Thursday, October 30, 2014

MAJLIS IZIN ILMU DAN SOLAT HAJAT PERDANA.

SMK AYER LANAS  (28/10/2014) : SMK Ayer Lanas dengan kerjasama PIBG SMK Ayer Lanas telah menjayakan satu program perdana, iaitu Majlis Izin Ilmu dan Solat Hajat Mega. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Dato' Sri Mustpha Muhamad. Turut serta dalam program itu ialah pengerusi PIBG, Pengetua SMKAL, guru-guru kanan, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar tingkatan 6 dan 5.
            Berikut suasana majlis tersebut:












 

JAMUAN AKHIR TAHUN MPP PRA U LANAS 2014.

Smk Ayer Lanas (30/10/2014):  MPP Pra U Lanas pada hari ini telah berjaya meraikan tenaga pengajar serta para pelajar Pra U Lanas dalam program jamuan akhir tahun. Kejayaan menganjurkan program ini telah mendapat pujian bukan sahaja dari Pengetua SMK Ayer Lanas malah pengerusi PIBG en. Zahari.
             Kami para tenaga pengajar mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan STPM penggal I . Manakala bagi pelajar-pelajar Pra U Lanas yang menduduki peperiksaan penggal III, buatlah yang terbaik dan selamat menempuh dunia baru yang penuh cabaran.
             Berikut sekitar majlis jamuan akhir tahun MPPU Lanas 2014 :

 


Tuesday, October 21, 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRA U LANAS.

                  SMK Ayer Lanas (20/10/2014):  Lumrah hidup di dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hal inilah yang terjadi ke atas seorang tenaga pengajar Pra U Lanas. Beliau ialah Cikgu Ibrahim Awang, guru Bahasa Melayu. Cikgu Ibrahim atau panggilan mesranya cikgu Him yang berasal dari Tumpat, Kelantan akan bertukar tempat mengejarnya ke SMK  Dato' Bahaman, Temerloh, Pahang. Beliau memilih Temerloh kerana di situlah tempat pemastautinnya setelah tamat pengajian di sebuah universiti di Indonesia.

                Selama mengajar  Bahasa Melayu di Pra U Lanas selama lebih kurang 8 tahun, beliau begitu banyak memberi sumbangan ke arah meningkatkan pencapaian pelajar di bawah kendaliannya. Beliau juga banyak menabur bakti  ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko kurikulum SMK Ayer Lanas. Segala jasa dan sumbangan beliau amatlah dihargai.

               Majlis perpisahan Cikgu Ibrahim diadakan di Dewan Besar SMK Ayer Lanas dengan ucapan dari wakil pelajar, PK Pra U Lanas, Pengetua SMKAL dan diikuti oleh cikgu Him.

                Kami semua tenaga pengajar Pra U Lanas mengucapkan ribuan ampun dan maaf dan terima kasih atas segala bentuk sumbanganya serta :

                                       SELAMAT BERTUGAS DI SMK DATO' BAHAMAN

semuga diberi keberkatan dan kemuliaan  Allah SWT.












Monday, October 6, 2014

MAKANAN TAMBAHAN SEMULAJADI DARI MEDITERRENEAN.

NATURAL FOOD SUPPLEMENTS
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS
HEALTH BENEFITS OF OUR FOOD SUPPLEMENTS
Fine Mediterrenean and Eagean natural herbal oils and food supplements. Simply maintain good health from nature.GMP and HALAL certified
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS 
NATURAL FOOD SUPPLEMENTS

Fine Mediterrenean and Eagean  natural herbal oils and food supplements. Simply maintain good health from nature.GMP and HALAL certified
 
1. APRICOT KERNEL OIL AND POWDER :

DUE TO THE OLEIC ACID AND LINOLEIC ACID CONTENT, APRICOT KERNEL OIL IS CONSIDERED A GOOD SOURCE OF UNSATURATED FATS. HOLDS HIGH LEVELS OF NATURAL ANTIOXIDANTS, SUCH AS VITAMIN A,B, C AND E. IT IS COMMENLY USED FOR SKIN, HAIR TREATMENT.
 
