Thursday, October 30, 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN MPP PRA U LANAS 2014.

Smk Ayer Lanas (30/10/2014):  MPP Pra U Lanas pada hari ini telah berjaya meraikan tenaga pengajar serta para pelajar Pra U Lanas dalam program jamuan akhir tahun. Kejayaan menganjurkan program ini telah mendapat pujian bukan sahaja dari Pengetua SMK Ayer Lanas malah pengerusi PIBG en. Zahari.
             Kami para tenaga pengajar mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan STPM penggal I . Manakala bagi pelajar-pelajar Pra U Lanas yang menduduki peperiksaan penggal III, buatlah yang terbaik dan selamat menempuh dunia baru yang penuh cabaran.
             Berikut sekitar majlis jamuan akhir tahun MPPU Lanas 2014 :

 


Tuesday, October 21, 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRA U LANAS.

                  SMK Ayer Lanas (20/10/2014):  Lumrah hidup di dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hal inilah yang terjadi ke atas seorang tenaga pengajar Pra U Lanas. Beliau ialah Cikgu Ibrahim Awang, guru Bahasa Melayu. Cikgu Ibrahim atau panggilan mesranya cikgu Him yang berasal dari Tumpat, Kelantan akan bertukar tempat mengejarnya ke SMK  Dato' Bahaman, Temerloh, Pahang. Beliau memilih Temerloh kerana di situlah tempat pemastautinnya setelah tamat pengajian di sebuah universiti di Indonesia.

                Selama mengajar  Bahasa Melayu di Pra U Lanas selama lebih kurang 8 tahun, beliau begitu banyak memberi sumbangan ke arah meningkatkan pencapaian pelajar di bawah kendaliannya. Beliau juga banyak menabur bakti  ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko kurikulum SMK Ayer Lanas. Segala jasa dan sumbangan beliau amatlah dihargai.

               Majlis perpisahan Cikgu Ibrahim diadakan di Dewan Besar SMK Ayer Lanas dengan ucapan dari wakil pelajar, PK Pra U Lanas, Pengetua SMKAL dan diikuti oleh cikgu Him.

                Kami semua tenaga pengajar Pra U Lanas mengucapkan ribuan ampun dan maaf dan terima kasih atas segala bentuk sumbanganya serta :

                                       SELAMAT BERTUGAS DI SMK DATO' BAHAMAN

semuga diberi keberkatan dan kemuliaan  Allah SWT.












Monday, October 6, 2014

MAKANAN TAMBAHAN SEMULAJADI DARI MEDITERRENEAN.

NATURAL FOOD SUPPLEMENTS
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS
HEALTH BENEFITS OF OUR FOOD SUPPLEMENTS
Fine Mediterrenean and Eagean natural herbal oils and food supplements. Simply maintain good health from nature.GMP and HALAL certified
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS 
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS

Fine Mediterrenean and Eagean  natural herbal oils and food supplements. Simply maintain good health from nature.GMP and HALAL certified
 
1. APRICOT KERNEL OIL AND POWDER :

DUE TO THE OLEIC ACID AND LINOLEIC ACID CONTENT, APRICOT KERNEL OIL IS CONSIDERED A GOOD SOURCE OF UNSATURATED FATS. HOLDS HIGH LEVELS OF NATURAL ANTIOXIDANTS, SUCH AS VITAMIN A,B, C AND E. IT IS COMMENLY USED FOR SKIN, HAIR TREATMENT.
 
APRICOT KERNEL OIL AND POWDER :

DUE TO THE OLEIC ACID AND LINOLEIC ACID CONTENT, APRICOT KERNEL OIL IS CONSIDERED A GOOD SOURCE OF UNSATURATED FATS. HOLDS HIGH LEVELS OF NATURAL ANTIOXIDANTS, SUCH AS VITAMIN A,B, C AND E. IT IS COMMENLY USED FOR SKIN, HAIR TREATMENT.
"Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut dan seed). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya ‘Aprikot Organik’. Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap. "

