Tuesday, April 30, 2013

DUA ALAM.


Dua Alam.


Alam realiti. Alam fantasi.
Bezanya ketara sehingga tidak tersangka.
Bukan soal pahala atau dosa.
Soal harta dan haloba.
Ada yang benci. Ada yang suka.
Bukan beristikharah tetapi ikut akal belaka.

Allah sentiasa ada, hanya manusia selalu lupa.
Menyesal kemudian tidak berguna.
Betapa ramai menyokong yang salah.
Kebenaran pasti akan terserlah.

Iblis syaitan memanjakan nafsu.
Terciptalah emosi waktu celaru.
Hilang kefaktaan dan keimanan 
Kebatilan dihias indah tidak berperasan.
Bertahkta indah di puncak keangkuhan.
Lagak umpama piala kemenangan.

Andai tidak ditilik dengan mata lendir.
Mengapa berkata.
Bukankah ego itu sesat dan lagha.
Lancar berkata tetapi tidak berpijak di bumi yang nyata.
Tepuk dada sendiri terbongkarlah realiti.
Hanya karangan yang direkayasa.

Mengharapkan markah untuk kemenangan.
Agaknya itulah tanda manusia di akhir zaman.
Bermimpi di pinggir, kali.
Sebelah tangan ingin mendakap bulan,
sebelah lagi, ingin menjangkau bintang,
dengan kaki lembut meniti awan.




KERICAU FITNAH DALAM KEHIDUPAN.



 Kehidupan ini terlalu panjang jalan ceritanya, ada manis di sebalik pahit dan ada busuk di sebalik wangi,itulah namanya lumrah dalam menjalani kehidupan. Dalam dunia  politik pula boleh di ibarat  bercelaru dan berserabut 'wut' kecuali politik itu di “Islamkan” dulu barulah boleh di lihat bersih kerana hanya agama yang dapat mengajar manusia akan pahala dan dosa, syurga dan neraka, berkat dan bala. Semua itu hanya terkandung dalam Islam dan semuanya  nampak indah kerana keindahan itu adalah milik Islam.
    Di sepanjang  perjalanan kehidupan yang pasti ada nya liku-liku yang harus dilalui dan ditempuhi. Dalam perjuangan pula kita tidak boleh lari dari fitnah kerana  sudah di anggap seperti gula dalam minuman atau asam garam kancah perjuangan. Realitinya, seakan sudah menjadi lumrah dalam perjuangan.
    Sabda Rasullullah saw:
Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”
    Allahuakbar,
    Apabila kita membaca tulisan dan ulasan tentang  tokoh-tokoh atau ulamak-ulamak besar dalam jemaah  Islam terdapat kalangan yang mengaku dirinya Islam yang langsung tidak beradab dalam mengulas. Ulama tetap ulama dan ilmunya tetap di guna pakai kerana di situ ada keberkatan nya. Dalam sejarah Islam telah terukir rapat akan bahana fitnah. Contohnya kisah Nabi Yusuff di fitnah oleh Zulaika, Maryam di hina malah di tuduh sebagai perempuan zina , peristiwa al-ifik yang membuat setiap dari kita pejuang Islam dan Umat Islam hiba sayu kerana fitnah ke atas Aisyah Ra.
    Di sebalik fitnah dalam lipatan sejarah Islam itu membawa satu erti yang besar iaitu kembali kepada Allah dan bergantung kepada Allah. Dalam perjuangan Islam syarat Asasnya ialah beradab dengan ulama’ dan yang paling penting ialah beradab dengan Allah. Kebergantungan kepada Allah adalah cukup penting dan berhati-hati dengan fitnah golongan yang membenci perjuangan suci ini.
    Percayalah dan yakinlah bahawa sesungguhnya malam pasti berganti siang. Sedih pasti akan diterjemahkan dengan kegembiraan selepas itu, langit kelam tidak semestinya turun hujan mungkin hanya ingin menutup bumi dari bahang panas dan menyapa angin dingin buat manusia yang memerlukan nya. Begitulah juga dalam berjuang dalam jamaah Islam ini. Kadang kala keputusan itu pahit untuk di telan tetapi terimalah kerana di sebalik sabar dan istiqomah pasti ada kejayaan yang telah di janjikan Allah swt. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus, nampaklah ia.

