Thursday, March 20, 2014

PROGRAM MOTIVASI DAN PAMERAN BERGERAK AADK - SMK AYER LANAS.

               Khamis (20/3/2014) SMK Ayer Lanas : Unit Kaunseling SMK Ayer Lanas dengan kerjasama Empower Ecer Jeli telah mengadakan program motivasi dan pameran bergerak  dadah dari AADK di SMK Ayer Lanas. Program ini telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd. Nasir bin Mohd. Nor, iaitu Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).

             Program motivasi disampaikan oleh Amar Konsultan dengan menfokuskan kepada "Cantikan Akhlak Comelkan Peribadi" di bawah tajuk : 'Opportunities And Victory: A Step Away - Motivational Talk". Program ini bermula dari pukul 9:00 pagi hingga 1:30 tengahari. Motivasi juga diselang seli dengan pertunjukkan silap mata professional rangsangan minda, kuiz minda dan nyanyian nasyid.      

            Manakala di luar dewan, berlaku pameran bergerak dadah yang dibawa oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Pameran di dalam bas bergerak memaparkan pelbagai jenis dadah, poster-poster dadah, tayangan video dan lain-lain.

            Berikut gambar-gambar sekitar program tersebut:

 Ketibaan penceramah Motivasi dari Amar Konsultan.
 Perasmian oleh S/U Politik Dato' Pa.
 Penceramah motivasi bersama PK Pra U Lanas.
 Masih ade lagi yang kosong...
 Menanti acara bermula.
 Cenderahati untuk perasmi majlis.

 Kounselor SMK Ayer Lanas.
Saje posing ngan worissss...


 Yessss, we can do it !!!!
 Silap mata : Makan pagi
 Bas pameran bergerak dari AADK.
 Tulis nama dulu sebelum melihat pameran.
 Dalam bas pameran AADK.
 Patung 'mat gian'.
 Ibu hamil yang menagih dadah.
 Paru-paru dan jantung penagih dadah.
  Kesengsaraan dunia segalanya bermula di sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...