 
2. POMEGRANATE SEED OIL:

BOTANICALLY CALLED PUNICA GRANATUM.APART FROM BEING A DELICIOUS FRUIT , POMEGRANATES ARE FIBROUS; RICH IN VITAMINS C , B5, POLYPHENOL , POTASSIUM AND OTHER MINERALS AND NUTRIENTS WHICH HELP ONE TO MAINTAIN A HEALTHY BODY. HOLDS HIGH LEVELS OF ANTIOXIDANTS WHICH MAKES IMMUN SYSTEM STRONGER. THERE ARE MANY HEALING BENEFITS OF THIS FRUIT, AND OFTEN ATTRIBUTED TO THE ANTIOXIDANTS AND PUNICIC ACID (OMEGA 5 ) AVAILABLE IN THE RICH OIL PRESENT IN THE SEED OF THIS FRUIT.POMEGRANATE SEED OIL MAY SUPPORT SKIN TREATMENT WITH ITS ANTI-AGING AND ANTI-IMFLAMMATORY FEATURES.
 
POMEGRANATE SEED OIL:

BOTANICALLY CALLED PUNICA GRANATUM.APART FROM BEING A DELICIOUS FRUIT , POMEGRANATES ARE FIBROUS; RICH IN VITAMINS C , B5, POLYPHENOL , POTASSIUM AND OTHER MINERALS AND NUTRIENTS WHICH HELP ONE TO MAINTAIN A HEALTHY BODY. HOLDS HIGH LEVELS OF ANTIOXIDANTS WHICH MAKES IMMUN SYSTEM STRONGER. THERE ARE MANY HEALING BENEFITS OF THIS FRUIT, AND OFTEN ATTRIBUTED TO THE ANTIOXIDANTS AND PUNICIC ACID (OMEGA 5 ) AVAILABLE IN THE RICH OIL PRESENT IN THE SEED OF THIS FRUIT.POMEGRANATE SEED OIL MAY SUPPORT SKIN TREATMENT WITH ITS ANTI-AGING AND ANTI-IMFLAMMATORY FEATURES.
 
banner delima
 hadith
 
3. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL :

OLIVE OIL IS A MONOSATURATED, HEART HEALTHY FAT. IT IS LOADED WITH ANTIOXIDANTS THAT HELP PROTECT THE HEART AND BLOOD CELLS FROM DAMAGES. OLIVE OIL IS THE MAJOR INGREDIENT IN THE MEDITERRENEAN DIET, WHICH IS KNOWN FOR CARDIOVASCULAR BENEFITS. CONSUMING OLIVE OIL IS NOT ONLY GOOD FOR THE HEART, BUT MAY ALSO AID IN WEIGHT LOSS AND PAIN RELEIF.VERY GOOD FOR HAIR AND SKIN TREATMENT.OLIVE OIL IS VERY HELPFUL IN CELL RENEWAL.
 
EXTRA VIRGIN OLIVE OIL :

OLIVE OIL IS A MONOSATURATED, HEART HEALTHY FAT. IT IS LOADED WITH ANTIOXIDANTS THAT HELP PROTECT THE  HEART AND BLOOD CELLS FROM DAMAGES. OLIVE OIL IS THE MAJOR INGREDIENT IN THE MEDITERRENEAN DIET, WHICH IS KNOWN FOR CARDIOVASCULAR BENEFITS. CONSUMING OLIVE OIL IS NOT ONLY GOOD FOR THE HEART, BUT MAY ALSO AID IN WEIGHT LOSS AND PAIN RELEIF.VERY GOOD FOR HAIR AND SKIN TREATMENT.OLIVE OIL IS VERY HELPFUL IN CELL RENEWAL.
Olive Branch

Khasiat Buah Zaitun

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun
yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau
banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan
tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun
bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima,
anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun
yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama
botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat
pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi
pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin
Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan
gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."
Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah
s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia
berasal dari pohon yang diberkati."
Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia
bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling
stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan
kering.
Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang
diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus
kelembapan dengan stabil.
Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan
cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit
terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya
berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat.
Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak
zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu
setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit.
Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat
demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.


