Tuesday, January 31, 2012

UST. AZHAR IDRUS DI SISI BERBEZA


Menarik !!Ust. Azhar Idrus Yang Jarang Kita Dapat Lihat



Sama seperti hamba-hamba Allah yang lain juga,...Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mengharungi kehidupan hariannya seperti biasa..tiada protokol..tiada batasan ini dan itu..semestinya tidak menyalahi hukum syarak.

Sesetengah mereka yg waraq akan sentiasa memberikan pandangan yg tidak menyokong dengan penampilan dan cara Al Fadhil menyampaikan dakwahnya.

Begitulah sifat orang yg merasakan segala tingkah laku dan perbuatannya di terima Allah Ta'ala..mereka rasakan ilmu yang mereka ada sudah cukup hebat untuk berkata ini dan itu.

Ada juga  yang mengatakan walaupun ramai yang hadir dalam kuliah Al Fadhil Ustaz, bila pulang ke rumah mereka tidak mendapat apa-apa pengajaran dan mereka tidak akan berubah, sama seperti biasa,...yang mereka dapat hanya  ketawa dan kegembiraan semata..Apakah benar begitu wahai saudara-saudara semua?

Mereka lupa, mereka lalai akan rahmat Allah, mereka lupa akan hidayah Allah yang maha luas. mereka juga lupa bahawa dengan rahmat Allah jugalah kita di masukkan ke syurga.

Zaman boleh berubah, cara penyampaian dakwah juga boleh berubah, "JANGAN HUKUM-HAKAM ALLAH DI UBAH-UBAH MENGIKUT PEREDARAN MASA DAN SELERA." Kita boleh beriri hati untuk berbuat lebih baik dari itu, jangan  iri hatikan terhadap kejayaan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus mendekati anak-anak muda dan mendekatkan mereka dengan ISLAM ALLAH S.W.T..
TAKBIR!

Sumber : Facebook JKKK Fan Club

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...