Tuesday, October 22, 2013

SYIAH : PENCURI PERTAMA BATU HAJARUL ASWAD.

Kota Mekah, dengan kemuliaan yang dimilikinya, mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan syariat, sebagai bukti atau tanda yang menunjukkan kemuliaannya. Siapa pun dilarang melakukan perbuatan maksiat.

Walaupun larangan ini telah jelas, terbukti dalam perjalanan sejarah kaum Muslimin, khususnya kota Mekah dan Ka’bah, pernah terjadi pelanggaran yang sangat memilukan dan menodai Ka’bah secara khususnya, iaitu terjadinya perampokan batu Hajar Aswad.

Hajar Aswad merupakan batu termulia. Batu  termulia yang berasal dari Syurga. Dalam hal ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Hajar Aswad turun dari syurga, dalam kondisi berwarna lebih putih dari air susu. Kemudian, dosa-dosa anak Adam-lah yang membuatnya sampai berwarna hitam.” [Hadits sahih riwayat at Tirmidzi. ].

Tentang keutamaannya yang lain, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya batu ini akan punya lisan dan dua bibir akan bersaksi bagi orang yang menyentuhnya di hari Kiamat dengan cara yang benar.”  [HR al Hakim dan Ibnu Hibban, ].

Dari Ibnu ‘Umar, saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya mengusap keduanya (Hajar Aswad dan Rukun Yamani) akan menghapus dosa.” [ Hadits shahih riwayat an Nasaa-i. ].

Hajar Aswad, waktu dahulunya berbentuk satu bongkahan. Namun setelah terjadinya perbuatan khianat, iaitu perompakan yang terjadi pada tahun 317H. Perbuatan ini berlaku pada masa pemerintahan al Qahir Billah Muhammad bin al Mu’tadhid dengan cara mencungkil batu tersebut dari tempatnya.Kini batu Hajar Aswad  menjadi lapan bongkahan kecil. Batu yang berwarna hitam ini berada di sisi selatan Ka’bah.

Pada masa Abu Thahir, Sulaiman bin Abu Said al Husain al Janabi, tokoh golongan Qaramithah , telah menggegarkan dunia Islam dengan melakukan kerusakan dan peperangan terhadap kaum Muslimin.

Kota yang suci, Mekah dan Masjidil Haram tidak terlepas dari kejahatannya. Dia dan pengikutnya melakukan pembunuhan, perompakan dan merusak rumah-rumah. Bila sahaja terdengar namanya, orang-orang akan berusaha lari untuk menyelamatkan diri.

Kisah ini berlaku  pada musim haji tahun 317H .  Rombongan haji dari Iraq pimpinan Mansyur ad Dailami bertolak menuju Mekah dan sampai dalam keadaan selamat. Namun, tiba-tiba pada hari Tarwiyah ( 8 Dzul Hijjah), orang-orang Qaramithah (salah satu mazhad Syiah Isma’iliyah) telah melakukan huru-hara di tanah Haram.

Mereka merompak harta-harta jamaah haji dan menghalalkan untuk memeranginya. Banyak jamaah haji yang menjadi korban, bahkan, walaupun  jamaah haji yang berada di dekat dengan Ka’bah.

Sementara itu, Abu Thahir , iaitu pemimpin orang-orang Qaramithah ini, (semoga mendapatkan balasan yang sepadan dari Allah)  berdiri di pintu Ka’bah dengan pengawal-pengawalnya, menyaksikan pedang-pedang pengikutnya bermaharajalela, melibas mencabut nyawa-nyawa manusia. Dengan bongkak nya ia berkata :

 “Saya adalah Allah. Saya bersama Allah. Sayalah yang menciptakan makhluk-makhluk. Dan sayalah yang akan membinasakan mereka”.

Manusia yang ramai pada waktu itu berlarian menyelamatkan diri. Sebahagian dariapada jamaah haji ada yang berpegang pada kelambu Ka’bah. Namun, mereka tetap menjadi korban pedang-pedang kaum Syi’ah Qaramithah. Mereka menebasnya tanpa belas kasihan. Hal yang sama berlaku  juga pada orang-orang yang sedang tawaf, tidak luput dari pedang-pedang mereka. Dalam kalangan yang terkorban itu termasuk juga di dalamnya sebahagian ahli hadits.

Apabila selesai melakukan kejahatannya yang tidak terkira terhadap para jamaah haji, Abu Thahir memerintahkan pasukannya untuk menguburkan jasad-jasad yang terkorban olehkeganasannya tersebut ke dalam telaga air Zam Zam. Manakala sebahagian lainnya lagi, di kuburkan di tanah Haram dan di sekitar lokasi Masjidil Haram.

Kubah telaga air Zam Zam beliau hancurkan. Abu Thahir juga memerintahkan agar pintu Ka’bah dibongkar dan melepas kiswah nya. Tindakan kejam dia selanjutnya ialah merobek-robek nya di hadapan para pengikutnya. Dia meminta kepada salah seorang pengikutnya untuk naik ke atas Ka’bah dan mencabut talang Ka’bah. Namun tiba-tiba, orang tersebut terjatuh dan mati di situ juga. Abu Thahir pun melupakan niatnya untuk mengambil talang Ka’bah. Kemudian, tindakan dia seterusnya ialah  dia memerintahkan orang-orangnya untuk mencungkil batu Hajar Aswad dari tempatnya. Seorang lelaki memukul dan mencungkilnya.
Dengan nada suara mencabar, Abu Thahir bersuara dengan keras :

 “Mana burung-burung Ababil? Mana babu-batuan dari Neraka Sijjil?”