Sunday, April 28, 2013

HUKUM MENGHINA ULAMA.



Ulama adalah orang yang memahami agama dengan  baik dan mengamalkannya. Allah meninggikan martabat ulama dan membezakannya dengan yang lain. Rasulullah s.a.w menyatakan bahwa ulama adalah pewaris para nabi, jalan yang mereka tempuh merupakan jalan ke syurga.

Ibnul Qayyim berkata, “Sabdanya bahawa ulama adalah pewaris para nabi mengandung keutamaan terbesar bagi para ulama, para nabi adalah makhluk Allah terbaik, maka pewaris para nabi adalah makhluk Allah terbaik setelah mereka, manakala setiap warisan orang yang mati berpindah kepada ahli warisnya kerana merekalah yang menggantikan posisinya setelahnya, sementara tidak ada penerus para rasul dalam menyampaikan ajaran yang mereka bawa kecuali para ulama, maka mereka paling berhak terhadap warisan mereka. Ini membuktikan bahawa para ulama adalah orang-orang terdekat kepada para nabi kerana warisan hanya didapat oleh orang yang paling dekat kepada mayat, hal ini sebagaimana  berlaku untuk warisan dinar dan dirham, hal ini demikian juga berlaku dalam warisan nubuwah dan Allah mengkhususkan rahmatNya kepada siapa yang dikehendaki.”

Selanjutnya Ibnul Qayyim menyatakan, “Hadis ini juga mengandungi petunjuk dan perintah kepada umat agar mentaati, menghormati, mendukung, menghargai dan memuliakan mereka. Hadis ini juga mengandungi peringatan bahawa menyintai mereka termasuk agama dan membenci mereka bertentangan dengan agama, sebagaimana hal itu berlaku untuk apa yang mereka warisi. Begitu pula membenci dan memusuhi mereka bererti membenci dan memusuhi Allah sebagaimana hal itu berlaku pada apa yang mereka warisi.”
 
Apabila diperintahkan menghormati para ulama , maka sebaliknya menghina dan merendahkan mereka adalah dilarang. Al-Ghazali menyatakan bahawa menghina bererti merendahkan, menonjolkan aib dan kekurangan sehingga mengundang bahan tertawaan orang, sama ada dengan menirukan perkataan, perbuatan, isyarat dan tanda.
Menghina ahli ilmu dan orang-orang sholih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik seperti  ditetapkan dalam al-Qur`an,  firman Allah, “Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211).

Firman Allah tentang orang-orang munafik, “Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan, ‘Kami telah beriman.’ Dan bila mereka kembali kepada setan-setan mereka, mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok.” (Al-Baqarah: 14).

Saturday, April 27, 2013

KONSEP KEADILAN MENURUT ISLAM



 Dalam Al-Quran, tercatat sekitar 56 ayat yang berbicara soal keadilan. Dalam bahasa Arab, keadilan disebut sebagai al-’Adalah. Pengertiannya adalah keadilan dalam semua aspek kehidupan.
Ayat-ayat Al-Quran yang menyeru pentingnya adil dan keadilan antara lain adalah “haruslah berlaku adil” (Surah An-Nisa [4]: ​​135, Al-Maidah [5]: 8, Al-An’am [6]: 152, An -Nahl [16]: 90); “wajib berlaku adil dalam perniagaan” (Surah al-Isra [17]: 35); “adil terhadap lawan” (An-Nisa [4]: ​​105, Al-Maidah [5]: 8) dan “pernyataan Allah tentang keadilan-Nya” (Ali Imran [3]: 18).
Dalam etika pergaulan manusia, tiada prinsip yang diimpikan umat manusia sepanjang sejarah, seperti keadilan. Istilah adil berasal dari bahasa Arab yang bererti tengah atau seimbang. Keadilan ertinya mizan (kesimbangan), yakni suatu sikap tidak berlebih-lebihan yang berkaitan dengan sifat kearifan.
Prof. Muhammad Abu Zahrah membahagikan keadilan dalam tiga kategori, iaitu keadilan undang-undang, keadilan sosial, dan keadilan global. Keadilan undang-undang adalah penguatkuasaan undang-undang secara merata kepada semua tahap sosial yang ada. Tidak membezakan antara kaya ataupun yang papa, yang mulia ataupun yang hina. Semua manusia di sisi undang-undang dan perundangan adalah sama.
Keadilan sosial adalah sesuatu yang menuntut setiap individu dalam suatu kumpulan agar dapat hidup secara terhormat tanpa ada tekanan dan halangan serta mampu memanfaatkan kemampuan sesuai dengan apa yang berfaedah bagi diri dan orang lain sehingga boleh berkembang secara kolektif. Keadilan global ialah prinsip utama sebagai landasan ditegakkannya hubungan antara kaum Muslim dan bukan-Muslim.
Islam meletakkan aspek keadilan pada kedudukan yang sangat tinggi dalam sistem perundangannya. Tiada bukti keadilan yang begitu kompleks, kecuali dalam ayat Al-Quran. Dari situ, jelas kiranya kedudukan prinsip keadilan dalam Islam.
Dalam kes keluarga, misalnya, Al-Quran menyebutkan, “Jika kamu takut berlaku tidak adil, ambillah seorang isteri sahaja.” (Surah An-Nisa [4]: ​​3). Dalam skala kecil, iaitu unit keluarga saja, kita diperintahkan untuk adil.
Keadilan itu harus menjadi pertimbangan seseorang dalam mengambil keputusan untuk poligami atau tidak.  Adanya sikap seperti itu sebenarnya dimaksudkan agar tindakan seseorang tidak mengakibatkan merugikan orang lain. Bukankah adil itu bererti meletakkan sesuatu secara profesional pada tempatnya?
Kewajipan berlaku adil dalam penulisan kontrak kerja sama ada bidang perniagaan (mu’amalah) juga secara tegas dinyatakan dalam Al-Quran. Kontrak perjanjian kerja, sewa-menyewa, atau hutang-piutang itu harus ditulis secara jelas dan adil demi melindungi hak masing-masing pihak yang berkaitan. Keadilan merupakan sunatullah yang tidak dapat diganti.
Adil dalam Islam bukan sekadar sama rata, persamaan hak
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)
Antara tujuan utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing.
Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.
Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Adil membawa erti meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.
Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya.
Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.
Pada masa sama, Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri.
Paling istimewa, sifat adil akan menghiaskan diri seseorang Muslim dengan perhiasan takwa iaitu neraca piawaian yang utama untuk memburu darjat istimewa di sisi Allah. Takwa, tiket yang tiada nilainya untuk menjejakkan kaki ke pintu syurga penuh kenikmatan.
Menurut Prof Dr Hamka, keadilan pintu terdekat kepada takwa, sedangkan rasa benci hanya menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah. Apabila seseorang Muslim menegakkan keadilan, jiwanya akan merasai kemenangan yang tiada taranya.
Lawan adil adalah zalim dan zalim kemuncak kemaksiatan kepada Allah. Maksiat akan menyebabkan jiwa merana dan sengsara.
Seterusnya, Islam menuntut kepada seorang suami supaya berlaku adil kepada isterinya kerana Islam melarang sama sekali sebarang bentuk kezaliman dan penderaan dalam institusi rumah tangga. Oleh itu, jika suami merasakan tidak dapat berlaku adil, maka memadai mengahwini seorang isteri.
Begitu juga seorang Muslim yang diamanahkan memikul jawatan kadi supaya dapat bersikap adil, berwaspada serta tidak berat sebelah dalam memutuskan hukuman kepada pesalah biarpun daripada kalangan keluarga dan kerabatnya.
Sehubungan itu, Rasulullah menegaskan kehancuran umat zaman silam disebabkan pelaksanaan hukum bersifat berat sebelah iaitu melepaskan hukuman kepada orang berada dan dijatuhi hukuman kepada orang hina dina.
Diriwayatkan, Rasulullah bersumpah dengan nama Allah bahawa jika Fatimah anak perempuannya sendiri mencuri sudah pasti Baginda akan memotong tangannya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seorang pemimpin juga dituntut bersikap adil dan saksama dalam kepemimpinannya dan jangan sesekali melakukan kezaliman kepada manusia sejagat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kepimpinan itu satu amanah yang berat.
Pada hari kiamat nanti ia adalah satu penyesalan dan kehinaan melainkan
seorang pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab kepemimpinannya dengan amanah dan adil kepada rakyat bawahannya.” (Hadis riwayat Abu Hanifah)
Demikian betapa luasnya konsep keadilan dalam Islam. Justeru untuk menjamin kelangsungan Islam supaya terus bertapak di bumi Allah ini, konsep keadilan perlu disemai dan dibajai supaya bertunjang dalam kehidupan ummah sejagat.
Sumber: Republika.co.id

Monday, April 22, 2013

WOOOOWWW !!! WALL PAPER PRU 13.




























HEBAT...HEBAT...HEBAT...GLORY...GLORY...GLORY.


KISAH BENAR SEORANG SUAMI.

Kisah ini aku kutip dari 'muka buku'. Bagi aku, kisahnya cukup mengharukan...hingga tanpa ku sedari, titis-titis air jernih terbit dari kelopak mataku.

Kisah Benar. Luahan Pengalaman Seorang Suami

Apabila menatap gambar-gambar ibu bersalin, menerawang fikiran aku teringatkan kembali detik-detik isteri aku ingi
n melahirkan zuriat pertamaku ke dunia. Ketika diberitahu isteriku dimasukkan ke dalam hospital pada jam 1 pagi aku masih dibuai mimpi di rumah sewa berhampiran universiti. Keletihan akibat kuliah penuh sepanjang hari sebelumnya. Sebelum tidur, aku sempat berbalas-balas SMS dengan isteriku bertanyakan keadaannya ketika itu. Katanya, dia tidak makan sejak petang lagi. Aku menyuruh dia mengambil air susu sebelum tidur.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana air ketuban telah pecah. Katanya bukaan hanya 2cm ketika itu. Dia memberitahuku supaya jangan risau kerana masih belum rasa sakit bersalin. Pada keesokan harinya barulah aku bertolak ke hospital untuk bertemu dengan isteri yang kucintai. Menatap wajahnya yang tidak bermaya, baru aku teringat yang isteriku masih tidak menyentuh makanan sejak dari petang semalam. Aku menyuruhnya makan sedikit, tetapi dia menolak kerana doktor telah menyuruh isteriku berpuasa bermula jam 6 pagi. Sayu melihat dirinya yang lemah, aku menghulurkan air minuman untuk membasahkan tekaknya. Tabahnyaa dirimu..

Apabila jam menunjukkan pukul 10.00 pagi dengan bukaan seluas 4cm, dia ditolak masuk ke dalam labour room. Entah kenapa dengan bukaan seluas itu, dia sudah ditolak masuk ke bilik bersalin. Aku pun confuse. Setahu aku, bukaan yang sesuai untuk melahirkan anak ialah 10cm. Dan aku dimaklumkan oleh guard wanita India yang bertugas, isteri aku ditempatkan di bilik D. Dia memaklumkan bahawa kebiasaannya bilik itu akan dihuni oleh mereka yang mengalami masalah untuk bersalin. Aku mula gelisah. Tak tentu arah. Mungkin itu adalah mitos yang direka oleh achi India itu berdasarkan pengalamannya sebagai senior guard di sana. Pujuk aku sendirian.

Berbekalkan Quran burukku yang aku bawa bersama barang-barang isteri dan baby yang bakal dilahirkan, aku selak helaian 440. Ya.. Aku mencari surah Yaasin. Pesan nenekku, bacalah Yaasin. Semoga dengan berkat dan rahmat yang ada pada surah itu dapat membantu isteriku bersalin secara normal. Kumulakan dari al-fatihah dan disusuli surah karamah itu. Satu persatu perkataan dan ayatnya ku alunkan perlahan sambil di dalam hati tak henti-henti berdoa agar diselamatkan isteri dan anakku.

Usai membaca Yaasin dan menunaikan solat Zohor, aku tunggu lagi. Achi India yang sedari tadi memerhatikan gerak langkahku menegurku ‘’Adik.. Mari ikut saya. Kita masuk ikut pintu belakang. Adik boleh jumpa isteri adik,’’pelawanya ramah. Mungkin dia sedar aku dah semakin gelisah dan asyik mengintai ke dalam labour room. Alhamdulillah. Kalau boleh jumpa tenang sikit hati aku sebab dari tadi hanya membalas sms je. Keadaan sebenar isteri aku tidak aku ketahui.

Dari jam 10 sampailah jam 4 petang isteriku ditahan. Bukaannya sekarang hanyalah 6cm. Setelah diinduce kali ke dua, bukaan rahimnya masih belum membenarkan bayi untuk keluar. Akibat terlalu lama menunggu, akhirnya doktor memutuskan isteriku perlu dibedah.. Ini kerana bayi di dalam kandungan isteriku semakin lemah. Aku yang cuba mengawal diri agar tidak panik, akhirnya tewas kepada diri sendiri. Air mata yang cuba ku sekat agar tidak mengalir seolah-olah tidak dapat dibendung. Seolah-olah mataku tidak ada penakung. Setiap kali aku bertutur, menenangkan isteriku.. Setiap kali itulah air mataku kan bercucuran jatuh ke tangannya. Mana taknya.. dengan keadaan dirinya yang sudah tidak bermaya, ditambah pula dengan tangan dan kakinya sejuk bagaikan direndam ais, tubuhnya menggigil. Dengan segala macam wayar berselirat di perut dan tangannya.. Hatiku meruntun sayu. Para doktor meninggalkan aku dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ini adalah untuk kali terakhirnya aku boleh bercakap bersama isteriku. Ini kerana doktor telah membuat keputusan, isteri aku mesti dibedah bagi menyelamatkan bayi yang hampir lemas.

Beralunkan surah Yaasin yang dipasang di bilik bersalin itu..Mata kami bertentangan. Isteriku perasan mataku kembali berkaca. Dia mula menuturkan kata-kata cinta bagi memulihkan semangatku.

‘’Abang.. Hensemnya Abang harini. Abang suka tak dengan baju yang sayang belikan untuk Abang tu?’’

Pada ketika itu juga, aku tidak dapat menjawab dengan perkataan tapi aku rangkul dirinya sambil menangis teresak-esak seperti tiada lagi esok untuk kami bersama. Aku tidak mampu bersuara walaupun mengeluarkan sepatah kata. Tapi, dia mempunyai kekuatan yang amat luar biasa. Walaupun dia ‘berpuasa’ , dia masih gagah. Masih kuat untuk memulihkan semangatku yang semakin luntur..

‘’Abang.. Seandainya doktor memberi pilihan, siapakah yang Abang ingin selamatkan, sayang atau anak kita.. Abang tolong jawab ‘’ Selamatkan anak saya.. ‘’. Berilah anak kita peluang untuk merasai kebahagiaan hidup di dunia ini biarpun tanpa umminya di sisi..’’

Sekali lagi aku menangis semahunya. Aku tidak mahu keadaan itu berlaku. Aku mahukan isteri aku. Aku mahukan kedua-duanya berada di sisiku. Membesarkan anakku bersama insan pilihanku.
Tamatnya waktu bersama. Isteriku ditolak untuk dibawa ke bilik pembedahan. Aku menghantar Isteriku dengan lirik mata berair sebelum berlalu ke musolla hospital. Aku berwudhuk. Solat 2 rakaat. Aku sujud lama-lama memohon keampunan untuk isteriku juga untuk diriku lebih-lebih lagi. Mungkin ini adalah kaffarah dosa aku selama ini. Aku menangis semahu-mahunya..

Sedari jam 4.30 petang aku menanti penuh sabar di luar bilik pembedahan. Aku dail, aku telefon nombor keluarga terdekat, sahabat handai dan rakan-rakan yanga aku kenal. Aku pohon dan merayu dari mereka agar doa dikirim buat isteriku yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang khalifah penambah ummat Nabi tercinta. Mulutku tidak henti-henti menbacakan Hizbul Bahri. Zikir berharga yang tiada nilainya yang aku terima ijazahnya dari Al-Allamah Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki.

1 jam berlalu. Mundar-mandirku tidak mengeluhku untuk aku duduk. Walaupun kakiku lenguh berdiri dari tadi, tapi perasaan ingin tahu akan keadaan isteriku melenyapkan semua keletihan itu. Akhirnya penantian aku berakhir.. Seorang nurse menolak troli tertutup.. incubator barangkali namanya.. dengan seorang bayi mata bulat muka mirip anak Cina. Oh! Rupa-rupanya, bukan isteri aku seorang kat dalam. Ibu cina pun ada.

‘’Suami kepada Zulaikha’’ ‘’Suami kepada Zulaikha’’ jerit nurse mencari ‘Yusuf’ Zulaikha.

Orang ramai yang turut sama mengintai bayi cina itu berpandangan antara satu sama lain termasuklah aku. Tiba-tiba aku teringat. Akulah suami Zulaikha. Macam manalah boleh lupa pulak time-time macam tu. Aisehhh.. Biasalah beb. Cuak kot masa tu. Sampai nama bini pun lupa daaa..

‘’Ya.. Saya kak. Saya suami dia’’

‘’Encik.. Ini anak encik. Encik bolehlah pegang dan azankan dia. Tapi sebelum tu, Encik kena kata apa?’’

Nak kata apa pulak nurse ni. Alhamdulillah ke? Ke terima kasih nurse? Mana aku tahu. Dah la rasa tak percaya pun ada yang anak cina yang aku sangka tadi tu rupanya anak aku.. Boleh pulak dia suruh kata apa. Aduilaa.. Nurse pun.

Mungkin nurse tu perasan aku tengah blur, dia pun selak kain bedung anak aku bagi menyatakan jantinanya. Oh.. Nurse nak suruh aku buat pengakuan yang anak aku ni perempuan. Baru aku faham.

‘’Perempuan nurse’’ kataku tersenyum malu.

Aku dakap anak aku. Aku cium dahi dan kedu-dua pipinya lalu aku azan dan iqamatkan di kedua-dua belah telinganya. Allahurabbi. Comelnya anak aku. Mata hitam dia bulat besar. Taknak tutup pulak tu. Alhamdulillah.

‘’Nurse, macamana dengan isteri saya? Bagaimana keadaan dia?’’ tanyaku setelah sedar dari pukauan mata anak aku ini.

‘’Isteri encik selamat. Dia sedang dijahit. Kejap lagi dia keluar..’’

