Wednesday, January 22, 2014

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


 
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
 
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
 
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
 
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
 
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
 
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
 
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
 

Tuesday, January 21, 2014

YANG MUNGKIN ANAK TIDAK KETAHUI TENTANG AYAHNYA.

kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya
 BISMILLAHIRRAHMANILRRAHIM...

Kali ini, saya akan berkongsi beberapa hal yang mungkin sebelum ini tidak diketahui  anak tentang ayahnya. Perkara tersebut antara lainnya :

1. Ayah berkehendakkan anak-anaknya mempunyai lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung pada siapapun, dan ayah selalu memerlukan kehadiran anaknya.

2. Ayah membiarkan anaknya menang dalam sesuatu permainan ketika anaknya masih kecil, tetapi ayah tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah jarang berada di album foto keluarga, sebab dia yang selalu mengambil gambar.

4. Ayah selalunya merasa sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawannya, kerana  ayah sedar itu adalah akhir masa kecil mereka.

5. Ayah mulai merancang kehidupan anaknya ketika tahu bahawa ibu mengandungmu, tetapi apabila anda dilahirkan, ia mula membuat semakan..

6. Ayah membantu untuk membuat impian anaknya  menjadi kenyataan malah dia juga dapat meyakinkan anaknya untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah ia melepaskannya.

7. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tetapi ia membantu kamu mencarinya.

8. Ayah mungkin tampak selalu garang di matamu, tetapi di mata teman-temanmu dia tampak baik dan menyayangi.

9. Ayah lambat mendapat teman, tetapi dia bersahabat seumur hidup

10. Ayah benar-benar senang membantu seseorang, tetapi ia tidak suka meminta bantuan.

11. Bila ayah di dapur, dia seperti penjelajahan ilmiah. Dia punya rumus-rumus dan formula  tersendiri, dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan rumit itu. Dan hasilnya?… .mmmmhhh…tidak terlalu mengecewakan.

12. Ayah kurang tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuat anaknya riang tetapi tidak takut.

13. Ayah sangat senang membelikan anaknya makanan selepas ia pulang kerja, walaupun dia tak dapat sedikitpun bahagian dari makanan tersebut.

14. Ayah selalu berdoakan agar anak-anaknya menjadi orang yang sukses di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan kurang sekali mendoakan untuknya.

15. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya, ketika melihat sesuatu perarakan.

16. Ayah tidak akan memanjakan anaknya ketika  sakit, tetapi ia tidak akan tidur semalaman untuk bersiap siaga saat diperlukan.

17. Ayah percaya setiap orang harus menepati waktu. Oleh sebab itu dia selalu lebih awal menunggumu.

18. Ayah akan melupakan apa yang ia inginkan, agar dia dapat memberikan apa yang anaknya perlukan.

19. Seorang ayah akan menghentikan apa sahaja yang sedang dikerjakannya, kalau anaknya ingin berbicara.

20. Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran dan buku persekolahan, meskipun kamu tidak pernah memikirkannya, bagaimana ia mendapatkannya.

21. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

22. Ayah akan berkata, “Tanyakan sahaja pada ibumu,” ketika dia ingin berkata, “Tidak”.

23. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak menginap di rumah teman tanpa izin.

24. Ayah mungkin juga tidak pernah marah, kecuali ketika anak lelakinya tertangkap menghisap rokok di bilik mandi.

25. Ayah mengatakan, tidak apa-apa mengambil sedikit resiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

26. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihat anaknya melakukan sesuatu hal yang baik  seperti apa yang dicita-citakannya.

27. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.

28. Ayah hanya akan merasa kehilangan ketika pertama kali anaknya pergi merantau meningalkan rumah,  kalau dia sampai memeluk anaknya itu, mungkin ia tidak pernah berpisah.

29. Ayah tidak suka menitiskan air mata. Ketika anaknya lahir dan dia mendengar anaknya itu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat suka sehingga keluar air dari matanya (...sekali lagi ini bukan tangisan kedukaan).

30. Ketika kita masih kecil, ayah memeluk anaknya untuk mengusir rasa takut anaknya.

31. Ketika anak-anak kesayangan ayahnya di rantau tidak menghantar kabar   berita  walau hanya satu bulan, ayahnya menjadi gelisah dan kekadang tidak dapat tidur sepanjang malam.

32. Ayah pernah berkata, “Kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, jangan mencarinya dipasar apalagi di kedai bundle, tetapi datang dan pesanlah terus dari tukang besinya. Begitupun dengan cinta dan kawan dalam hidup, jika kau ingin mendapatkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya, iaitu Allah SWT.”

33. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan, “Jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu, berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang telah ku beri padamu”.

34. Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan, “Jangan lemah walaupun kau seorang wanita, jadilah selaku bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak. Laki-laki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tetapi jangan pernah kau gantikan posisi Ayah di hatimu.”

35. Ayah bersikap keras, bahawa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada kamu dulu.

36. Ayah boleh membuatmu percaya diri, kerana ia percaya padamu.

37. Akhir sekali, Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya


Sunday, January 19, 2014

AWAL SESUATU ITU SULIT.

 

 Wahai teman dan tolan, marilah kita berkongsi sedikit cerita- cerituk "rahsia kesenangan di sebalik kesusahan dan ujian Allah s.wt." . Mungkin cerita ini boleh kita ambil iktibar buat diri saya sendiri dan untuk semua yang membaca...


"...bala, bencana, musibah, ujian yang melanda kita ... ini semua bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan, kesabaran,  dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Mungkin kita sering menganggap bahawa orang yang ditimpa ujian ini, adalah golongan orang yang berdosa . Sebenaranya ujian ini juga berlaku pada orang yang taat padaNya. Ini semua untuk menguji keimanan kita, benarlah sabda Nabi SAW:  “Apabila Allah menyayangi sesuatu kaum maka diujinya, bagi sesiapa yang redha maka baginya keredhaan itu, dan bagi sesiapa yang marah baginya kemarahan itu”..Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, (Insyirah:5.)

Mari kita ambil contoh teladan dari kisah Nabi Allah Ayub AS yang  Allah telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya,dalam tempoh 18 tahun, beliau menderita tidak mampu bergerak, kehabisan harta, kehilangan dan kematian anak, tetapi apa yang berlaku pada beliau?, beliau terus bersabar dan Allah memuji beliau atas kesabarannya:
 
 " Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sungguh dia sangat taat (kepada Allah)”( Sad:44).
 
 Bersama-sama dengan pujian itu, Allah SWT. mengembalikan kepadanya kesihatan, dan menganugerahkan kepada beliau anak yang ramai.  Benarlah bahawa janji Allah disebalik kesulitan itu terselit seribu kemudahan. Tetapi ingatlah!... semua ini hanya untuk hamba-hambanya yang beriman dan percaya kepada kelebihan dan kasih saying Allah SWT.
 
 Orang yang benar-benar beriman, mereka akan menunggu kelapangan, kemudahan dan kemenangan dari Allah SWT.
 
 Mereka tidak akan berputus asa, tidak merasa lemah, atau bertindak mengikut hawa nafsu mereka, sebaliknya mereka sentiasa muhasabah diri di samping kesusahan yang ditempuhi. Mereka juga sering mencari sebab untuk menyelamatkan diri, menyerahkan segala urusan hanya pada Khaliqnya, merasa cukup dengan berada di bawah lindungan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT. bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Antara kata-kata Mustafa Sodiq Rafie’ -rahimahul Allah-:“Diumpamakan bencana itu dengan sebiji telur, ia memenjarakan isinya, dan Dia menjaganya, memeliharanya dan menolongnya mencapai tahap kesempurnaan, tiada lain baginya kecuali sabar menunggu
 tempohnya, dan redha untuk sampai kepada ghoyahnya,
 kemudian dibiayainya telur itu,
maka keluarlah satu makhluk darinya”...

Kesimpulan dari keseluruhan kisah tersebut:
 
        Kita harus banyak bersabar ...  sentiasa semat di dalam hati bahawa sesungguhnya setiap ujian atau kesusahan yang kita lalui hanyalah ujian  dari Allah SWT  untuk memberikan kita kesenangan.. dengan syarat kita perlu bersabar... 
 
Janji Allah dalam Surah At-Talaq (ayat 7):
 
"Allah akan memberi kelapangan selepas kesempitan”. 
 
 Bersama-samalah kita hayatilah dan renungi makna ayat-ayat di atas. supaya kita dapat merasai ketenangan jiwa ketika menghadapi kesusahan. 
 
Sekian, wassalam.
 
 



Wednesday, January 15, 2014

LANGIT TIDAK SELALU CERAH.