Peristiwa perampokan batu Hajar Aswad ini telah membuat Amir Mekah dan keluarganya dengan didukung sejumlah pasukan mengejar mereka. Amir Mekah berusaha memujuk Abu Thahir supaya mahu mengembalikan batu Hajar aswad ke tempatnya semula. Amir Mekah tersebut telah menawarkan seluruh harta yang dimilikinya untuk menebus batu Hajar Aswad itu. Namun begitu Abu Thahir tidak sedikit pun berminat dengan tawaran tersebut. Malah  Amir dan anggota keluarga dan pasukannya menjadi korban berikutnya. Abu Thahir pun melenggang pulang menuju kedaerahnya dengan membawa Hajar Aswad dan harta-harta rampasan dari jamaah haji. Batu dari Jannah ini,  dibawa pulang bersama ke daerahnya, iaitu Hajr (Ahsa), dan berada di sana selama 22 tahun.

Menurut Ibnu Katsir, golongan Qaramithah berkelakuan membabi buta seperti itu, kerana mereka sebenarnya kuffar zanadiqah. Mereka bersekongkol kepada regim Fathimiyyun yang telah meluaskan penguasaannya pada tahun-tahun itu di wilayah Afrika. Pemimpin mereka bergelar al Mahdi, iaitu Abu Muhammad ‘Ubaidillah bin Maimun al Qadah. Sebelum itu dia seorang Yahudi, yang berkerja sebagai tukang emas. Dia secara tiba-tiba telah mengaku memeluk Islam, dan mendakwa berasal dari kalangan syarif (keturunan Nabi Muhammad). Banyak orang dari suku Barbar yang mempercayainya. Hingga pada akhirnya, dia dapat memegang tampuk kekuasaan sebagai ketua negara di wilayah tersebut. Orang-orang Qaramtihah menjalin hubungan baik dengannya. Mereka (Qaramithah) akhirnya menjadi semakin kuat dan terkenal.

Perbuatan Abu Thahir al Qurmuthi, orang yang memerintahkan melakukan perampokan Hajar Aswad ini, oleh Ibnu Katsir dikatakan :

 “Dia telah melakukan kekufuran di Masjidil Haram, yang tidak pernah dilakukan oleh orang sebelumnya dan orang sesudahnya”. [Al Bidayah wan Nihayah, 11/191. Ibnu Katsir mengisahkan peristiwa ini di halaman 190-192].

Setelah tempoh 22 tahun Hajar Aswad dalam penguasaan Abu Thahir, batu Hajar Aswad itu pun  kemudian dikembalikan, iaitu  pada tahun 339H.

Sewaktu mengungkapkan kejadian pada tahun 339 H tersebut, Ibnu Katsir menyebutnya sebagai tahun berkah, kerana pada bulan Zulhijah tahun tersebut, Hajar Aswad dikembalikan ke tempat semula. Peristiwa kembalinya Hajar Aswad sangat menggembirakan seluruh kaum Muslimin.

Sebelum daripada itu, berbagai usaha dan upaya telah dilakukan untuk mengembali batu termulia tersebut sudah dilakukan. Contohnya, Amir Bajkam at Turki pernah menawarkan 50 ribu Dinar sebagai tebusan Hajar Aswad. Tetapi, tawaran ini tidak meluluhkan hati Abu Thahir, pimpinan Qaramithah waktu itu.

Kaum Qaramithah ini berkilah:

 “Kami mengambil batu ini berdasarkan perintah, dan akan mengembalikannya berdasarkan perintah orang yang bersangkutan”.

Pada tahun 339 H, sebelum batu Hajar Aswad itu dikembalikan ke Mekah, orang-orang Qaramithah mengusung Hajar Aswad ke Kufah, dan menggantungkannya pada tujuh tiang Masjid di Kufah. Hal ini demikian agar  orang-orang dapat menyaksikannya. Lalu, saudara Abu Thahir mengeluarkan satu ketetapan yang berbunyi :

 “Kami dahulu mengambilnya dengan sebuah perintah. Dan sekarang kami mengembalikannya dengan perintah juga, agar pelaksanaan manasik haji umat Islam berjalan dengan lancar”.

Akhirnya, Hajar Aswad dikirim ke Mekah di atas satu tunggangan tanpa ada halangan. Dan akhirnya sampai di Mekah pada bulan Dzul Qa’dah tahun 339H.

Diceritakan oleh sebahagian orang, bahawa pada saat perampokan Hajar Aswad, orang-orang Qaramithah terpaksa mengangkut Hajar Aswad di atas beberapa ekor unta. Punuk-punuk unta sampai terluka dan mengeluarkan nanah. Tetapi, waktu mengembalikannya hanya memerlukan satu tunggangan sahaja, tanpa terjadi hal-hal aneh dalam perjalanan tersebut.


Sumber :

-diedit semula dari majalah as-sunnah edisi 09/1427H/muslim.com

Monday, October 21, 2013

ITU DOSA...KENAPA KITA REDHA ??

