Saturday, March 16, 2013

HARI SUKAN MERENTAS DESA SMK AYER LANAS 2013.

 Sabtu (16/3/2013): SMK Ayer Lanas, hari ini dengan kerjasama seluruh warganya telah berjaya melaksanakan aktiviti Sukan Merentas Desa tahun 2013. Acara ini disertai pelajar-pelajar Pendidikan Khas, pelajar menengah rendah dari tingkatan 1 hingga  5 dan pelajar Pra U Lanas. SMKAL juga menggunakan anggota polis PDRM Ayer Lanas dan beberapa orang anggota Jabatan Pertahanan Awam daerah Jeli. Acara pada hari ini berjalan dengan meriah sekali.

SMKAL JUARA SOKMO

 Berikut gambar-gambar sekitar sukan merentas desa SMKAL 2013.
 Skuad gi mari...kemas...
 Check line...
 Line clear...
 Bahagian pendaftaran sedang sibuk...
 Pelajar sedang menampal nombor...
 Nih, tukang baca doa... alih hujan terr...
 Geng ngebat...ingat boleh jadi jaguh tu...
 Budak nih sedang 'warn up' gaya 'k-pop'...
 Jangan duk ikut papan tanda nih!! nanti sesat...
 'Warn up' duluuuu...
 Biar betullll....

 'Ready'.....
 'Stop' dulu...
 'Ready'...
 'Goooooooo......................
 Macam tahanan sulu lak...aisyehmen...
 Lari laju-laju...
 Bos koku tu...ambil lah mike tu...
 Lari macam gaya k-pop...
 Aiiiyah...goyang.....
Semua ok... 
 Nih pasukan bawah 15 tahun...
 Tengok...gapa tu!!! takuttttt....
 Apa yang takut nih???
 Siapa cepat...
 Agak-agak la, dapat no. berapa???
 Tunggu peserta...
 Sampai dah...ikut sini la....
 Ade gaya tu...ganazzzz...
 Tak boleh lari....
 Ini 'Tipu'....Nazori...
 Tak caya pa//////
 Skuad Mc...
 Selesai...
 Terima kasih Pak Polisi...
 Thank  untuk JPAM
 PK HEM menghulur saguhati atas kerjasama POLIS...
 PK Pendidikan Khas...lebat senyum nampak...
 Saat penyampaian hadiah...
 1,2,3...yeaaaahhhh....
 Letihnyo....
 PK KO  'in action'...
 PK KO 'in action'...
 PK HEM bagi hadiah tu...
 Khusyuknyo...
 Juara 2013
 Guru Rumah Hijau... 'Rock cafe' Vietnam terrr...
 PK Pra U Lanas menyampaikan hadiah untuk juara keseluruhan.
 Rumah Hijau juara keseluruhannya...
PENERBIT DIAPIT 2 PUTERI DARI PRA U LANAS


Tuesday, March 12, 2013

SEKELUMIT IBRAH.


Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang terkadang susah untuk difikirkan malahan terlalu canggih untuk dicerna oleh akal fikiran kita. Lantas, ada sesetengah orang enggan terlalu memikirkan permasalahan dan tidak mengambil ibrah yang berlaku di sekelilingnya sehingga menyebabkan ia rugi kerana setiap peristiwa mengandungi hikmah yang telah ditakdirkan Allah untuk mengajar manusia mengenai hakikat kehidupan.

Secara umumnya, kalau kita telusuri dunia pada hari ini, ramai yang mengalami sakit rohani. Yang kaya bertambah kaya, si miskin merempat dan melarat. Kezaliman dan penindasan berlaku sama ada secara halus ataupun kasar . Rasuah dan penyelewengan  berleluasa. Pihak atasan menindas orang bawahan. Sang ketua yang mengaku dirinya bos merasa besar, takbur, sombong dan ujub diri. Semua keputusannya wajib ditaati. Idea dan buah fikirannya lebih untuk kepentingan diri sendiri atau kroninya, sama ada untuk keuntungan material mahupun nama. Secara  sedar ataupun  tidak, sebagai ketua atau pemimpin segala kerja buatnya akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.


  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. 

Manakala orang bawahan pula, lantaran tidak puas kerana penindasan dikenakan ke atas dirinya, menjadi tidak redha dengan takdir dan kehidupannya. Kutuk-mengutuk, caci-mencaci menjadi 'nyanyian' lidahnya saban hari bagi meluahkan apa yang terbuku di hati. Orang atasan dikutuk dan diumpat, konon bagi menyatakan ketidakpuasan hatinya, sedang dalam tidak sedar dia sebenarnya  telah melakukan dosa mengumpat. 

Belum lagi cerita kawan makan kawan, tikam-menikam dari belakang. Di depan nampak baik, tetapi di belakang ia khianat terhadap kawannya. Inilah politik sekarang yang berlaku di mana-mana. Malahan golongan agama juga tidak terlepas dari gejala politik  ini. Selagi bernama manusia, selagi itu dosa wujud...

Keadaan ini berterusan tanpa mengira batas tempat dan waktu, di mana sahaja,  akan sentiasa ada apa yang dinamakan politik duniawi.. Keadaan seperti ini amat menyedihkan , dan boleh menyebabkan motivasi untuk bekerja menurun dan merudum. Sifat ikhlas bekerja mula luluh, amanah boleh jadi khianat, dan seterusnya...dihujungnya akan lahirlah manusia yang bekerja hanya untuk makan gaji, bukannya kerana menunai amanah. Datang kerja pukul 8, balik pukul 5. Cukup bulan ambil gaji. Kerja dilaksanakan tanpa sifat ikhlas. Kasih sayang dalam organisasi telah hilang cerianya,  udara kerja  kaku, sejuk, jumud dan menyeramkan , hingga menyebabkan pekerja berasa 'panas' untuk duduk lama di tempat kerja.

Jika keadaan ini berlaku terus-menerus , memaksa kita berfikir, apakah punca semua masalah ini . Meletak jawatan bukanlah satu penyelesaian yang baik, kerana jika kita bertindak demikian, belum tentu apa yang kita dapati selepas itu lebih baik dari tempat kerja lama.

Apa  petua yang patut  diamalkan untuk dikongsi bersama? Mungkin tips ini  dapat menyelesaikan beberapa masalah penyakit rohani .

1. Selepas solat Subuh, ciumlah bau-bauan yang harum dan wangi. Ini boleh menaikkan mood dan menguatkan semangat. 

2. Berwiridlah dan berzikirlah selepas solat Subuh, jangan sesekali tinggal wirid. Kalau kesuntukan masa, bacalah wirid yang ringkas. Wirid juga boleh dibaca ketika memandu kereta ke tempat kerja.

3. Mendengar muzik dalam kereta, saya cadangkan dengar nyanyian selawat dan Asmaul Husna.

4. Apabila sampai ke tempat kerja, sebaik melangkah ke pintu pejabat, bacalah Bismillah.

5. Lemparkan senyuman kepada semua rakan dalam pejabat, walaupun mood anda kurang baik pada hari itu. Ingat, anda akan dapat apa yang anda beri. Jika anda memberi kebaikan kepada orang lain, insya Allah anda akan dapat balasan baik juga.

6. Pedulikan apa orang lain kata tentang diri anda. Kalau orang puji, ucap terima kasih dan pujilah Allah. Kalau orang kutuk, persetankan mereka!

7. Ini paling penting dan paling berat nak dibuat, MAAFKAN MEREKA YANG PERNAH MENYAKITI HATI ANDA. (semoga Allah permudahkan saya memaafkan orang yang menyakiti hati saya...)

8. Berakhlak baiklah sesama rakan sepejabat. Bertuturlah dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang. 

9. Kepada ketua-ketua unit atau jabatan, kalau nak suruh orang bawahan buat kerja, suruhlah dengan tingkah laku dan akhlak yang baik. Jangan memerintah dengan suara yang keras. Walaupun anda seorang ketua, anak buah anda berhak mendapat layanan baik seperti anda juag. Mereka adalah manusia, bukan hamba abdi atau binatang.

10. Jangan khianat. Tunaikanlah amanah yang diberikan dengan baik.

11. Usah pedulikan orang yang cuba menjatuhkan anda. Allah adalah sebaik-baik tempat sandaran, bukan boss dan lain-lainnya.

12. Jika ada pengampu di tempat kerja anda, biarlah dia hanya sekadar seorang kawan. Jangan kongsi rahsia anda dengannya.