Sungguh bahagianya rasa hati, seandainya segala yang  kita diimpikan akan terlaksana tanpa ada penghalangnya. Namun, itu hanya sekadar ungkapan yang khusus tercipta untuk para penghuni syurga, bukan pengembara di dunia. Sedangkan kita masih berstatus pengembara itu.

Hari itu aku gagahkan kaki melangkah maju setapak cuba melewati satu denai kehidupan. Tetapi ternyata denai itu tidak begitu mudah untuk diredahi. Ada onak dan duri mencucuk kaki di pertengahan jalan yang terpaksa membuat aku duduk sebentar untuk mencabutnya. Sakitnya aku rasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam, namun aku masih juga cuba mengagahi untuk mendapatkan 'burung Cenderawasih' yang berselindung di sebalik denai itu. Cenderawasih yang aku kejar sekian lama.


WAKTU YANG LEWAT


Masa terus berlalu tatkala aku cuba mencabut duri itu. Kekadang timbul di benak hati ini, mengapa perlu aku melalui denai berduri itu, sedangkan ada denai yang lapang menanti dengan 'burung Cenderawasih' yang memukau mata . Adakah perlu aku menunggu di persimpangan yang berduri  itu hingga Cenderawasih itu keluar sendiri?  Pastinya, terlalu lama untuk aku menanti duri itu mati dimamah musim panas dan mengering hingga menampakkan unggas yang aku kejar awalnya .

BERTENAGAKAH AKU?


Kekadang hati ini diterjah dengan jutaan persoalan. Persoalan yang menjadi pelanggan setia adalah 'cukup kuatkah diri aku ini untuk mengharungi denai berduri itu?'  Rasa risau dan bimbang turut sama menempa sebagai pakej tambahan pada pertanyaan ini. Mungkin sahaja aku bukan insan yang layak mendapatkan Cenderawasih di Taman Berduri itu. Mungkin ada insan lain yag lebih sesuai. Mungkin dan mungkin lagi. Layakkah aku menjadi putera pembebas Unggas Kayangan itu?

TEKANAN PENONTON


Ramai penonton yang berkata aku tidak layak memiliki 'burung Cenderawasih'. Semuanya kerana pakaianku yang selekeh sahaja. Tanpa ada kelengkapan baju besi atau kalis peluru yang mahal beserta senjata. Aku terus dipinta menyiapkan kelengkapan pertahanan yang mantap sebelum bergerak ke denai berduri itu. Adakah itu perlu? Adakah itu wajib bagiku menyediakan Kelengkapan yang paling canggih dan mahal untuk ke denai itu? Tidak cukupkah dengan sepasang baju yang biasa-biasa sahaja ?

UNDUR DIRI.


Mungkin itu satu daripada jalannya. Mungkin juga tidak. Boleh sahaja aku berundur daripada denai berduri itu mencari denai yang hanya berkemucup sahaja, yang tiada sakitnya serta masa mencabutnya biasa-biasa sahaja. Atau mungkin aku harus sabar menanti keluarnya Unggas itu begitu sahaja. Bak kata orang ' Yang susah dapat, susah nak lepas'. Namun hati ini rasa terlalu lemah dan tidak berdaya. Rasanya ingin sahaja aku singgah di denai lain yang berdekatan.

ISTIKHARAH


Pilihan. Itu ertinya istikharah. Semoga aku diberi petunjuk oleh Allah.Semoga Dia Yang Maha Melihat dapat melorongkan aku ke jalan yang terbaik. Kerana aku masih dalam kekeliruan dan keserabutan yang nyata. Dalam misi mencari sesuatu yang tidak pasti, ternyata langit tidak selalu cerah seperti yang  aku inginkan...

 

Monday, January 13, 2014

KERANA KAU SEORANG WANITA


Tidak semua wanita yang menutup aurat itu solehah
Tapi wanita solehah itu pasti menutup aurat.

 Jika hidup ini sebuah pilihan
Kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga?

Jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan Islam itu mudah
Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah

Dan jika menutup aurat itu wajib
maka, bukan bermakna wanita boleh semaunya  mengatakan aku belum bersedia,
Tahu arti kata wajib menurut Islam bukan?
Bila dijalankan mendapat “Pahala”
Bila ditinggalkan “berdosa”

Wajib tetap haruslah dilaksanakan dan dosa tetap ditulis
Dan ini Ketetapan Allah

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya”
(Qs. An-Nuur : 31)

 Aku memang tak sepandai seperti seorang perdana menteri
Yang dengan dalihnya  boleh apa yang dikehendaki
Yang dengan janjinya sesiapa sahaja boleh kaya


 “Kaum laki – laki adalah pemimpin bagi kaum wanita”


Kerana kamu seorang wanita

Apakah kamu memang tak pandai menggugat dan bersuara

Bukan kerana kau tidak mempunyai keberanian yang menyala

Bukan kerana kau menutup mata

Bukan kerana kau menutup telinga

Dan bukan pula kerana kau seorang wanita

 Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau lebih suka bertindak dengan realiti dan aksi yang nyata
Kerana kau lebih suka menanggapi semua dengan lemah lembut
Kerana kau lebih suka mendekat dengan tajamnya rasa

 Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau seorang wanita

 Apa kau memang tak pandai bersolek seperti yang dilakukan kebanyakan kaum hawa
Yang biasa menampilkan perhiasan
Hingga membuat kaum adam terbuai dosa

 Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau seorang wanita yang dimuliakan dalam Al-Quran
Untuk mengulurkan menutup auratnya hingga ke dada
Yang boleh ditampakkan hanya kepada muhrim-muhrimnya

Kau tahu kenapa kawan?
Kerana Islam sangat menghormati wanita

 Katakanlah kawan :
 Kamu seorang wanita
Yang akan selalu belajar mengikuti jejak ketegaran dan kesabaran Khadijah
Wanita muslim pertama yang bersyahadat pada Allah dan Rasul-Nya

 Saudariku...
Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Ringan perawakan
Indah dipandang
Sedikit bergantung kepada yang lain
Terbang dari satu bunga ke bunga lain
Dari satu taman ke taman lain

 Lihatlah
Ia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar
Tapi dalam hidupnya yang begitu singkat
Ia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang

 Atau jadilah engkau seperti lebah
Yang selalu makan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula

Jika ia hinggap diatas tangkai
tidak mematahkan
menyentuh nektar tapi tidak merusaknya
mengeluarkan madu
Terbang dengan rasa cinta
Dan hinggap dengan tali kasih

 Itulah ibarat wanita yang lembut
Perempuan sejati
Yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat
Tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya

 Jaga auratmu yaa Ukti
Agar terjaga pula hatimu
Kerana auratmu adalah bahagian dari keimananmu.

Subhanallah.

Thursday, January 2, 2014

BERFIKIRLAH DAHULU SEBELUM BERKATA-KATA.


 

Di sini saya lorekkan sebuah Kisah yang penuh hikmah selaras dengan Al-Qur’an & Sabda Rasulullah SWT. Semoga kisah ini dapat menjadi suatu teladan kepada kita semua.
 
Alkisahnya bermula di sebuah desa, seseorang telah menyebarkan isu bahawa jiran tetangganya adalah seorang pencuri. Akibatnya pemuda, jiran tetangganya itu, ditangkap. Setelah beberapa hari kemudiannya pemuda itu terbukti tidak bersalah. Setelah dibebaskan, ia menggugat orang tua yang salah menuduhnya.
 
Di mahkamah orang tua itu mengatakan kepada Hakim, “Saya hanya berkomentar, dan tidak membahayakan siapa pun.” Hakim mengatakan kepada orang tua itu, “Tuliskan semua perkara yang telah Anda katakan tentang pemuda itu di atas beberapa helaian kertas. Potonglah, dan dalam perjalanan pulang, lemparkan potongan helaian kertas tersebut. Esok, kamu kembalilah untuk mendengarkan pernyataan.”
 
Hari berikutnya, hakim mengatakan kepada orang tua itu, “Sebelum menerima pernyataanku, Anda harus keluar dan mengumpulkan semua potongan-potongan kertas yang Anda buang kelmarin.”
Orang tua itu berkata, “Saya tidak dapat melakukan itu! Angin telah meniup dan menyebarkannya dan saya tidak tahu di mana akan menemukan kembali potongan kertas-kertas itu.”
 
Hakim itu kemudian berkata, “Dengan cara yang sama, komentar sederhana dapat merosak seseorang sedemikian rupa sehingga seseorang tidak mampu memperbaikinya. Jika Anda tidak dapat berbicara tentang kebaikan seseorang, lebih baik jangan katakan sesuatu pun.”
 