Entah kenapa, hari ini, akhirnya Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNya yang telah mengetuk pintu hati saya untuk berkongsi ilmu.
Itu dosa..kenapa dibiarkan saja??
Dosa...perbuatan  itu jika dibuat mendapat dosa... hadianhnya neraka...
Tetapi, kenapa masih ramai yang lalai dan membiarkan sahaja berbuat dosa??
Kadangkala, dan malah ada yang berkata.. ”Tak mengapa, bukannya dosa besar pun”..
Malah, yang lebih menyedihkan lagi, ada yang berkata... .“buat dosa sekarang, nanti aku taubat”...
Nanti tu bila?? Sampai bila kita mahu bergelumang dalam dosa?? Adakah kita ingin hidup diselimuti dosa??
Astaghfirullah...
Dosa kecil kalau dikumpul dan dihimpun boleh jadi banyak...bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Apatah lagi dosa besar ...
Realiti seorang manusia...
Realiti seorang yang bernama manusia  tiada seorang  pun yang akan terlepas dari salah dan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap anak adam pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah orang yang mahu bertaubat” (HR.Ahmad)
Hadis ini merupakan hebah gembira kepada kita yang senantiasa diulit dan dililit dosa…
Sebesar manapun dosa kita, maka peluang untuk mendapat ampunan dari Allah masih terbuka luas asalkan kita ingin bertaubat padaNya...
TAUBAT adalah salah suatu sarana untuk kita membersihkan jiwa kita dari berbagai dosa dan maksiat sehingga jiwa kita kembali bersih dan suci, sebagaimana sabda Nabi :
“Seorang yang bertaubat dari suatu dosa seakan-akan tidak pernah memiliki dosa” (HR.Ibnu Majah)
Bertaubat itu kemudian??
Sama sekali tidak...
Adakah kita yakin anda masih boleh hidup dan bernafas sampai hari esok??
Adakah kita boleh menunda maut untuk beberapa detik??
Walaupun semenit ataupun sesaat sahaja tidak dapat kita tunda..
Jadi, atas keperluan apa kita ingin menunda taubat kita dan dengan kepastian apa??
Adakah sempat??
Bertaubatlah…kan
Bangkitlah kepekaan jiwa kita untuk sentiasa bertaubat..
• Bersegeralah taubat apabila terlanjur melakukan kemaksiatan dan dosa..
Jangan ditunda-tunda lagi..
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah An-Nisa : 17)
• Banyakkanlah berdzikir, sesungguhnya berdzikir (mengingati Allah) akan menjauhkan kita dari kemaksiatan..
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” (Surah Ali Imran :135)
• Jangan dibiarkan sampai ketagihan dan terus menerus melakukan kemaksiatan..
Malah, sesungguhnya tidak ada istilah dosa kecil jika dilakukan berulang-ulang..
“Seseorang yang memohon ampunan atas dosanya sedangkan ia terus menerus melakukannya (maksiat), maka ia tak ubah seperti orang yang memperlecekan ayat-ayat Allah” (HR.Ibnu Abi Dunya)
• Tuluskanlah hati anda dalam bertaubat..
Sebahagian ulama berkata : “Memohon ampun hanya dengan lidah adalah taubatnya orang-orang yang mendustakan agama”.
Allah s.w.t berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Surah At-Tahrim : 8 )
Marilah kita muhasabah diri..
Setahap mana kePEKAan kita terhadap dosa atau maksiat??
Atau apakah kita membiarkan diri kita PEKAK apabila melakukan dosa??
Setiap kali kita terlanjur melakukan dosa atau maksiat (walau dianggap kecil atau sekelumit), cetuskanlah dalam diri “ini berdosa dan aku harus bertaubat sekarang juga”..
Istighfar selalu, sesali perbuatan yang dilakukan, tinggalkan perbuatan tersebut secara konkrit dan bertekadlah untuk tidak mengulangi kemaksiatan tersebut di masa depan..
Terkadang, kita sudah bertaubat, tapi kita lakukan lagi..tidak malu kah kita memungkiri janji yang telah diikrarkan kepada Allah pada taubat yang lalu??
Astaghfirullahal Azim..
Bertaubatlah kita selagi kita masih diberi nikmat kesihatan, kekuatan dan kehidupan sekarang ni..
Wallahu a’lam bissawab….

Thursday, September 26, 2013

SENYUMLAH SAYANG ! JANGANLAH KAU BERDUKA LARA.


Di saat kita menempuh onak dan duri yang berselerakan di dunia, mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus meronta-ronta di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus beralun di kolam hati. Ketika itu mungkin sabar sudah tidak ada ertinya lagi. Dalam haru, air mata menitis juga, mengalir deras membasahi derita. Kemudian bila ada sedikit ketenangan mula menyusup mengubat duka, sinar-sinar pelangi harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah berputik. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira datang silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati, sesuatu yang tidak dapat diingkari.

Wahai Hamba Ilahi,

Allah mendugamu bukan kerana Dia kepingin menyusahkan dirimu tetapi Allah swt. ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia, agar dirimu kembali lurus dan kembali pada jalanNya..

Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita peroleh sementara dariNya..

Waktu kita senang, dengan mudah kita melupakanNya. Dan di saat kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya, kita bukan milik siapa-siapa. Kalau tidak kerana kasih sayangNya, kita pasti tidak akan dapat  merasakan apa yang kita miliki kini..

Sedarlah wahai  jiwa-jiwa yang terleka...

Hadapilah segala bentuk ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Senyumlah, kerana setiap kepayahan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah swt. pada kita. Begitulah, betapa beruntungnya kita.

Ayuh kembalilah kita menjadi hamba-Nya, kesilapan serta kealpaan yangselalu dan lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita untuk terus merangka kejayaan di masa depan. Jangan biarkan kegagalan membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.

Duhai jiwa–jiwa yang terluka...

La Tahzan, jangan bersedih, qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan realiti yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi sedikit pun apa yang telah direncanakan.

Kesedihan yang kita lewati  kelmarin itun sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperusuk ke dalam keputus-asaan. Dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa dunia inilah kesempatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta lepas bebas daripada segala rasa kesedihan.

Jangan habiskan usia kita berendam dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam diselimuti dengan kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan sia-siakan detik yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

Wahai hamba Allah...

Akibat limpahan kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga yang mekar mewangi  menjadi layu. Kitalah yang menggerakkan seluruh saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

Ingatlah tangisan terindah itu apabila  titis-titis airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah swt. dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikit atau banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita sertamemberi taufik dan hidayahNya kepada kita, supaya bertaubat kepadaNya , tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami... 

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman. 

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

Saturday, September 21, 2013

BILA MUSIM BUAH-BUAHAN...

