Tuesday, February 24, 2015

TAZKIRAH

PEMBAKAR SEMANGAT

Untuk perkongsian:

😔 Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
 Saya membaca satu artikel yang dihasilkan oleh Dr Mehmet Oz mengenai ...
ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

😔 Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
 
ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”
(Al Baqarah : 286)

😔 Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
 ... . maka, aku alunkan zikir & lagu buat penenang otak yang serabut ni
ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”
(Ar Ra'd : 28)

😔 Ketika kita mengeluh:
“Apa yang aku buat ini semua sia-sia..."
 hal yang sia sia ada pelajaran berharga yg kita raih
ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)

😔 Ketika kita mengeluh:
“ tidak ada sorang pun yang hendak tolong aku..."
 Aku Ingin Jogja, Aku Ingin Jogja Selalu Istimewa, lomba blog, satnya ...
ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)

😔 Ketika kita mengeluh :
“ Aku sedihh sangat...”
 harineh aku sedih sangat ohh :'(
ALLAH menjawab:
ِ ( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)
Jangan banyak mengeluh...
 LIFE IS EXAMINATION
 ❌😔 Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dengan taqwa...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa ^^


RENUNG SEJENAK.

     "RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"👌👌👌👌
1. Sisa hίdυρ kita ini semakin pendek,jadi :

» Yang boleh kita makan, makanlah;
» Yang boleh kita pakai, pakailah;
» Yang Ingin kita beli, belilah;
» Kalau masih mampu memberi, berilah;
» Masih mampu berbagi, berbagilah;

 
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.
Usah khuatir dengan ahli waris,
Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

~Beramal ibadatlah:

  > Selagi lapang sebelum sibuk,
  > Selagi sehat sebelum sakit,
  > Selagi kaya sebelum miskin,
  > Selagi muda sebelum tua renta,
  > Selagi idup sebelum mati.

2. Sehari berlalu, umur kita berkurang sehari.

  > Bila kita lalui hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung,
  > Berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur,
  ~ kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi' menghadap Rabbul Jalil.

3. Waktu begitu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah.
     Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila kita membandingkan apa yang ada di atas, kita akan selalu merasa kurang;
 > Bila kita membandingkan ke bawah, kita merasa lebih;
 > Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita miliki, Kita Pasti Bahagia.
 > Bersyukurlah dengan apa yg kita ada.
 ~ Manfaatkan sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.

Yang terbaik dan terpenting dalam menjalani kehidupan ini adalah :

>  Perilaku yang Baik,
> Sentiasa membantu orang,
> Tidak berbuat hal-hal yang tercela,
> Mengawal diri.
> Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
> Dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.

KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.

Kasih anak-anak terhadap ibu bapa jelas ada batasnya.

Percayalah! tatkala anak sakit, hati ibu bapa turut sama merasai sakit;
tetapi tatkala ibu bapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar...


Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti suatu keharusan,
tetapi orang tua memakai wang anak semacam suatu kemustahilan !!!

Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibu bapa adalah rumah anak,
  > tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapanya.
  > Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas...
  > Belum tentu semua anak akan berbakti kepada  kedua ibu bapa.

8. Ajarlah anak-anak untuk mencapai REDHA Allah SWT, kerana :

    Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 
                                  anak anak kita supaya menjadi anak yang soleh jika dilihat anak anak ...


                    😍😍😍😍😍😍   SELAMAT MENITI HARI TUA 😍😍😍😍😍😍

Friday, February 13, 2015

PERGINYA SEORANG MURABBI MENEMUI ILLAHI...

ALFATIHAH...

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat - Kau Murabbi Kami - Relaks Minda
 
Wann Yusoff Tokbek's photo.   
Satu kehilangan besar kepada kita...
           perginya seorang pejuang islam...
                    Satu permata yang sukar dicari ganti...
Semoga rohnya dicucuri rahmat...
dan ditempatkan dalam kalangan para solihin...
...amein...

PROMO : TOK GURU NIK AZIZ KE SABAH


 

 









 
 

Gambar Ribuan Rakyat Iringi Jenazah Tok Guru Nik Aziz
myKelantan.TV's photo.
Sesuatu yang arwah selalu sebut kepada saya, agar arwah diberi peluang untuk bersiaran di tv samada rakaman atau secara langsung sebagai seorang menteri besar sewaktu arwah menjawat jawatan itu, namun hajatnya itu terkabul sewaktu tok guru sudah mengadap Rabbul Izzati, tv RTM dan Astro Awani membuat siaran langsung saat almarhum tidak bersuara lagi.. sedih!!..

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931

Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.
Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.
 Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.
Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.
Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.
Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua. 
Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.
Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.
Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.
 
Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.
Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.
 
Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.
Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.
Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.
Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.
 
Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap:
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.
Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.
 
Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.
Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.
 
Penghargaan :
 Beliau mendapat penghargaan:

1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.

2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.
Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.
 
Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.
Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.
 
Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.
Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.
 
Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...