APRICOT KERNEL OIL AND POWDER :

DUE TO THE OLEIC ACID AND LINOLEIC ACID CONTENT, APRICOT KERNEL OIL IS CONSIDERED A GOOD SOURCE OF UNSATURATED FATS. HOLDS HIGH LEVELS OF NATURAL ANTIOXIDANTS, SUCH AS VITAMIN A,B, C AND E. IT IS COMMENLY USED FOR SKIN, HAIR TREATMENT.
"Biji Aprikot merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut dan seed). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutamanya ‘Aprikot Organik’. Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) yang merupakan pembunuh senyap. "

 
2. POMEGRANATE SEED OIL:

BOTANICALLY CALLED PUNICA GRANATUM.APART FROM BEING A DELICIOUS FRUIT , POMEGRANATES ARE FIBROUS; RICH IN VITAMINS C , B5, POLYPHENOL , POTASSIUM AND OTHER MINERALS AND NUTRIENTS WHICH HELP ONE TO MAINTAIN A HEALTHY BODY. HOLDS HIGH LEVELS OF ANTIOXIDANTS WHICH MAKES IMMUN SYSTEM STRONGER. THERE ARE MANY HEALING BENEFITS OF THIS FRUIT, AND OFTEN ATTRIBUTED TO THE ANTIOXIDANTS AND PUNICIC ACID (OMEGA 5 ) AVAILABLE IN THE RICH OIL PRESENT IN THE SEED OF THIS FRUIT.POMEGRANATE SEED OIL MAY SUPPORT SKIN TREATMENT WITH ITS ANTI-AGING AND ANTI-IMFLAMMATORY FEATURES.
 
POMEGRANATE SEED OIL:

BOTANICALLY CALLED PUNICA GRANATUM.APART FROM BEING A DELICIOUS FRUIT , POMEGRANATES ARE FIBROUS; RICH IN VITAMINS C , B5, POLYPHENOL , POTASSIUM AND OTHER MINERALS AND NUTRIENTS WHICH HELP ONE TO MAINTAIN A HEALTHY BODY. HOLDS HIGH LEVELS OF ANTIOXIDANTS WHICH MAKES IMMUN SYSTEM STRONGER. THERE ARE MANY HEALING BENEFITS OF THIS FRUIT, AND OFTEN ATTRIBUTED TO THE ANTIOXIDANTS AND PUNICIC ACID (OMEGA 5 ) AVAILABLE IN THE RICH OIL PRESENT IN THE SEED OF THIS FRUIT.POMEGRANATE SEED OIL MAY SUPPORT SKIN TREATMENT WITH ITS ANTI-AGING AND ANTI-IMFLAMMATORY FEATURES.
 
banner delima
 hadith
 
3. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL :

OLIVE OIL IS A MONOSATURATED, HEART HEALTHY FAT. IT IS LOADED WITH ANTIOXIDANTS THAT HELP PROTECT THE HEART AND BLOOD CELLS FROM DAMAGES. OLIVE OIL IS THE MAJOR INGREDIENT IN THE MEDITERRENEAN DIET, WHICH IS KNOWN FOR CARDIOVASCULAR BENEFITS. CONSUMING OLIVE OIL IS NOT ONLY GOOD FOR THE HEART, BUT MAY ALSO AID IN WEIGHT LOSS AND PAIN RELEIF.VERY GOOD FOR HAIR AND SKIN TREATMENT.OLIVE OIL IS VERY HELPFUL IN CELL RENEWAL.
 
