Thursday, June 27, 2013

CATATAN HARI LAHIR KU.

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar ingatan buat diri sendiri, sempena hari lahirnya diri hamba ke bumi ini. 
Segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan kepada para hambaNya kitab Al-Quran yang tiada padanya keraguan atau kesesatan melainkan orang-orang yang mempelajarinya tanpa berguru dengan yang hak. Selawat dan Salam ke atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW,  yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat, juga ke atas seluruh ahli keluarga, para sahabat dan pengikut Baginda SAW sehingga ke hari pembalasan kelak.

27 Jun 1961 adalah hari dan tarikh aku dilahirkan menurut tahun syamsiah atau berasaskan matahari. Ada juga yang menamakannya dengan tahun Masihi kononnya berdasarkan tahun daripada lahirnya Nabi Isa AS. Bahkan ada juga yang mengatakan tahun yang dikira bermula daripada kewafatan Nabi Isa AS, dan sebagai orang Islam kita menolak pernyataan itu. Ini adalah kerana Nabi Isa AS tidaklah wafat  seperti mana dakwaan sesetengah pihak tetapi telah diangkat ke langit oleh Allah SWT. 


Sebahagian ulamak  kini menganggap bahawa memperingati apatah lagi menyambut hari kelahiran tiada dalam Islam dan menghukumkannya sebagai satu perkara baru yang harus. Ada pula yang mengatakan bahawa yang tidak dibolehkan ialah memperingati atau menyambut hari kelahiran mengikut tahun syamsiah tetapi dibolehkan menurut tahun qamariah yakni tahun yang mengikut perkiraan bulan (tahun hijriah ditetapkan menurut Islam melalui Ijma' ulamak Islam di zaman Khulafa-ir-Rasyidin). 

Mengikut persepsi saya yang lemah ini, hukum memperingati hari lahir bagi umum umat Islam serta menyambutnya adalah harus selagi tiada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam. Malahan, meraikannya dengan doa selamat, istighfar, zikir, solat dan doa yang lain, yang mendekatkan  kepada Allah SWT dan Islam adalah lebih utama.  Elakkan juga sebarang pembaziran dan raikanlah bersama ahli keluarga, kaum kerabat, jiran terdekat, sahabat handai lebih-lebih lagi golongan faqir dan miskin serta mereka yang lemah lagi memerlukan.
Jarang sekali saya meraikan atau menyambut hari kelahiran saya ini, malahan selalu lupa. Sambutan hari jadi ni, sejak sekian lama berevolusi dan beransur-ansur tersebar luas dan mula diamalkan oleh orang kebanyakan sesuai dengan arus kemajuan, pembangunan dan kemodenan. Jika dahulu sambutan hari jadi dilakukan oleh bangsawan-bangsawan dan golongan yang kaya sahaja, namun kini orang kebanyakan, sedikit demi sedikit mula bertambah dan mampu menyambutnya secara kecil-kecilan sehinggalah akhirnya sambutan hari lahir ini sudah menjadi adat dan suatu kebiasaan pula . 

Nabi Muhammad s.a.w juga mengingati hari lahir baginda. Selain dari mengingati hari lahirnya, Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan mengingati hari lahir Nabi Adam As. Ada sebuah hadis, iaitu: 

      ." Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula.” (Hadith Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkan. Lihat juga dalam Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq dalam bab Jumaat) 
Dan hadis kedua, daripada Aus bin Aus RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: “Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam AS, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat atasku pada hari itu karena selawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi ASW.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan disahihkan)

Dan hadis kedua, daripada Aus bin Aus RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah berkata:


 “Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam AS, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyakkanlah selawat atasku pada hari itu karena selawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi ASW.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan disahihkan)

Hadis-hadis ini juga secara tidak langsung mengingatkan kita, peri pentingnya mengingati hari lahir sebagai peringatan kepada hari tua dan kematian beserta hari akhirat dan pembalasan serta bersedia untuknya. Selain itu ia mengingatkan kita bahawa sebaik-baik doa ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW kerana dengan berselawat sekali sahaja, Allah SWT dan para Malaikatnya akan berselawat ke atas kita sepuluh kali dan mengampunkan dosa-dosa kita. 

