Tuesday, August 28, 2012

DARI TANAH MERAH KE RAWANG SELANGOR.

SUATU PERJALANAN DI HARI RAYA...
     Bermula 23 Ogos '12 (Khamis), jam 5.00 pagi, aku sekeluarga bertolak dari rumah di Tanah Merah menuju ke desa Tobek (Gunung Mesah Hulu, Gopeng) tempat kelahiran isteriku. Jaraknya lebih kurang 300 km lebih. Sekitar jam 7.30 pagi, aku sudah sampai di puncak Banjaran Titiwangsa. Suasana di sini cukup tenang dan udaranya dingin sekali.Dari sini, aku meneruskan perjalanan menuju desa tobek dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Kami beraya bersama waris waras belah my wife. Jumpa Uci, Unyen, Opah, Om dan ramai lagi.
      Selesai beraya di Tobek, aku menuju ke Selatan, tempatnya - Rawang Selangor. Perjalanan dari lembah Tobek menuju Taman Serendah Makmur di Rawang melalui Lebuh Raya PLUS itu mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Di sini tempat kediaman kakaknya my wife. So nice. Aku sampai sekitar jam 7.00 petang. Letih juga memandu kereta seharian. Aku dan sekeluarga bermalam di sini. Selepas solat Maghrib jamak ngan Isya, aku terus lintok sampai subuh.
      Keesukkan harinya, tanggal 24 Ogos '12 (Jumaat), selepas breakfast, sekitar jam 9.30 pagi, aku sekeluarga berangkat pulang ke Tanah Merah. Kami pulang melalui jalan Simpang Pulai - Gua Musang. Dalam perjalanan, kami singgah di tanah tinggi Cameron Highland dan Lojing. Udara di sini tidaklah sedingin di puncak Banjaran Titiwangsa. Bagi aku, alam di sini sudah lunyai di nodai sifat ketidakpedulian manusia. Entahlah...Aku hanya menghabiskan masa hanya beberapa jam saja. Seterusnya aku bertolak menuju pekan Gua Musang. Makan tengahari di sebuah restoran di Gua Musang. Restoran itu berlatar belakang tiga buah bukit griji yang indah. Dari sini, aku terus tajak menuju rumah di Tanah Merah dan sampai lebih kurang jam 5.30 petang.
Di puncak Banjaran Titiwangsa


 Posing mengingat masa laluku...

 Lembah Tobek...
 Bersama Uci...
 Di Taman Serendah Makmur...

 Di Tanah tinggi Cameron Highlander...


                               Gua Musang, destinasi terakhir sebelum sampai di rumah.


Monday, August 20, 2012

BERHARI RAYA SAKAN.

Selepas beraya, bersalaman dan bermaafan, Kami sekeluarga bertolak ke Kota Jembal. Kampung halaman saya untuk beraya bersama dengan kakak yang sulong dan abang. Dari situ kami bertolak ke rumah kakak yang nombor 3 di Kampung Pulau, Kubang Kerian, tapi diorang sekeluarga tidak ada di rumah. Kami bergerak ke rumah kakak yang nombor 2, di Pauh Lima, Bacok. Di sini kami beraya dan bermaaf-maafan. Dalam perjalanan pulang ke rumah kami di Tanah Merah, kami singgah beraya di Selising, iaitu rumah mertua adik ipar saya. Biasalah, dalam perjalanan pulang ke rumah kami di sajikan dengan makanan 'jam' di jalan yang kami paling tak hingin, tapi kena hadapi. Jalan selorong jadi tiga lorong. Potong kiri, potong kanan, nasib baik belak bawah dan atas tak nak potong. Gila betul, malam baru sampai rumah. Yooo,
capet kayak apa sih ???
 Tokeh Wan Tobek...beware everywhere...hehehe.....
 Kami sekeluarga... tema biru butir setar la weiii.....
 Anak saya ni  xtion lebih...
 Yang ni saya punya abang la...
 Kalok nampaknya...
 Beraya bersama keluarga abang di kampung...
 Beraya sakan...
 Mywife duk melayan anak-anak...
 Anak dan cucu sedara...
 Bersama kakak sulong
 Makan lagiiiii...
 Balajar baik-baik...
 Ni kakak sulong duk bagi duit raya...
 Posing bersama kakak yang no. 2...
 Di rumah kakak saya...
 waiting 4 posing time...
 Letih beraya lah gamaknya tu!!!
Bye...bye...jumpa lagi ye...nak duit biru....hehehehe.......



Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


BUAT SEMUA:

Imam Al-Ghazali berkata:
Yang jauh itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA,
Yang panjang itu AMAL SOLEH, dan
Yang indah itu
SALING MEMAAFKAN

Thursday, August 16, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA PRA U LANAS

MPP PRA U LANAS ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA.
           Rabu (15/8/2012):  Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar Pra U Lanas telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelajar dan tenaga pengajarnya. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Besar SMK Ayer Lanas. Acara bermula jam 5.30 petang dengan ceramah Lailatul Qadar disampaikan oleh Cikgu Zakaria Hanapiah dan majlis Tahlil yang di ketuai oleh pelajar Mohd. Sabri dari tingkatan 6A4. Selepas berbuka puasa, acara solat Maghrib, Isya dan Tarawih bersama.
           Berikut, suasana majlis berbuka puasa MPP Pra U Lanas 2012:













    
              TERIMA KASIH DAUN KELADI,
              TAHUN DEPAN BUAT LAGI.

Wednesday, August 15, 2012

SEKILAS DI SEK. MEN. KEB. AYER LANAS HARI INI.

       WARGA SEK. MEN. KEB. AYER LANAS: 
       SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI.
Rabu (15/8/2012) : Berikut adalah suasana hari akhir persekolahan SMKAL sebelum mereka bercuti dan seterusnya menyambut Idul Fitri.






AKHIRNYA DARI SAYA UNTUK SEMUA WARGA SEK. MEN. KEB. AYER LANAS:
SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATHIN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...