Friday, April 6, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PRA U LANAS.

         Khamis (5/4/12)  : Pelajar Pra U Lanas dengan kerjasama polis IPD Jeli dan masyarakat Kampung Ayer Lanas telah bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan Jalan Legeh di Ayer Lanas. Gotong-royong sempena menyambut hari polis bersama kominiti telah berjalan dengan jayanya. Sementara bagi Pelajar Pra U Lanas, ini adalah merupakan salah satu daripada kegiatan khidmat masyarakat yang termasuk dalam proses pembelajaran kokurikulum mereka.
        Selain kerja-kerja membersih tanah perkuburan, para pelajar dapat beramah mesra dengan para anggota polis dan masyarakat setempat. Pelajar juga berkesempatan belajar  cara-cara pengembumian jenazah yang kebetulan berlaku di tanah perkuburan tersebut.
         Diharapkan kegiatan khidmat masyarakat seperti ini dapat memberi pelajaran dan pengalaman yang berguna bagi pelajar Pra U Lanas.

Berikut adalah gambar-gamabar program Khidmat Masyarakat Pelajar Pra U Lanas:    

 Taklimat dari Pengarah Program En. Kastawi dan Cik Zuliana...
 Menaiki trak polis untuk ke tanah perkuburan Legeh...
 Ini guru penyelia... seronok kok ...
 Kerja terussss...
 En.Kastawi dengan anggota polis...
 Bersemangat...
 Asap dari dalam kubur ke tu !!!! cabutttt...
 Cabut pergi makan sebentar... ini kes tak larat nak suap dah...

 Ya, Allah...udah, udah lah tu
 Anggota polis melayan wartawan sinar...
Oiii, ini tanah perkuburan, bukan tempat nak posing la...
 Posing di kuburan...
 Jangan duk khayal, aku udah milik orang lain...
 Gali kubur... tempat persinggahan ke alam akhirat...
 Salah seorang anggota masyarakat yang meninggal dunia...
 Semua yang hidup, pasti mengalaminya, oleh itu insaflah...
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT.
SEMUGA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SWT.

Wednesday, April 4, 2012

PROGRAM RUNDINGCARA IBUBAPA, PELAJAR DAN GURU

 Selasa (3/4/12): Sek. Men. Keb. Ayer Lanas telah mengadakan program rundingcara ibubapa, pelajar dan guru serta penyerahan slip keputusan peperiksaan awal tahun di Dewan Besar SMKAL. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Jeli. Program tersebut telah diisikan juga dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tn. Hj. Nik Mat Nik Leh, iaitu seorang pakar motivasi popular dari SMKTM II.

Berikut ini adalah gambar-gambar suasana program tersebut. Jom, kita layan bersama:

Erti pengorbanan seorang ibu...
Ramainya...
Seorang bapa turut berkorban masa demi anaknya tercinta...
Ibu, melakukan dua kerja dalam satu masa - semuanya demi anaknya...
Anak-anak menanti sama ada ibu atau ayahnya yang datang...
Khusyuk menanti apa yang bakal disampaikan...

Boss Besar SMKAL bagi ucapan alu-aluan...
Boss Besar PPD Jeli merasmikannya...
Students Pra U Lanas dan para ibubapa yang hadir...
Jurufoto amatur duk setting gaya...
Ni, En. Fathir pengurus besar program bersama setiausaha politiknya...


                                          Ok!!! kawasan clear... boleh masuuuuuk!!!!!


Lastly, thank you for everything.

Monday, April 2, 2012

HEBATNYA SEORANG PEREMPUAN.

Bertuahnya Jika Anda Seorang Perempuan...
muslimah
“Doa seorang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, maka jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

“ Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan”.

“Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah”.

“Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya”.

“Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan”.

“Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah”.

“Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya”.

“Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki”.

“Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)”.

“Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki”.

“Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh”.

“Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

“Apabila dua orang ibubapamu memanggil akan engkau, maka jawablah panggilan ibumu dahulu”.

“Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya”.

“Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab”.

“Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.

“Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga”.

“Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.


KISAH 3 LELAKI TERPERANGKAP DALAM GUA.