EXTRA VIRGIN OLIVE OIL :

OLIVE OIL IS A MONOSATURATED, HEART HEALTHY FAT. IT IS LOADED WITH ANTIOXIDANTS THAT HELP PROTECT THE  HEART AND BLOOD CELLS FROM DAMAGES. OLIVE OIL IS THE MAJOR INGREDIENT IN THE MEDITERRENEAN DIET, WHICH IS KNOWN FOR CARDIOVASCULAR BENEFITS. CONSUMING OLIVE OIL IS NOT ONLY GOOD FOR THE HEART, BUT MAY ALSO AID IN WEIGHT LOSS AND PAIN RELEIF.VERY GOOD FOR HAIR AND SKIN TREATMENT.OLIVE OIL IS VERY HELPFUL IN CELL RENEWAL.
Olive Branch

Khasiat Buah Zaitun

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun
yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau
banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan
tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun
bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima,
anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun
yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama
botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat
pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi
pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin
Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan
gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."
Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah
s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia
berasal dari pohon yang diberkati."
Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia
bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling
stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan
kering.
Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang
diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus
kelembapan dengan stabil.
Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan
cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit
terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya
berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat.
Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak
zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu
setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit.
Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat
demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.


 4.* BLACK SEED OIL & POWDER MIRACLE:

 NIGELLA SATIVE ( BOTANICAL NAME ) ALSO KNOWN AS BLACK SEED , BLACK CUMIN HAS HISTORY OVER 2700 YEARS.THIS MAKES BLACK SEED ONE OF THE SAFEST PLANT FOR HUMAN CONSUPTION.CLINICAL RESEARCHS HAVE SHOWN THAT BLACK SEED OIL CONTROLS THE BLOOD SUGAR AND CHOLESTEROL APART FROM ANY OTHER DISEASES AND IS CONSIDERED TO BE ONE OF THE GREATEST HEALING HERBS OF ALL TIMES. IN ISLAM, IT IS REGARDED AS ONE OF THE GREATEST FORMS OF HEALING MEDICINE AVAILABLE. PROPHET MOHAMMED (S.A.V.) STATED THAT THE BLACK SEED CAN HEAL EVERY DISEASE- EXCEPT DEATH.
 
HEALTH BENEFITS OF OUR FOOD SUPPLEMENTS 
* BLACK SEED OIL & POWDER MIRACLE
NIGELLA SATIVE ( BOTANICAL NAME ) ALSO KNOWN AS BLACK SEED , BLACK CUMIN HAS HISTORY OVER 2700 YEARS.THIS MAKES BLACK SEED ONE OF THE SAFEST PLANT FOR HUMAN CONSUPTION.CLINICAL RESEARCHS HAVE SHOWN THAT BLACK SEED OIL CONTROLS THE BLOOD SUGAR AND CHOLESTEROL APART FROM ANY OTHER DISEASES AND IS CONSIDERED TO BE ONE OF THE GREATEST HEALING HERBS OF ALL TIMES. IN ISLAM, IT IS REGARDED AS ONE OF THE GREATEST FORMS OF HEALING MEDICINE AVAILABLE. PROPHET MOHAMMED (S.A.V.) STATED THAT THE BLACK SEED CAN HEAL EVERY DISEASE- EXCEPT DEATH.

 
 

Habbatussauda Hadith


Mengenai HABBATUS SAUDA, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatussauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
 
 
 DIBAWA TERUS DARI TURKI.
 
 *SEBARANG PEMBELIAN BOLEH HUBUNGI : 019-9257997
 
 

SENAD HADZIC BERJALAN KAKI 5,700KM UNTUK MENUNAIKAN HAJI.



