1. Mempelai itu kelihatan sepadan ... perkataan yang sinonim dengan mempelai
A. kekasih B. pasangan C. pengantin D. teruna dara
2. Manakah penyataan yang betul tentang homonim,
A. mempunyai kesamaan makna B. mempunyai makna yang berbeza
C. mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna
D. mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna
3. Manakah penggunaan kata saudara menunjukkan penyimpangan makna drp. makna asal.
A. Saudara tinggal di mana?
B. Saudaranya yang terdekat amat membencinya
C. Ibu saudaranya yang kemalangan itu sudah sihat
D. Walaupun tinggal berjauhan, mereka tetap bersaudara
4. Ungkapan manakah yang mempunyai makna konotatif dan makna denotatif ?
A. ibu kota B. ibu ayam C. ibu pejabat D. ibu pertiwi
5. Pilih perkataan yang yang semuanya bersinonim
A. muat, kapit, tekas B. tutuh, lapah, takut
C. kelek , tantang, sadap D. pangkas, galas, penggal.
No comments:
Post a Comment