13. Simpan dan tutup aib kawan-kawan anda. Jangan sebarkan. Jika anda melihat rakan anda melakukan kesalahan, tegurlah dengan hikmah. Ajak dia duduk bersama dan jauh dari orang lain. Jangan tegur kesalahan rakan anda di depan staf-staf pejabat yang lain.

14. Banyakkan berdoa. Jika anda rasa anda ada buat kesalahan dengan rakan sepejabat, mintalah maaf kepadanya. Turunkan ego anda. Anda tidak akan terhina kerana meminta maaf.

Kesimpulannya, bersama kita hayati hadis berikut ini:


*  Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: 
Dari Nabi saw. bahawa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya.

Wassalam.

Sunday, March 10, 2013

PENCERAHAN BUAT PENDENGKI.

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, ia berkata : “Rasulullah SAW bersabda : “Kamu sekalian, satu sama lain Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling menjauhi dan janganlah membeli barang yang sedang ditawar orang lain. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, maka tidak boleh menzaliminya, menelantarkannya, mendustainya dan menghinakannya. Taqwa itu ada di sini (seraya menunjuk dada beliau tiga kali). Seseorang telah dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram darahnya bagi muslim yang lain, demikian juga harta dan kehormatannya”.


Derita Para Pendengki
Tidak ada yang lebih wajar dikasihani melebihi orang yang menderita mengidap penyakit dengki. Umumnya manusia berfikir dan melakukan  sesuatu yang menguntungkan dirinya, atau sekadar menyenangkan hatinya, tidak demikian halnya dengan pendengki. Tidak ada keuntungan sedikitpun yang dihasilkan pendengki. Tidak ada pula kesenangan hati yang dituai oleh orang-orang yang hasad.
Kerisauan hati yang tidak putus-putus, dialami oleh pendengki ketika melihat orang lain mendapat nikmat. Semakin banyak nikmat diperoleh orang lain, makin  gelisah hati pendengki. Hal ini tidak akan berakhir sehingga nikmat tersebut hilang dari orang yang didengki, bahkan terkadang belum terubat juga rasa dengki itu sebelum orang yang didengki tertimpa banyak kerugian. Dari sini kita tahu, betapa jahatnya seorang pendengki, ia tidak rela melihat orang lain bahagia, sebaliknya ia bersuka cita melihat orang lain berduka lara. Allah Ta’ala menggambarkan sikap dengki ini dalam firmanNya:
 “Bila kamu memperoleh kebaikan, maka hal itu menyedihkan mereka, dan kalau kamu ditimpa kesusahan maka mereka girang karenanya.” (QS. Ali Imran: 120)
Berbeza dengan kesedihan atau musibah yang dialami oleh orang yang sabar, keresahan yang terus menerus dirasakan oleh pendengki adalah musibah berat yang sama sekali tidak mendatangkan pahala, malah berpotensi mengigit-gigit kebaikan, sebagaimana api memakan kayu  yang  kering.
Nabi SAW bersabda, ”Hindarilah oleh kamu semua hasad, kerana hasad dapat memakan kebaikan sebagaimana api melalap kayu bakar.” (HR Abu Dawud)
Maksud memakan kebaikan adalah menghilangkannya, membakarnya dan menghapus pengaruhnya. Ini juga menunjukkan bahawa kebaikan itu boleh sirna dalam sekejap sahaja jika terbakar oleh kedengkian. Makin besar api kedengkian, semakin cepat mengunyah habis kebaikan. 
Membahayakan Diri dan Orang Lain
Kesan kedengkian semakin parah ketika pendengki bercita-cita untuk melampiaskan kedengkiannya. Makin kuat perasaan dengki dan cita-cita untuk melampiaskannya, makin besar pula dosa dan bahaya yang ditimbulkan sama ada mengenai diri sendiri, maupun orang lain. Malah dosa pertama yang dilakukan oleh iblis adalah disebabkan oleh dengki. Iblis menganggap bahawa dirinya lebih layak mendapat penghormatan berbanding nabi Adam. Kesannya, Iblis berani menentang perintah Allah yang menyuruhnya bersujud. Jadilah iblis sebagai makhluk yang terkutuk, dan dipastikan menjadi penghuni neraka selamanya. Kedengkian Iblis berterusan, berusaha dan akhirnya berhasil menggelincirkan Adam dari Syurga. Belum puas, Iblis bersumpah untuk menggoda dan menyesatkan semua keturunan Adam selagi mampu. Dari sini lahirlah segala bentuk kemaksiatan dan dosa yang merupakan syi’ar Iblis dan siasatnya untuk menjerumuskan anak Adam. Sekali lagi, ini bermula dari rasa hasad dengki. 