Tidak lama selepas itu, Isteri aku ditolak keluar. Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu ya Allah. Biarpun Kau mentaqdirkan dia bersalin secara Caesar, namun aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau masih lagi memberikan kesempatan untuk aku berkasih-sayang dengannya. Hanya pada Mu segala puji-pujian layak kami berikan.

Keluarnya isteri aku dari bilik pembedahan bukannya dengan tangisan. Malah, tiada setitis air pun yang aku perasan membasahi matanya. Walaupun kesakitan, seukir senyuman dia hadiahkan kepadaku. Terharu. Sungguh terharu. Aku kucup dahinya dan mengucapkan

‘’Terima kasih Sayang kerana sanggup berkorban nyawa demi melahirkan zuriat Abang’’.

P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.

Saturday, April 20, 2013

SUASANA HARI PENAMAAN CALON PRU 13

Photo: TG Nik Abdul Aziz Nik Mat Mengimami Solat Hajat Sebelum Ke Tempat Penamaan Calon
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Photo: Sekitar penamaan calon di Sik, Kedah.
Sekitar penamaan calon di Sik, Kedah.
Photo: Sekitar di Marang, Terengganu
Sekitar di Marang, Terengganu
Photo: Anwar & Wan Azizah...rakyat menanti pengumuman PM baru...insyaAllah, itu doa kami.
Anwar & Wan Azizah..
Photo: Aishah sedia ke pusat penamaan calon.
Aishah sedia ke pusat penamaan calon.
Photo: Salahudin Ayub mengetuai cabaran Pakatan di Pulai berarak ke pusat penamaan calon di Pulai bersama calon-calon Pakatan yang lain di samping para penyokong.
Salahudin Ayub mengetuai cabaran Pakatan di Pulai.`
Photo: Di Marang, Terengganu....Tuan Guru Presiden, TGHH.

AllahuAkbar!
Di Marang, Terengganu....Tuan Guru Presiden, TGHH.
Photo: Dato Hussam Musa dalam Penamaan Calon Parlimen Putrajaya
Dato Hussam Musa dalam Penamaan Calon Parlimen Putrajaya.
Photo: Pelakon Abu Bakar Omar turut hadir di Pusat Penamaan calon bagi Parlimen Kuala Krau
Pelakon Abu Bakar Omar di Pusat Penamaan calon bagi Parlimen Kuala Krau

Photo: Suasana sekitar penamaan calon di Kuantan
Suasana sekitar penamaan calon di Kuantan
Photo: TG Haron Din Di Pusat Penamaan Calon
TG Haron Din Di Pusat Penamaan Calon
Photo: Azmin Ali Ditemani Azwan Ali Di Pusat Penamaan Calon
Azmin Ali Ditemani Azwan Ali Di Pusat Penamaan Calon.

Photo: Pak Samad Said datang berikan sokongan di pusat penamaan calon Lembah Pantai.

foto
Nashita Md Noor
Pak Samad Said  di pusat penamaan calon Lembah Pantai.
Photo: Live! Lim Guan Eng Di Tempat Penamaan Calon
Lim Guan Eng Di Tempat Penamaan Calon.
Photo: Barisan Kepimpinan Ulama Perlis
Barisan Kepimpinan Ulama Perlis.
Photo: YB Nurul Izzah Anwar Sudah hampir tiba ke tempat pencalonan. Membaca do'a. Moga Allah perkenan kan.

foto
Nashita Md Noor
YB Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai.
Photo: kelihatan Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin
ketika Solat hajat di dataran kedamaian taman tasik taiping sebelum ke penamaan calon
Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin di dataran kedamaian Taman Tasik Taiping.
Photo: Amboiii... Ustaz Azhar Idrus ( Original ) pon ada di  penamaan calon kuala Terengganu..
Ustaz Azhar Idrus di penamaan calon Kuala Terengganu..
Photo: Suasana pernamaan calon...di jerantut

foto
Brado Otai
Suasana pernamaan calon...di Jerantut.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...