Di saat kita menempuh onak dan duri yang berselerakan di dunia, mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus meronta-ronta di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus beralun di kolam hati. Ketika itu mungkin sabar sudah tidak ada ertinya lagi. Dalam haru, air mata menitis juga, mengalir deras membasahi derita. Kemudian bila ada sedikit ketenangan mula menyusup mengubat duka, sinar-sinar pelangi harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah berputik. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira datang silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. esok, lusa, mana tahu kita akan mati, sesuatu yang tidak dapat diingkari.
Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerana Dia kepingin menyusahkan dirimu tetapi Allah swt. ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia, agar dirimu kembali lurus dan kembali pada jalanNya..
Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita peroleh sementara dariNya..
Waktu kita senang, dengan mudah kita melupakanNya. Dan di saat kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malukah kita padaNya? Sedarlah! kita hambaNya, kita bukan milik siapa-siapa. Kalau tidak kerana kasih sayangNya, kita pasti tidak akan dapat merasakan apa yang kita miliki kini..
Sedarlah wahai jiwa-jiwa yang terleka...
Hadapilah segala bentuk ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya. Senyumlah, kerana setiap kepayahan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan. Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah swt. pada kita. Begitulah, betapa beruntungnya kita.
Ayuh kembalilah kita menjadi hamba-Nya, kesilapan serta kealpaan yangselalu dan lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita untuk terus merangka kejayaan di masa depan. Jangan biarkan kegagalan membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Duhai jiwa–jiwa yang terluka...
La Tahzan, jangan bersedih, qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta’khirkan realiti yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi sedikit pun apa yang telah direncanakan.
Kesedihan yang kita lewati kelmarin itun sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. Kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperusuk ke dalam keputus-asaan. Dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa dunia inilah kesempatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta lepas bebas daripada segala rasa kesedihan.
Jangan habiskan usia kita berendam dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam diselimuti dengan kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan sia-siakan detik yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.
Wahai hamba Allah...
Akibat limpahan kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga yang mekar mewangi menjadi layu. Kitalah yang menggerakkan seluruh saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Ingatlah tangisan terindah itu apabila titis-titis airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah swt. dan begitu berdosanya kita di sisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. Berapa banyakkah dosa kita? Sikit atau banyakkah? Terhitungkah? Allahu Rabbi… Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita sertamemberi taufik dan hidayahNya kepada kita, supaya bertaubat kepadaNya , tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam nur hidayah yang diidami...
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)

No comments:
Post a Comment