Berikut dalil dalam Al-Qur’an & As-Sunnah yang menegaskan kisah tersebut ;
Allah SAW. berfirman :
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًايُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا
 
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah memperoleh kemenangan yang besar” [Al-Ahzab : 70-71]
 
Dalam ayat lain disebutkan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
 
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah  berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka itu adalah dosa. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu sebahagian daripada kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati ? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” [Al-Hujurat : 12]
 
Allah juga berfirman:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
 
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadirs” [Qaf : 16-18]
 
Firman Allah Ta’ala lagi:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
 
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu’min dan mu’minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesunguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” [Al-Ahzab : 58]
 
Dalam kitab Sahih Muslim hadits no. 2589 ada menyebutkan yang maksubnya.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SWT.  pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kalian apa itu ghibah ?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. “Beliau berkata, “Ghibah ialah engkau menceritakan hal-hal tentang saudaramu yang tidak dia suka” Ada yang menyahut, “Bagaimana apabila yang saya bicarakan itu benar-benar ada padanya?” Beliau menjawab, “Bila demikian itu berarti kamu telah melakukan ghibah terhadapnya, sedangkan bila apa yang kamu katakan itu tidak ada padanya, bererti kamu telah berdusta atas dirinya.”

Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
 
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungjawaban” [Al-Israa : 36]
 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW. telah bersabda yang maksubnya:

“Sesungguhnya Allah meredhai kalian pada tiga perkara dan membenci kalian pada tiga pula. Allah meredhai kalian bila kalian hanya menyembah Allah semata dan tidak mempersekutukannya serta berpegang teguh pada tali (agama) Allah seluruhnya dan janganlah kalian berpecah belah. Dan Allah membenci kalian bila kalian suka berkata tanpa berdasar, banyak bertanya (yang tidak berfaedah) serta menyia-nyiakan harta” [1]
 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lagi bahawa Nabi SAW bersabda:
 
“Setiap anak Adam telah mendapatkan bahagian zina yang tidak akan dapat dielakkannya. Zina pada mata adalah melihat. Zina pada telinga adalah mendengar. Zina lidah adalah berucap kata. Zina tangan adalah meraba. Zina kaki adalah melangkah. (Dalam hal ini), hati yang mempunyai keinginan angan-angan, dan kemaluanlah yang membuktikan semua itu atau mengurungkannya” [2]
 
Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Shahihnya hadits no.10 dari Abdullah bin Umar bahawa Nabi SAW bersabda yang maksubnya:
 
“Seorang muslim adalah seseorang yang orang muslim lainnya selamat dari ganguan lisan dan tangannya”
 
Hadits di atas juga diriwayatkan oleh Muslim no.64 dengan maksubnya:

 
“Ada seorang laki-laki yang bertanya kepada Rasulullah SAW., “Siapakah orang muslim yang paling baik ?’Beliau menjawab, “Seseorang yang orang-orang muslim yang lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya”.
 

Demikian beberapa keterangan yang dapat diambil hikmah untuk dijadikan pedoman dalam menjalani  kehidupan di dunia yang penuh fitnah.
 
 
Diedit semula dari DaulahIslam.

Wednesday, January 1, 2014

TAKWIM PERSEKOLAHAN, CUTI DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI SESI 2014.


       Assalamualaikum kepada semua pembaca dan  selamat menyambut tahun baru 2014. Perkongsian saya kali ini adalah tentang Takwim Persekolahan Sesi 2014.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  telah mengeluarkan jadual sesi persekolahan untuk tahun 2014. Berikut adalah takwim pembelajaran dan cuti sekolah bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. 
1. Jadual Mula Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2014
Takwim Persekolahan 2014
Takwim Persekolahan 2014

Kumpulan A - Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B - Sekolah-sekolah Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.**Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am
 
2. CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI TAHUN BARU CINA 2014
Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2014
31 JANUARI - 1 FEBRUARI (JUMAAT - SABTU)

 
3.CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI HARI RAYA AIDIL FITRI 2014

Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2014
28 - 29 JULAI (ISNIN - SELASA)
 
4. CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI HARI DEEPAVALI 2014


Cuti Peristiwa Dan Cuti Berganti Tahun 2014
23 OKTOBER (KHAMIS)



5. Peperiksaan Awam 2014.

Berikut tarikh  peperiksaan awam untuk tahun 2014 untuk panduan pelajar dan ibu bapa.
 