Pembunuhan pertama yang terjadi di alam dunia yang dilakukan oleh Qabil terhadap Habil juga disebabkan oleh dengki. Qabil tak dapat menerima kenyataan atas nikmat yang dianugerahkan Allah kepada Habil, saudara kembarnya. Dari sebab yang sekecil ini, apabila dipicu oleh rasa dengki, akhirnya berakhir kepada pembunuhan yang dilakukan Qabil terhadap saudara kembaranya.
Umumnya rasa dengki terarah kepada orang-orang terdekat, saudara, keluarga, rakan sejawat, tetangga dan orang-orang yang memiliki ikatan tertentu dengannya. Rasa dengki itu timbul kerana saling ingin mendapatkan satu tujuan. Hal ini tidak akan terjadi pada orang-orang yang berjauhan, kerana pada keduanya tidak ada kepentingan yang mengikat antara satu sama lain.
Bila Hati Bersih dari Rasa Dengki
Kedengkian bermuara dari hubbud dunya, cenderung terhadap dunia. Sama ada berupa gila tahta sehingga ia dengki terhadap siapa sahaja yang sedang memegang suatu jawatan dalam jabatan yang diinginkan. Ataupun kerana ta’azzuz, iaitu gila hormat dan merasa diri lebih mulia. Ia akan merasa keberatan bila ada orang lain lebih dihormati dari dirinya.
Bagi orang yang hatinya memiliki orientasi akhirat, dan juga ingin kedamaian  di dunia, tentu rasa dengki di hati segera dicampakkannya. Kerana tidak ada untungnya berhasad dengki. 
Bersihnya hati dari rasa dengki juga menjadikan  Saad bin Abi Waqas, sehingga dijanjikan Nabi masuk jannah.
Sahabat Anas bin Malik  bercerita, Ketika kami sedang berada dalam suatu majlis bersama Nabi SAW, tiba-tiba beliau bersabda, “Sekarang, akan muncul di tengah-tengah kamu semua salah seorang penghuni jannah.” Tidak lama kemudian, seorang Sahabat Ansar muncul di hadapan para sahabat dengan keadaan janggutnya mengalirkan air bekas wudhunya, kejadian itu terjadi sampai tiga hari. Pada hari ketiga, ia diikuti oleh Abdullah bin Umar ke rumahnya, dengan maksud untuk mengetahui kelebihan amal yang dilakukan orang itu. Akan tetapi Abdullah bin Umar tidak mendapatkan sesuatu yang istimewa pada amalan orang itu.Kerana perasaan ingin tahu yang bergejolak, beliau bertanya tentang amalan yang menjadi keistimewaannya. Sahabat Ansar itu menjawab, “Saya tidak memiliki kelebihan apa-apa selain yang kamu lihat. Hanya sahaja, tidak ada dalam hatiku rasa dendam terhadap sesama muslim dan tidak memiliki rasa iri (hasad) terhadap sesuatu yang Allah telah berikan kepadanya.”
Allah juga memuji kelebihan sahabat Ansar yang tidak memiliki rasa iri ke atas kaum Muhajirin yang mendapatkan banyak keistimewaan,
“Dan mereka (Ansar) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan.” (QS. Al-Hasyr 9)

Sekian, semuga dijauhi kita dari rasa hasad dengki. 

Tuesday, March 5, 2013

SAMBUTLAH SUAMI DENGAN MESRA.

Seharian bekerja di luar rumah memerlukan tenaga yang luar biasa. Bukan hanya soal jalanan yang selalu sesak dan panas luar biasa, namun juga suasana pekerjaan dan bisnis yang selalu memunculkan cabaran-cabaran baru. Setiap cabaran dan rintangan membuatkan otak berkerut, kepala berdenyut dan tentu sahaja wajah cemberut. Kerananya itu ,waktu pulang biasanya menjadi momentum yang dirindukan, bayangan anak isteri menyambut hangat sudah menghilangkan separuh penat yang tercipta seharian.

