PENGURUSAN TINGKATAN 6
A. PENGURUSAN PENTADBIRAN TING.6
1. Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 bertanggungjawab terhadap:
* Pentadbiran
* Kurikulum
* Hal Ehwal Murid
* Kokurikulum
B. GURU AKADEMIK TINGKATAN 6
1. Bilangan waktu mengajar guru tingkatan 6- minimum 16 waktu dan maksimum 24 waktu.
Jumlah waktu mengajar guru ting.6 dipenuhi dahulu dengan mata pelajaran ting. 6 sehingga mencapai tahap maksimum seboleh mungkin.
Atau
Jumlah minimum utk mata pelajaran tingkatan 6 – 16 waktu , baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan 1-5. (jika perlu)
C. GURU KOKURIKULUM TINGKATAN 6
a. Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti guru akademik ting. 6.
b. Jika terdapat hanya seorang guru kokurikulum , guru tersebut adalah merupakan penyelaras kokurikulum bagi pelajar ting. 6.
c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru kokurikulum, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras kokurikulum bagi pelajar ting. 6.
d. Senarai tugas penyelaras kokurikulum adalah:
i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru ting. 6
ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum murid ting. 6.
iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.
D. GURU AMALI TINGKATAN 6
a. Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali ting.6 adalah sama seperti guru akademik ting. 6.
b. Jika terdapat hanya seorang guru amali sains ting. 6, guru tersebut dilantik menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal-makmal sains ting. 6. Beliau menjalankan tugas untuk memastikan pengurusan makmal sains adalah seperti yang sepatutnya.
c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains ting. 6, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras bagi makmal-makmal sains ting. 6.
d. Jika terdapat guru amali pendidikan seni visual atau komputer, guru tersebut menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.
BIDANG TUGAS GURU AKADEMIK, GURU KOKURIKULUM & GURU AMALI TING. 6
1. INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH:
# Akademik ----------------- 16 - 24 waktu
#Kokurikulum ----------------- 2 waktu
#Penyelidikan/Konsultasi ---- 2 waktu
#Kolokium ----------------- 2 waktu
Jumlah = 22 hingga 30 waktu
2. TUGAS LUAR BILIK DARJAH (Tanpa Interaksi) :
#Persediaan P&P -------------- 4 waktu
#Penyelidikan -------------- 3 waktu
#Penilaian/Pentaksiran -------- 6 waktu
# Penggubalan Item ----------- 2 waktu
Jumlah = 15 waktu
JUMLAH KESELURUHAN = 37 hingga 45 waktu.
E. DOKUMENTASI
A. Mengisi buku rekod pengajaran
1. Menyediakan 4 Folio:
i. Pengajaran & Pembelajaran
ii. Penyelidikan
iii. Penilaian & Pentaksiran
iv. Kokurikulum
C. PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN 6
a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.
Folio-folio tersebut adalah :
o Pengajaran dan pembelajaran
o Penyelidikan
o Penilaian dan taksiran
o Kokurikulum
b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang tersenarai di bawah:
1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran
Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
Jadual waktu peribadi
Jadual waktu kelas
Perancangan pengajaran setiap semester
Perancangan pengajaran mingguan
Perancangan pengajaran harian
Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
Nama pelajar bagi kelas yang diajar
Biodata pelajar (bagi guru kelas)
Refleksi harian
2. Folio Penyelidikan
Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
Jadual konsultasi dengan pelajar
Laporan konsultasi dengan pelajar
Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan kemajuan))
Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
Penulisan laporan/hasil penyelidikan
Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa
3. Folio Penilaian dan Taksiran
Perancangan penilaian tahunan
Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
Skema permarkahan ujian/peperiksaan
Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa interaksi)
Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan
4. Folio Kokurikulum
Jadual penglibatan kokurikulum
Laporan aktiviti kokurikulum
Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
Senarai nama murid di bawah seliaan.
Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.
D. KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.
Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur pe rancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah. Tiga komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.
Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6. Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.
Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.
E. Guru akademik yang menjawat gred jawatan yang tertinggi sama ada Gred DG 52 atau DG 48 di sekolah tersebut, perlu memegang jawatan khas di sekolah sama ada :
i. Setiausaha Peperiksaan Sekolah
ii. Ketua Penyelidikan,
iii. Ketua Unit Mata Pelajaran Tingkatan 6
iv. AJK Majlis Kurikulum Sekolah
F. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment