Wednesday, January 23, 2013

SEGALANYA KUSERAHKAN PADA MU...

LETIH...SAKIT...SEDIH...

Ilustrasi.

LETIH, satu perkataan yang selalu kita ungkapkan. Desakan kerja yang menggunung, bebanan tugas yang melangit menyebabkan fizikal menjadi tidak tentu haluan. Di sini perlu diketahui bahawa pengurusan waktu yang baik amat penting . Allah telah memberikan untukku 24 jam sehari. Cukup dan teramat cukup bagi kita untuk menggunakannya. Masa akan mencemburui seandainya kita curang terhadap masa. Bagaimana? Kita melakukan perkara-perkara yang tidak relevan. Kita mengadu badan dan minda mengalami keletihan tetapi bukan disebabkan dengan aktiviti senaman atau membaca Quran tetapi  berkhayal dengan laman maya di taman dan lena dengan angan-angan yang tidak berpenghujungan.

Buat semua kita, ubahlah dan perbaiki diri  supaya menjadi insan yang punya kekuatan. Walau penat dan letih tetapi  masih mampu untuk bangkit bagi meneruskan dakwah demi agama. Biar letih dalam menuntut ilmu, tetapi janganlah kita ketagih di dalam melakukan perkara yang tidak berkualiti! Segala apa yang kita miliki ini semuanya pinjaman dari yang Allah, termasuklah diri kita sendiri. Siapa kita untuk berkira dengan Allah. Jika masa kita banyak terluang untuk urusan  duniawi, jangan sekali kita sempitkan ruang masa  pula untuk urusan Akhirat! Nanti semuanya akan dipersoalkan dipengadilan Allah.

SAKIT, seandainya kita letih, mudah untuk sakit mengunjungi kita. Tetapi sakit boleh dirawati dengan mendengar ayat-ayat suci Al quran dan zikir Ilahi. Percayalah. Al-Quran dan doa mampu merawat segala keletihan dan kesakitan yang kita hadapi. Allah yang memberikan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Tiada penyakit yang tidak dapat diubati melainkan mati. Ada satu ungkapan menarik dari seorang Doktor terkenal di tanah air kita. Menurut beliau, ketika kita ditimpa penyakit, jangan sesekali kita mengeluh sakit dan menyatakan  bahawa kita tidak sihat. Perkataan ini akan menghantar mesej kepada otak kita dan menyebabkan pesanan yang negatif dihantar kepada tubuh badan kita.

Elakkan dari mengucapkannya tetapi banyakkan  menyebut ayat- ayat Allah dan positifkan perkataan kita itu. Kita sihat dengan izin Allah! Sakit itu merupakan tanda bahawa Allah sayang pada kita. Segala keperitan yang menghantui, itu adalah tanda Allah sedang menguji kita. Jangan sesekali kita berduka, hadapilah dengan tabah. Ada kebanyakan kita orang apabila ditimpa dengan penyakit yang membahayakan, akan merasakan diri mereka tidak berguna lagi dan hanya menunggu masa untuk kita bertemu Ilahi. Jangan sesekali berfikir sebegitu rupa. Ingat! Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa. Kun Fayakun. Apa sahaja yang Allah hendak ciptakan atau rencana pasti akan terjadi. Pasti! Begitu juga dengan penyakit kita, walau pun sekritikal mana, seandainya  Allah ingin menyembuhkan penyakit kita, itu pasti akan sembuh. Semuanya adalah dengan izin Allah swt.

SEDIH,  juga merupakan salah satu ujian daripada Allah. Dalam kehidupan kita, tidak semestinya segala yang kita lalui adalah indah dan senang. Pasti ada duka, rencah gempita pasti menyelinap dalam dunia kehidupan. Namun kita harus tabah dan redha dalam menghadapinya. Ada dalam kalangan kita, apabila menerima kehidupan yang indah mudah lupa pada Penciptanya, tetapi apabila ditimpa musibah, mulalah ingin mendekati Penciptanya. Begitulah lumrah kehidupan. Layak sebenarnya kita diibaratkan ‘kacang lupakan kulit’. Tetapi tidak layak untuk kita melupakan Allah. Allah pencipta kita. Allah Maha Agung, Subbhanallah. Allah menguji kita dengan rasa sedih agar kita kembali kepada NYA, agar kita bermuhasabah diri . Begitulah hebatnya perasaan negatif yang Allah kurniakan kepada kita tetapi dalamnya termaktub berjuta simbol positif mengapa Allah ciptakan perasaan tersebut.