Sesungguhnya benarlah bahawa manusia itu selalu lalai dan leka dan sering lupa oleh kerana terlalu cintakan dunia dan mengejarnya sedangkan yang dikehendakki ke atas seorang Islam itu ialah senantiasa mengingati mati dan bersedia untuknya. Ketahuilah, umur yang dikira daripada tarikh lahir itu hanyalah kayu ukur dan kehadiran sambutannya hadir setiap tahun hanya bagi mengingatkan diri kita akan kematian yang sebenarnya berjalan daripada saat ke saat dan bukannya tahun ke tahun sepertimana adat yang biasa kita amalkan.


 Hendaknya kita semua sedar bahawa asalnya kita semua manusia ini dijadikan sebagai makhluk yang sangat baik zahir dan batinnya sehinggalah kita sendiri menjerumuskan diri ke arah kefasikan, kerosakan dan kemusnahan. Sedangkan asalnya semua manusia itu bersih dan islam ketika lahirnya dan akan kekal bersih dan islam jika dia mahu senantiasa membersihkan dirinya dengan bersuci secara zahiriah dengan berwuduk dan mandi; dan bersuci secara batiniyyah dengan  istighfar, selawat, zikir, solat, puasa dan doa, serta menebus diri dengan iman dan amal soleh yang berterusan sehingga ke akhir hayatnya. 

Oleh itu. ingatlah dan sambutlah hari lahir kita sebagaimana Allah SWT dan RasulNya SAW mahukan kita sentiasa bermuhasabah mengingati muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Mulakan dengan memperbaiki niat dan azam kita untuk terus bermujahadah dan istiqomah memperbaiki dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Seterusnya beramal-ibadahlah dengan penuh kesungguhan untuk akhirat kita seolah-olah kita akan mati esok hari tanpa kita melupakan atau mengabaikan nasib kita dan keluarga kita di dunia ini.
 

Akhir kalam, wahai hamba yang ini, insafilah akan segala kelalaian, kesilapan dan kesalahan  dan sentiasalah bermuhasabah dan memperbaiki diri ! Semoga Allah SWT melindungi kamu  daripada lalai dan leka, juga daripada maksiat dan berdosa. Sentiasalah kamu bertaubat kembali kepadaNya dan mengajak seluruh ahli keluargamu dan kawan-kawanmu bersama-sama bertaubat kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang berjaya di dunia dan akhirat sentiasa memeriksa diri dan perbuatan mereka, kemudiannya memperbaiki diri, keluarga dan masyarakatnya, serta memastikan segalanya sentiasa berada di jalan yang lurus lagi diredhai Allah SWT.

Sekian dari hambo yang longlai diperjalanan ke pelabuhan. Wassalam. Amien.

Tuesday, June 25, 2013

PERCUTIAN DI TERENGGANU.

Berlibur di Bukit Kluang.





                                      Lawatan   ke Masjid Kristal, Kuala Ganu kite.







 Ini  di Muzium Ganu Kite.









KARNIVAL SUKAN PERMAINAN SMK AYER LANAS 2013

Selasa (25//2013): SMK ayer Lanas pada hari telah mengadakan Karnival Sukan Permainan tahun 2013. Karnival sukan ini di mulai dengan acara senam erobik yang disertai oleh seluruh warga SMKAL. Antara acara lain yang dipertandingkan ialah badminton, bola jaring, ping-pong, bola tampar dan bola boling padang.
Berikut adalah suasana sambutan hari karnival sukan tersebut:
                                                 Are you ready ?????Jangan lemah bross...
 Tarian Zapin plus a go go go...
 Erobik duluuuu.
 Semuanya sedang berobikkkk....
 Alamaaakkkk... sikit lagi tu...
 Ayuh... bagi sikit atas...
 Badminton bawah 15 tahun...
 Budak besar ni sedang beraksi...
 Aku bagi lipat  atas belakang baru tahu...
 Sepak takraw...
 Servis kuda nih...
Bola tampar 18 tahun...


