Railah hari lahir dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai.
Kita dituntut untuk melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat kerana dipanjangkan umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: “Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11).
Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang. Seeloknya kita tukarkan nyanyian “Selamat Hari Jadi” dengan ungkapan yang lebih bermakna contohnya “Allah selamatkan kamu”.
Lebih berkat dan indah seperti contohnya, Barakallahu fika (atau “fiki” sekiranya perempuan), Maksudnya, “semoga Allah memberkati hidupmu”. Ucapan-ucapan doa sebegini lebih dituntut dan dianjurkan oleh syariat Islam.
Pelbagai lagi ucapan yang dianjurkan dalam Islam yang boleh didoakan kepada kawan-kawan yang menyambut harijadi mereka dalam Facebook dan sebagainya.
Menyambut harijadi, sebaik-baiknya kita sendiri melakukan solat hajat dua rakaat dan jika dapat solat syukur sekali dan tambahkan sedikit amalan dengan apa-apa amalan seperti bersedekah, tilawah al-quran, zikir, selawat dan sebagainya.
Tidak perlulah kita ikut budaya barat atau apa-apa amalan yang bercanggah dengan Islam. Seeloknya tanyalah Ustaz atau orang arif akan kedudukan harijadi dan sambutnya dengan sederhana sahaja.
Selamat hari jadi ke 51 tahun untuk diri saya dan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan tambahkan kekuatan untuk memdaulatkan Agama Allah s.w.t.
Ya Allah, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama aku mentaatimu.Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga diakhirat kelak dapat ku kutip hasilnya.Ya Allah, tambahkanlah amalan ku disaat bertambah usia ku.Sebagai tanda cintaku kepadamu,Ya allah, engkau tidak mensia-siakan segala usahaku untuk mencari haruman bau syurga mu,Tempat rehar yang abadi untuk selamanya.. AmeenSELAMAT HARI JADI YANG KE 51 ...SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR...
Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidupah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak.
Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment