabila Abu Bakar mendengar keterangan Rasulullah S.A.W. itu, dia tidak dapat menahan kesedihannya maka dia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis. Abu Bakar menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata:”Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga sebegini sekali keadaan mu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”
Mendengar pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata:” Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatan lah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah S.A.W. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi menjadi janda.”
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka menangis. Tangisan mereka telah di dengar oleh para shabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah S.A.W. tentang apa yang mereka lihat itu.
Salah seorang dari sahabat berkata:” Ya Rasulullah, kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau.”
Apabila Rasulullah mendengar keterangan dari sahabat itu, maka berubahlah muka Rasulullah dan dengan segera beliau bergegas ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik sahaja Rasulullah sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah S.A.W melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya.
“Wahai sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?” Kemudian Ali r.a berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa wafat mu telah dekat. Adakah ini benar, ya Rasulullah?”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
” Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah S.A.W maka dia menangis sekuat tenaganya sehingga dia jatuh pengsan sementara Ali r.a pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu.
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. [Kisah Rasulullah S.A.W hidup selepas turunnya ayat terakhir itu ada yang menyatakan 81 hari, 50 hari, 35 hari dan ada juga yang mengatakan 21 hari.]
Apabila sudah dekat ajal Rasulullah S.A.W., baginda menyuruh Bilah bin Rabah azan untuk mengerjakan solat, lalu berkumpullah para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah S.A.W. kemudian Rasulullah menunaikan solat 2 rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata:
“Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang Nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau sesiapa mempunyai hak untuk dituntut, maka hendaklah dia bangun dan memberitahu saya sebelum saya dituntut di hari kiamat.”
Rasulullah berkata sebanyak tiga kali kemudian bangun seorang lelaki yang bernama ‘Ukasyah Bin Muhshan’ dan berkata:” Demi ayah dan ibuku Ya Rasulullah S.A.W., kalau anda mengumumkan kepada kami berkali- kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini.” Lalu ‘Ukasyah berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar, saya bersamamu Ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya dapat mencium peha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda supaya berjalan cepat, yang mana pada masa itu anda terpukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja atau cuma hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata kepada Bilal r.a.: “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari.”
Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata:”Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk di balas (qishash).”
Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a menyahut dengan berkata:” Siapakah di pintu?”
Lalu Bilal berkata:”Saya Bilal, saya diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil tongkatnya.”
Kemudian Fatimah berkata:” Wahai Bilal, untuk apa ayahku meminta tongkatnya?”
Bilal berkata:”Wahai Fatimah, Rasulullah S.A.W. telah menyediakan dirinya untuk di qishash.” Fatimah bertanya lagi:”Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengqishash Rasulullah S.A.W.?”
Bilal tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a memberikan tongkat tersebut maka Bilal pun membawa nya kepada Rasulullah S.A.W.
Setelah Rasulullah S.A.W. menerima tongkat tersebut dari Bilal maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah’. Melihat hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a tampil ke hadapan sambil berkata:”Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda Rasulullah S.A.W., tetapi kamu qishashlah kami berdua.”
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar kata-kata Abu Bakar dan Umar maka dengan segera baginda berkata:”Wahai Abu Bakar dan Umar, duduk lah kamu sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempat untuk kamu berdua.”
Kemudian Ali r.a. bangun lalu berkata:”Wahai ‘Ukasyah! aku adalah orang yang sentiasa berada disamping Rasulullah S.A.W. oleh itu kamu pukul lah aku dan janganlah kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai Ali, duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hati mu.”
Setelah itu Hasan dan Husin bangun dan berkata:”Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah S.A.W., kalau kamu mengqishash kami sama dengan kamu mengqishash Rasulullah S.A.W.”
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.”
Rasulullah S.A.W. berkata:” Wahai ‘Ukasyah, pukul lah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata:” Ya Rasulullah S.A.W. anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.”
Maka Rasulullah S.A.W. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah S.A.W. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik sahaja ‘Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah S.A.W. maka dia pun mencium beliau dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah S.A.W. Siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan saya dan Allah S.W.T menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Dengarlah kamu sekelian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.”
Kemudian semua para jemaah bersalaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah berkata:” Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah S.A.W. di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah S.A.W. makin hampir maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah S.W.T. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kapani aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku diatas diatas balai tempat tidurku dalam rumah ku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan ku. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bersolat ke atasku.”
Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka menangis dengan nada yang keras dan berkata:” Ya Rasulullah S.A.W., anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:” Dengarlah para sahabatku aku tinggalkan kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua, dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah Maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit diantara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadisku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutlah dia dengan mengambil pengajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah S.A.W. berkata demikian, maka sakit Rasulullah S.A.W. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah S.A.W. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.
Pada hari Isnin, sakit Rasulullah S.A.W. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah S.A.W. Sesampainya Bilal r.a di rumah Rasulullah S.A.W., maka Bilal r.a pun memberi salam:” Assalamualaikum ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a: “Rasulullah S.A.W. masih sibuk dengan urusan beliau.”
Setelah Bilal r.a mendengar penjelasan dari Fatimah r.a maka Bilal pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a itu.
Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a telah didengar oleh Rasulullah dan baginda berkata:”Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.”
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah S.A.W. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangannya diatas kepala dengan berkata:” Aduh musibah!”
Sebaik sahaja Bilal sampai di masjid maka Bilal pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah S.A.W. kata kan kepadanya.
Abu Bakar tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga jatuh pengsan.
Melihat peristiwa itu, maka riuh rendahlah di dalam masjid sehingga Rasulullah bertanya kepada Fatimah apakah yang berlaku?” Maka Fatimah memberitahu:”Kekecohan kaum muslimin sebab anda tidak pergi ke masjid.”
Kemudian Rasulullah memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah S.A.W. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah S.A.W. sampai di masjid maka beliau pun bersolat Subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat Subuh maka Rasulullah S.A.W. pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahNya.Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.
Setelah berkata demikian, maka Rasulullah S.A.W. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail:
”Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali.Apabila kamu pergi kerumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau di izinkan kamu masuk maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau dia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali kepada ku.
Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikat Izrail pun dengan segera menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail sampai dihadapan rumah Rasulullah S.A.W. maka dia pun memberi salam:”Assalamu alaikum yaa ahla baitin nunuwwati wa ma danir risaalati aadkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekelian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?”)
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka dia pun berkata:”Wahai hamba Allah, Rasulullah S.A.W. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.”
Kamudian malaikat Izrail berkata lagi seperti permulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah S.A.W. dan Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Fatimah r.a:” Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu.”
Maka Fatimah r.a berkata:”Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga merasa mengigil badan saya.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Fatimah, tahu kah kamu siapakah orang itu?”
Jawab Fatimah:”Tidak ayah.”
Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan- perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan penghuni kubur.”
Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahnya telah hampir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar tangisan Fatimah maka beliau pun berkata:” Janganlah engkau menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menjemput malaikat Izrail masuk. Maka malaikat Izrail pun masuk dengan mengucap: “Assalamualaikum ya Rasulullah.”
Lalu Rasulullah menjawab:”Wa alaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?”
Izrail berkata:”Kedatangan saya adalah untuk menziarahi mu dan mengambil roh mu, itupun kalau kamu izinkan, kalau tidak izinkan maka aku akan kembali.”
Rasulullah berkata:
”Wahai Izrail, dimanakah kamu tinggalkan Jibrail?”
Izrail berkata:”Saya tinggalkan Jibrail A.S. di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia.”
Tidak berapa saat kemudian, Jibrail A.S. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah S.A.W. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat kedatangan Jibrail A.S. maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:
”Wahai Jibrail, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat?”
Jibrail berkata:” Ya, aku memang tahu.”
Rasulullah S.A.W. bertanya lagi:”Wahai Jibrail beritahu kepadaku kemuliaan yang mengembirakan aku disisi Allah S.W.T.”
Jibrail A.S. berkata:”Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi mananti roh mu di langit. Kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Sekarang kamu katakan pula tentang umatku pada hari Kiamat nanti.”
Jibrail A.S berkata:” Allah S.W.T. telah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah melarang semua nabi masuk ke syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umat mu memasuki syurga.”
Rasulullah S.A.W. berkata:”Wahai Izrail, dekat lah kamu kepadaku.”
Setelah itu malaikat Izrail pun memulakan tugasnya apabila roh itu sampai pada pusat, maka Rasulullah S.A.W. pun berkata:”Wahai Jibrail alangkah dasyatnya rasa mati.”
Jibrail mengalihkan pandangan dari Rasulullah apabila mendengar kata -kata beliau.
Melihat telatah Jibrail itu, maka Rasulullah pun berkata: “Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?”
Jibrail A.S berkata:”Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajah mu di kala kamu dalam sakaratul maut?”
Anas bin Malik berkata:”Apabila roh Rasulullah S.A.W. telah sampai di dada beliau bersabda:”Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas atasmu.”
Ali r.a. berkata:”Sesungguhnya Rasulullah S.A.W.ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali dan saya meletakkan telinga saya dekat Rasulullah S.A.W., dia berkata:"Umatku, Umatku."
"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu", dan
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu", .

