Showing posts with label d edit: Wann yusoff. Show all posts
Showing posts with label d edit: Wann yusoff. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

ENAM PEMUSNAH PERIBADI UNGGUL

Enam Sikap Merosak Keperibadian


Go to fullsize image
Manusia memiliki keperibadian positif dan negatif yang tercermin pada tingkah laku dalam setiap sepak terajang kehidupan sehari-hari. Sikap positif lahir dalam tindakan patuh, mencari kebenaran, muhasabah diri, bekerja, dan mengadakan lapangan kehidupan.

Manakala sikap negatif terlihat pada sikap membangkang, cenderung kepada perbuatan maksiat, malas bekerja serta membuat kerusakan sama ada terhadap diri sendiri, keluarga maupun masyarakat.

Nabi Muhammad Saw bersabda dalam hadis  yang diriwayatkan oleh Addailami, ”Ada enam perkara yang menyebabkan amal kebajikan menjadi sia-sia [tidak mendapat pahala] iaitu sibuk mengurus aib orang lain, keras hati, terlalu cinta kepada dunia, kurang rasa malu, panjang angan-angan dan zalim yang terus menerus di dalam kezalimannya.”

Sibuk meneliti aib orang lain

Dia lebih suka mencari dan menyebarkan keburukan yang terdapat pada orang lain lalu membesar-besarkannya, sementara aib sendiri tidak pernah diperiksa sesuai dengan pepatah , ”Kuman di seberang lautan nampak, gajah dipelupuk mata tidak nampak”.

Sebuah riwayat ada menceritakan seorang khalifah memperhatikan rakyatnya di tengah malam, lalu dia menemukan dalam sebuah rumah seorang lelaki dan wanita serta minuman khamar (arak) yang dihidangkan, dia masuk ke rumah itu dengan memanjat dinding sambil membentak,dan terjadilah dialog berikut:

Khalifah: Hai musuh Allah, apa kau kira Allah akan menutupi kesalahan ini ?
Lelaki: Tuan sendiri jangan tergesa-gesa, tuan juga telah melakukan kesalahan.
Khalifah: Kesalahan apa yang saya telah perbuat ?
Lelaki: Kesalahan saya hanya satu iaitu apa yang Khalifah lihat sekarang, sedangkan tuan telah melakukan tiga kesalahan iaitu; mengintai-intai keburukan orang lain, padahal Allah melarang perbuatan itu, masuk rumah orang dengan memanjat dinding, bukankah ada pintu yang harus dilalui dan masuk rumah tanpa izin tuan rumah.

Keras hati

Ertinya tidak mahu menerima pengajaran yang baik, nasihat yang mengandungi kebaikan ditolaknya. Tidak suka segala kesalahannya dikritik apalagi dihukum, dialah yang paling benar, disamping itu hatinya tidak tersentuh oleh penderitaan dan kesedihan orang lain.

Di masa Rasulullah SAW, terdapat suatu kejadian yang membuat semua sahabat bersedih kerana matinya salah seorang anggota keluarga dari mereka, bahkan Nabi Saw pun meneteskan air matanya, sahabat-sahabat disekitarnyapun berlinang air matanya, tapi seorang sahabat nampak biasa-biasa sahaja, sedikitpun dia tidak tersentuh melihat kejadian itu. Lalu dia bertanya kepada Nabi Saw, maka Rasulullah menjawab, ”Itu tandanya hati yang keras”.

Orang yang keras hati cenderung egois, sombong, takabur dan tidak ingin menerima kebenaran, kerana hatinya telah beku dan tidak terbuka untuk menerima pengajaran yang benar.

Terlalu cinta kepada dunia

Kehidupan dunia hanya sementara sebagai musafir yang berada dalam perjalanan lalu istirahat pada sebuah tempat. Namun tidak sedikit manusia yang beranggapan tempat istirahat sejenak itulah tujuan sehingga lupa akan tujuan asalnya.

Dijelaskan oleh Nabi Muhammad Saw, bahwa nanti pada suatu masa ummat Islam akan dikeroyok oleh ummat lain sebagaimana mereka menghadapi makanan di atas meja, padahal jumlahnya ramai tapi kekuatannya ibarat buih di  lautan, mudah hancur. Saat itu ummat dihinggapi penyakit yang bernama ”Wahn” iaitu suatu bakteria yang meracuni ummat ini sehingga mereka terlalu cinta kepada dunia dan takut akan kematian.

Sedikit rasa malu

Orang yang memiliki sifat ini tidak malu-malu berbuat apapun menurut kemahuannya, dosa dan maksiat suatu perbuatan sehari-hari, sedangkan benar dan salah bukan suatu ukuran.

Bila hilang rasa malu , maka akan berbuat semaunya dan beranggapan diri lebih suci dari orang lain. Menurut Abu Hasan Al Mawardi, malu ada tiga kategori iaitu;

1. malu kepada Allah
2. malu kepada manusia
3. malu kepada diri sendiri.

Panjang angan-angan

Sifat ini menunjukkan kekerdilan manusia, kemahuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuan, dia suka berandai-andai. Ungkapannya berbunyi, ”Seandainya, andai kata, apabila”. Ia hanya menghabiskan waktunya untuk berangan-angan dan berkhayal yang macam-macam, tetapi sama sekali ia tidak berbuat sesuatu. Dia beranggapan bahawa mengkhayal itu benar, khayalan itu enak dan percuma. Orang yang seperti ini ibarat, ”Pungguk merindukan bulan”, atau ”Katak ingin menjadi kerbau”.

Perbuatan zalim yang terus menerus

Watak manusia kerana kuat dan kuasa dia melakukan eksploitasi kepada bangsa lain, memeras bawahan dan menindas yang lemah, bila ini dilakukan tidak henti-hentinya, maka akibatnya orang pun terus menerus menanggung penderitaan dari kezalimannya. Ahli Hikmat membahagi kezaliman menjadi tiga iaitu ; zalim kepada Allah dengan Al Fathir ayat 32: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang Menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurnia yang Amat besar.”

Enam sifat inilah yang dapat menghancurkan nilai-nilai ibadah, dia ibarat air di daun keladi, amal yang dilakukan berpahala banyak tetapi tertumpah tanpa meninggalkan bekas, apabila enam sifat tercela ini terdapat dalam peribadi seseorang, waspadalah atas peringatan Rasulullah Saw tadi.

Amein,yaRabba alamin.
 
Diolah semula oleh: Wann yusoff

Sunday, May 15, 2011

PENDAPATAN LANUN SOMALIA 79,000 DOLLAR SETAHUN

 79,000 DOLAR SETAHUN, CUKUP LUMAYAN!

undefined
Aksi-aksi lanun Somalia.

     Sebuah kajian baru-baru ini melaporkan bahawa pendapatan seorang lanun di perairan Somalia mencapai 79.000 dolar setahun.