 4.* BLACK SEED OIL & POWDER MIRACLE:

 NIGELLA SATIVE ( BOTANICAL NAME ) ALSO KNOWN AS BLACK SEED , BLACK CUMIN HAS HISTORY OVER 2700 YEARS.THIS MAKES BLACK SEED ONE OF THE SAFEST PLANT FOR HUMAN CONSUPTION.CLINICAL RESEARCHS HAVE SHOWN THAT BLACK SEED OIL CONTROLS THE BLOOD SUGAR AND CHOLESTEROL APART FROM ANY OTHER DISEASES AND IS CONSIDERED TO BE ONE OF THE GREATEST HEALING HERBS OF ALL TIMES. IN ISLAM, IT IS REGARDED AS ONE OF THE GREATEST FORMS OF HEALING MEDICINE AVAILABLE. PROPHET MOHAMMED (S.A.V.) STATED THAT THE BLACK SEED CAN HEAL EVERY DISEASE- EXCEPT DEATH.
 
HEALTH BENEFITS OF OUR FOOD SUPPLEMENTS 
* BLACK SEED OIL & POWDER MIRACLE
NIGELLA SATIVE ( BOTANICAL NAME ) ALSO KNOWN AS BLACK SEED , BLACK CUMIN HAS HISTORY OVER 2700 YEARS.THIS MAKES BLACK SEED ONE OF THE SAFEST PLANT FOR HUMAN CONSUPTION.CLINICAL RESEARCHS HAVE SHOWN THAT BLACK SEED OIL CONTROLS THE BLOOD SUGAR AND CHOLESTEROL APART FROM ANY OTHER DISEASES AND IS CONSIDERED TO BE ONE OF THE GREATEST HEALING HERBS OF ALL TIMES. IN ISLAM, IT IS REGARDED AS ONE OF THE GREATEST FORMS OF HEALING MEDICINE AVAILABLE. PROPHET MOHAMMED (S.A.V.) STATED THAT THE BLACK SEED CAN HEAL EVERY DISEASE- EXCEPT DEATH.

 
 

Habbatussauda Hadith


Mengenai HABBATUS SAUDA, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatussauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
 
 
 DIBAWA TERUS DARI TURKI.
 
 *SEBARANG PEMBELIAN BOLEH HUBUNGI : 019-9257997
 
 

SENAD HADZIC BERJALAN KAKI 5,700KM UNTUK MENUNAIKAN HAJI.



SARAJEVO : Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.
“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. – AFP

#Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut dapatkan buku:

Kisah seorang Senad Hadzie, seorang pejalan kaki menuju rumah Allah ini begitu menginspirasi. Kecintaannya kepada Allah melebihi cintanya kepada keluarga, adalah hal yang langka sekarang. Dalam perjalanan sejauh 5700 kilometer, selama 8 bulan, melewati tujuh negara dan puluhan kota, di bawah suhu ekstrim panas 50c dan dingin minus 37c, melintasi dua benua, dua gurun pasir  dan tiga lautan. 12 kali ganti sepatu, 7 handpone dengan membawa beban seberat 20 kilo, siang dan malam berjalan rata-rata 30-70 kilometer per hari. Bukan kerana tidak punya biaya.  Tetapi didorong oleh mimpinya berkali-kali agar ia ke tanah suci berjalan kaki.
 “Menakjubkan, apa yang dilakukan Senad Hadzie melampaui akal sehat. Keimanan dan keyakinan selalu membawa seseorang pada proses yang menakjubkan dan tindakan luar biasa” (Dr Yusof Baihaki, Sudan). 
‘Sanad , engkau mengajarku mengenai sesuatu yang tidak pernah ku fahami bahawa ada kekuatan yang tidak bisa diukur dengan apa pun pabila seseorang  sudah merasakan manisnya keimanan kepada Allah SWT” (Jamilliah, Maluku)
“Sanad mengatakan bahawa segala keletihan, lapar, haus, kedinginan, kepanasan, dan segala penderitaan yang dialaminya  dalam perjalanan menuju Makkah adalah merupakan hari-hari terbaik untuknya. Oh Sanad, sungguh aku malu pada diriku sendiri. Aku begitu jauh dari dirimu” (Urwatul Wutsqo Anas, Kairo).
Kisah seorang Senad Hadzie, seorang pejalan kaki menuju rumah Allah ini begitu menginspirasi. Kecintaannya kepada Allah melebihi cintanya kepada keluarga, adalah hal yang langka sekarang. Dalam perjalanan sejauh 5700 kilometer, selama 8 bulan, melewati tujuh negara dan puluhan kota, di bawah suhu ekstrim panas 50c dan dingin minus 37c, melintasi dua benua, dua gurun pasir dan tiga lautan. 12 kali ganti sepatu, 7 handpone dengan membawa beban seberat 20 kilo, siang dan malam ...berjalan rata-rata 30-70 kilometer per hari. Bukan kerana tidak punya biaya. Tetapi didorong oleh mimpinya berkali-kali agar ia ke tanah suci berjalan kaki.
“Menakjubkan, apa yang dilakukan Senad Hadzie melampaui akal sehat. Keimanan dan keyakinan selalu membawa seseorang pada proses yang menakjubkan dan tindakan luar biasa” (Dr Yusof Baihaki, Sudan).
‘Sanad , engkau mengajarku mengenai sesuatu yang tidak pernah ku fahami bahawa ada kekuatan yang tidak bisa diukur dengan apa pun pabila seseorang sudah merasakan manisnya keimanan kepada Allah SWT” (Jamilliah, Maluku)
“Sanad mengatakan bahawa segala keletihan, lapar, haus, kedinginan, kepanasan, dan segala penderitaan yang dialaminya dalam perjalanan menuju Makkah adalah merupakan hari-hari terbaik untuknya. Oh Sanad, sungguh aku malu pada diriku sendiri. Aku begitu jauh dari dirimu” (Urwatul Wutsqo Anas, Kairo).

