Saturday, May 18, 2013

SAMBUTAN HARI GURU SMK AYER LANAS 2013.


Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikanakses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Berikut adalah sekitar sambutan Hari Guru SMK Ayer Lanas  pada 16 Mei 2013 :

                                             Berarak menuju Dewan Besar SMKAL
                                   Memasuki dewan  didahului Tuan Pengetua, PK. Pra U Lanas.
                                                                    Hormat dulu...
                                                                      Bacaan Yasin.
                                                   Mengaminkan doa selamat.
                                                                    Lafaz Ikrar Hari Guru.

         Pengetua, PK. HEM, PK. Pra U Lanas dan Guru-guru Kanan memotong kek Hari Guru.
                                          Saling menikmati khasiat kek mesra Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU 2013.

Suasana Sambutan Hari Guru SMK Ayer Lanas 2013.
 Lagu Hari Guru...1,2,3...mula.
 Kumpulan suara emas...
 Putih putih melati...merah merah delima...oooooooo...
 Wan Nasyurin ala Pyan Habib...
 Cg. Kastawi in action...
 Spoiiiilll...
lagu Gaynam satu !!!
Peminat gila abis...
 Oiiiiittaaaaiii...
 Kalau ngail atas darat..
 Sekadar pameran...
 Shooot...
 Hadiah untuk muuuu....
 Hanya gaya yang lebih...
 Main boling nyior...
 Guru pembuli...
 Parut dan perah...
 Molek sikit mek Nani oiiii...
 Semangat nyiorr...
Lagu ni KKoren nyior...
Abis manis, sepah dibuang...
Time posinggg...
 Uhhhuhhh...
 Macam nak jual insuran nyawa je...
1...2...3...
SELAMAT  HARI  GURU

Saturday, May 4, 2013

GOOD LEADER OR GREAT LEADER ?


  Pada Ahad, 5 Mei 2013 seluruh rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pemilih  akan berdatangan di tempat pengundian untuk memilih wakilnya. Dari sisi penguatan demokrasi, tentu diharapkan para pengundi tidak akan menyia-nyiakan kesempatan yang hanya datang sekali dalam lima tahun. Tidak akan melepaskan haknya, sebab nasib kelangsungan pembangunan dan perwujudan kesejahteraan rakyat lima tahun ke depan akan ditentukan pada 5 Mei ini. 
       Rakyat harus memilih pemimpin yang “good leader” atau pemimpin yang baik lantaran dipercaya mampu mewujudkan janji-janjinya dan punya masa lalu yang bersih dari indikasi rasuah. Ciri pemimpin good leader  antara lain ingin berkorban untuk rakyat, berkarakter melayani, mementingkan kepentingan umum, mengenepikan kepentingan peribadi, jujur, adil, dan bijaksana. 
       Jangan pilih pemimpin “great leader”, iaitu pemimpin yang meletakkan ambisius di depan untuk mencapai tujuannya, lebih mementingan kepentingan peribadi dan kelompoknya berbanding kepentingan rakyat. Pemimpin yang berciri ''great leader'' mempunyai banyak cara untuk meraih simpati rakyat. Misalnya, menjanjikan sesuatu untuk kepentingan rakyat tetapi hanyalah terpaksa  dilaksanakan kerana situasi yang terdesak.

       Seorang pemimpin yang “berkarakter melayani rakyat” sangat susah dicari sekarang ini. Yang banyak hanyalah (calon) pemimpin yang berperilaku elitis, punya gaya hidup yang menunjukkan perbezaan antara langit dan bumi dengan kehidupan kebanyakan rakyat, atau hanya “berhello dalam memberi salam” kepada rakyatnya di waktu memerlukan suara rakyat untuk kelangsungan kekuasaannya atau meraih kekuasaan. Apabila terpilih, sifat melayani dengan mengunjungi rakyat seperti ketika mencalonkan diri sudah dilupakan dengan berbagai alasan kesibukan.
       Dalam konteks pemerintahan yang baik dan bersih (good governan dan clinck governan), mendatangi  rakyat secara langsung selain sebagai bentuk pelayanan terbaik, juga menutup peranan para pegawai yang senang membuli dan memeras rakyat. Mereka hidup laksana dendalu pada pohon bernama proses pengambilan kebijakan seperti dalam tender projek, dan dalam pemberian beraneka kemudahan bagi rakyat. Malah ada pasukan sukses yang berperanan sebagai calo projek dan calo jabatan atau tiba-tiba menjadi pengusaha 'kilat'. 
       Bagaimana cara rakyat memilih pemimpin yang good leader di tengah aneka perilaku yang saling memojokkan? Bagaimana rakyat  harus bersikap akan ditentukan pada 5 Mei 2013. Lebih dari itu, rakyat harus berkaca pada kempen yang menjual untuk kebahgiaan bukan sahaja di dunia tetapi untuk akhirat. Kesalahan bersikap lantaran terpedaya atau terjebak pada ilusi dan janji, yang akhirnya akan menimbulkan penyesalan. 
       Pelbagai penyalahgunaan wewenang yang berakar umbi rasuah dan pengingkaran janji kempen, tentu sudah dapat dilihat pada 'track record' dari  calon yang bertanding.  Rakyat pemilih dapat menilai apakah program yang dijanjikan betul-betul dapat dipenuhi dengan melihat kemampuan dan integritinya selama memimpin.
       Rakyat harus lebih cerdas dan mempertajam hati nurani, jangan termakan janji-janji kempen yang boleh jadi menyesatkan. Lebih dari itu, jangan hanya menilai berbagai rayuan dari satu sisi, tetapi juga perlu menggali segala informasi di tengah sisa waktu kempen.
       Sisa kempen yang ada menjadi momentum penentu, apakah visi-misi dan program yang dijanjikan sesuai dengan fakta atau 'track record' yang diperlihatkan selama ini. Jangan sampai hanya sekadar basa-basi yang mengelabui demi meraih suara rakyat. Tetapi begitulah demokrasi, kita  terpaksa harus dipilih salah satunya. Apakah ada di ataranya yang punya karakter melayani dan good leader? Biar rakyat yang menilai, memilah, dan memilihnya, yang penting dilakukan dengan damai.

Wednesday, May 1, 2013

2013 ADALAH...



tantangan yang harus dihadapi
perjuangan yang harus dimenangkan
kesusahan yang harus diatasi
rahasia yang harus digali
tragedi yang harus dijalani
kegembiraan yang harus disebarkan
cinta yang harus dinikmati
tugas yang harus dilaksanakan
romantika yang harus dirangkul
risiko yang harus diambil
lagu yang harus dinyanyikan
anugerah yang harus dipergunakan
impian yang harus diwujudkan
perjalanan yang harus diselesaikan
janji yang harus dipenuhi
kesempatan yang harus dipakai
persoalan yang harus dipecahkan
kesulitan yang harus dikalahkan
rahmat yang harus dipelihara dan dicintai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...