        Smk Ayer Lanas: Boleh dikatakan setiap tahun, bila musim buah-buahan tiba, kami, baik pelajar atau guru sama-sama merayakannya. Setiap kelas Pra U Lanas, selang-seli mengadakan kenduri buah-buahan. Bermacam jenis buah-buahan, daripada raja segala bau hinggalah rambutan rakyat. Inilah salah satunya yang menyebabkan hubungan kami cukup akrab. 
        Berikut ini adalah suasana meraikan perut pelajar dan guru.

                                                  Susun biar rapi, agar tenang mulut menikmati
Sambil susun bertegur sapa, ikatan erat sampai bila-bila
Biar hitam, dipandang manis
Buah dokong...
Cuba dulu sebelum orang lain tahu...
Duduk bertinggung tidak lagi malu...
Baunya saja mengamit rasa...
Pulut digaul penutup rasa.

Sunday, August 25, 2013

TAMAN TENGKU ANIS TUMPAT YANG TERBIAR.

       Taman Tengku Anis Tumpat terletak berhampiran dengan Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Dari pantai ini, pengujung hanya perlu terus ke hadapan sedikit, lebih kurang 3 kilometer melalui jalan yang sedikit tidak diselia dengan baik. Kawasannya cukup strategik dan menarik untuk dilawati. Di seberang Taman Tengku Anis kita dapat melihat dengan jelas negara Thailand. Dipisahkan oleh sebatang sungai yang lebarnya lebih kurang 100 meter. Di sini terdapat beberapa bangunan seperti tempat pentadbiran, menara peninjau, tempat permainan kanak-kanak, tempat air pancut, beberapa wakaf, laluan pejalan kaki dan tandas. 
         Apa yang menjadi persoalan dan pertanyaan setiap pengunjung yang datang adalah berkaitan dengan kawasannya yang tidak diurus dengan baik. Apa yang terdapat di sini, baik bangunan atau kawasan sekitarnya tidak dijaga dan diselia dengan teratur dan baik, Bangunannya yang cantik telah kelihatan rosak di sana sini. Tempat permainan dan menara peninjaunya yang tidak dikawal selia secara teratur kelihatan buruk dan kotor. Kawasan pejalan kakinya kotor dan rosak. Sampah sarap merata-rata. Pokok-pokok dan rumput dibiarkan tanpa penjagaan yang sempurna. Tempat jalan menuju ke tepi sungai bersepah dengan tongkol-tongkol kayu. Secara keseluruhannya, kawasan ini seakan-akan tidak ada penjaga atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal selia segala kemudahan yang dibina.

         Kenapakah Taman Tengku Anis yang cantik dan berada di lokasi yang menarik ini dibiarkan sedemikian rupa ? Apakah ini suatu pembaziran terhadap pelaburan yang tentunya menggunakan wang rakyat yang jumlahnya bukan seringgit dua ? Siapakah yang bertanggunjawab mengurus dan mengawal selia tempat ini ? Majlis Daerah Tumpat kah atau siapa ?

        Ingatlah bahawa orang telah diamanahkan untuk menjaga tempat ini wajiblah melaksanakan tanggungjawabnya. Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan akan dimurkai oleh Allah SWT.

       Sebuah hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud bermaksud:  "Tunaikanlah amanat terhadap orang yang mengamanatimu dan janganlah berkhianat terhadap orang yang mengkhianatimu."

       Dalam satu hadis lain, Rasulullah bersabda : "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga jenis, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khainat." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

         Dalam hal ini, orang yang dilantik untuk mengawal selia atau mengurus Taman Tengku Anis ini hendaklah meletakkan amanah dan tanggungjawab itu sebagai agenda utama dalam kerja mereka. 
Tempat perjalan kaki yang rosak dan kotor.

Pegola ada yang usang dan patah

Mozek yang rosak dan menara peninjau rosak di beberapa bahagian.
Tempat permainan yang tidak terjaga dan rosak.
Rumput panjang dan sampah bertaburan.
Tebing sungai yang tidak dijaga.
Sampah dan pokok yang tidak terawat.
Tempat air pancut yang rosak teruk tidak terurus.
Laluan turun ke sungai sangat menyedihkan.
Indah tapi terbiar.


Saturday, August 24, 2013

EKPEDISI RAMADHAN DAN AIDIL FITRI SMK AYER LANAS.

       Ekpedisi Ramadhan dan Aidil  Fitri SMK Ayer Lanas menjana pahala keberkahan dalam menjalani kehidupan menuju keredhaan Allah SWT. Pelajar menterjemahkan perjalanan mencari keberkahan melalui pelbagai bentuk aktiviti yang dianjur oleh pihak sekolah beserta badan Perwakilan Pelajar Pra U Lanas. Konklusinya adalah lahir kesepakatan yang baik antara pelajar dan seluruh warga kakitangan sekolah.
       Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sepanjang Ramadhan seperti majlis berbuka puasa, tadarus serta khatam Al-Qur'an,  dan majlis sambutan Aidil Fitri yang berlangsung di SMK Ayer Lanas.

Persiapan untuk majlis berbuka puasa.






Program Tadarus dan Khatam Al-Qur'an




 Ceramah Ihya' Ramadhan
 Program Penyampaian zakat untuk pelajar miskin


Bersama bersalaman memohon kemaafan.


 Program sambutan Aidil Fitri SMKAL 2013
 Dari kiri : PK KO, PK Pendidikan Khas, PK Pra U Lanas dan PK HEM SMKAL
 Berbaju baru ...
 Persiapan bahagian makanan sambutan Aidil Fitri.
 Cg. Seriki, Nazori, Rosli, Khairul Anam dan Cg. Ghani asyik sekali berdiskusi.
Bahagian air sedang menanti tetamunya.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

Tuesday, August 20, 2013

KENYATAAN ATAU IMPIAN ?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Santapilah tulisan ini dengan jiwa yang lapang dan hati terbuka, kerana gagasan idea ini mungkin sama sekali berlawanan dengan persepsi kita tentang dunia yang kita diami sekarang ini.