Sunday, October 5, 2014

INTERVIEW YANG MENGINSAFKAN...


Kisah Sedih Pengorbanan Seorang Ibu Demi Kejayaan Anaknya Yang Pasti Mengalirkan Air Mata Anda...

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?"

Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka. -mediasensasipanas

POSISI MAYAT DALAM KUBUR

Nasihat Kubur: 

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-
Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap,
MAKA terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit,
MAKA  LUASKAN aku ...dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi,
MAKA  RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan,
MAKA  racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat,
MAKA bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit,
MAKA bebaskan rendaman itu dengan PUASA...

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya,
MAKA Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga,
maka Sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

Monday, August 4, 2014

BOIKOT PRODUK YAHUDI.


Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Berbagi ke Twitter Berbagi ke ...

Usaha untuk memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak. Namun dalam hal ini, kita boleh mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim a.s yang dibakar hidup-hidup oleh kaumnya.

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang sedang menyaksikan kejadian tersebut. Burung tersebut berusaha berulang-alik mencari air. Burung yang kecil itu menyedut dan mengisi air ke dalam paruhnya lalu disimbahkan air dari paruhnya ke atas unggun api yang sedang membakar Nabi Ibrahim a.s. Perbuatan itu dilakukan secara berulang kali sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah SWT.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makluk Allah yang lain, lantas mereka bertanya kepada burung kecil itu, " Mengapakah kamu begitu bersusah payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu sendiri sedar bahawa api besar  yang sedang membaham dan membakar Nabi Ibrahim a.s tidak akan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu burung yang kecil itu menjawab, " Walaupun aku tahu aku tidak berupaya untuk memadamkan api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri. Allah SWT tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api  itu ataupun tidak.  Sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku kelak. Di hadapan Allah nanti aku telah terlepas dari pertanggungjawaban kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman, walaupun usaha aku itu terlalu kecil !"

Berdasarkan  kisah tersebut dapatlah kita ambil ikhtibar bahawa seandainya kita tidak mampu menyumbang untuk tabung Palestine, sebaiknya kita berusahalah untuk berhenti memberi dana kepada Zionis Yahudi. Perkara yang lebih utama, marilah kita semua memboikot segala yang diharamkan oleh Allah SWT dan usaha itu adalah kerana Allah SWT.