SMK AYER LANAS : PENYERAHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
ISNIN (6/2/12):
Bertempat di Dewan Besar SMK Ayer Lanas telah berlangsung Majlis Penyampaian Baucer Buku 1 Malaysia kepada para pelajar Pra U Lanas. Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Ayer Lanas. Seramai 127 orang pelajar Pra U Lanas 2012 telah mendapat sumbangan yang berupa baucer untuk pembelian buku sejumlah RM200.00 setiap pelajar. Diharapkan, dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Dalam majlis itu, YDP PIBG berharap agar para pelajar tidak menyalahgunakan pemberian baucer buku 1 Malaysia tersebut.

Saturday, February 4, 2012
PUNCA HANDPHONE DIHARAM MASUK SEKOLAH
CIKGU !!! TUNGGU...
Beginilah gamaknya kenapa pelajar sekolah dilarang bawak handphone . BETUL KE ??????
LU PIKIRLAH SENDIRI....

Thursday, February 2, 2012
MAJLIS PELANCARAN MINGGU DISIPLIN SMKAL
Khamis- 2 Jan. 2012 :SMK Ayer Lanas telah melancarkan program Minggu Disiplin untuk tahun 2012. Majlis tersebut telah disempunakan oleh salah seorang pengawai polis daerah Jeli. Pelbagai program yang berkaitan telah diadakan termasuklah ceramah keselamatan jalan raya.
Bukan ape... untuk kebaikan bersama...
Khusyuk mendengar ceramah...
Lucu sangat ke????
Subscribe to:
Posts (Atom)