Thursday, November 7, 2013

MENGULIK DI HUJUNG SENJA.


“Jika anda berada di waktu senja , jangan menunggu pagi , dan jika anda di waktu pagi  janganlah menunggu waktu senja. Manfaatkanlah masa sihat,  sebelum datang masa sakit dan waktu hidup sebelum datang kematian.”

       Setiap detik - waktu terus berputar dan beredar. Masa tetap terus berlalu tidak pernah berhenti apatah lagi undur kebelakang. 
      Sesungguhnya, apabila kita membicarakan tentang masa, kita seolah-seolah membicarakan sesuatu yang misterius, penuh rahsia, hingga syaidina Ali pernah berpesan bahawa masa itu ibarat pedang bermata dua, bila kita pandai memanfaatkannya maka kita akan selamat tetapi apabila sebaliknya, maka kita akan terlindas olehnya…
      Begitu cepat sekali masa berlalu, hingga termasuk detik  ini, seiringan masa semuanya juga sudah berubah. Aktiviti kita sekarang ada beberapa yang berubah, ada juga yang bertambah baik…alhamdulillah...atau bertambah teruk... nauzubillah... semua seiring dengan berubahnya masa (dan tentunya bertambahnya peranan).
      Langkah-langkah baru mulai di atur kembali, mungkin langkah yang tidak akan sama ketika dahulunya masih sendiri. Kerana waktu ini ada langkah berbeza yang akan mengiringi langkah ini, ada langkah lain yang sentiasa menjaga dan bertanggung jawab terhadap langkah ini.
     Tidak salah bila Allah memberikah naluri pada manusia. Allah berikan salah satunya adalah naluri mempertahankan diri (ghorizatul baqa’), tetapi yang akan jadi tanggungjawab kita adalah bagaimana kita memenuhi naluri tersebut, sesuaikah dengan aturan dan jalan skripnya ataupun tidak.
    Dulu-dulu aku punya mimpi… tetapi sekarangpun aku masih mempunyai mimpi.. terkadang aku masih rindu dengan mimpi yang di bangun dulu, tapi kembali menyedarkan diri bahawa mimpi aku sekarang jauh lebih luar biasa, lebih gah …. aku yakini mimpiku itu tidak  di ambil/di hilangkan, tetapi di tukar dengan mimpi yang lebih indah 
      Suatu senja di sebuah taman,  tempat yang suasananya akan selalu aku rindukan. Semuanya kini sudah samar-samar. Siang sudah meniti di bibir malam, tandanya suatu hari sudah berlalu pergi menandakan usiaku... kepenghujung perjalanan... 
    Seandainya kita mengaku sebagai muslim yang sejati, penghujung segala perjalanan adalah Syurga iaitu kampung halaman manusia yang bertakwa. Seorang yang berakal tentu merindukan kampung halamannya yang penuh dengan kenikmatan. Oleh itu, dunia ini bukanlah tempat tinggal yang sebenarnya. Kita di dunia berkedudukan seperti mimpi asing di siang hari. Sebagai permainan mimpi, kita semestinya tidak terpedaya dengan kehidupan dunia dan kita lupa akan kampung halaman yang sebenarnya.
    Kita tidak akan dapat kembali ke kampung halaman yang penuh dengan segala kenikmatan, selagi kita tidak beramal dengan amalan yang menjadi syarat untuk kita dapat kembali. Terma dan syaratnya untuk kita adalah sentiasa menghadirkan hukum syariat di lubuk hati dalam setiap keadaan dan seterusnya melaksanakan konsekuensi hukum tersebut.    
      Waktu yang berlalu, SEANDAINYA kita lalai dan terjerumus dalam dosa, kita hendaklah segera istighfar dan bertaubat sehingga keadaannya lebih baik dibanding sebelum berdosa. Itulah kita, iaitu manusia yang dapat kembali ke kampung halaman yang penuh limpah kenikmatan dalam keadaan yang paling luhur.

Wassalam.

UNTUK SIAPA CUTI ITU?


Cuti penggal persekolahan bermula bermula pada 15 November ini...Sebenarnya,keseronokan cuti itu bukan sahaja dirasai oleh pelajar, malah ibu bapa pun turut serta merasai bahangnya, ingin menggunakan kesempatan yang ada untuk merapatkan ukhuwah serta merapatkan tali kekeluargaan bersama anak-anak. 

Pasti ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung untuk melawat datuk dan nenek yang telah lama tidak bersua. Tidak kurang juga yang makan angin di luar negara. Dan yang lebih baik,  menggunakan peluang yang ada untuk pergi menunaikan umrah. TAHNIAH!! 


CITA RASA YANG BERLAINAN


Setiap orang punya cita rasa dan cara tersendiri untuk meraikan cuti yang ada. Mungkin ada yang hanya duduk di rumah. Tidak mengapa, bagi anak-anak, menolong ibu bapa di rumah pun suatu perkara yang berfaedah. Terserah pada kita untuk memanfaatkannya, untuk apa dan siapa.


Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas ra, Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 



“Dua nikmat yang ramai  manusia tertipu, nikmat sihat dan waktu lapang.”
(Riwayat Bukhari). 




CUTI ITU UNTUK SIAPA?

Mungkin kelihatan agak ganjil bunyinya soalan di atas. Untuk siapa kita abdikan masa cuti yang kita ada, terutamanya waktu kita sihat sebelum sakit dan waktu lapang sebelum datangnya waktu sibuk  ini??? ALLAH??.

Tidak salah bagi  seorang ayah mahupun ibu yang ingin meluangkan masa cuti yang ada bersama-sama anak-anak, tetapi niatkannya adalah kerana Allah. Ataupun seorang sahabat yang ingin beriadah mahupun bersantai bersama teman-teman, jangan lupa niatkan kerana Allah. Niatkan segala amalan dan pekerjaan yang kita lakukan adalah kerana Allah dan hanya untuk Dia. Pastinya, masa yang berisi itu akan menjadi 'saat yang berpahala'

Jangan biarkan masa itu berlalu dengan percuma. Rancanglah segala sesuatu aktiviti berfaedah untuk mengisinya. Masa itu ibarat sebilang pedang yang tajam, kita  harus menggunakannya dengan betul. Sebelum mata pedang itu dilibas, kita harus berfikir sejenak agar libasan yang dihasilkan nanti akan membunuh musuh yang sebenarnya, bukan sekadar layak menjadi pedang yang indah terselit dalam sarungnya.

Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari daripada dua perkara yang penting, iaitu dosa dan pahala. Kita sebagai manusia diberi pilihan untuk mengambil yang mana. Madu di tangan kanan mu, racun di tangan kirimu. Perlu diingat, perkara berpahala itu adalah meraih redha Ilahi dan sebaik-baik tempat insan yang diredhaiNya adalah syurga . Begitu jua sebaliknya. Segalanya atas kehendak Yang Maha Kuasa. 

                                  "Hakikatnya, Syurga Pilihan Kita dan Bukannya Neraka"



   Selamat bercuti dan manfaatkannya untuk meraih redha Allah swt.

Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...