Tuesday, October 21, 2014

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRA U LANAS.

                  SMK Ayer Lanas (20/10/2014):  Lumrah hidup di dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hal inilah yang terjadi ke atas seorang tenaga pengajar Pra U Lanas. Beliau ialah Cikgu Ibrahim Awang, guru Bahasa Melayu. Cikgu Ibrahim atau panggilan mesranya cikgu Him yang berasal dari Tumpat, Kelantan akan bertukar tempat mengejarnya ke SMK  Dato' Bahaman, Temerloh, Pahang. Beliau memilih Temerloh kerana di situlah tempat pemastautinnya setelah tamat pengajian di sebuah universiti di Indonesia.

                Selama mengajar  Bahasa Melayu di Pra U Lanas selama lebih kurang 8 tahun, beliau begitu banyak memberi sumbangan ke arah meningkatkan pencapaian pelajar di bawah kendaliannya. Beliau juga banyak menabur bakti  ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko kurikulum SMK Ayer Lanas. Segala jasa dan sumbangan beliau amatlah dihargai.

               Majlis perpisahan Cikgu Ibrahim diadakan di Dewan Besar SMK Ayer Lanas dengan ucapan dari wakil pelajar, PK Pra U Lanas, Pengetua SMKAL dan diikuti oleh cikgu Him.

                Kami semua tenaga pengajar Pra U Lanas mengucapkan ribuan ampun dan maaf dan terima kasih atas segala bentuk sumbanganya serta :

                                       SELAMAT BERTUGAS DI SMK DATO' BAHAMAN

semuga diberi keberkatan dan kemuliaan  Allah SWT.












No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...