      Dengan pendapatan sebesar itu bererti 150 kali pendapatan per kapita  penduduk Somalia, menurut penelitian konsultan perisikan politik dan ekonomi Geopolicity yang diterbitkan media Afrika.
       Dalam kajian Geopolicity juga disebutkan bahawa jumlah perbelanjaan akibat pelanunan di Lautan Hindi pada 2010, hampir semua dilakukan oleh lanun Somalia, diperkirakan mencapai sekitar 7 milion dolar hingga 12 milion dolar.
     Kajian itu juga menyatakan wilayah kritikal perompakan semakin luas iaitu sekitar 2.5 juta batu persegi dari luar pantai Somalia, naik satu juta batu persegi laut dibanding dua tahun lalu.
      Penelitian lain oleh  Oceans Beyond Piracy, menjangkakan pembiayaan akibat perompakan dalam empat tahun akan datang mencapai 15 milion dolar.
      Lautan Hindi dilalui setengah dari lalu lintas kontena dunia, dan 70 peratus dari jumlah lalu lintas minyak dunia melalui perairan itu.
      Teluk Aden dan Oman adalah di antara laluan utama pelayaran dunia: sekitar 21,000 kapal, dan 11 peratus lalu lintas minyak mentah dunia, menyeberangi Teluk Aden setiap tahun.
      Pelabuhan Mombasa dan Dar es Salaam menangani 25 juta tan kargo dalam 2008–tidak hanya untuk Kenya dan Tanzania, tetapi juga untuk Uganda, Republik Demokratik Kongo, Sudan Selatan, Rwanda, dan Burundi.
      Keseluruhannya, pelabuhan Afrika Timur, dilalui sekitar satu perlima daripada lalu lintas kontena Afrika sub-Sahara, dengan purata pertumbuhan tahunan 6 peratus sejak 1995.
     Di Lautan Hindi juga terdapat sarana komunikasi penting, iaitu terdapat 17,000 km kabel serat optik bawah laut menghubungkan Afrika Selatan, Tanzania, Kenya, Uganda, dan Mozambik dengan Eropah dan Asia.
     Insiden perompakan telah meningkat dari 276 pada 2005 menjadi 445 kes pada 2010. Menurut Biro Maritim Antarabangsa, ada 142 serangan antara Januari-Mac 1997- 2011 di antaranya di luar pantai Somalia–meningkat daripada 35 pada jangka masa sama tahun sebelumnya.
      Lanun berjaya menyita 18 kapal di seluruh dunia, menahan lebih dari 340 tawanan dalam setiap serangan, di mana tujuh kru kapal terkorban dan 34 lainnya cedera.
      Dalam lima tahun terakhir tuntutan tebusan lanun Somalia meningkat mengejutkan, 36 kali ganda, dari kira-kira 150,000 dolar pada 2005 kepada 5.4 juta dolar pada 2010.
      Pembayaran wang tebusan terbesar hingga kini adalah untuk kapal tanker Korea Selatan Samho Dream yang mencapai 9.5 juta dolar yang dibayarkan pada November tahun lalu.
      Jumlah pendapatan lanun Somalia pada 2010 sekitar 238 juta dolar. Oceans Beyond Piracy menjangkakan jumlah bayaran insuran akibat perompakan oleh lanun Somalia antara 460 juta dolar hingga 3.2 milion dolar per tahun.
     Pembiayaan bagi persidangan perompakan dan penjara tahun 2010 sekitar 31 juta dolar, dan biaya tambahan akibat pengalihan laluan kapal untuk menghindari perompakan antara 2.4 juta dolar hingga 3 milion dolar setahun.
       Itu belum termasuk biaya pengerahan pasukan tentera laut untuk perlindungan yang mencapai 7 milion hingga 12 milion dolar.
       Kajian itu melaporkan bahawa jumlah lanun akan terus bertambah, sekarang diperkirakan sekitar 1.500 orang, naik lebih 400 orang setiap tahun.

Saturday, May 14, 2011

WAJAH-WAJAH HASIL KEKEJAMAN YAHUDI

Apa yang berlaku di Gaza, April 2011.
Tiada kata untuk menceritakan sebuah derita yang terpaksa ditanggung.
Keganasan sebenar yang didukung Amerika, senyap tanpa pembelaan sewajarnya.
Hanya gambar yang dapat berbicara untuk meluah rasa, kekejaman sebenar
yang terlindung angkara pemberitaan musuh Islam.
Rakyat Palestine, penderitaannya menguris hati kita.






MINGGU SUAI KENAL PELAJAR PRA UNIVERSITI SMKAL

 Seronok nampak...
 Letihlah tu...
 Bolehnya tidur...uh...uh...uh...
 Possiiinng elok-elok...
 Hari Ahad nih, puak mu ejas molek...
 Boss duk cakap tu, royat wee cepat ckit... lapar

 Nyum-nyum-nyum...
Terima kasih pada semua yang terlibat.
Jumpa lagi di hari penutup, Ahad  (15/5/2011).

Tuesday, May 10, 2011

BAHAYA MENAHAN KENCING

Menahan Kencing Bisa Beresiko Penyakit Ginjal

Dengan jadual seharian yang terlalu padat, Anda kerap menahan keinginan untuk buang air kecil. Lantaran letak tandas yang terlalu jauh atau tersorok, Anda pun sering menahan buang air kecil (kencing) hingga berjam-jam lamanya.

"Sekali saja kita menahan keinginan untuk kencing, esok harinya kita akan terkena infeksi saluran kencing. Gejala infeksi saluran kencing di antaranya waktu kencing, air kecil terasa panas, air kecil kerap keluar setiap kita melakukan gerakan-gerakan ringan seperti duduk atau terasa nyeri di lubang tempat keluar air kecilnya. Kalau masih dibiarkan, boleh berisiko ginjal
...Sekali saja kita menahan keinginan untuk kencing, esok harinya kita akan terkena infeksi saluran kencing. Kalau masih dibiarkan terus-menerus, bisa berisiko ginjal...
Agar terhindar dari penyakit ini, ada beberapa cara yang dapat dilakukan.