- Pernahkan kita terfikir kenapa kita perlu bekerja kuat setiap hari hanya untuk dapat gaji yang sedikit ?

- Pernahkan kita fikir kenapa kita perlu belajar  sampai  ke Universiti ? dan adakah Universiti itu tempat terakhir untuk manusia mengorek ilmu ?

- Pernahkan kita fikir kenapa manusia perlu wang untuk menjalani kehidupan ? Wahlahal, segala jenis haiwan yang merata di bumi dan berterbangan di angkasa dapat menjalani kehidupannya tanpa perlu berfikir sedikit pun tentang wang ?

-Pernahkah kita ada cukup wang  walaupun buat kerja lebih masa dan buat kerja sambilan ?

- Kenapa dalam tempoh tidak sampai 200 hari selepas PRU 13 ni, harga barangan sering naik mendadak ?

-Kenapakah Umat Islam di seluruh dunia lemah ? sering bertelingkahan sesamanya ? atau apakah kerana umat Islam itu terlalu ramai dari segi jumlahnya ?

Semua permasalahan ini mungkin pernah terfikir dan juga mungkin tidak pernah berlegar di kotak fikiran manusia biasa atau manusia luar biasa .Ada yang hanya berfikir "Aku belajar sungguh-sungguh,nanti dapat masuk universiti, dapat ijazah Ph.d, mesti dapat kerja elok dan gaji yang besar. Selepas itu beli rumah besar, kereta besar.Dan kemudian baru kawin, dapat anak, besarkan anak, hantar anak pergi sekolah kluster, hantar atau 'ejas'  anak masuk Universiti terkenal. Apabila anak habis universiti, biar dahulu anak ada rumah besar, kereta sendiri, lepas itu baru beri dia kawin, dapat cucu, bolehlah bermain dengan cucu, kalau ada rezeki bolehlah lihat cucu masuk Universiti, kalau tidak ada rezeki dan kebetulan usia pula tidaklah panjang mana, aku pergi dahulu meninggalkan dunia, dunia yang hanya Allah sahaja yang tahu hujungnya". Bukankah begitu sifirnya ?

Sementara itu, ada juga  sesekelompok orang pula, mereka memutar kata bahawa " hidup di dunia ini adalah dalam satu orbit, tetapi orbit yang bagaimana ?  Seperti yang dinyatakan di atas, hidup manusia telah "disusun atur" oleh satu pihak. Pihak tersebut adalah 'penjaga kepada orbit perhambaan' tetapi secara dangkalnya, manusia menyangka bahawa mereka hidup bebas. Untuk menjamin kehebatan memperhambakan manusia, mereka perlu "dikontrol". Dan alat yang digunakan untuk mengawal selia manusia adalah wang. Manusia dimanipulasikan dengan kepercayaan bahawa tanpa wang ringgit, mereka tidak boleh mengecapi kesempurnaan hidup. Kalau kita tidak percaya, lihatlah dunia pada hari ini. Manusia sanggup berbunuhan sesama sendiri semata-mata kerana wang, bukan pangkat atau kedudukan. Pangkat dan kedudukan hanyalah semacam media untuk diperalatkan bagi mencapai tujuan, iaitu WANG. Apabila manusia menjadi abdi, siapa pula TUANnya? Tuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, iaitu  IBLIS alias SETAN yang telah diberikan kebebasan sepenuhnya oleh Allah SWT.

HAKIKATnya, Manusia dilahirkan ke muka bumi ini, ibarat  kain PUTIH yang polos. Suci dan murni dari segala kotoran. Mereka diwarnakan dengan kepercayaan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang sebelumnya telah dicorakkan warnanya  oleh nenek moyang mereka. Kelazimannya, apa yang dikatakan kepada mereka adalah "belajar baik-baik atau sungguh-sungguh, dapat kerja baik, gaji besar, hidup nanti senang". Perkara ini adalah merupakan salah satu perencanaan teliti yang telah disusun atur oleh pihak Iblis laknatullah. Di awal konsep perancangan Iblis, satu bentuk sistem ekonomi sudah diacu agar kata-kata tersebut boleh menjadi suatu kebenaran. Siapa yang pandai, kerja bagus, gaji besar akan hidup senang. Sebagai satu contoh realiti, dahulu-dahulu, orang lain di kampung menjadi cemburu melihat sesiapa sahaja yang belajar di sekolah orang putih, universiti luar negara dan bekerja pula di bandar, sesekali pulang kampung pakai kereta. Lantaran itu, mereka mengatakan kepada anak mereka supaya belajarlah pandai-pandai dan pergi ke bandar, lupakan sawah dan bendang, lupakan  ayam,itik ,kambing dan lembu. Kejayaan IBLISkah ini ?

Demikian yang berlaku dair generasi ke generasi sehingga saat ini, 99.99% manusia percaya bahawa "kerja baik, gaji besar" adalah satu matlamat hidup. perhatikan frasa "gaji besar".. ia bermaksud apa? DUIT! Manusia pada peringkat awalnya percaya bahawa "gaji besar" adalah satu kemewahan, namun, pada masa kini, "gaji besar" adalah satu KEMESTIAN! Manusia mahu tak mahu terpaksa buat apa sahaja untuk menambah pendapatan, baik dengan kerja lebih masa mahupun melakukan kerja sambilan. Ini menambah masa bekerja mereka dan mengurangkan masa dengan keluarga dan masa untuk kehidupan sendiri. Apabila masa diluangkan untuk kerja melebihi masa untuk kehidupan sendiri, apakah gelaran yang sesuai bagi mereka? Pekerja? atau Hamba? Anda tentukan.

Keturunan iblis menamakan sistem orbit belajar-masuk Universiti-kerja-rumah besar-kereta besar-kawin-mati ini sebagai 'orbit perestuan'. Demi menjayakan lagi projek raksaksa ini, mereka memperkenalkan suatu sistem ekonomi berdasarkan kredit dan bunga ataupun faedah. Bunyinya memang sedap tetapi hakikatnya tidak. Dalam sistem Islam, bunga ataupun faedah ini dipanggil RIBA dan setiap hasilnya adalah HARAM. Tetapi ada yang cuba melunakkan bicara dengan berkata "kami terpaksa bekerja untuk hidup". Tanggapan balas untuk bual bicara tersebut ialah:" Segala jenis binatang yang berterbangan sama ada di langit, meratakan di bumi  , berenang di air, ulat dibatu, semuanya itu siapakah yang memberi  rezeki kepada mereka? Bukankah Allah Yang Maha Agung ?. Jadi, jika kita yang sibuk menjana pendapatan dari sumber RIBA atau sumber HARAM lainnya tidak sanggup menjana sumber pendapatan alternatif yang HALAL kerana takut tidak makan, ini bererti kita merelakan anak bini makan dari sumber yang syubhah. MUNGKIN bagi mereka, pekerjaan itu yang memberi mereka  rezeki, bukan Allah SWT. Bukankah ini syirik ? Tidak menyakini eksistensi Allah !

Akibat daripada manusia terlalu bergantung kepada wang untuk hidup, maka Iblis sebenarnya telah berjaya melaksanakan projeknya itu.Perencanaan Iblis berjalan lancar, selancar aliran air dari hulu ke muara sungai. Manusia ini suka sangat duit, kalau bagi lagi wang, bagi lagi mereka banyak wang, tetapi tidak ada nilai. Sebagai contoh, kita perasankah sekarang ini,  walaupun kita ada RM 50, tetapi bila pergi ke kedai untuk membeli bahan basah, barangan yang dapat dibeli tidak sebanyak mana berbanding 5 tahun lepas. Kalau 5 tahun lepas RM 50 dapat beli ikan, ayam, sayur dan budu 2 botol. Ini adalah disebabkan oleh sejenis virus yang namanya INFLASI. Inflasi berpunca dari RIBA yang terpaksa dibayar oleh negara apabila berhutang atau dengan kata lain, kerajaan berhutang, rakyat bayarkan ribanya. Jadilah ekonomi makin sempit sampai rakyat kena buat 2-3 kerja dalam satu-satu masa.

Walau bagaimanapun, kita janganlah merasa gundah gulana dengan apa yang berlaku. apa yang tertumpah dalam coretan hamba ini hanyalah secuil ketimbang dari beribu juta impian dalam hidup kita yang direkayasa oleh Iblis laknatullah. Semuanya programnya diolah lumat dengan baik oleh media massa, terutamanya tv.  Jadi,tepuk dada sendiri, tanya iman ada atau tidak dalam hati.

Setakat ini dahulu, kalau ada rezeki, kita sambung semula. Amein. Wassalam.

Sunday, August 18, 2013

RENCAH EKSPEDISI BULAN SYAWAL.


Pencarian pahala keberkahan kini sedang berlangsung, setelah melakukannya  di bulan Ramadhan, kini sebahagian umat Islam melakukan pencarian pahala keberkahan dalam bulan Syawal iaitu melakukan puasa 6 hari di bulan Syawal yang pahala berpuasa pada hari-hari tersebut seakan-akan berpuasa penuh selama satu tahun.

Puasa ini mempunyai kelebihan yang sangat istimewa. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim).

Bagaimana proses pencarian pahala keberkahan dan manfaat pada puasa 6 hari di bulan syawal itu muncul? Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Selain itu Puasa Syawal dan Sya’ban boleh diibaratkan sebagai solat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Kebanyakan puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, oleh hal yang demikian itu memerlukan sesuatu yang dapat menutupi dan menyempurnakannya. Selain itu juga terdapat manfaat keberkahan diantaranya ialah membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah SWT menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasya. Ada kalangan orang bijak pandai mengindahkan bahasa dengan mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh  itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amalan pertamanya. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama yang dilakukannya, Antara manfaat puasa 6 hari di bulan Syawal adalah amalan-amalan yang dikerjakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan perginya bulan Ramadhan selama ia masih hidup.

Sebaik-baiknya orang yang masih berhutang puasa Ramadhan mula melunasi hutang puasa itu di bulan Syawal,hal ini dapat mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Apabila hutang puasa Ramadhan dilangsaikan, barulah kemudian dilanjutkan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. 

Perlu diingat juga bahawa solat-solat dan puasa sunnah serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan adalah disyariatkan sepanjang tahun, sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu. Hal ini juga dapat mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya.

Hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan, salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Saw, seluruh keluarga dan sahabatnya. Semoga kita semua mendapatkan keberkahan Syawal dengan melakukan puasa 6 hari di bulan Syawal. Amin.

Sunday, July 28, 2013

SEKELUMIT KISAH LAILATUL QADAR.


Salah satu keistimewaan bulan Ramadhan adalah satu malam yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia, iaitu malam Lailatul Qadar. Banyak ayat dalam Al-Quran yang menceritakan tentang barakahnya malam ini, malam yang diturunkan Al-Quran. Banyak di antara orang menunggu kedatangan Lailatur Qadar dalam sepuluh hari terakhir, terutama malam- malam ganjil .

Sebagaian orang menunggu kedatangan malam itu dengan beriktikaf di masjid sambil membaca Al-Quran. Ada yang menunggunya dihadapan rumah agar dapat melihat turunnya malaikat pada malam Qadar, dan tidak kurang juga yg menyambutnya dengan sinaran-sinaran lampu-lampu minyak agar kawasan mereka diterangi. Mereka begitu yakin dengan beberapa tanda-tanda yang banyak diceritakan dalam berbagai cerita sejarah.

Ada suatu hal yang tersimpan dalam benak hati kita semua. Sebuah pertanyaan di lubuk hati paling dalam iaitu pernahkah Nabi Muhammad SAW melihat langsung Lailatul Qadar? Adakah sahabat-sahabat juga pernah melihatnya? Kita pernah mendengar banyak hadis-hadis yang menceritakan tanda-tanda malam tersebut, adakah kita bisa melihatnya dengan mata kepala kita sendiri.

Cara yang paling baik bagi kita menjawab segala persoalan ini dengan meneliti beberapa tafsiran daripada beberapa ahli tafsir termasuk melihat tanda-tanda tersembunyi yang sering diceritakan itu.

Tafsir Surat Al-Qadar:

Satu surat yang begitu signifikan yang menceritakan mengenai peristiwa malam tersebut ialah surah Al-Qadar yang mengandungi 5 ayat. Surat Al-Qadar adalah surat ke 97 menurut susunannya didalam Mushaf. Ada diantara ulama-ulama mengatakan bahwa surat Al-Qadar ini turun selepas penghijrahan Nabi saw ke Madinah.

Didalam membicarakan pentafsiran ayat, kita ambil penafsiran  dari Tafsir Jalalain:

Secara kesimpulannya menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu secara sejarahnya di turunkan Al-Quran dari Lauhul Mahfuz ke langit dunia. Kemuliaan malam tersebut telah dikhabarkan kepada Rasulullah SAW. Bulan itu dikatakan satu bulan dengan barakah seperti 1000 bulan. Di malam tersebut para malaikat-malaikat dan Jibril turun ke bumi dan memohon Allah mengkabulkan doa'-do'a hamba-hambanya. Kemuliaan malam tersebut berakhir dengan terbitnya fajar.

Pentafsiran  ayat pertama surah Al-Qadar dari Tafsir Ibnu Kathir:

Allah SWT telah mengkhabarkan sesungguhnya Allah telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Allah berfirman: "Sesungguhnya kami turunkannya di malam yg barakah". Inilah yang kemudian dikenal sebagai malam Al-Qadar yang berada dalam bulan Ramadan sebagaimana firmannya, "Pada bulan Ramadan yang diturunkan didalamnya Al-Quran".

Berkata Ibnu Abbas bahawa Allah SWT telah menurunkan Al-Quran keseluruhannya (secara total) dari Lauhul Mahfuz ke Baitul 'Izzah dari langit dunia kemudian diturunkan secara berpisah dan berperingkat selama 23 tahun ke atas Nabi SAW, kemudian firman Allah beliau memuliakan Lailatul Qadar di mana Allah SWT telah mengizinkan penurunan Al-Quran.

Keistimewaan Lailatul Qadar:

Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi merujuk kepada surah Al-Qadar dalam membicarakan persoalan keistimewaan Lailatul Qadar, antara lain katanya :

"Allah telah memuliakan Al-Quran dimalam ini, dan ditambahnya dengan maqam yang mulia, yaitu kedudukan dan kemuliaannya yang sangat banyak dari kebaikan dan kelebihan dari 1000 bulan. Apa-apa ketaatan dan ibadah di dalamnya menyerupai 1000 bulan yang bukan Lailatul Qadar. 1000 bulan ini menyamai 83 tahun 4 bulan. Hanya di satu malam ini lebih baik dari umur seseorang yang menghampiri 100 tahun, jika tambah berapa tahun beliau baligh dan dipertanggung jawabkan".

Dan pada malam itu turunnya malaikat-malaikat dengan rahmat Allah dengan kesejahteraan dan barakahnya. Dan kesejahteraanya melimpah sehingga  terbit fajar. Didalam As-sunnah, banyak hadist-hadist yang menyebutkan mengenai keutamaan Lailatul Qadar ini. Yang banyak dianjurkan untuk mencarinya pada 10 malam terakhir. 

Dalam Sahih Bukhari dari Hadis Abu Hurarirah,

"Barangsiapa yang berqiam di malam Al-Qadar dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka telah diampunkannya apa yang telah lalu dari dosanya". (Riwayat Bukhari didalam Kitab Al-Saum).

Rasulullah SAW telah memberi penjelasan kepada siapa yang lalai dan tidak memperhatikan malam tersebut, iaitu sama seperti menghalang diirinya dari menerima kebaikannya dan ganjarannya. Berkata para sahabat yang telah dinaungi mereka bulan Ramadan:

 "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kamu didalamnya mengandung malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Siapa yang memuliakannya maka beliau akan dimuliakan kebaikan semua perkara. Dan siapa yang tidak memuliakannya maka kebaikannya akan dihalang". (Riwayat Ibnu Majah dari Hadis Anas, isnad Hassan sebagaimana didalam Sahih Jaami' Al-Saghir).

Sheikh Ibnu Taimiyyah (Majmu' fatawa - Jilid-25/286) dalam membicarakan soalan yang mana satu lebih afdal, antara Malam Isra' Nabi saw atau Lailatul qadar? Katanya:

 "Sesungguhnya Malam Isra' lebih afdal dan Malam Al-Qadar lebih afdal bila dinisbahkan kepada umat...". Manakah yang lebih afdal 10 Zulhijjah atau 10 malam terakhir Ramadan?. Kata Ibnu Taimiyyah, "Hari 10 Zulhijjah lebih afdal dari hari 10 dari bulan Ramadan. Dan malam-malam 10 akhir Ramadan lebih afdal dari malam 10 Zulhijjah".

 Jelas menunjukkan bahwa para ulama menyatakan bahwa malam lailatul Qadar ini sangat istimewa kepada umat Muhammad.

Dapatkah Lailatul Qadar dilihat dengan mata?

Dua tokoh ulama' Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan Sheikh Salleh Munajjid berkata:

 "Malam Qadar boleh dilihat dengan mata kepada siapa yang diberi taufiq oleh Allah SWT dan dengan menggunakan tanda-tandanya. Para sahabat r.h. mencarinya berdasarkan tanda-tandanya tetapi tiada laporan yang mengatakan mereka telah melihatnya. Akan tetapi tidak ada larangan mencari hasil fadilah bagi siapa yang beriman dan bersungguh-sungguh", kata beliau.

Sheikh Al-Sya'rawi mengatakan: 

"Satu pun diantara makluk Allah tidak melihat Lailatul Qadar melainkan Rasulullah SAW. Ini adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada Rasulnya. Selain itu, ada beberapa orang yang dilaporkan pernah melihatnya. Mereka yang melihatnya berkata-kata kepada Rasulullah yang melihat beliau pandangan di dalam tidur mereka, seolah-olah berkata: "Aku melihat sebagaimana aku sujud di dalam air yang melimpah, kemudian menjadi pagi hari 23, mereka melihat masjid-masjid di sepanjang malam tersebut. Langit seolah-olah ingin hujan, Rasulullah sujud sehingga kelihatan dahi di atas tangannya dan kami mengetahui bahawa di sini adalah Lailatul Qadar didalam tahun dan malam itu".

Haruskah mencari Lailatul Qadar?

Ada beberapa hadis yang menunjukkan betapa ruginya seseorang yang tidak pernah berusaha mencari Lailatul Qadar. Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan Sheikh Salleh Munajjid beliau berkata; "Seorang Islam haruslah mencari malam 10 terakhir Ramadan sebagaimana Rasulullah SAW mengarahkan umatnya menuntut ganjaran dan pahala di mana seseorang yang mendirikannya dan iman dan azam malam tersebut, dia akan menerima ganjarannya dan jika tidak bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: "Barangsiapa yang berqiam di malam Qadar dengan keimanannya maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu". Dalam riwayat lain, "Barangsiapa yg berqiam dan mencarinya kemudian ia akan diampunkan dosa yang sebelumnya dan yang terakhir."

Tanda-tanda Lailatul Qadar

1. Menurut Sheikh Abdul Khaliq Al-Sharrif bahawa tanda-tanda Lailatul Qadar akan ditunjukkan pada pagi harinya matahari akan memancar dan cuacanya yang agak sejuk.

2. Sheikh Saleh Munajjid mengatakan bahawa matahari yang keluar itu tidak memancarkan cahaya.

3. Sheikh Dr Yusuf Qardhawi mengatakan terdapat juga berbagai tanda, seperti cahayanya merah kelemah-lemahan dan pada malam itu hujan dan angin sepoi-poi, tiada bau dan tiada sejuk sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz didalam Fathul Bari'.

Kata Al-Qardhawi:

"Semua tanda ini tidak memberi kepastian mengenainya. Tidak mungkin ia berulang-ulang, kerna malam Al-Qadar selalu berbeza-beza cuacanya dalam berbagai negara, berbeza pula waktunya. Ia mungkin dijumpai di sebuah negara Islam yang tidak putus hujannya, dan kemungkinan di negara lain yang keluarganya bersolat istiqo' yang berdepan dengan kemarau, dan negara-negara berbeza dari segi kepanasan dan kesejukannya, naik matahari dan turunnya, kuat atau lemah pancarannya, maka mustahil untuk mendapat titik pertemuan ini. Kajian ulama' mengatakan: boleh di ambil malam-malam yang tertentu Lailatul Qadar itu dari sebahagian manusia. Ia hanya kelihatan kepada dia seorang sahaja yang melihatnya. Atau menerima mimpi dalam tidur, atau berlaku (karamah) keajaiban yang luar biasa. Atau Ia terjadi kepada keseluruhan umat Islam agar ia menerima ganjaran kepada siapa sahaja yang berpeluang melakunya. Dan Ia tidak nampak apa-apa yang berlaku. Kebanyakkan ulama' mengambil pandangan yang awal tadi.

Amalan saat Lailatul Qadar

Kemuliaan malam tersebut dan seruan-seruan dari hadist-hadist yang menyuruh umat Islam mencari malam tersebut mungkin akan menimbulkan sedikit pertanyaan. Apakah malam itu khusus bagi mereka-mereka yang alim sahaja atau  berlaku bagi masyakat umum. Yusuf Qaradawi mengatakan bahawa malam itu datang untuk semua orang yang benar-benar menginginkannya.

 Kata Qaradhawi:

"Maka Malam al-Qadar ialah malam umum untuk semua yang menuntutnya. Yang menginginkan kebaikan dan ganjarannya, dan apa yang disisi Allah di dalamnya, itu lah malam ibadah dan malam ta'at, dan bersolat, bertilawah, berdo'a, bersedekah, menjalinkan perhubungan, beramal soleh, dan melakukan kebaikan-kebaikan".
"Yang harus dilakukan oleh orang Islam pada malam ialah; Bersholat Isya' secara berjamaah, sholat subuh berjamaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Di dalam hadist Sahih diriwayatkan Nabi bersabda, "Barangsiapa yang bersolat Isya' berjamaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjamaah, seolah-olah ia bersholat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim).

Sheikh Atiyah Saqr menganjurkan:

Hidupkannya dengan bersolat, membaca Al-Quran, berzikir, beristigfar dan berdo'a dari terbenam matahari sehingga terbit fajar. Dan hidupkan ramadhan dengan bersolat terawikh di dalamnya. Sebuah riwayat yang mengatakan,
"Barangsiapa yang bersholat maghrib dan Isya' di hari akhir yaitu di malam Al-Qadar secara berjamaah, ia telah diberi keuntungan dari Lailatul Qadar". Berkata A'isyah r.h "Ya Rasulullah di waktu Lailatul Qadar, apakah yang harus aku katakan". "Katakalah, "Ya Allah sesungguhnya kamu pengampun dan suka kepada pengampunan, maka ampunkanlah ku".

Diolah semula dari :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...