Sunday, July 15, 2012

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA : SMK AYER LANAS.

SEHARI BERSUKAN  BERSAMA SELURUH PELAJAR SMKAL.

 SELASA (10/7/12): Smk Ayer Lanas berpesta dengan pelbagai acara sukan sempena menyambut hari 1 murid 1 sukan 1 Malaysia. Program berjalan cukup meriah sekali.
Berikut adalah gambar-gambar hari tersebut.

Kena dah...
PK Pra U Lanas...
Pengetua melayan pegawai PPD Jeli...
Jom, kita goyang...
Angkat kaki...
Yooo... sampai melayang tu, apesal ????
Ketiak masammm...
Bosss, angkat lagi !!!
Ini kes takut panas kok !!!
Lawan netbal...
Ping pong...
Bulu tangkis...
Golek bola bosi... pekong la tu...
Bola voli...
Peminat setia bola voli la tu ...
Ini mek posing la ...
Waktu nak beri hadiah la tu, aku action sekaki... hehehe...


GOMO KELATE GOMO.

BERSAMA MERAIKAN KEJAYAAN 'THE RED WARRIOW'...
-Aku bersama isteri dan anak-anak bersama-sama meraikan kejayaan pasukan Kelantan menjuarai piala Liga Primier. Gomo Kelate gomo. Di harap terus maju dalam meraih Piala AFC dan Piala Malaysia.
 Steady...
 Nih... padan tuk Habib...
 Yang ni buat tutup kepala aku...
 Minat bersama...
 Besar sangat tu...
 Lost in winner...
Banyak lagi nih.

'TAHNIAH UNTUK TRW'


NEW YORK DI SERANG LAGI...

LEBAH  'ATTACK'  NEW YORK.
Kota New York,  kota yang terkenal dengan julukan "Big Apple" ini, sekali lagi  menjadi perhatian banyak orang.

Ternyata, tidak hanya manusia yang menaruh minat besar pada New York. Kawanan lebah pun ikut mengambil bahagian. Beberapa hari terakhir, gerombolan besar lebah menyerbu New York. Bahkan, warganya sampai harus membuat panggilan kecemasan kepada polis untuk mengatasi kawanan lebah tersebut, demikian menurut laporan New York Times.

Salah seorang anggota polis New York (NYPD), Anthony Hopkins mengatakan ia telah menanggani 31 panggilan tentang ancaman lebah sepanjang tahun ini. Malangnya, jumlah kawanan lebah itu meningkat lebih dari dua kali ganda dari jumlah tahun lalu.

Baru-baru ini ia juga menangani satu panggilan kecemasan dari restoran South Street Seaport. Di sana, ia berhasil menyedut 17,500 ekor lebah yang berkerumun dan mengganggu pengunjung di teras.

Bagaimana masalah ini bermula? Dikatakan, penyebab dari gangguan lebah ini adalah peningkatan jumlah peternak lebah di New York. Hampir 200 sarang telah didaftarkan secara sah, namun jumlah sebenarnya mungkin dua kali ganda lebih tinggi. Organisasi Penternak Lebah Kota New York baru-baru ini mengirim sebuah peringatan di Facebook bahawa semua sarang lebah harus didaftarkan secara sah setiap tahun.

Seorang pakar mengatakan kepada The Times, ada beberapa faktor lain yang mungkin berpengaruh terhadap peningkatan populasi lebah tahun ini. Musim dingin tahun lalu menjadi musim dingin terpanas, yang membuat lebih sedikit kawanan lebah yang mati selama musim beku tersebut.

Sementara itu, musim semi tahun ini muncul terlalu kini, sehingga ada lebih banyak bunga dan tanaman yang menarik kedatangan para penghisap madu bunga.


Saturday, July 14, 2012

TAHUN MELAWAT KELATE

KELATE INTERNATIONAL BIKE WEEK SHOW......VROOOOOMMMM.....
 Aku dan famili (7/7/12) terjah kat stadium SM IV Kota Bharu. Woww, hebat. Anak-anak cukup seronok, aku pun ape lagi... tenyeslah canon 550D . Hasilnya lihatlah di bawah ni...
Moto taya 3
Antara hijau dan biru...
Anak aku duk ngecek...
Cun gila...
 Anak aku minat gila...
 Dua naik... satu intai-intai...
 Boss dan anak-anak...
 Vrooooommmm...
 Mywife pun ikut...
 layan mata....
 Ni, Harley Davidson....reganya....ummmm...
 Duk check topi kledar
Motor-motor kenek..
SELAMAT JALAN... JUMPA LAGI NEXT YEAR...


