Sunday, October 14, 2012

PREBIU PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2012.


 
Di sini ada beberapa informasi tentang pasukan Kelantan dan ATM yang akan bertempur di perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 20 Oktober 2010 di Stadium Shah Alam.


"Kelantan Mahu Buktikan Bukan ‘Mimpi Kosong Disiang Hari"
KELANTAN FA:



  • Jurulatih: Bojan Hodak (Croatia)
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada musuh ketat Terengganu di suku akhir
  • Gelaran: Red Warriors atau Pahlawan Merah (Para penyokong yang paling bersemangat di Malaysia)
  • Stadium: Sultan Mohammad IV (Kapasiti 25,000)
  • Pemain Pinjaman: Mafry Balang, Pemain Pertahanan (Sabah); Afiq Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur); Aslam Najumudeen, Pertahanan (Kuala Lumpur)
  • Pemain Penting: Badri ‘Piya’ Radzi, pengarah pasukan dalam kemenangan Piala FA, Kejuaraan Liga, dan lebih lagi.
Kesimpulan: Apa yang perlu dikatakan lagi? Kelantan mempunyai rekod pertahanan dan jaringan terbaik dalam liga sambil memupuk semangat kenegaraan dengan corak permainan yang menghiburkan. Apakah TRW tetap akan membawa pulang Piala Malaysia, sekaligus mengapai impian gelaran trebble? .
Potensi: Hanya kepuasan diri dapat mengecewakan kempen Kelantan di Piala Malaysia. 



"Tanpa Norfarhan dan Mohamed Ghaddar, Kelantan Tetap Pasukan Terkuat – B. Sathianathan | Meskipun pasukan bimbingan Bojan Hodak mengalami masalah besar berikutan ketiadaan dua tunjang utamanya iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghadar di final Piala Malaysia 2012, ia bukan satu kelebihan besar buat ATM. Bagi Jurulatih ATM, B. Sathianathan, beliau tetap menghormati kekuatan pasukan Kelantan."


ATM FA:
  • Jurulatih: B Sathianathan
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Layak
  • Gelaran: Tentera atau ‘Manchester City Malaysia’
  • Stadium: Stadium Majlis Perbandaran (Kapasiti 25,000)
  • Pemain Pinjaman: Tiada
  • Pemain Penting: Di ketuai Hairuddin Omar (HAI_O) dan Marlon Alex James sudah berusia tetapi masih berupaya, berpengalaman dan mampu memporak perandakan barisan pertahanan yang leka.
Kesimpulan: Juara Liga Premier ini telah menjaringkan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali dalam Liga Premier. Kualiti para pemain yang tinggi dijamin akan membawa hasil bila berganding dengan arahan Sathianathan. TRW perlu berwaspada kepada ancaman mereka.Apakah impian 46 tahun penantian akan berakhir nanti ?
Potensi: Seperti nama gelaran mereka, Tentera amat merbahaya dalam semua posisi dan mampu mengejutkan pasukan veteran seperti yang mereka lakukan, iaitu mengalahkan Negeri Sembilan dan Lion XII.




Saturday, October 13, 2012

PIALA MALAYSIA :SELANGOR vs KELANTAN 2012

Keegoan Irfan  Bakti Memakan Diri... RED GIANT 0 - TRW 2

Kelantan menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenam terus keegoan Selangor 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam ini. Gol-gol TRW digomo melalui Mohd. Ghaddar dan Ajih Nasi Lemah (Piya).

Dengan berbekalkan kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammad IV, Kelantan turun dengan semangat membara untuk membenam keegoan Selangor di gelanggang mereka. Impian 33 Selangor hancur lebur jadi debu.


Kelantan akan berhadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perlawanan akhir 20 Oktober ini selepas B. Sathianathan membawa skuad tentera itu ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 46 tahun hasil kemenangan ke atas Lions XII menerusi penentuan sepakan penalti, semalam.


Thursday, October 11, 2012

KHASIAT JANGGUT LELAKI.

Nah...janggut adalah sunnah, so ,let it to grow.
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka

Sunday, October 7, 2012

PEMBURU KENTUT...

Memang dasar tak ada kerja. Atau ketagih bau kentut, begitulah fe'el perangai Mat Salleh sekor nih. Dia membawa sebuah poster "FART SMELLER MOVEMENT".

Dia memang gila benar, mencium ramai buntut wanita cantik dan seksi di Financial District New York. Tidak ada yang tahu ape tu 'Fart Smeller Movement', termasuklah aku - elok untuk tidak tahu.




Apa maksud dan tujuan Pemburu Kentut ni... Gila, bukannya dunia, tapi orangnya.
MASYAALLAH...


Saturday, October 6, 2012

MALAIKAT IZRAIL MENGUNJUNGI KITA 70 KALI SEHARI.

"LAHIR" SUATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT "DIPINTA", "MATI" SUATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT "DITUNDA."
TAZKIRAH
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.


Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Oleh itu, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah


Thursday, October 4, 2012

KISAH SEBATANG POHON EPAL



Pada suatu masa,  di negara antah berantah,hiduplah sebatang pokok epal yang besar dan seorang budak lelaki kecil yang suka bermain-main di bawah pokok epal itu setiap hari. Ia suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur-tidur di keteduhan rendang dedaunan. Budak lelaki  kecil itu sangat mencintai pokok epal itu. Demikian juga dengan pokok epal, sangat mencintai budak kecil itu.
Waktu terus beredar. Budak lelaki itu kini telah tumbuh membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal tersebut setiap harinya. Suatu hari ia mendatangi pokok epal itu. Wajahnya terserlah sedih. “Ayohlah ke sini main-main lagi denganku”, pinta pokok epal itu.
“Aku bukan lagi budak kecil yang suka bermain-main dengan pokok ”, jawab budak lelaki itu. “Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya.”
Pokok epal itu menyahut, “Aduh minta maaf iya, aku pun tak ada wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau boleh dapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.”
Budak lelaki itu sangat senang sekali. Ia lalu memetik semua buah epal yang ada  dan pergi dengan senang hati. Namun, setelah itu budak lelaki tersebut tak pernah datang lagi. Pokok epal itu kembali sedih.
Suatu hari ,budak lelaki itu datang lagi. Pokok epal sangat senang melihatnya datang. “Ayoh, aku sangat rindu padamu, marilah bermain-main denganku lagi”, kata pokok epal.
“Aku tak ada masa untuk semua itu”, jawab budak lelaki itu. “Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukankan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?”
“Aduh maaflah, aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan dan rantingku untuk membangun rumahmu”, kata pokok epal.
Kemudian budak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pokok epal itu dan pergi dengan gembira. Pokok epal itu juga merasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tetapi selepas itu budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Untuk kesekian kalinya, pokok epal itu merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, budak lelaki itu datang lagi. Pokok epal merasa sangat sukacita menyambutnya. “Ayuhlah, marilah bermain-main lagi denganku,” kata pokok epal.
“Aku sedih”, kata budak lelaki itu. “Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bercuti dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk membolehkan aku bersiar-siar?”
“Aduh, minta maaflah kawan, aku tak mempunyai kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku yang besar ini dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mau. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah." Kemudian, budak lelaki itu pun memotong batang pokok epal tersebut dan membuat kapal yang diidamnya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pokok epal itu.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun lamanya, kemudian budak lelaki itu datang lagi. “Maaf anakku”, ungkap pokok epal itu. “Aku sudah tak  memiliki buah epal lagi untukmu”.
“Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk menggigit buah epalmu”, balas budak lelaki itu.
“Aku juga sudah tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat”, kata pokok epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk  semua itu”, jawab budak lelaki itu.
“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini”, kata pokok epal itu sambil menitiskan air mata.
“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang”, kata budak lelaki. “Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat lelah, dan kesepian setelah sekian lama meninggalkanmu."
“Oooh, baik sekali. Tahukah kau, akar-akar pokok tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari, marilah berbaring! Peluklah akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang”.
Budak lelaki itupun berbaring di pelukan akar-akar pokok epal tersebut. Pokok epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
 ********************************************
Ini adalah secebis kisah tentang kehidupan kita semua. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita. Ketika di usia muda, kita suka bermain-main dengan ayah dan ibu . Ketika usia meningkat dan membesar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan atau kepayahan. Tidak peduli apapun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Anda mungkin berfikir bahawa budak lelaki itu telah berkelakuan sangat kasar atau kurang ajar pada pokok epal itu, tetapi begitulah dari kebanyakan kita ,cara kita  mengolah dan memperlakukan orang tua kita.
#BERBAKTILAH SELAGI TERDAYA# 

Tuesday, October 2, 2012

BERLAPANG DADA



“Wahai umat manusia, tuan-tuan telah sepakat memilihku sebagai khalifah untuk memimpin tampuk pemerintahan. Maka apabila aku berlaku baik dalam melaksanakan tugasku, bantulah aku, tetapi jika aku bertindak salah, betulkanlah” (Sayyidina Abu Bakar r.a.).

Tentunya tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, tidak terkecuali orang-orang yang telah terpilih sebagai pemimpin. Pemimpin juga manusia biasa. Ketidaksempurnaan inilah yang seharusnya disedari dan dijadikan sebagai (salah satu) alasan perlunya kerjasama untuk mengusahakan kesempurnaan suatu pekerjaan. Lebih-lebih pekerjaan besar seperti memimpin umat, yang tidak cukup dengan satu kepala untuk memikirkan dan menjalankannya.

Ketidaksempurnaan seorang manusia disedari antara lain oleh seorang pemimpin umat sekaligus sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. Sehingga dalam suatu pidatonya ketika terpilih sebagai pemimpin umat, beliau tak mahu menutupi kelemahannya sebagai manusia biasa. Beliau mengajak rakyat untuk sudi memberi cadangan agar mampu melayani keperluan-keperluan rakyatnya seoptimal mungkin. Bahkan Abu Bakar sempat mengatakan, “Apabila aku tidak taat lagi kepada Allah dan rasul-Nya, maka tidak ada wajib taatmu kepada aku.”

Harus diakui ini suatu ciri pemimpin yang baik, yang antara lain, mahu membuka diri demi kebaikan bersama. Ini juga ciri seorang pemimpin yang punya takut bila tidak mampu memenuhi keperluan rakyatnya dengan baik atau berbuat diskriminasi.

Di era teknologi maklumat yang semakin maju seperti sekarang ini, kesempatan untuk memberi cadangan yang kontruktif untuk pemimpin umat semakin terbuka. Misalnya, dengan menggunakan alat-alat elektronik. Namun sebagai rakyat, kesempatan ini sepatutnya dihargai dengan memberi cadangan dengan cara-cara yang bijak. Jangan sampai peluang ini dijadikan kesempatan untuk memperburuk keadaan dengan cercaan, kutukan, dan sejenisnya.

-secebis pandangan sahaja.

Sunday, September 30, 2012

BUKAN GAPO-GAPO...

CUMA NAK GHOYAT BUI  KELIH JAH...

Assalamualikum...

Tanya kabar gamaknya tu...

Uh...uh..tergamaknya

Solat...
Tak dok protokol langsung basa bebudak nih...

Ore tua nih salam ngan sapa?, bakpa nya gitu lalu... 

Bergambar ngan bebudak hayar... Sapa dia nih?
INILAH SULTAN KELANTAN DARULNAIM

KENAPA RAMBUT BERUBAN ?


 – Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.


Sunday, September 23, 2012

KITA CINTAKAN RASULULLAH TETAPI RASULULLAH LEBIH MENCINTAI KITA UMMAHNYA.



Pada suatu ketika, Rasulullah mengimami solat seperti biasa. Di belakang Baginda, para sahabat

yang setia dan amat mengasihi Baginda. Tetapi solat Baginda kali ini agak aneh daripada biasa

 sehingga para sahabat yang menjadi makmum menjadi kehairanan.

Pada setiap kali Rasulullah bergerak ke setiap rukun solat, para sahabat terdengar bunyi

menggerutup seolah-olah sendi-sendi Baginda berlaga antara satu dengan yang lain. Apa Baginda 

dalam kesakitan pada sendi-sendi dan tulang-tulang Baginda ? Para sahabat tertanya-tanya di 

dalam diri masing-masing.

Seperti biasa, Sayyidina Umar lah yang menjadi orang yang paling tidak keruan dikalangan para 

makmum. Seusai solat, Sayyidina Umar segera bertanya kerana keperihatinannya yang tiada 

 berbelah-bahagi terhadap susuk tubuh mulia itu.

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan

  sakitkah ya Rasulullah?"

" Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar. Tutur Rasulullah penuh kasih sayang.

" Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah 

sendi bergeselan antara satu dengan yang lain di tubuh tuan ? Kami yakin tuan mungkin sedang  

sakit." desak Umar dengan cemas dan bersungguh-sungguh.

Tanpa jawapan seterusnya, Rasululullah terus mengangkat jubahnya. Terkejutlah  sekelian para 

sahabat. Sekelian yang ada menjadi terharu.

Perut Baginda yang kempis, diikat dengan kain berisi kerikil-kerikil kecil buat menahan lapar. Batu-

batu kerikil itulah yang berbunyi setiap kali Rasulullah membuat pergerakan.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan 

mendapatkannya buat tuan?". Umar bertanya penuh pilu. Lalu baginda menjawab dengan lembut, 

"Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah 

akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada

 umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di

 dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wa sohbihi wasallam.

Saturday, September 22, 2012

MADE IN QLATE

Gu kawe hok duk luar tu, maghilah Qlate. Pela-pela maghi tu, singgahlah ghumah kawe weeee.
Suko Kecek Kelate (Suka Cakap Kelantan)











Wednesday, September 19, 2012

TAK HABIS FIKIR...FIKIR...



Fikir.. Fikir.. Fikir.. Tetapi kalau tak buat-buat tak guna jugak. Ya, tak?

Bila mula-mula kita rasa kita tahu Dia tu,tetapi rupa-rupanya kita  tidak tahu siapa Dia tu... Siapa dia agak nya? Kecewa.. dan tertanya-tanya. Tetapi mana mungkin kita akan tahu, jika kita sendiri tidak ingin tahu siapa dia sebenarnya. Sedangkan diri sendiri pun kita tidak pasti  kita sudah tahu..? Tahu semua-semua? Bila kita tahu bahawa kita tidak tahu, kenalah kita ambil tahu. Bila kita tidak ambil tahu, maka kita makin tidak tahu. Bila kita ambil tahu, dan kita akan tahu bahawa sesungguhnya memang banyak yang kita perlu tahu. Dan tahu yang paling akhir adalah Maha Tahu. Tahu yang setahu-tahunya. Itulah tahu yang ada pada Sang Pencipta...

Fikir lagi...

Setiap hari kita ada rasa nak berubah, ada rasa nak menjadi lebih baik. Tetapi ada banyak yang mengada-ada yang ada-ada. Rasa-rasa ada ke yang buat-buat ada? Dalam ada, rasa-rasa ada  yang banyak  buat ada-ada dan sedikit sahaja yang betul-betul ada. Ada juga ada yang tak sempat buat dan ada tak sempat mintak ampun apa yang dia ada-adakan. Takut...Baik bila ada rasa takut. Tetapi bila ada lalai dan tidak ada sesal.Itu pasti ada bahaya. Jangan sampai hilang semua yang ada hari ini. Baru nak sedar.Tidak ada gunanya.

Jadi = *Istighfarlah banyak-banyak*

Fikir dan  fikir lagi...

Walau diri banyak sangat buat silap, banyak sangat kelemahan, banyak sangat yang tak betul lagi. Tetapi dia syukur banyak-banyak.  Dia masih banyaaak beri peluang. Peluang sangat banyak untuk berada di satu ruang yang banyak nilainya... dan banyak nikmat-nikmat yang tak terhingga. Syukur masih dipelihara. Masih banyak orang-orang disekeliling yang menyokong. 


Disaat hati makin rapuh, makin jatuh, makin penat. Makin simpan, makin lama, makin banyak dugaan.Makin risau dan makin sasar .Sesungguhnya akan ada kekuatan yang tidak di duga, datang dari arah yang tak disangka-sangka. Syukur Alhamdu Lillah.

...Sebelum ada yang terbuka dan  sebelum tertutup..maka lebih baik ,  bukalah hati, kawallah nafsu dan pandulah akal keredhaan Allah SWT.

Tuesday, September 18, 2012

REALITI SEPUTAR KEHIDUPAN


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Sunday, September 16, 2012

LAGU MANA ORE ATAS, LAGU TULAH ORE BAWAH.




Ahli sejarah banyak mengisahkan, semasa zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz negara Islam dan juga negara-negara yang berjiran dengannya dilimpahi keberkatan kerana keadilan yang telah dilakukan oleh khalifah tersebut (Kitab Bidaya wa Nihaya, Ibn Kathir). Telah diriwayatkan juga warganegara Islam pada ketika itu tidak dapat mengeluarkan zakat untuk serahkan kepada asnaf fakir dan miskin kerana tidak diketahui siapa yang berhak menerimanya kerana semua mereka berada dalam keadaan tidak memerlukan zakat (Kitab Sirah Umar Abdul Aziz, Ibn Abd Hakam).
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mampu memberi warna baru kepada manusia dengan membimbing mereka dengan tarbiyyah yang bermula dengan dirinya sendiri. Padahal semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malek, rakyatnya didapati jika bertemu sesama, mereka akan saling bertanya tentang hal hartanah dan kilang-kilang kerana al-Walid juga mengemari akan hal tersebut. Begitu juga dengan khalifah sesudah al-Walid iaitu Sulaiman bin Abd Malek yang mengemari biduanda-biduanda dan makanan-makanan. Rakyat pada ketika itu juga didapati apabila bertemu seringkali membicarakan tentang biduanda-biduanda dan makanan-makanan.
Tetapi aneh sekali apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah. Rakyat yang sama, negara yang sama, mereka tidak lagi membicarakan tentang hartanah, kilang-kilang, wanita-wanita atau makanan-makanan. Sebaliknya apabila bertemu, rakyatnya akan sering bertanya “Apakah yang sudah kamu baca malam tadi? Sudah berapa juzuk al-Quran kamu hafal? Bulan ini berapa hari telah kamu berpuasa? (Kitab al-Khalifah al-Zuhud Umar bin Abd Aziz, Sayyid al-Ahli).
Sesungguhnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya merubah pola pemikiran rakyatnya, semua perkara yang telah dilakukan bermula dengan dirinya. 

PENCILS: 5 IMPORTANT LESSONS.

Friday, September 14, 2012

PENYU MENANGIS SAKAN.

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA ANTARA KELANTAN VS GANU:  6-1
Sang Penyu menangis teruk dilenyek Sang Kijang.

XPRESI

BIARLAH KU TANGGUNG SENDIRI...

Thursday, September 13, 2012

RELAK KEJAP BROS...

Sekadar suatu perbandingan, manakah yang paling menyeksakan ?

Sesaat untuk posing...

Sedetik untuk crashing...

Secubit buat eating...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...