Showing posts with label d edit: Wan yusoff. Show all posts
Showing posts with label d edit: Wan yusoff. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

POKOK STEVIA - SWEET LEAF

Go to fullsize image
Go to fullsize image

KHASIAT UNTUK PENYAKIT DIABETIS.
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia
ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.


-Dipetik dr.segala tentang tumbuhan.

Kenyataan Rasmi Al Qaeda

Kenyataan Rasmi Al Qaeda: Usamah bin Ladin
telah syahid



Setelah berjihad bertahun-tahun, dengan perjalanan hidup yang penuh perjuangan dan kesungguhan, keteguhan dan kesabaran, akhirnya Syaikh al-Mujahid al-Muhajir Abu Abdillah Usamah bin Muhammad bin Ladin mencapai apa yang dicita-citakannya selama ini yaitu syahid di jalan Allah.
Terbunuhnya beliau telah dikonfirmasi oleh Pimpinan Pusat Al Qaeda, dalam kenyataan resmi yang telah disebarkan beberapa jam lalu di forum-forum Jihad. Beliau terbunuh dalam serangan Amerika di Abbottabad, Pakistan awal Mei 2011.
“Walaupun Amerika berhasil membunuh Syaikh Usamah, itu bukanlah hal yang memalukan. Apakah kalian (Amerika) hanya boleh membunuh para pejuang saat mereka istirahat. Sungguh setiap ajal telah ditentukan,” kata kenyataan Al Qaeda.
“Namun, apakah Amerika mampu, dengan media, hantu-hantu, peralatan, pasukan, dan perisikan mereka untuk mematikan apa yang Syaikh Usamah hidup untuknya dan terbunuh di jalannya? Sangat sangat tidak mungkin. Sesungguhnya Syaikh Usamah tidaklah membangunkan organisasi yang akan hancur dengan terbunuhnya beliau, dan hilang dengan ketiadaan beliau.”
“Jika saja cahaya Islam boleh hilang dengan terbunuhnya atau meninggalnya seseorang, pasti ia sudah hilang saat wafatnya nabi yang mulia Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, atau saat terbunuhnya Amirul Mukminin Umar, Utsman, dan Ali.”
“Syaikh Usamah rahimahullah bukanlah seorang nabi yang diutus pada abad ke-20, namun hanyalah seorang lelaki muslim dari kalangan umat Islam yang mulia, yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan menjual dunia untuk mendapatkan akhirat dengan usaha yang sungguh-sungguh, sebagaimana yang kami lihat.”
“Maka Allah meninggikannya saat dia meninggikan agama-Nya, dan memuliakannya saat dia berusaha memuliakan kalimat-Nya, dan membuat kaum kafir gentar terhadapnya saat beliau tidak takut kepada siapa pun kecuali Rabb-nya.”
Rahimakallah ya Usamah… Semoga Allah menempatkanmu di tempat yang mulia di sisi-Nya bersama para nabi dan shiddiqin, sebagaimana yang telah dijanjikan dalam Al-Quran untuk para syuhada. (arrahmah.com)

Friday, May 6, 2011

TERKINI - TERSERLAH SEBUAH KEZALIMAN



Gambar mayat yang diduga jenazah Osama bin Ladin kembali beredar
di dunia maya. Kali ini bersama tiga gambar lainnya yang diduga
pengawal peribadi beliau yang berada di tempat
kejadian waktu penyerbuan.
Dalam gambar yang tersebar tersebut, satu gambar close up wajah
yang mirip dengan Osama, dengan kondisi kepala yang hancur.
Sementara tiga gambar lainnya, terlihat tiga orang tergeletak di lantai
dengan berlumuran darah. Tiga orang tersebut diduga sebagai pengawal Osama.
Menurut maklumat, gambar tersebut merupakan gambar yang dibeli oleh Reuters dari pihak perisikan Pakistan.


 

 

 

-Sumber berita dari arrahmah.com

Tuesday, May 3, 2011

SOAL JAWAB MANUSIA DENGAN AL QURAN

SETIAP PERMASALAHAN ADA JALAN PENYELESAIAN.
Go to fullsize image
Setiap Kesulitan, Ada Kemudahan: Kita Bertanya, Al-Qur'an Menjawabnya

Pertanyaan yang selalu saja ada dibenak fikiran kita,kekadang membuat kita sering tidak sabar menghadapi hidup ini, diantara pertanyaan-pertanyaan yang selalu muncul dalam kehidupan ini adalah:

KENAPA AKU DIUJI?,
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?,
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?,
KENAPA SELEMAH INI?,
 BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?,
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?,
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?,
AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!! ...
Lalu apa sarana penyelesaiannya? Banyak orang yang menghabiskan wangnya hanya untuk membeli sebuah kebahagiaan, sebuah kebahagian sejatinya tidak akan dapat dibeli kecuali dicari oleh yang menginginkan kebahagiaan. Adapula yang ingin lari dari ujian hidup dengan cara mengakhirinya, seperti yang kita lihat, banyak manusia-manusia yang bunuh diri dengan sia-sia, kerana kecewa akibat cinta, kemiskinan, tamak dan gila, nauuzhubillah…dan persoalan-persoalan ini tidak cukup untuk diuraikan oleh lembaran-lembaran kertas dan ukiran pena, Masya Allah…

Solusinya adalah…

Kembali kepada Al Qur’an, disana ada jawaban dan penyelesaian terbaik dari  Allah Jalla wa’alaa, Dialah sebaik-baik tempat meminta dan kembali…Subhanallah…

Mari kita mulai untuk mencari jawaban dari persoalan-persoalan kehidupan ini…

Bismillah…..

1. KENAPA AKU DIUJI?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (“I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -(QS Al-Ankabut ayat 2-3)

2. KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (QS Al-Baqarah ayat 216)

3.  KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- (QS Al-Baqarah ayat 286)

4.  KENAPA AKU SELEMAH INI?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

”Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (QS Al-Imran ayat 139)

5. BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” – (QS. Al-Imran ayat 200)

6. BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya sholat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (sedar)” – (QS Al-Baqarah ayat 45)

7. APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

”Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? – (QS At-Taubah ayat 111)

8. KEPADA SIAPA AKU BOLEH BERHARAP?

AL-QUR’AN MENJAWAB:

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” – (QS At-Taubah ayat 129)

9. AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!

AL-QUR’AN MENJAWAB:

”… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” – (QS Yusuf ayat 12)

Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………Apa kita ingin mengikutinya???

Wallahu a’lam bish showab…
Your Brother,
Muhammad Jibriel Abdul Rahman

#D'olah semula:wann yusoff

Friday, April 29, 2011

ADAKAH ANDA BERCITA-CITA JADI ...?

BERUSAHA TANGGA JAYA ...
Go to fullsize image

“Kalian bakal bercita-cita menjadi pemimpin dan itu akan menjadi penyesalan di hari kiamat. Maka senikmat-nikmat kepemimpinan adalah saat seseorang menyusu darinya (menjawatnya), dan secelaka-celakanya adalah saat orang melepaskan penyusuannya” (HR. Bukhari).

Kekuasaan dalam batas tertentu tidak sama halnya dengan kekuatan. Bagi yang sedang berkuasa, suaranya saja boleh menggerakkan banyak orang, menghasilkan banyak bangunan, menghasilkan harta berlimpah, dan juga memunculkan keadilan. Itulah sebabnya, orang tua pun boleh lupa pada usianya dan orang lemah lupa pada kelemahannya, ketika muncul cita-cita ingin meraih kekuasaan. Padahal, tidak sedikit orang yang meskipun sedang memegang kekuasaan masih tidak berdaya.
Sebahagian peneraju kekuasaan tidak berdaya menciptakan kemakmuran, keadilan, dan kepedulian bagi rakyatnya. Rakyat hidup tidak terperhatikan, sehingga hidup bagaikan tanpa pemimpin. Inilah keadaan yang sangat dikuatirkan oleh para peneraju kekuasaan beriman, seperti Khalifah Umar bin Khattab r.a. Kerana takutnya, Umar sentiasa berusaha memastikan sendiri keadaan rakyatnya dengan cara memasuki kawasan-kawasan pemukiman.
Ada juga pemimpin yang tidak berdaya menghadapi ketidakmampuan dirinya sendiri, isterinya tidak terkawal. Sudah tidak mampu, pendapat orang lain pun tidak ingin didengar. Akibatnya, pemimpin menjadi sumber malapetaka bagi rakyatnya. Hal ini demikian ,dikuatirkan antara lain oleh Khalifah Abu Bakar Shiddiq r.a., sehingga beliau memulai masa kekuasaannya dengan mengajak rakyatnya untuk tidak segan-silu memberi pelbagai input kepadanya.
Hal-hal seperti ini sepatutnya dicontoh, terutama, oleh orang-orang yang sedang berkuasa atau yang bercita-cita untuk meraih kekuasaan. Sebab, kekuasaan yang hanya berdasarkan cita-cita opurtunis tetapi tidak dikelola sesuai amanah, akan menjadi penyesalan dahsyat.



D'olah kembali: wannyusoff

Wednesday, March 30, 2011

Tsunami, Petanda Apakah Ini ?

Ombak air yang laju menyapu seluruhnya. Hilang segala kekuatan yang dibina manusia.
Kekuatan arus air sangat sukar dipercayai. Lebih menakutkan adalah suara tsunami yang menghancurkan dan menyapu semua benda yang berada di laluannya.


Gelombang tsunami yang tidak dapat dikawal ini terus melanggar kabel elektrik dan lampu jalan dan kemudian melalui bangunan berbumbung hijau melanggar, sebuah bangunan bertingkat dan memuntahkan isinya ke dalam arus tsunami.


Bermuhasabahlah dalam segala perbuatan. Kekuatan manusia tidak dapat menandingi kekuasaan Allah swt.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...