Friday, July 6, 2012

'KOYO' MARIO BALOTELLI


Khasiat 'Koyo' Yang Dipakai Mario Balotelli

Jika Anda menonton pertandingan semi final Euro 2012 antara German melawan Itali, Anda pasti melihat aksi buka baju yang dilakukan oleh Balotelli setelah menyumbat gol. Ketika itu, terlihat tiga  plester berwarna biru menempel di bahagian belakang tubuhnya. Sebenarnya, apakah plester yang digunakannya? Apa pula manfaatnya?



Usut punya usut, plester berwarna itu bernama Kinesio. Plester itu dibuat dan dipopulerkan oleh Dr. Kenzo Kase, seorang ilmuwan Jepun.


Menurut Dr. Kenzo, plester buatannya mampu membantu menahan dan mengurang rasa sakit yang dialami akibat cedera otot atau sendi.

Berbeza dengan yang biasa yang membatasi pergerakan dan menghambat proses penyembuhan kerana menekan aliran cairan di bawah kulit, plester Kinesio ini bersifat sebaliknya, iaitu tidak akan menekan kulit sehingga melancarkan aliran getah bening. Jika sudah begitu, maka rasa sakit yang diderita akibat kelelahan otot atau cedera jadi berkurang.

Walaupun telah populer dan dipakai oleh banyak atlit ternama, masih banyak para ilmuwan yang mengkritik manfaat dan khasiat plester tersebut. Hal ini diakui sendiri oleh Dr. Kase yang mengatakan terlalu sedikit  penelitian ilmiah yang dilakukan untuk menilai plester itu.

Seperti yang dilaporkan oleh BBC, Rabu (04/07/2012),ada beberapa bantahan dan kritikan yang diberikan kepada produk buatan Dr. Kase tersebut. Salah satunya datang dari John Brewer, seorang profesor olahraga di Bedfordshire University.

"Secara personal saya mengatakan bahwa penggunaan plester itu hanya sugesti. Tidak ada bukti ilmiah yang menunjukkan bahwa plester tersebut mencegah cedera atau memperbaiki performan.” katanya disambut dengan pernyataan yang hampir serupa oleh fisioterapis di Lilleshall, Dr. Newton. “Saya tidak melihat bagaimana plester itu dapat menyembuhkan cedera. Namun, pengaruh dari efek sugesti sangatlah hebat, dan jangan diremehkan,” ujarnya.

Sumber:kompas

Pendidikan Tingkatan Enam Dirombak

Muhyiddin: Pendidikan tingkatan enam dirombak

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
    YOGYAKARTA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendidikan tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan pra universiti seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata antara langkah-langkah yang akan diambil ialah memisahkan para pelajar berkenaan dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan enam.
  
"Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa)," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.
  
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berada di sini sejak kelmarin kerana menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran Asean dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya yang berakhir hari ini.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menjayakan cadangan itu, pelajar-pelajar tingkatan enam wajar ditempatkan di pusat-pusat pengajian khas kerana bilangan mereka kini bertaburan di seluruh negara belajar dalam satu atau dua kelas di sekolah sekolah tertentu.
  
Pada tahun ini, ada sejumlah 83,000 pelajar tingkatan enam dan 26,000 pelajar matrikulasi di seluruh negara.
  
Langkah untuk memisahkan pelajar tingkatan enam dari sekolah biasa juga selaras dengan kedudukan mereka sebagai pelajar pra universiti.
  
Umum pada masa ini melihat pendidikan tingkatan enam adalah kesinambungan daripada pendidikan tingkatan lima sedangkan mereka enam adalah dalam kategori yang berbeza dan lebih matang daripada segi pemikiran, katanya.
  
Muhyiddin berkata, penjenamaan semula itu perlu untuk memperlihat bahawa tingkatan enam memang sebenarnya adalah pendidikan pra universiti yang setanding dengan peringkat kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran dan pusat asasi sains anjuran universiti-universiti awam tempatan.
  
Persepsi masyarakat sekarang ialah pendidikan di kolej matrikulasi adalah lebih baik daripada di tingkatan enam, sedangkan kelulusan dan kelayakan mereka untuk bersaing masuk ke universiti awam adalah sama.

