"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"๐๐๐๐
1. Sisa hฮฏdฯ
ฯ kita ini semakin pendek,jadi :
» Yang boleh kita makan, makanlah;
» Yang boleh kita pakai, pakailah;
» Yang Ingin kita beli, belilah;
» Kalau masih mampu memberi, berilah;
» Masih mampu berbagi, berbagilah;
Kerana semua yang ada tidak boleh kita bawa ke kubur.
Usah khuatir dengan ahli waris,
Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hฮฏdฯ
ฯ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.
~Beramal ibadatlah:
> Selagi lapang sebelum sibuk,
> Selagi sehat sebelum sakit,
> Selagi kaya sebelum miskin,
> Selagi muda sebelum tua renta,
> Selagi idup sebelum mati.
2. Sehari berlalu, umur kita berkurang sehari.
> Bila kita lalui hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung,
> Berbuat baiklah dan selalu mengucap syukur,
~ kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi' menghadap Rabbul Jalil.
3. Waktu begitu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah.
Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila kita membandingkan apa yang ada di atas, kita akan selalu merasa kurang;
> Bila kita membandingkan ke bawah, kita merasa lebih;
> Bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita miliki, Kita Pasti Bahagia.
> Bersyukurlah dengan apa yg kita ada.
~ Manfaatkan sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting dalam menjalani kehidupan ini adalah :
> Perilaku yang Baik,
> Sentiasa membantu orang,
> Tidak berbuat hal-hal yang tercela,
> Mengawal diri.
> Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
> Dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hฮฏdฯ
ฯ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak-anak terhadap ibu bapa jelas ada batasnya.
Percayalah! tatkala anak sakit, hati ibu bapa turut sama merasai sakit;
tetapi tatkala ibu bapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya-tanya ala kadar...
Anak-anak memakai wang orang tua sudah seperti suatu keharusan,
tetapi orang tua memakai wang anak semacam suatu kemustahilan !!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibu bapa adalah rumah anak,
> tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibu bapanya.
> Ibubapa selalu memberikan anak-anak tanpa batas...
> Belum tentu semua anak akan berbakti kepada kedua ibu bapa.
8. Ajarlah anak-anak untuk mencapai REDHA Allah SWT, kerana :
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
๐๐๐๐๐๐ SELAMAT MENITI HARI TUA ๐๐๐๐๐๐
No comments:
Post a Comment