Tuesday, April 30, 2013

KERICAU FITNAH DALAM KEHIDUPAN.



 Kehidupan ini terlalu panjang jalan ceritanya, ada manis di sebalik pahit dan ada busuk di sebalik wangi,itulah namanya lumrah dalam menjalani kehidupan. Dalam dunia  politik pula boleh di ibarat  bercelaru dan berserabut 'wut' kecuali politik itu di “Islamkan” dulu barulah boleh di lihat bersih kerana hanya agama yang dapat mengajar manusia akan pahala dan dosa, syurga dan neraka, berkat dan bala. Semua itu hanya terkandung dalam Islam dan semuanya  nampak indah kerana keindahan itu adalah milik Islam.
    Di sepanjang  perjalanan kehidupan yang pasti ada nya liku-liku yang harus dilalui dan ditempuhi. Dalam perjuangan pula kita tidak boleh lari dari fitnah kerana  sudah di anggap seperti gula dalam minuman atau asam garam kancah perjuangan. Realitinya, seakan sudah menjadi lumrah dalam perjuangan.
    Sabda Rasullullah saw:
Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”
    Allahuakbar,
    Apabila kita membaca tulisan dan ulasan tentang  tokoh-tokoh atau ulamak-ulamak besar dalam jemaah  Islam terdapat kalangan yang mengaku dirinya Islam yang langsung tidak beradab dalam mengulas. Ulama tetap ulama dan ilmunya tetap di guna pakai kerana di situ ada keberkatan nya. Dalam sejarah Islam telah terukir rapat akan bahana fitnah. Contohnya kisah Nabi Yusuff di fitnah oleh Zulaika, Maryam di hina malah di tuduh sebagai perempuan zina , peristiwa al-ifik yang membuat setiap dari kita pejuang Islam dan Umat Islam hiba sayu kerana fitnah ke atas Aisyah Ra.
    Di sebalik fitnah dalam lipatan sejarah Islam itu membawa satu erti yang besar iaitu kembali kepada Allah dan bergantung kepada Allah. Dalam perjuangan Islam syarat Asasnya ialah beradab dengan ulama’ dan yang paling penting ialah beradab dengan Allah. Kebergantungan kepada Allah adalah cukup penting dan berhati-hati dengan fitnah golongan yang membenci perjuangan suci ini.
    Percayalah dan yakinlah bahawa sesungguhnya malam pasti berganti siang. Sedih pasti akan diterjemahkan dengan kegembiraan selepas itu, langit kelam tidak semestinya turun hujan mungkin hanya ingin menutup bumi dari bahang panas dan menyapa angin dingin buat manusia yang memerlukan nya. Begitulah juga dalam berjuang dalam jamaah Islam ini. Kadang kala keputusan itu pahit untuk di telan tetapi terimalah kerana di sebalik sabar dan istiqomah pasti ada kejayaan yang telah di janjikan Allah swt. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus, nampaklah ia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...