 
 
Peperiksaan
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Bertulis9 - 12 Jun 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Lisan7 - 17 Julai 2014
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis9 - 11 September 2014
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Bertulis13,15, 20 dan 21 Oktober 2014
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Bertulis 3 November hingga 2 Disember 2014
 
Nota: * Tarikh-tarikh peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
 
6. Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014
 
 
 
Bulan
TarikhCatatan
Januari23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan - 1 Feb 2014
Februari25 Februari 2014
Selasa

Mac25 Mac 2014
Selasa

April24 April 2014
Khamis

Mei22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 - 31 Mei 2014
Jun 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai 
1 - 2 Jun 2014
Julai22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa 
28 - 29 Julai 2014
Ogos 25 Ogos 2014
Isnin

September25 September 2014
Khamis

Oktober16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November25 November 2014
Selasa

Disember18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014
 
 
 
 
 

Thursday, November 7, 2013

MENGULIK DI HUJUNG SENJA.


“Jika anda berada di waktu senja , jangan menunggu pagi , dan jika anda di waktu pagi  janganlah menunggu waktu senja. Manfaatkanlah masa sihat,  sebelum datang masa sakit dan waktu hidup sebelum datang kematian.”

       Setiap detik - waktu terus berputar dan beredar. Masa tetap terus berlalu tidak pernah berhenti apatah lagi undur kebelakang. 
      Sesungguhnya, apabila kita membicarakan tentang masa, kita seolah-seolah membicarakan sesuatu yang misterius, penuh rahsia, hingga syaidina Ali pernah berpesan bahawa masa itu ibarat pedang bermata dua, bila kita pandai memanfaatkannya maka kita akan selamat tetapi apabila sebaliknya, maka kita akan terlindas olehnya…
      Begitu cepat sekali masa berlalu, hingga termasuk detik  ini, seiringan masa semuanya juga sudah berubah. Aktiviti kita sekarang ada beberapa yang berubah, ada juga yang bertambah baik…alhamdulillah...atau bertambah teruk... nauzubillah... semua seiring dengan berubahnya masa (dan tentunya bertambahnya peranan).
      Langkah-langkah baru mulai di atur kembali, mungkin langkah yang tidak akan sama ketika dahulunya masih sendiri. Kerana waktu ini ada langkah berbeza yang akan mengiringi langkah ini, ada langkah lain yang sentiasa menjaga dan bertanggung jawab terhadap langkah ini.
     Tidak salah bila Allah memberikah naluri pada manusia. Allah berikan salah satunya adalah naluri mempertahankan diri (ghorizatul baqa’), tetapi yang akan jadi tanggungjawab kita adalah bagaimana kita memenuhi naluri tersebut, sesuaikah dengan aturan dan jalan skripnya ataupun tidak.
    Dulu-dulu aku punya mimpi… tetapi sekarangpun aku masih mempunyai mimpi.. terkadang aku masih rindu dengan mimpi yang di bangun dulu, tapi kembali menyedarkan diri bahawa mimpi aku sekarang jauh lebih luar biasa, lebih gah …. aku yakini mimpiku itu tidak  di ambil/di hilangkan, tetapi di tukar dengan mimpi yang lebih indah 
      Suatu senja di sebuah taman,  tempat yang suasananya akan selalu aku rindukan. Semuanya kini sudah samar-samar. Siang sudah meniti di bibir malam, tandanya suatu hari sudah berlalu pergi menandakan usiaku... kepenghujung perjalanan... 
    Seandainya kita mengaku sebagai muslim yang sejati, penghujung segala perjalanan adalah Syurga iaitu kampung halaman manusia yang bertakwa. Seorang yang berakal tentu merindukan kampung halamannya yang penuh dengan kenikmatan. Oleh itu, dunia ini bukanlah tempat tinggal yang sebenarnya. Kita di dunia berkedudukan seperti mimpi asing di siang hari. Sebagai permainan mimpi, kita semestinya tidak terpedaya dengan kehidupan dunia dan kita lupa akan kampung halaman yang sebenarnya.
    Kita tidak akan dapat kembali ke kampung halaman yang penuh dengan segala kenikmatan, selagi kita tidak beramal dengan amalan yang menjadi syarat untuk kita dapat kembali. Terma dan syaratnya untuk kita adalah sentiasa menghadirkan hukum syariat di lubuk hati dalam setiap keadaan dan seterusnya melaksanakan konsekuensi hukum tersebut.    
      Waktu yang berlalu, SEANDAINYA kita lalai dan terjerumus dalam dosa, kita hendaklah segera istighfar dan bertaubat sehingga keadaannya lebih baik dibanding sebelum berdosa. Itulah kita, iaitu manusia yang dapat kembali ke kampung halaman yang penuh limpah kenikmatan dalam keadaan yang paling luhur.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...