Sedih itu perlu ada pada dan hidup dalam diri manusia. Kesedihan jika disirami air mata keinsafan, akan mampu menghindarkan diri dari api neraka. Alirkanlah air mata keinsafan agar kita mampu menghasilkan tenaga kekuatan sebagai hamba Allah yang mempunyai banyak taklifan di dunia ini. Sedih dengan manusia, Allah tempat kita mengadu, sedih dengan kehidupan, Al-Quran menjadi rujukan, sedih dengan tohmahan, jadikan nabi sebagai panduan dan pedoman dalam menerima ujian. Ubat kesedihan ini akan menjadi penawar pada kepayahan kita dalam melayari kehidupan. Bergembiralah dalam menerima ujian. Kita tidak dapat menggembirakan orang lain selagi  kita tidak merasa gembira dengan diri kita.

Kesimpulannya, semua rasa LETIH, SAKIT DAN SEDIH ini adalah datang dari Allah S.W.T dan janganlah sesekali kita menyerah kalah. Dekatkan diri kita pada Allah, tautkan hati  untuk sentiasa mengingati Allah. Ketenangan itu hanya hadir jika kita merasakan Allah ada di sisi kita. Maksiat itu akan terhenti mengalir membasahi diri manusia ,seandainya kita yakin Allah sentiasa memerhatikan kita.
Amin, Ya Rabba Alamin. Wassalam 

TITIS-TITIS AIRMATA IBU.




1.Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
· Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
· Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
· Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga
berlinangan air mata

3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
· Anak
· Ibu
· Suami.

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu.
2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.Jadi doakanlah Ibu kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan dan beri salam, Mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
10. Allah panjangkan usia Ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
11. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Monday, January 21, 2013

DEFINISI KEMENANGAN MENURUT ISLAM.





إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾
وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾
Artinya : “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata, supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (QS. Al Fath : 1 – 3)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa ayat yang mulia ini turun ketika Rasulullah saw kembali dari Hudaibiyah di bulan Dzulqaidah tahun ke-6 H yang pada saat itu dihalang oleh kaum musyrikin untuk memasuki Masjidil Haram dalam menunaikan umrah. Kaum musyrikin cenderung untuk mengadakan perjanjian dan gencatan senjata serta meminta Rasulullah saw pulang pada tahun ini dan kembali lagi pada tahun berikutnya. Tawaran ini disambut oleh Rasulullah saw, meskipun tampak  di wajah sebahagian sahabat tidak menyenangi tawaran tersebut, diantaranya Umar bin Khattab ra. Setelah mereka menyembelih haiwan-haiwan korbannya dan pada waktu pulang kemudian Allah swt menurunkan ayat ini yang menceritakan tentang apa yang terjadi diantara Rasulullah saw dengan mereka—orang-orang Quraisy—dan menyatakan bahawa perjanjian tersebut adalah kemenangan disebabkan berbagai maslahat yang ada didalamnya. (Tafsir Ibnu Katsir juz VII hal 325)
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا
Artinya : “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.” (QS. Al Fath : 1)
Terjadi perbezaan pendapat tentang maksud dari kata fath (kemenangan) didalam ayat itu. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah Futuh Mekah, berbagai kemenangan yang didapat oleh Rasulullah saw, kemenangan orang-orang Romawi, ataupun baiat Ridwan pada hari-hari Hudaibiyah, namun banyak yang menyebutkan bahawa kemenangan itu adalah perjanjian Hudaibiyah.
Az Zuhri mengatakan bahawa tidak ada kemenangan yang lebih besar dari perjanjian Hudaibiyah, di mana orang-orang musyrik bercampur dengan kaum muslimin mendengarkan perkataan mereka, mulai bersemayamnya Islam di hati mereka sehingga dalam kurun waktu tiga tahun banyak manusia yang memeluk agama Islam . (Fathul Qodir juz V hal 44)
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
وَيَنصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Artinya : “supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus, dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).” (QS. Al Fath : 2 – 3)
Ibnul Anbari mengatakan bahwa kata fathan mubina (kemenangan yang nyata) belum sempurna kerana perkataan,”supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu” masih berkaitan dengan kemenangan tersebut, seakan-akan Dia mengatakan,”Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata agar Allah swt mengumpulkan buatmu dengan kemenangan ini ampunan dan mengumpulkan bagimu dengannya berbagai hal yang menyenangkan pandanganmu di dunia dan akherat.
Sayyid Qutb mengatakan bahawa kemenangan Hudaibiyah ini pun diikuti oleh berbagai kemenangan lainnya, seperti :
1. Kemenangan dalam Dakwah.
Ibnu Ishaq mengatakan bukti kebenaran perkataan az Zuhri—diatas—adalah bahwa Rasulullah saw tatkala berangkat menuju Hudaibiyah bersama dengan 1400 orang, menurut penuturan Jabir bin Abdullah dan dua tahun kemudian beliau saw berangkat lagi pada saat Futuh Mekah bersama 10.000 orang.
2. Kemenangan di bumi.
Kaum muslimin saat itu merasa aman dari kejahatan orang-orang Quraisy, untuk itu Rasulullah saw mengarahkan dakwahnya dalam rangka pembebasan jazirah dari sisa-sisa kejahatan orang-orang Yahudi—setelah membebaskannya dari Yahudi Bani Qainuqah, Bani Nadhir dan Bani Quraizhah—dan kejahatan itu tergambar pada kekokohan benteng Khaibar yang menakutkan di jalan menuju Syam. Kemudian Allah swt menundukkannya bagi kaum muslimin dan mereka mendapatkan ghanimah yang banyak dan Rasulullah saw mengkhususkan ghanimah tersebut untuk orang-orang yang telah ikut serta dalam peristiwa Hudaibiyah.
3. Kemenangan pada sikap di antara kaum muslimin di Madinah, Quraisy di Mekah dan seluruh kaum musyrikin yang berada di sekitar mereka… Orang-orang Quraisy mengakui ketangguhan dan eksistensi Nabi dan kaum muslimin, dan menganggap bahwa Nabi dan kaum muslimin adalah musuh mereka akan tetapi mereka menghalangi Nabi dan para sahabatnya dengan cara yang paling baik pada waktu dimana mereka telah memerangi Madinah dalam dua tahun dengan dua kali peperangan dan peperangan terakhir adalah satu tahun sebelum Hudaibiyah ini…. kaum muslimin juga tampak begitu kuat di mata kabilah-kabilah, orang-orang Arab pun banyak yang mundur dari memeranginya, dan semakin tidak terdengar lagi suara-suara orang-orang munafiq..
Rasulullah saw begitu gembira dengan surat ini. Hatinya gembira dengan anugerah Allah yang besar yang diberikan kepadanya dan orang-orang beriman yang bersamanya. Bergembira dengan kemenangan yang nyata, ampunan yang menyeluruh, kenikmatan yang sempurna, petunjuk kepada jalan Allah yang lurus, pertolongan yang kuat dan dengan keredhaan Allah swt kepada orang-orang beriman yang telah mensifatkan mereka dengan penyifatan yang mulia. (Fii Zhilali Qur’an juz VI hal 3316 – 3317)
Jalan Menuju Kemenangan
Surat ini memberikan penjelasan bahawa kemenangan yang diperoleh kaum mukminin tidak selamanya harus melalui suatu peperangan senjata dengan orang-orang kafir atau musuh-musuhnya namun kemenangan juga dapat diperoleh melalui suatu perjanjian atau perdamaian dengan mereka selama hal itu memang memberikan kemaslahatan bagi dakwah islam dan kaum muslimin.
Kondisi sebenar umat islam saat ini yang terus menerus menjadi ‘mangsa’ orang-orang kafir tidaklah dapat dikatakan kontradiksi dengan surat al Fath ini yang menceritakan tentang kemenangan yang diperoleh kaum mukminin.
Perintah Allah swt kepada Rasul-Nya dan juga orang-orang beriman untuk pergi berumrah yang kemudian dihalang untuk memasuki Masjidil Haram oleh orang-orang Quraisy dan pada akhirnya menghasilkan perjanjian Hudaibiyah ini terjadi pada tahun ke-6 H.
Perjanjian yang dikatakan oleh Allah swt sebagai kemenangan yang nyata ini tidaklah terjadi secara tiba-tiba atau tanpa sebab. Allah swt tidak memberikan kemenangan ini diawal-awal dakwahnya ketika di Mekah ataupun ketika mereka baru tiba hijrah di Madinah. Akan tetapi Allah swt memberikan kemenangan ini setelah 13 tahun dakwah Islam ini muncul dan dibawa oleh Rasulullah saw di Mekah dan 6 tahun dakwah ini mewarnai masyarakat muslim di Madinah.
Selama masa itu Rasulullah saw mempersiapkan suatu generasi yang kuat, kukuh, sabar dan tahan akan berbagai ujian yang menerpa mereka sebagai satu konsekuensi dari pengerak dakwah di jalan Allah swt untuk menyongsong kemenangan yang dijanjikan Allah swt, termasuk Hudaibiyah ini.
Selama masa itu berbagai ujian dan peristiwa-peristiwa besar mewarnai perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya, diantaranya :
Pada fasa Mekah terjadi berbagai penyiksaan dan intimidasi yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, pemboikotan selama tiga tahun, penolakan masyarakat Thaif terhadap dakwah. Yang pada akhirnya fasa ini ditutup dengan hijrahnya kaum muslimin dan Rasulullah saw ke Madinah.
Pada fasa Madinah sebelum terjadi perjanjian Hudaibiyah berbagai upaya dilakukan oleh Rasulullah saw untuk menguatkan masyarakat muslim pertama tersebut, seperti pembangunan masjid dan mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansyar dan setelah itu Allah swt mengizinkan mereka untuk berperang melawan orang-orang yang menentang dakwah sehingga terjadilah berbagai peperangan, seperti Badar, Uhud, dan Ahzab disamping peperangan melawan orang-orang Yahudi.
Dari perjalanan dakwah generasi muslim pertama tersebut maka kondisi umat Islam saat ini merupakan salah satu proses untuk meraih kemenangan yang dijanjikan Allah swt.
Meskipun kesewenang-wenangan orang-orang kafir terhadap kaum muslimin begitu melampaui batas terlebih lagi didukung dengan berbagai sarana yang dimilikinya namun hingga kini mereka belum mampu menguasai kaum muslimin. Rusia di usir dari Afghanistan, Amerika diusir dari Somalia dan hingga saat ini mereka masih kewalahan menghadapi para mujahidin Iraq, dan yang baru-baru ini kaum Yahudi Zionis yang pada awalnya begitu sombong akan mengotak-ngatikkan tebing Gaza hanya dalam hitungan hari ternyata Allah swt takdirkan hal itu tidak terjadi dan justru kemenangan berada di pihak mujahidin Gaza, bahkan mereka mendapatkan simpati dari seluruh masyarakat dunia.
Berbagai kezaliman yang dilakukan oleh orang-orang kafir terhadap kaum muslimin di bumi mereka tidak akan memusnahkan Islam dan kaum muslimin dan tidak akan pernah meredupkan cahaya Allah yang akan sentiasa menyinari bumi ini. Justeru itu semua akan semakin menyedarkan kaum muslimin bahawa pertentangan antara haq dan batil akan terus berlangsung hingga hari kiamat dan juga akan menyedarkan mereka untuk kembali kepada Allah swt, berkomitmen dengan nilai-nilai robbani, dan menguatkan ukhuwah islamiyah sebagai modal meraih kemenangan yang telah dijanjikan Allah swt. Firman Allah swt :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
Artinya : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.” (QS. Al Baqoroh : 214)
Semoga Allah swt memberikan kesabaran kepada seluruh mujahidin yang berjuang dijalan-Nya demi meninggikan kalimat-Nya dan menyatukan umat ini didalam satu barisan yang kokoh.
Amin, wassalam.