Wahai umat Islam, lihatlah berapa ramai umat Islam pada hari ini terlibat dengan riba, sedangkan amalan riba itu sendiri adalah haram di kalangan Yahudi itu sendiri apatah lagi Islam. Kita lihat lagi berapa ramai wanita Islam yang berpakaian mengikut Yahudi ? Bergaul lelaki perempuan macam Yahudi ? Makan beranika ragam produk Yahudi ?

Akhirnya marilah kita boikot segala yang diharamkan oleh Allah SWT. Semua yang diharamkan oleh Allah SWT adalah memberi sumbangan kepada keberadaan Yahudi Laknatullah di muka bumi ini.


Thursday, May 8, 2014

SABAR DAN TAWAKAL


Di tengah maraknya musibah yang melanda negara kita, banyak sekali seruan ulama dan para tokoh nasional agar kita bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Hanya dengan kesabaran dan tawakal, seluruh ujian atau cubaan dan musibah tersebut dapat dilalui dengan baik, membawa kebaikan, dan keberkahan.

Namun, kesabaran dan tawakal kadang kala terlalu mudah diucapkan, tetapi sulit merealisasikannya dalam amalan kehidupan sehari hari. Akhirnya, sabar dan tawakal hanya menjadi slogan dan jargon semata. Bersabar merupakan sifat khas kaum beriman sejati di samping bersyukur sebagaimana disebutkan dalam suatu hadis Nabi yang berbunyi, "Betapa unik sikap orang yang beriman. Semua yang terjadi pada dirinya dianggap baik. Tidak ada sikap seperti itu, kecuali pada orang yang beriman. Jika memperoleh kemudahan dia bersyukur, hal itu dianggap baik bagi dirinya. Dan, jika ditimpa kesulitan ia bersabar, hal itu dianggap baik bagi dirinya."

Dalam kesempatan yang lain, Rasulullah SAW senantiasa mengajarkan orang yang terkena musibah dengan sikap yang paling bermanfaat bagi dirinya, yaitu bersa bar dan introspeksi diri (al-ihtisab), dengan memberikan alasan bahwa sabar dan introspeksi diri akan dapat meringankan musibah dan memperbanyak pahala. Rasulullah juga menegaskan bahwa banyak mengeluh, kesal, dan marah akan menambah beban musibah dan menghilangkan pahala. Rasulullah menjelaskan bahwa tidak ada anugerah Allah yang lebih baik dan lebih luas bagi hamba-hamba-Nya dibandingkan kesabaran. Karena Allah SWT benar-benar mencintai orang-orang yang bersabar. (QS Ali Imran [3]: 146).

Kesabaran tidaklah muncul dengan sendirinya, tetapi ia harus diusahakan dan dibiasakan agar menjadi sifat utama diri. Di sinilah dibutuhkan pengorbanan melawan keinginan hati dan perjuangan menahan nafsu diri.

Yakinlah, dengan bekal kesabaran, dipastikan seluruh persoalan akan selesai dengan cara terbaik. Allah SWT berfirman, "Sungguh Aku memberi balasan kepada mereka pada hari ini karena kesabaran mereka. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang." (QS Al Mu'minun: 111).

Sementara itu, tawakal merupakan pelengkap sejati sifat sabar. Tawakal merupakan kerja hati memasrahkan seluruh ujian dan cobaan kepada kehendak-Nya. Menurut Basyar al-Hafi dan Yahya bin Muaz, tawakal berkaitan erat dengan keridaan kita menjadikan Allah sebagai pelindung dalam kehidupan.

Kehadiran tawakal dalam diri akan menghadirkan kemudahan mengatasi persoalan. Karena kita benar-benar mengharap pertolongan dan kemudahan hanya dari Allah SWT Yang Mahakuasa dan Maha Penolong. Penulis yakin, bila kombinasi kesabaran dan tawakal senantiasa hadir dalam diri dan jiwa setiap manusia, kemudahan dan kesuksesan akan menjadi capaian terbaiknya. Semoga kita semua termasuk orang-orang yang sabar dan tawakal. Amin.

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PRA U LANAS.