Dalam sebuah hadits riwayat Imam Bukhari Muslim dikisahkan, ada tiga orang pemuda pergi hendak beribadah kepada Allah. Di perjalanan hujan turun sangat lebat sekali. Lalu merekapun berlindung di dalam sebuah gua. Tiba-tiba jatuh sebuah batu sangat besar menutupi mulut gua. Ketiga-tiga pemuda itu akhirnya terkurung dan tidak dapat keluar.
Seorang dari mereka berkata kepada yang lainnya, “Wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita dari musibah ini”.
Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Ya Allah, saya pernah terpikat kepada seorang wanita yang sangat cantik. Kerana aku memiliki kekuasaan dan kekayaan, lalu aku bayar wanita itu dengan harga yang dikehendakinya. Ketika kami berdua-duaan dan aku mempunyai kesempatan untuk berbuat zina, tiba-tiba aku ingat siksa-Mu ya Allah, lalu aku batalkan niat buruk itu. Ya Allah, seandainya apa yang aku perbuat itu baik menurut-Mu, tolong geserkan batu besar yang menghalangi mulut gua ini.”
Selesai pemuda itu berkata-kata, tiba-tiba batu besar yang menutupi mulut gua itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.
Lalu pemuda kedua pula berkata, “Ya Allah, aku pernah menyuruh sekelompok orang bekerja dengan upah masing-masing setengah dirham. Ketika mereka selesai bekerja, aku terus membayar upahnya. Tiba-tiba ada salah seorang daripadanya menolak mengambil upah itu, kerana ia merasa melakukan dua pekerjaan sekaligus. Ia hanya ingin diupah sebanyak satu dirham. Kerana tidak bersetuju dengan kadar upahnya, orang itu lalu pergi begitu sahaja tanpa mengambil upahnya terlebih dahulu.
Sepeninggalan orang itu, aku laburkan wangnya yang setengah dirham itu sehingga menghasilkan banyak keuntungan. Pada suatu hari orang tadi datang semula dan meminta upahnya yang setengah dirham itu. Lalu aku berikan kepadanya 10 ribu dirham dari keuntungan wangnya yang setengah dirham dari upahnya dahulu. Orang tersebut terkejut dan mengatakan: “Jangan kamu hendak bergurau, upah aku dahulu bukan sebesar ini tetapi hanya setengah dirham”. Lalu aku jelaskan, bahawa wangnya yang setengah dirham itu telah aku laburkan sehingga terus bertambah sampai sebanyak ini.
Setelah jelas, dia pun mengambilnya dengan penuh bahagia dan rasa syukur. Ya Allah, Engkau Maha Tahu, aku melakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredhaan-Mu. Ya Allah, jika apa yang aku lakukan itu baik menurutMu, tolong angkat batu yang menghalangi tempat keluar kami ini.”
Lalu batu itu bergeser kembali, namun mereka tetap belum dapat keluar.
Pemuda yang ketiga pula lalu berkata, “Ya Allah, kedua orang tua ku sudah sangat tua. Meskipun demikian, aku sangat menyayangi keduanya dan aku tidak pernah minum atau makan sebelum keduanya minum dan makan. Suatu hari aku bawakan sebotol air susu untuk keduanya namun mereka sedang tidur dengan lena. Aku tidak berani mengejutkannya, lalu aku tunggu sehingga keduanya bangun. Meskipun anak aku waktu itu menangis meminta susu itu, namun aku tidak memberikannya sebelum kedua orang tua aku meminumnya terlebih dahulu. Apabila kedua orang tua ku bangun, aku terus memberinya minum.
Ya Allah, Engkau Maha Tahu, apa yang aku perbuat itu semata-mata kerana mengharap keredhaan-Mu, maka tolong alihkan batu ini supaya kami dapat keluar”. Akhirnya batu itu bergeser kembali dan akhirnya mereka dapat keluar dari gua tersebut dengan selamat. (HR.Bukhari dan Muslim).

Sunday, April 1, 2012

LUKISAN HITAM PUTIH YANG PERSIS GAMBAR

Realistic drawings look like photographs

To an untrained eye these pictures would look nothing more than standard photographs but it's not all black and white - they are in fact hand drawn. These are the works of 47-year-old hyperrealist artist Paul Cadden, who, often just using a pencil, is able to recreate photos in amazing detail.