WARNA KEGEMARAN RASULULLAH.




Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa Rasulullah atau Islam identik dengan warna hijau. Sebenarnya apa warna-warna kegemaran Rasulullah Muhammad saw?
Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun selain itu Rasul juga ternyata juga menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran.
Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata : ” Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”
Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, selepas warna putih.”
Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”
Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya : “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.”
Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata : “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.”
Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.” 

Tuesday, January 15, 2013

CIKGU KREATIF AMAT !

Alat bantu mengajar (ABM) adalah penting. Kalu tak dak ABM, (ngajar tak jelira lah mano. Bebudak pun tak rasa umm belah mano. Dan kata nazir hok duk nak cerap tu, P dan P tak jaya molek) . Maaflah bahasa Qlate sikit. Jadi memang susahlah kalau tidak cukup ABM.
Photo: Susoh jugok jadi cikgu ni kalu x cukop alat nngajar.Kalau tengok gambar nih, memanglah kelakar habis. Kalau silap haribulan, bebudak buat tidak betul jawab, boleh pelekung dengan ABM nih. WOWWW. Pembaris serbaguna.

Monday, January 14, 2013

BERDUSTAKAH SEORANG IBU ?

Saat berpeleseran dari laman ke laman, aku temui sebuah fakta bukan auta. Bukan dusta tetapi real. Kenyataan yang diterbalikkan demi untuk kebahagiaan seorang insan yang bernama anak kesayangan ibu...oh ibu... sungguh luhur jiwamu...
ibu seorang pembohong

DOA BUAT BONDA TERCINTA...


Maha Indah Engkau yang telah menganugerahkan Keindahan nyata dari sentuhan 
seorang Bunda.. Sentuhan yang melahirkan Jiwa.. Sentuhan yang mendamaikan Rasa.. Sentuhan yang mengarahkan Langkah.. Maha Cinta,, Izinkan Hamba Muliakan Kasihnya.. Dalam Sentuh Nyata dan Doa..

Yaa Rabbi...Engkau telah menurunkan kasih terbesarMu, kasih yang diwakilkan oleh seorang bonda yang hingga kini kasihnya tiada berhenti mengalir.

HambaMu ini hanya dapat bersyukur kerana memiliki seorang bonda yang baik sekali. Bonda selalu memperhatikan aku, selalu menyayangi aku, selalu memberikan yang terbaik untuk ku.

Tetapi untuk membalas jasa yang telah kuberi pada kasih yang tidak terhingganya itu hanyalah sesuatu yang terkadang hanya menyakitkan hatinya,
Begitu besar dosaku padamu, bonda. Tetapi tetap sahaja bonda memaafkanku ditengah-tengah  kepedihan yang kau alami.

Sungguh besar pengorbanan bonda sepanjang hidupku ini sungguhlah sangat bererti dari suatu perkara yang kecil dan hingga ke suatu hal yang hampir merenggut nyawanya saat memperjuangkan anaknya untuk lahir...

Bonda...
Maafkanlah aku untuk segala resah yang kubawa..
Maafkanlah aku kerana tidak dapat selalu membuatmu tersenyum bahagia..
Maafkanlah aku kerana tidak akan pernah sanggup membalas segala jasa..
Bonda...sayang padamu…sungguh sayang padamu…walau kasih sayangku tidak akan pernah seluas dan sedalam kasih sayangmu padaku...

Bonda...
Maafkanlah atas segala dosa yg telah ku perbuat
Aku ingin melihatmu bahgia walau dengan cara yang sederhana
Aku tahu walau seisi dunia kuberikan tidak akan pernah cukup untuk membalas seluruh jasamu...