           Pelajar-pelajar Pra U Lanas baru-baru ini telah menghadiri Kem Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari 2 malam (22 April hingga 24 April 2014) di Putera Valley Resort & Trainning Centre, Tanah Merah. Program yang menelan belanja lebih kurang RM 16,000.00 ini ditaja bersama pihak KESEDAR, PIBG SMKAL, Unit Ko-Kurikulum SMKAL, Unit Kurikulum SMKAL dan Badan Perwakilan Pelajar Pra U Lanas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan motivasi pelajar dalam menghadapi peperiksaan penggal 2.
          
            Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh program tersebut antara lainnya ialah ceramah dan bengkel menjawab soalan bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Kumulatif,, Ekonomi, Seni Visual dan MUET. Manakala penceramah-penceramahnya adalah terdiri dari guru-guru pakar dalam bidang masing-masing dan pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan. Acara berlangsung begitu padat tetapi selesa. Waktu petang, pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti 'out door' yang telah disusun oleh pihak resort.
             
           Majlis perasmian penutupan Kem Kecemerlangan tersebut dilakukan oleh Yang Berusaha Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli, En. Mohd. Fauzi Abd. Rahman. Dalam ucapannya, antara lain beliau merasa bangga dan bertuah kerana pihaknya dapat menyumbang khidmat sosial demi memajukan anak Melayu luar bandar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Turut sama dalam majlis perasmian tersebut ialah PK Pra U Lanas, En. Rozali Muda dan semua tenaga pengajar Pra U Lanas serta para pelajar peserta program.

            Akhirnya, harapan kami  program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. Segala bentuk usaha dan sokongan bagi menjayakan program ini berlangsung adalah sangat kami hargai. Terima Kasih untuk semua.

            Wassalam.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program di Putera Valley & Trainning Centre.

Bos m/p ekonomi
Bengkel MUET
Tekun
Pensyarah UMK sedang memberi ceramah
BBQ tunggu siap...
Bakar ayem
Bakar sambil posing
Tunggu tunggu ...
Cedera tapi ceria
Bos Pra U Lanas.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA U LANAS SESI 2014/2015.

         Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Tn. Hj. Ab. Kadir bin Sulaiman telah berkenan untuk menyampaikan ucapan serta perasmian Majlis Pendaftran Pelajar Baru 2014/2015 Pra U Lanas. Majlis yang berlangsung pada 5 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Seramai lebih kurang 97 pelajar yang mendapat surat tawaran ke Pra U Lanas dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendaftarkan diri. Mereka ini datang dari sekolah saluran iaitu SMK Jeli, SMK Batu Melintang, SMK Kuala Balah, SMK Bukit Bunga dan SMK Ayer Lanas.

          Pelajar yang mendapat tawaran tersebut lulus SPM 2013 dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu serta 3 kepujian dalam mata pelajaran lain dengan mata gred tidak melebihi 12 unit. Pelajar tersebut berumur antara 17 hingga 20 tahun.

        Berikut ialah sekitar majlis tersebut:

         
 PK I, Pegawai PPD Jeli, Pengerusi PIBG, PK Ting. 6  dan AJK PIBG.
 Pelajar tingkatan 6 atas dan pelajar baru sedang mendengar ucapan PPD Jeli.
Proses pendaftaran pelajar baru
Koperasi menjual pakaian uniform
Pendaftaran masuk asrama.

Tuesday, April 1, 2014

ISRAEL YANG SEDIKIT : KENAPA TIDAK MAMPU DI GOYAH ?



          Dalam benak kecil ini muncul satu pertanyaan : Kenapa  Islam tidak mampu menganyang Israel yang begitu kecil rakyatnya ?  Apa yang rata-rata kita ketahui bahawa Israel itu mempunyai rakyat yang sedikit jika dibandingkan dengan umat Islam, tetapi kenapa justru kita lihat Israel lah yg mengendalikan seluruh sistem di dunia? Bahkan Amerika Syarikat yang merupakan negara kuasa dunia takut malah tunduk di bawah  telunjuk Israel ? Secara dasarnya, apa yang kita ketahui, negara-negara lain di dunia terus menerus mengecam Israel, tetapi tidak dapat berbuat lebih, sementara itu Negara Islam sekadar berkokok di laman sendiri. Bukankah senang untuk menganyang Israel yang sudah melampaui batas menjajah Palestin. Kita lihat banyak dukungan Negara-negara yang mengecam Israel tetapi tidak membuahkan hasil yang nyata, dan hingga kini Israel masih terus melakukan kerosakan sewenang-wenangnya terhdapa penduduk dan Negara Palestin. Kenapa hal demikian ini terus berlaku ?