Masyarakat, katanya, tidak harus melihat bahawa pendidikan matrikulasi mempunyai kelebihan kerana ada masanya, pencapaian pelajar tingkatan enam malah lebih cemerlang daripada pelajar matrikulasi.
  
Sehubungan itu pelajar-pelajar lepasan SPM harus juga melihat bahawa pendidikan tingkatan enam juga merupakan antara pilihan terbaik untuk pendidikan pra universiti.
  
Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan dalam sistem pendidikan tingkatan enam telahpun dimulakan tahun ini melalui sistem pembelajaran tiga semester namun secara perbandingan pelajar matrikulasi menamatkan pengajian mereka enam bulan lebih awal.
  
Ditanya tentang kemungkinan pendidikan tingkatan enam dipendekkan enam bulan lebih awal supaya bersamaan dengan tempoh pembelajaran di kolej matrikulasi, beliau berkata perkara itu akan dikaji oleh Kementerian Pelajaran. - Bernama

Thursday, July 5, 2012

PUNCA DITIMPA KESUSAHAN


Terdapat 43 perkara yang mempunyai kaitan atau dikatakan sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang  kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.



Tuesday, July 3, 2012

GAMBAR JASAD FIRAUN

Anda semua tahu bahawa Firaun adalah seorang tiran di bumi, dan ia mengaku keilahian

Lalu Allah mengutus Musa kepadanya untuk memberi bimbingan, tetapi dibayangi oleh penolakan bimbingan ... dan Firaun memerintahkan untuk membunuh semua orang yang mengikuti Musa...

Pada akhirnya, Firaun dihancurkan oleh Allah, dipermalukan,  mati tenggelam, ditelan laut Merah...

Janji Allah yang menyelamatkan tubuh-Nya untuk meninggalkan pelajaran dan pengajaran bagi setiap manusia...

Tubuh Firaun sekarang dipamerkan di sebuah museum di Perancis





6 SOALAN IMAM AL-GHAZALI



Ketika Imam Al-Ghazali sedang menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya, beliau telah bertanyakan enam soalan kepada mereka. Soalan tersebut adalah seperti berikut:


1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)
2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .
4 – Pertanyaan keempat adalah, ” Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, June 27, 2012

Zikir Munajat

BANTULAH AKU DUHAI TEMAN UNTUK MERENTASI LALUAN KEHIDUPAN INI UNTUK SAMPAI KE DESTINASI SYURGA . 

 


ZIKIR MUNAJAT... 

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH,
WALAILLA HA INNALLAHWALLAHUAKBAR,
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH,
WALAILLAHAINNALLAHWALLAHU AKBAR,

ALLAH ALLAH ALLAH YA ALLAH.

HASBI RABBI JALALLAH,
MAFILQALBI GHAIRULLAH,
NUR MUHAMMAD SALLALLAH.

TUBNAILLALAH WARAJA'NA ILLALLAH,
WANADIMNA A'LIMNAMAFA'NA.

LAISALAHAMINDUNILLAHI KHASYIFAH.

LAILLAHILLALLAH HUMALIKULHA'Q QULMUBINUR,
MUHAMMAD RASULLULLAH SODIQULWA'DILMIN.


ASTAGFIRULLAHGU INNALLAHHAKANATAWWABA.

LAILLAHHAINNALLAH,
LAILLAHHAINNALLAH,
LAILLAHHAINNALLAH,
NABIMUHAMMAD YA RASULLULLAH.

YA DZALJALALLIWALIQRAM,
YA DZALJALALLIWALIQRAM,
YA DZALJALALLIWALIQRAM,
AMIN NA'LADINILISLAM.

SELAMAT HARI LAHIRKU

ALLAHUAKBAR....