Paul Cadden

Paul Cadden working on a drawing. The hyperrealist artist creates hand drawn images that look like black and white photographs.

 Paul Cadden

Paul Cadden
Paul Cadden

Paul Cadden

Paul Cadden

Paul Cadden

...Bandingkan pula dengan gambar asli 'Still Photography by National Geographic' di bawah ini:

Wednesday, March 28, 2012

IKLAN : JAWATAN KOSONG

Permohonan Adalah Dipelawa Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan :

MAKMUM SOLAH BERJEMAAH 5 WAKTU

Pendapatan Lumayan : 27 x ganda Pahala x 5 kali sehari

Jam Kerja                   : Lebih kurang 20 minit, 5 kali sehari

Elaun Perjalanan        : 1 langkah 1 pahala dan 1 langkah terhapus  
                                     1 dosa 


Bonus dan Dividen    : Diberi jika mengikuti khutbah Juma'at, kuliah
                                     Maghrib dan Subuh.


Kelayakan: 1. Islam
                   2. Baligh
                   3. Berakal
                   4. Perempuan dan lelaki
                   5. Tidak gila
                   6. Tidak uzur syar'ie

Tempat temuduga : Masjid atau Surau

Waktu Temuduga : Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'

Tarikh Temuduga : Sebelum mati / kiamat

Tarikh Tutup        : Mati / kiamat 


                        "SELAMAT BERAMAL IBADAT" 







Tuesday, March 27, 2012

LELAKI PALING ISTIMEWA IALAH...

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB



Berikut ini petikan beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah SAW.



Hadith 1:
Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.” (HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)
Hadith 4:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.” (HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Hadith 5:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.” (HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadith 6:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 7:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.
Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 8:
Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).
Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya putih kemerah-merahan.
Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).
Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.
Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.
Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.” (HR at-Tirmidzi)
Itulah antara beberapa hadith yang dimuatkan di dalam Syama’il Muhammadiah berkenaan rupa bentuk fizikal Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Nombor-nombor hadith yang dinyatakan di atas tidak mengikut susunan seperti dalam kitab tersebut.

Sumber: http://muzir.wordpress.com/

Ada Akaun PayPal ?

BUY  AND  SELL  ONLINE
 Akaun PayPal

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahu tak apa itu Paypal dan kenapa ramai orang cakap kita perlu ada akaun PayPal? Untuk pengetahuan semua, PayPal boleh diumpamakan sebagai sebuah “bank online” dalam rangkaian internet. PayPal banyak digunakan untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang secara online di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kini PayPal menjadi sistem pembayaran online yang terkenal dan terbesar di dunia.
"PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information."
Aku rasa setiap blogger atau pengguna internet mesti ada akaun Paypal. Memudahkan kita menjual dan membeli belah secara online. Kadang-kadang aku tengok sesetengah barang lebih murah dijual di kedai-kedai online luar negara. Aku pernah beli wallet berharga $10 (RM30) dari US. Di pasaran Malaysia jenis wallet yang sama aku tengok harganya lebih kurang RM50 hingga RM60. Kenapa perlu bayar lebih?
Bagi blogger pula, ramai yang cakap domain dan hosting di Malaysia ni mahal. Tak mampu nak bayar. Dah tu, cari la domain dan hosting dengan syarikat luar negara. Ada yang jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kenapa perlu bayar lebih? Untuk bayar boleh guna akaun Paypal sebab syarikat luar negara majoritinya ada sediakan sistem pembayaran melalui PayPal.