Lantas bagaimanakah seorang isteri cerdas dan solehah memahami hal ini ? Lalu segera bersiap untuk membuat program menyambut suami yang istimewa ? Di luar banyak godaan dan cubaan, jangan sampai menyambut suami dengan kain kemban dan masker putih, ditambah pula bau tengit yang tentu  akan mengecewakan dan mengacaukan isi hati suami.
Mari bersama kita mengambil inspirasi dari sebuah kisah Islami yang menggugah jiwa.Syeikh Muhammad Utsman al-Khusyt dalam Al-Masyakil Az-Zaujiyah wa Hululuha menuliskan kisah tersebut. Ini adalah cerita dari Rasullah kepada para sahabatnya.  Rasulullah menceritakan tentang sosok isteri seorang pencari kayu api yang menjadi ahli syurga, kerana perlakuannya terhadap suaminya. Ketika ditanyakan apa yang telah dia lakukan, wanita itu berkata :
“Apabila suamiku pergi mencari kayu api aku merasakan betapa beratnya ia mencari nafkah. Aku merasakan betapa ia haus di pergunungan. Untuk itulah setiap kali ia pulang, aku selalu menyediakan air sejuk yang terus diminumnya apabila ia pulang. Aku menyusun dan mengatur rumah serapi mungkin. Aku menyediakan makan untuknya. Aku memakai pakaian terbaik yang aku miliki untuk menyambut kedatangannya. Waktu suamiku memasuki rumah, aku menciumnya penuh kerinduan. Aku serahkan jiwa ragaku untuknya.Aku menyiapkan jika ia ingin beristirahat dan aku selalu berada  dekatnya, sehingga setiap saat jika ia menginginkanku aku ada disampingnya.”
Sahabat Muslimah yang selalu optimis, mungkin terasa berat jika kita membayangkan seluruhnya harus diamalkan hari ini juga, atau satu paket sekaligus. Jelas lebih berat, kerananya akan terasa ringan jika cuba kita wujudkan satu persatu, bertahap, dan lama-lama akan menjadi kebiasaan. Tentu tidak semudah yang kita bayangkan, terkadang ada anak-anak yang meradang untuk diperhatikan. Marilah bersama kita hayati semua sebagai bahagian dari upaya memperoleh kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Monday, March 4, 2013

SPOT CHECK DAN MAJLIS DERMA DARAH SMK AYER LANAS.

Isnin (4/3/2013): Bertempat di Dewan Terbuka dan Dewan Besar SMK Ayer Lanas pada hari ini telah berlangsung dua acara yang berbeza tetapi penuh bermakna. Di Dewan terbuka berlangsung acara mendidik pelajar menengah rendah supaya akur pada peraturan sekolah, manakala di Dewan Besar pula, pelajar Pra U Lanas dan guru menjayakan acara murni iaitu menderma darah. Dua peristiwa yang cukup bererti itu adalah tidak lain untuk mendidik para pelajar SMK Ayer Lanas menjadi insan berdisiplin dan tahu berbakti kepada orang lain. Dua aktiviti yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang baik.
          Pelajar di ajar cara berambut yang baik, berpakaian uniform sekolah yang betul dan tidak ponteng sekolah. Alhamdulillah, mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, malah ada dari kalangan pelajar yang menolong melancarkan kegiatan berfaedah tersebut.
Ustaz, Penyelia T.6 dan Kounselor  'waspada'...
Para pelajar menunggu untuk di periksa...
PK HEM 'in action'...
Bahana pakai seluar ketat...
Ini bukan tunggu nak bersunat kali kedua tapi... tahulah...
Wooow, kita 'rule' sikit...
Tolong kawan...bagus punya...
Heeeyah...apa macam...ok tak???
Manakala, para pelajar Pra U Lanas dan guru, menjayakan aktiviti  menderma darah. Sumbangan murni para pelajar dan guru tersebut merupakan salah satu kegiatan khidmat sosial yang sangat dihargai. Di harapkan aktiviti Pusat Tabung Darah, Hospital Daerah Tanah Merah ini sedikit sebanyak dapat menyokong keperluan Tabung Darah Hospital Besar Tanah Merah. 
Bersiap siaga untuk tembak...
Cikgu derma darah dua tong seorang terr...
Nah, kali ni bahagian pelajar pulak...
Duk elok-elok, nanti kannn...
Perlahan sikit cucuk jarum tuuu nanti...takut!!!
Aku dah, sebelah tu...jarum patah...kulit keras sangat!!!
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badanmu di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...