Railah hari lahir dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.
Kita dituntut untuk melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat kerana dipanjangkan umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna contohnya  “Allah selamatkan kamu”.
Lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
Pelbagai lagi ucapan yang dianjurkan dalam Islam yang boleh didoakan kepada kawan-kawan yang menyambut harijadi mereka dalam Facebook dan sebagainya.
Menyambut harijadi, sebaik-baiknya kita sendiri melakukan solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur sekali dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah, tilawah al-quran, zikir, selawat dan sebagainya.
Tidak perlulah kita ikut  budaya barat atau apa-apa amalan yang bercanggah dengan Islam. Seeloknya tanyalah Ustaz atau orang arif akan kedudukan harijadi dan sambutnya dengan sederhana sahaja.
Selamat hari jadi ke 51 tahun untuk diri saya  dan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan tambahkan kekuatan  untuk memdaulatkan Agama Allah s.w.t.
Ya Allah, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama aku mentaatimu.
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga diakhirat kelak dapat ku kutip hasilnya.
Ya Allah, tambahkanlah amalan ku disaat bertambah usia ku.
Sebagai tanda cintaku kepadamu,
Ya allah, engkau tidak mensia-siakan segala usahaku untuk mencari haruman bau syurga mu,
Tempat rehar yang abadi untuk selamanya.. Ameen
SELAMAT HARI JADI YANG KE 51 ...
SUBHANALLAH   WALHAMDULILLAH   ALLAHUAKBAR...
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidupah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak.
Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.

Friday, June 22, 2012

INGATLAH...

BAHAWA SESUNGGUHNYA INGATLAH...

Setiap KESABARAN akan diganti dengan KEMENANGAN

Setiap KEDUKAAN akan berganti dengan KEBAHAGIAAN

Setiap PERPISAHAN pasti bermula dengan satu PERTEMUAN

Setiap YANG BERAKHIR akan bertukar dengan suatu PERMULAAN

Setiap KEJADIAN ALLAH pasti ada HIKMAHNYA... ..

PENCARIAN...


Cerita Nabi Sulaiman dan Sang Semut




Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, iaitu  apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
 Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
 Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya:”Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?” Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”. 
Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi Allah Sulaiman mengambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan menutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. 
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut tersebut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut tersebut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”. 
Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tidak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Wednesday, June 20, 2012

SUBHANALLAH...


Hebatnya Ciptaan Allah SWT. 

Beginilah rupanya gambaran dalamam tangan kita.... Tangan lah yang memberi kita makan ...


...Sungguh sempurna hasil ciptaan Allah swt. Subhanallah... bersyukurlah kita kepadaNya.


Kini, hanya  tinggal manusianya, bagaimana untuk mengolah kehidupan di dunia.

Monday, June 18, 2012

LENSA KAMERA.


Mengenali Tulisan Pada Lensa.

Kalau anda boleh lihat gambar dekat di atas, tulisan pada lensa ini mungkin menjadi kekeliruan buat yang mula-mula hendak mengenali lensa. Jadi jom kita lihat bagaimana cara baca,
Nikon -> Brand / Jenama (Sudah Semestinya la kan~)
AF-S -> Ini bermakna lensa ini memiliki motor autofokus yang dibina di dalam lensa (built in).
Nikkor -> Jenis Lensa Nikon
DX -> Ini bermakna lensa ini hanya boleh digunakan untuk bodi "crop factor". Apa itu crop factor? Dalam entri seterusnya~
18 - 200 mm -> Ini adalah julat focal (focal range)
1:3.5 - 5.6 -> Ini bermakna aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 18mm adalah f/3.5. Manakala aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 200mm adalah f/5.6.
G -> Ia bermaksud "gelded". Ia boleh digunakan pada kamera manual fokus namun aperture hanya dibuka paling minimum. (kita akan ceritakan lebih dalam dan jenis-jenis lensa Nikon dalam entri lain nanti ^^,)
ED -> Ia bermaksud "Extra-Low Dispersion". Sejenis lensa yang mampu mengawal "chromatic aberation" dengan baik.
AF/MF -> yang ini bermaksud Auto Focus (AF) atau Manual Focus (MF). Anda boleh pilih yang mana anda minat.
VR -> Ini pula bermaksud "Vibration Reduction" yang membawa erti anti-gegar yang mampu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Kalau pada Canon, ia dipanggil "Image Stabilizer" atau lebih mudah, IS.
Jadi, paling kurang anda dah boleh baca tulisan yang berada pada lensa anda selepas ini. Cuba anda try gambar di bawah ni.
Haa..dah boleh kan?Itu dah dikira bagus... mungkin sedikit info tambahan untuk Canon.
EF-S -> Ini bermakna lens ini hanya boleh digunakan pada bodi "crop factor" sahaja.
Jadi, lepas ni tak ada la masalah lagi nak baca lensa anda bukan?
SUMBER: FOTOGU.COM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...