SARAJEVO : Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.
“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.
Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.
“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.
“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. – AFP

#Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut dapatkan buku:

Kisah seorang Senad Hadzie, seorang pejalan kaki menuju rumah Allah ini begitu menginspirasi. Kecintaannya kepada Allah melebihi cintanya kepada keluarga, adalah hal yang langka sekarang. Dalam perjalanan sejauh 5700 kilometer, selama 8 bulan, melewati tujuh negara dan puluhan kota, di bawah suhu ekstrim panas 50c dan dingin minus 37c, melintasi dua benua, dua gurun pasir  dan tiga lautan. 12 kali ganti sepatu, 7 handpone dengan membawa beban seberat 20 kilo, siang dan malam berjalan rata-rata 30-70 kilometer per hari. Bukan kerana tidak punya biaya.  Tetapi didorong oleh mimpinya berkali-kali agar ia ke tanah suci berjalan kaki.
 “Menakjubkan, apa yang dilakukan Senad Hadzie melampaui akal sehat. Keimanan dan keyakinan selalu membawa seseorang pada proses yang menakjubkan dan tindakan luar biasa” (Dr Yusof Baihaki, Sudan). 
‘Sanad , engkau mengajarku mengenai sesuatu yang tidak pernah ku fahami bahawa ada kekuatan yang tidak bisa diukur dengan apa pun pabila seseorang  sudah merasakan manisnya keimanan kepada Allah SWT” (Jamilliah, Maluku)
“Sanad mengatakan bahawa segala keletihan, lapar, haus, kedinginan, kepanasan, dan segala penderitaan yang dialaminya  dalam perjalanan menuju Makkah adalah merupakan hari-hari terbaik untuknya. Oh Sanad, sungguh aku malu pada diriku sendiri. Aku begitu jauh dari dirimu” (Urwatul Wutsqo Anas, Kairo).
Kisah seorang Senad Hadzie, seorang pejalan kaki menuju rumah Allah ini begitu menginspirasi. Kecintaannya kepada Allah melebihi cintanya kepada keluarga, adalah hal yang langka sekarang. Dalam perjalanan sejauh 5700 kilometer, selama 8 bulan, melewati tujuh negara dan puluhan kota, di bawah suhu ekstrim panas 50c dan dingin minus 37c, melintasi dua benua, dua gurun pasir dan tiga lautan. 12 kali ganti sepatu, 7 handpone dengan membawa beban seberat 20 kilo, siang dan malam ...berjalan rata-rata 30-70 kilometer per hari. Bukan kerana tidak punya biaya. Tetapi didorong oleh mimpinya berkali-kali agar ia ke tanah suci berjalan kaki.
“Menakjubkan, apa yang dilakukan Senad Hadzie melampaui akal sehat. Keimanan dan keyakinan selalu membawa seseorang pada proses yang menakjubkan dan tindakan luar biasa” (Dr Yusof Baihaki, Sudan).
‘Sanad , engkau mengajarku mengenai sesuatu yang tidak pernah ku fahami bahawa ada kekuatan yang tidak bisa diukur dengan apa pun pabila seseorang sudah merasakan manisnya keimanan kepada Allah SWT” (Jamilliah, Maluku)
“Sanad mengatakan bahawa segala keletihan, lapar, haus, kedinginan, kepanasan, dan segala penderitaan yang dialaminya dalam perjalanan menuju Makkah adalah merupakan hari-hari terbaik untuknya. Oh Sanad, sungguh aku malu pada diriku sendiri. Aku begitu jauh dari dirimu” (Urwatul Wutsqo Anas, Kairo).

Sunday, October 5, 2014

INTERVIEW YANG MENGINSAFKAN...


Kisah Sedih Pengorbanan Seorang Ibu Demi Kejayaan Anaknya Yang Pasti Mengalirkan Air Mata Anda...

Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?"

Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka. -mediasensasipanas

POSISI MAYAT DALAM KUBUR

Nasihat Kubur: 

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185) -n.i-
Nasihat Kubur:

Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap,
MAKA terangilah aku dgn TAHAJUD.

Aku adalah tempat yang paling sempit,
MAKA  LUASKAN aku ...dengan ber SILATURAHIM.

Aku adalah tempat yang paling sepi,
MAKA  RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan,
MAKA  racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.

Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat,
MAKA bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit,
MAKA bebaskan rendaman itu dengan PUASA...

Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya,
MAKA Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

"Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga,
maka Sesungguhnya ia telah berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...