Musim Cinta,Musim Peperiksaan
Sedetik berlaku setahun berlalu..Musim cinta dan musim peperiksaan kini bermula.
Kini musim cinta bercambah mekar dan membesar lalu membuahkan satu permulaan detik penghidupan yang terbaru untuk pasangan yang akan bernikah.
Sesungguhnya alam perkahwinan adalah juga merupakan musim peperiksaan buat kedua mempelai buat menguji soal hati masing-masing.
Musim ini juga calon-calon PMR, SPM,dan STPM bergelut berjuang menguji minda yang telah terpahat dengan ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru serta doa ibubapa mengiringi perjuangan mereka.
Apapun musim cinta ini tidak lebih pada zahiriah dan lahiriah sahaja.Cinta yang sebenarnya adalah mencintai Yang Satu dan Mencintai Kekasih Allah,Nabi Muhammad S.A.W.
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."
No comments:
Post a Comment