Wednesday, June 19, 2013

PERCINTAAN LANGIT DAN LAUT


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling mencintai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, awan mencari helah dan akhirnya mendapat akal untuk menghalang percintaan langit dan laut. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta antara laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih. Titis-titis airmatanya gugur membasahi dada bumi yang begitu setia menerima apa adanya.
Hinggalah kini, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat tempat di mana mereka memadu kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.
*kisah cintai inilah yang selalu aku kabari pada anak didikku sejak sekian lama.

Tuesday, June 18, 2013

ANTARA AURAT DAN GULA-GULA.



Seorang lelaki Non-Muslim bertanya kepada seorang lelaki Muslim : 

Lelaki Kristian: “Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?” 

Lelaki Muslim: Tersenyum sambil mengeluarkan 2 biji gula-gula di dalam koceknye, Lalu… salah satu darinya dibukakan bungkusannya. Kemudian dia melemparkan kedua gula-gula itu ke atas lantai. Lalu bertanya kepada lelaki kristian, “Antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?” 

Lelaki Kristian: “Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan” 

Lelaki Muslim: “Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa.”


Subhanallah.

sumber: facebook

Wednesday, June 12, 2013

MAKSUD NAMA 7 NABI DAN RASUL.

Setiap umat Islam tentu sudah tahu nama 25 orang nabi dan  rasul. Tetapi adakah kita tahu makna nama antara beberapa orang  nabi dan rasul tersebut ?

Di bawah ini dinyatakan makna nama beberapa nabi dan rasul untuk maklumat semua.

1. Musa a.s.: Nama ini berasal daripada bahasa Mesir kuno, asal katanya “Mu” yang ertinya air dan “sa” ertinya putera. Musa bermakna ‘Putera Air’ kerana Nabi Musa ditemui di Sungai Nil oleh isteri Fir’aun, Asiyah ketika baginda masih bayi.

2. Hud a.s.: Berasal daripada bangsa Arab keturunan kaum ‘Ad. Nama itu diambil daripada kata jama’ ‘Ha’id’ yang bererti orang yang bertaubat, atau ‘yang kembali kepada kebenaran.’

3. Soleh a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Tsamud. Soleh ertinya orang yang sentiasa beribadah dan sentiasa mendirikan hak-hak Allah.

4. Syu’aib a.s.: Nabi berbangsa Arab daripada kaum Madyan, yang menikahkan puterinya dengan Nabi Musa a.s. Nama itu diambil daripada kata ‘sya’b’ yang bererti kelompok atau generasi manusia, kerana baginda mengumpulkan kembali kaumnya setelah terpisah.

5. Isma’il a.s.: Merupaka putera kepada Nabi Ibrahim a.s.. Nama Ismail merupakan bentuk Murakkab (majmuk) daripada ‘isma’ (mendengar) dan ‘eil’ (Allah) yang ertinya: “Allah mengabulkan.”

6. Ibrahim a.s.: Abul Anbiya (bapak para nabi) dan bapa kepada Isma’il dan Ishaq, yang ertinya ‘bapa kepada orang-orang tertinggi (nabi-nabi).’

7. Muhammad s.a.w.: Nabi berbangsa Arab yang merupakan penutup para nabi. Ertinya ‘orang yang memiliki akhlak yang terpuji.’

Monday, June 10, 2013

NENEK YANG KUAT.

Kuala Kangsar: Seorang wanita  warga emas layak digelar ‘nenek kental’ apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor, 59(gambar), ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.
Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. “Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja,” katanya.

Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap

“Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10.-hm

sumber: pahlawan30 blogspot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...