           Seorang manusia yang memiliki empati terhadap nasib saudaranya di Palestin, adalah seorang manusia yang kritis dan cerdas. Orang bodoh adalah orang yang dengan membabi buta mendukung Zionis Israel, baik dalam bentuk persepsi  politik maupun dari segi ekonomi.
 
            Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Israel tidak memiliki negara. Yang sekarang disebut sebagai “Negara Israel”,  sebenarnya suatu hal sebutan yang amat menyesatkan, kerana tanah tempat berdirinya “Negara Israel” bukan milik bangsa Israel atau Yahudi melainkan hak mutlak milik umat Islam sedunia di mana bangsa Palestin bertanah air.
 
          Secara implisit, Israel sendiri mengakui tentang hal ini. Dalam banyak catatan sejarah, pernah suatu masa Perdana Menteri Israel Golda Meir ditanya seseorang tentang mana sahaja batas-batas atau sempadan-sempadan geografis negara Israel. Golda Meir menjawab, “Batas-batas geografis negara Israel adalah sejauh mana tentara kami dapat menginjaknya.” Jadi, kaum Zionis-Israel merupakan satu kaum yang memang sesungguhnya tidak punya tanah air. Sebab itulah, Israel meletakkan di hadapan konsep politik ekpansionistik dan imperialistik. Dari waktu ke waktu, Israel terus berusaha sekuat tenaga untuk menguasai jengkal demi jengkal tanah agar daerah kekuasaannya terus bertambah luas.
 
            Dan sudah bukan menjadi satu rahsia lagi jika ada istilah “Israel adalah Amerika kecil, dan Amerika Syarikat adalah Israel besar”. Sejarah telah membuktikan selama berabad-abad jika AS selalu menjadi anjing penjaga yang paling setia bagi semua kepentingan Israel. Zionis-Israel memiliki pengaruh yang sangat dominan dalam hubungannya dengan AS. Sebab itulah, ada suatu fenomena  paling poyo yang terjadi di banyak negara, ketika Barrack Obama terpilih menggantikan Bush, banyak kalangan percaya jika sikap pemerintahan AS, terutama soal dukungan membabi-butanya terhadap Zionis-Israel,  akan berubah. Ketahui bahawa sesungguhnya hal tersebut tidak akan pernah terjadi. Hari demi hari setelah Obama menjadi Presiden AS, membuktikan hal tersebut tidak berlaku.
 
            Selama berkurun abad Amerika Syarikat dan Zionis-Israel telah bersatu, bekerjasama dalam segala bentuk kemungkaran dan kezaliman, dibantu dengan sejumlah negara Eropah yang juga merupakan “Israel besar yang malu-malu” seperti Inggris dan Perancis. Jelas, mereka nampaknya dengan mudah dapat menjalankan agendanya menguasai dunia.
 
            Di satu sisi yang berbeza, dunia Islam masih sibuk dengan urusannya masing-masing, dan terpecah-berai. Bahkan secara memalukan sesetengah Negara yang mengaku Negara Islam jelas-jelas telah bersekutu dengan Zionis-Israel dalam masalah Palestin ini. Seakan ada  kecurigaan dalam hati, jangan-jangan yang berkuasa di setengah-setengah negara yang mengaku negara Islam  sekarang adalah dari keturunannya Abu Jahal ,Ubaidillah Bin Salul,  dan yang berkuasa di Mesir sekarang adalah keturunannya Fira’un, Bal’am, dan Qarun, bukan Musa a.s. dan Harun a.s. Gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin di Mesir, kini sedang dikhianati dan dizalimi, malah seakan-akan kerajaan Mesir di bawah pimpinan Al-Sisi ingin menyapu licin gerakan ini.
 
Sekian, Wallahua’am bishawab. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...