"Setiap ada keinginan kencing, jangan ditahan. Dalam keadaan normal, kita harusnya kencing setiap lima jam sekali. Jika kita termasuk orang yang banyak minum, frekuensi tadi boleh lebih sering dan itu normal.
...Setiap ada keinginan kencing, jangan ditahan. Dalam keadaan normal, kita harusnya kencing setiap lima jam sekali. Jika kita termasuk orang yang banyak minum, frekuensi tadi bisa lebih sering dan itu normal...
"Ingat juga untuk selalu membasuh anunya dari depan ke belakang, bukan sebaliknya. Kerana kalau dari belakang ke depan, bakteria yang berada di anus, justru bolehmeningkatkan risiko infeksi saluran kencing.

-D'petik dr. Family and Health.

Di MEDAN, MASJID DIRATAKAN OLEH PETUGAS KEAMANAN

Bukan Surau, Tapi Masjid Besar Di ratakan.



Kronologi Penyerangan, Penculikan & Penghancuran Masjid Al Ikhlas Medan, Indonesia.

Medan (voa-islam) – Tidak ada yang menyangka, Rabu, 4 Mei 2011 dinihari, sekitar pukul 00.55 WIB ratusan orang tak dikenal dengan kasar dan beringas masuk ke dalam Masjid Al Ikhlas yang berlokasi di Jl. Timor No 23, mukim Sidodadi, Daerah Medan Timur- Sumatera Utara. Setelah mematikan letrik terlebih dulu, hingga ruang masjid menjadi gelap, orang-orang berpakaian biasa tanpa membuka alas kaki, tiba-tiba memasuki masjid dan terus saja menyergap 18 jamaah yang sedang beritikaf dan berjaga-jaga.
Setiap jamaah disergap oleh 2-3 orang, lalu 18 jamaah itu diseret keluar, diangkut ke atas truk tanpa diberi kesempatan untuk mengenakan kopiah, selipar, dan kasut mereka. Waktu penyergapan, orang-orang tersebut juga merampas handphone, dompet, bag, dan barang-barang lain milik jamaah. Bahkan diantara jamaah ada yang ditendang. Kerana handphone jamaah dirampas, segala bentuk maklumat pun terputus. “Kami ditendang dan diseret untuk naik ke atas truk, sementara dompet dan barang-barang kami tertinggal di masjid,” kata Imam Masjid Al Ikhlas Bakti Sutarno.
Selanjutnya, seluruh jamaah digiring ke dalam truk yang sudah tersedia di pekarangan masjid, kemudian dibawa ke Markas polis Medan dengan menggunakan empat truk Polis. Sementara itu, di luar pekarangan Masjid ada ratusan Polis bersenjata lengkap.
Berikut, diantara nama-nama jemaah yang dibawa ke Markas polis : Affan Lubis, Ahmad Husein Yusuf, Aswandi Lubis, Muhammad Irfan, Sofyan Syah, Hasan Basri Koto, Dedi Irawan, Bakti Sutarno, Ahmad Suadi Lubis, Danil, Robi K, M Akbar, Ardi, Angga, Aidan, Sunar. Sedangkan dua orang lainnya belum tercatat.
Sesampainya di Markas polis, ke-18 jamaah di perintahkan untuk berbaris dan berjongkok untuk diambil data berkaitan barang-barang yang masih tinggal di masjid, selanjutnya digiring masuk ke ruangan perisikan Markas polis. Beberapa saat diruang perisikan, sebagian handphone milik jamaah dikembalikan, namun tidak boleh diaktifkan. Sedangkan sebagian barang jamaah lain, seperti  beg, helmet, wang, dan barang-barang lainnya sampai sekarang belum dikembalikan. Setelah lebih dari dua jam “diculik” di Markas polis Medan , ke-18 jamaah tersebut dibenarkan untuk pulang.
Sekitar Pukul 04.30, Pengurus Forum Umat Islam mencuba untuk melihat kondisi Masjid, namun jalan masuk masjid dikawal ketat oleh ratusan petugas berseragam loreng, tepatnya seragam Tentera Nasional Indonesia. Ketika itu terlihat,masjid sudah rata dengan tanah.
Boleh jadi, setelah semua jamaah masjid di pindah ke Markas Polis Medan, barulah ratusan pemuda tersebut meruntuhkan masjid dengan dibantu alat berat berupa tiga buldozer dan jentera berat lain. Sementara itu, di luar masjid petugas berseragam memblok setiap ruang jalan menuju masjid tersebut.
“Sekitar pukul 4.50 , saya melihat menara masjid sudah tumbang dan diangkut ke atas truk” kata seorang warga yang menyaksikan penumbangan menara masjid tersebut.
Yang jelas, ancaman pembongkaran terhadap Masjid Al Ikhlas, bukan sesekali terjadi, melainkan sudah berulang kali. Pernah, pada 5 Februali 2011 sebelumnya, atap masjid, diantaranya: 200 zeng hilang, dan plafon masjid pun dirusak. Sepertinya ada perencanaan yang masak, masjid akan runtuh dengan sendirinya.● Desastian