Jasa saat kau mempertaruhkan nyawa demi suatu kelahiran baru
Jasa saat kau menyusui agar anakmu tumbuh dengan baik
Jasa saat kau merawat anakmu hingga  dewasa
dan jasa bakti lain yang tidak akan pernah terhitung
sungguh sucinya hatimu ibu
terlebih suci dari
sesuci embun pagi...
oh...bonda...
Yaa...Rabba...Yaa...Rahim...
Photo: DOA UNTUK IBUNDA

YA ALLAH... Engkau telah menurunkan kasih terbesarMu, kasih yang diwakilkan oleh seorang Ibu yang hingga kini kasihnya tiada berhenti mengalir.

HambaMu ini hanya bisa bersyukur memiliki seorang Ibu yang sangat baik ini. Ibu selalu memperhatikan aku, selalu menyayangi aku, selalu memberikan yang terbaik padaku.

Tapi balas jasa yang telah kuberi pada kasih yang tak tehingganya itu hanyalah sesuatu yang terkadang hanya menyakitkan hatinya,
Begitu besar dosaku padamu, Ibu. Tapi tetap saja Ibu memaafkanku ditengah pedih yang kau alami.

Sungguh besar pengorbanan ibu sepanjang hidupku ini sungguhlah sangat berarti dari hal kecil dan hingga hal yang hampir merenggut nyawanya saat memperjuangkan anaknya untuk lahir...
----------------
Kumpulan Cerita Unik, Aneh, Tapi Nyata. Gabung yuk
Klik Disini. Berita Unik, Aneh, Tapi Nyata
Photo: kasihmu ibu tak mampu diungkapi..
tingginya tak mampu terjangkau..
dalamnya tak mampu kuselami..
namun kasihnya ibu..
tak pernah mengharap balas..
kerana kasihmu ibu..
kasih sejati..
kerana kasihmu ibu..
kasih nan abadi..

Sunday, January 13, 2013

SADIS : DADAH DAN KEHANCURAN.


Dadah Paling Merbahaya Di Russia Menyebabkan Daging & Kulit Mereput!




Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.

Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.
Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya.

Ia akan mula menghancurkan daging dari dalam dan perlahan-lahan, sampai ke permukaan kulit.
Krokodil adalah istilah Russia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana, dadah itu akan memakan isi badan dan menjadikannya berlubang-lubang dan bersisik yang mana sekali pandang, kulit penagih akan menjadi macam kulit buaya.

Ia dibuat dengan campuran minyak tanah, asid hidroklorik dan fosforus merah. Sebaik memasuki sistem tubuh, Krokodil akan mula memcah pembuluh darah dan tisu badan mulai mati.
Dalam tempoh hanya dua atau tiga bulan pengunaan, simptom seperti daging mati dan menjadi hitam akan mula dapat dilihat.

Ia mampu menukar seorang penagih menjadi zombie.
Dadah ini banyak digunakan di Siberia. Disebabkan saiz negara itu yang terlalu luas, untuk pembasmian penyalahgunaan dadah menjadi satu perang yang tidak berkesudahan.
Sikap kerajaan negara itu yang tidak memberikan peruntukan banyak kepada usaha pemulihan memburukkan lagi keadaan.

Video-video di bawah memaparkan beberapa kisah berkaitan dadah yang paling merbahaya di Russia itu dan mungkin yang paling bahaya di seluruh dunia.
Salah satu video itu memperlihatkan bagaimana kaki seorang pengguna Krokodil dipotong kerana sudah mereput.


Tuesday, January 8, 2013

TERIMALAH INI SEBAGAI HADIAH...

Bacalah Tulisan Ini 60 Saat Sahaja Mungkin Dapat Mengubah Hidup Anda 10 Tahun Kehadapan...


"Sewaktu aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku memutuskan untuk mengubah negaraku sahaja. Ketika aku sedari bahwa aku tidak dapat mengubah negaraku, aku mulai berusaha untuk mengubah kotaku. Ketika aku semakin tua, aku sedari tidak mudah untuk aku mengubah kotaku. Maka aku mulai mengubah keluargaku. Kini aku semakin renta, aku pun tidak dapat mengubah keluargaku. Aku sedari bahawa satu-satunya yang dapat aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersedarkan bahawa seandainya aku dapat mengubah diriku sejak dari dahulu lagi , aku pasti dapat mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun dapat mengubah seluruh dunia ini."

Tidak ada yang dapat kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tidak dapat kita mengubah diri sendiri sebelum kita mengenal diri sendiri. Tidak akan kenal pada diri sendiri sebelum kita mampu menerima diri ini apa adanya.

BAS DUA ALAM.

Kalaulah ada bas jenis ini di negara kita, senanglah  kerjaan nak buat bila banjir melanda.!!!!


Photo: Mano keto galo ni tak nampok lagi ni ..............Admin........<S>Mana lebih steady ???



Thursday, January 3, 2013

AKSI MINGGU INI.

BUAT MELEPAS RESAH DI DADA.






I'M THE HERO.


SPOT CHECK : TANGKAP DAN POTONG TERUS.

Khamis: 3/1/2013- Sempena program suai kenal pelajar tingkatan empat SMK Ayer Lanas, lembaga disiplin sekolah telah menjalankan satu program 'spot check: tangkap dan potong terus' rambut pelajar-pelajar yang tidak menepati peraturan disiplin sekolah. Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama pelajar sepenuhnya.

                                          Jange worrylah, kami pakar dalam segala bidang.
                                              Free oiii, tukang gunting berijazah nih !
                                                Tunggu, lihat dan rasalah sendiri...

                                Everything is perfect...tukang potong dari Germang...
**Untuk tingkatan yang belum kena, awasss!!! tukang potong berijazah akan menemui anda...tetapi tarikh dan waktunya adalah penuh dengan kerahsiaan..

TUNGGUUU, SIAPA MANGSA SETERUSNYA......

Saturday, December 22, 2012

TIDAK TERJADI HARI KIAMAT...


Apa Istimewa Sungai Furat (Sungai Euphrates) di Iraq

Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu bergunung ganang dan kering kontang. Dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya, hasil buminya tak pernah berdikit. Tetapi rakyatnya tidak pernah aman dari persengketaan kaum juga dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya perpecahan dan perbalahan tidak pernah bersatu.


Pun begitu, negara ini ditakdirkan telah mempunyai pemimpin yang cukup keras penentangannya terhadap kuasa-kuasa kafir Amerika dan Israel. Negara Kafir itu tidak menyenangi dasar luar Iraq ini lalu mereka mengambil kesempatan menyerang dan menakluki negara Iraq atas alasan negara ini disifatkan sebagai negera 'pengganas'. Lalu Saddam dihukum bunuh oleh kafir dan konco2nya, sehingga kini negara itu tidak pernah aman dari persengketaan.

Mereka, kafir ini memang ada niat yang 'besar' disebalik penaklukan negara Iraq. Mereka melakukan peperangan ini sebenarnya ingin merebut kekayaan yang ada di negara Iraq.

Mari sama-sama kita hayati terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)

Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafir Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?

Sesiapa yang belum biasa mendengar Sungai Furat (Sungai Euphrates),  anda boleh melayari Google Map' di bawah untuk menuju ke sana.


View Larger Map


Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.

Inilah istimewanya Sungai Furat atau Sungai Euphrates. Sebagai peringatan kepada diri ini. Wallahu'alam.

Maklumat Tambahan Berkaitan Sungai Furat
Tidak pula disangkakan artikel saya berkaitan dengan Sungai Furat mendapati 'hit' tertinggi sejak saya berada di dunia maya ini. Sebagai info tambahan saya petik daripada beberapa sumbar yang saya rasa berguna untuk pembaca semua.

Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.

 


          Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.


Anda lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negera Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. 

MAJLIS GRADUASI HAFFIZ 3 NEGERI KELANTAN.

Pengkalan Cepa, Khamis (20/12/12):
        Berikut suasana Majlis Graduasi Para Haffiz ke-3 Negeri Kelantan, 2012 yang berlangsung di Pengkalan Cepa. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan.
Anak ku ready untuk majlis tersebut.
                                                       Bergambar selesai majlis graduasi.
                                  Contoh Quran hasil tulisan tangan salah seorang pelajar haffiz.

+Laluan pertama, iaitu menghafal lebih senang berbanding mengekalkan apa yang telah dihafal. Oleh itu, berusahalah untuk perjalanan yang lebih panjang dan berduri.

Thursday, November 29, 2012

BILA CHRISTIANO RONALDO BERKOPIAH...


Seandainya benar, alangkah cantik bila Christiano Ronaldo berkopiah...muga-muga Allah swt. memberi hidayat kerana banyak membantu warga di Jalur Gaza... amien.

Wednesday, November 28, 2012

BAHAYA: JANGAN MASUK KENDERAAN DAN TERUS HIDUPKAN AIRCON...


Kita dapati beberapa kenderaan baru, mengeluarkan bau yang amat kuat hingga menyebabkan kita pening dan mual. Semua itu adalah akibat dari Benzene. Kalau kita menghidupkan enjin dan terus memasang AirCon , hal ini akan semakin memadatkan bau Benzene dan konsentrasinya semakin tinggi. Jika anda ingin mengatasinya, iaitu menghilangkan bau itu dengan pengharum ruangan, tindakan itu akan semakin merbahayakan. Hanya ada satu cara: BUKA SEMUA PINTU, JEMUR KERETA  SAMPAI BAU ITU HILANG.


Sesetengah tempat di negara kita waktu ini sangat panas,jadi, jika anda masuk ke dalam kenderaan jangan langsung memasang AirCon.
Udara dari semprotan AirCon. bercampur dengan udara dalam kenderaan yang mengelekep -apabila dihirup, boleh menimbulkan udara yang menyebabkan kanser.
Mau naik kereta? O.K. boleh, buka semua tingkap kaca, lalu pasangkan AirCon. selama beberapa minit, baru boleh memandu kendaraan tersebut dan kemudian baru boleh tutup tingkap-tingkap kacanya kembali.
Tidak hairanlah, semakin banyak orang meninggal dunia kerana kanser. Kita mungkin tertanya-tanya dari mana  penyebabnya? Ok, di sini ada suatu contoh yang menjelaskan insiden-insiden yang dapat menyebabkan kanser.
 Menurut sebuah penelitian, dashboard kenderaan, sofa, pengharum kenderaan menghasilkan Benzene,iaitu racun penyebab kanser ( luangkanlah waktu dan amatilah bau plastik dashboard yang terkena panas). Selain menyebabkan Kanser, Benzene meracuni tulang-tulang anda, menyebabkan Anemia dan menurunkan jumlah sel darah putih.
Bila terhirup terus-menerus dalam jangka waktu yang agak lama dapat menyebabkan Leukemia, menambah resiko penyebab kanser.Dapat juga mengakibatkan keguguran.
Tingkat Benzene di dalam ruangan yang boleh ditoleransi adalah 50mg/kaki persegi.Sebuah kenderaan yang terparkir di dalam ruangan dengan jendela tertutup akan mengandung 400-800 mg Benzene. Jika parkir di luar ruangan di bawah sinar matahari pada suhu yang sangat tinggi, tingkat Benzene naik hingga 2000-4000 mg, 40 kali dari tingkat Benzene yang boleh ditoleransi.
Orang-orang yang sewaktu masuk ke dalam kenderaan dan tidak membuka tingkapnya sama sekali  mau tak mau, menghirup banyak racun yang dengan sangat cepat masuk kedalam tubuh anda.
Benzene adalah racun yang mempengaruhi ginjal dan hati. Buruknya, sangatlah sukar bagi tubuh untuk membasmi racun-racun tersebut. Jadi ... bukalah pintu dan tingkap kenderaan sebelum masuk, berilah sedikit waktu untuk racun-racun yang mematikan ini keluar - sebelum anda masuk dalam kenderaan tersebut!" 

Sunday, November 25, 2012

ISRAEL HANCUR DAN DUNIA...



Adakah Israel akan berhenti menyeksa saudara kita di Palestine? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:" Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar ".
(Surah Al-Isra: 4) 

Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah...pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.
Al-Qur'an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:

"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai ". (Surah Al-Isra ': 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya dari mana larangan itu? 

Rasulullah menjawab: "Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi: "Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya: "Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. "(HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

"Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)". (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu'aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi ". (HR. Ahmad)

Sumber republika.co.id

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...