Cara Buat Akaun PayPal

Langkah pertama, buka laman web PayPal dan tekan pada link “Sign Up”. Kemudian korang akan dibawa ke satu halaman yang memaparkan antaramuka seperti berikut:
Daftar akaun PayPal
Di sini korang perlu buat pilihan jenis akaun PayPal yang sesuai dengan korang. Setiap jenis akaun ada perbezaannya. Tapi aku recommend daftar akaun PayPal jenis “Premier” untuk rasa lebih best. Yang mana dah ada akaun Personal tu boleh upgrade bila-bila masa.
  • Personal – Untuk membeli belah secara online.
  • Premier – Untuk perniagaan secara perseorangan yang melibatkan urusan menjual dan membeli secara online.
  • Business – Untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat.
Kemudian korang boleh teruskan langkah-langkah pendaftaran dengan mengisi borang. Isi borang selengkapnya dengan maklumat-maklumat yang diminta. Bila tiba di langkah yang memerlukan korang buat pengesahan akaun menggunakan kad kredit/kad debit, korang boleh skip proses tu (boleh buat lain kali) dan terus ke dasboard akaun PayPal yang dah siap register.

Cara Verify Akaun PayPal

Bagi akaun yang belum buat pengesahan, perkataan “Unverified” akan terpapar di bahagian status akaun. Bagi akaun yang dah buat pengesahan dengan kad kredit/kad debit ianya akan dipaparkan status “Verified”.

Untuk verify akaun PayPal, korang perlu ada kad kredit atau paling busuk pun kad debit. Ada akaun Maybank? Kalau ada tapi masih guna kad Maybank yang biasa, boleh upgrade kad Maybank korang tu jadi kad debit. Kemudian verify PayPal dengan kad debit Maybank.
Bila dah ada akaun PayPal yang dah verified, bolehlah korang shopping online sesuka hati. Untuk mereka yang guna bank selain Maybank aku tak berapa pasti macam mana cara untuk verify PayPal sebab dulu aku guna kad debit Maybank je. Tapi rasanya kad debit bank lain pun dah boleh guna untuk verify akaun PayPal. Try Google dulu. Apa-apa masalah boleh tanya di bahagian komen ye.


Artikel asal - http://anarm.net/blog.

Monday, March 26, 2012

BILA KEPALA DAH TERSUMBAT, HASILNYA...

Semasa peperiksaan sedang berlangsung, segala-galanya boleh berlaku. Bagi calon yang 'habis' sifat kerajinanannya, maka terjadilah bermacam-macam perkara - soalan suruh buat lain, si dio ni buat cerita lain. Ini kes 'otak sumbat' - baca terlebih sikit takut terlajak pandai.
Ini BUKAN kes pandai melukis, TAPI bila otak sumbat - lena adalah jalan terbaik baginya.
Yang ini pulak, kes terlebih sayang kat cigu, so cigu sumber inspirasi.
Ini adalah antara gambar kandid yang gue ambil saat peperiksaan sedang berlansung. Rasa-rasanya kalau ex pelajar Pra U SMKAL, tentu mereka kenal gambar sapa hok calon ni lukis. Sebenarnya, calon ni sedang menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 2. Masa untuk menjawab kertas ini - 3jam.
GANAZZZ... SEMPAT MELUKIS LAGI...UH..UH...

CATATAN 3 JAM PERJALANAN

Ini adalah catatan perjalanan dari Tanah Merah ke Kok Lanas, Machang yang mengambil masa sekitar 3 jam. Peristiwa berlaku antara 2.30 petang hingga 5.30 petang, Sabtu (17/3/2012). Jarak yang pendek, tetapi mengambil masa yang panjang. 'Jem' habis. Gue ngantar anak ke Tahfiz Pulau Condong dan Tahfiz Sains Kok Lanas. Dalam perjalanan pergi dan balik, gue terperangkap dalam kesesakan teruk di kedua-dua belah lorong -bermula dari  trafik light Batu Hitam, Tanah Merah hingga ke Jejantas di Machang. Perkara biasa berlaku di musim cuti dan buka sekolah. Bertambah-tambah jika ada kemalangan jalan raya. Hal yang paling jelas, lebuh raya yang semmmmput.

Ni, kat Maahad Tahfiz Pulau Condong

 Ni , kat Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas

 Ni pulak, kes korner tak lepas. Tidak berhati-hati membawa padah.

Tuesday, March 20, 2012

SUBHANALLAH - TIADA KATA UNTUK DIUANGKAPKAN.


  SEANDAINYA orang cacat seperti itu mampu melakukan sesuatu bagaimana dengan kita yang lengkap anggotanya.

-BEGITULAH...Inilah dikatakan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu cerita.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...