Tuesday, May 3, 2011

Pengganti Osama bin Laden

Calon Kuat Pengganti Osama bin Laden
Dia adalah ketua pelaksana serangan  al-Qaeda sekaligus mentor Osama bin Laden.
 
                                                                   
Ayman al-Zawahri (ki) dan Osama bin Laden (ka) (Aljazeera)
 
VIVAnews - Kematian Osama bin Laden tidak serta merta menghentikan keganasan yang akan dilakukan oleh kelompok al-Qaeda. Disebutkan, orang kuat kedua di jaringan ini akan menggantikan posisi Osama sebagai pemimpin.

 India Express, 2 Mei 2011, pemimpin ke dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahri diisyarat kuat akan menggantikan Osama dalam memimpin jaringan keganasan terbesar di dunia tersebut.

Zawahri tidak boleh dipandang sebelah mata, dia dikenal sebagai ketua pelaksana serangan di al-Qaeda sekaligus mentor Osama bin Laden. Keduanya bertemu pada pertengahan 80an di Peshawar, Pakistan, ketika mendukung gerilyawan mujahidin Afghanistan dalam memerangi Uni Sovet.

Zawahri, 59, adalah seorang dokter lulusan sekolah kedokteran paling hebat di Mesir. Pendidikan kedokterannya diambil sesuai dengan sejarah pendidikan keluarganya yang kebanyakan di bidang medis.

Ayahnya, Mohammed Rabie al-Zawahiri, adalah seorang profesor farmasi yang terkenal, sementara ibunya, Umayma Azzam, adalah seorang politikus. Datuknya adalah seorang imam besar al-Azhar.

Dunia pemberontakannya diawali ketika usia 14 tahun saat dia bergabung bersama gerakan Ikhwanul Muslimin (IM). Ketika gerakan ini digerakkan dan pemimpin IM kala itu Sayyid Qutb ditahan, Zawahri dalam usianya yang sangat muda membentuk pergerakan bawah tanah untuk menggulingkan pemerintahan dan membentuk negara Islam, dari sinilah dia mengenal dunia jihad.

Salah satu misi yang dikembangnya adalah membunuh presiden Mesir kala itu, Anwar Sadat. Zawahri adalah satu dari 301 orang yang ditahan ketika Sadat tewas tertembak pada 1981. Dia akhirnya dibebaskan setelah terbukti tidak terlibat dalam aksi tersebut.

Sejak menjadi tokoh penting di al-Qaeda, Zawahri kerap mengeluarkan komentar maupun propaganda dalam bentuk video, terlebih lagi setelah peristiwa 11 September. Video terakhirnya disebarkan bulan lalu yang menyerukan kepada seluruh umat Muslim untuk melawan tentara NATO dan AS yang menyerang Libya.

Dia juga kerap menjadi sasaran pembunuhan pasukan khusus AS, namun usahanya selalu gagal. Dalam video yang disebarkan pada Januari 2006, Zawahri mengatakan bahwa mantan Presiden George W Bush adalah seorang pembantai.

Hal ini disampaikannya terkait penyerangan udara ke kediamannya yang membunuh puluhan orang yang tidak berdosa. Pada awal bulan ini, sumber inteligen Pakistan mengatakan bahwa Zawahri kembali lolos dari serangan tentera pada penyerangan yang mengorbankan empat pegawai tinggi al-Qaeda.

• VIVAnews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...