Wednesday, July 20, 2011

TEMAN YANG SEJATI



PERSAHABATAN YANG SEJATI
 Marilah kita hayati bersama dialog dua orang manusia yang hebat iaitu antara Sa’ad bin Rabi’ al-Ansari dengan Abdul Rahman bin Auf (Muhajirin), sejurus peristiwa hijrah oleh para sahabat dari Makkah ke Madinah.
Kepada saudara barunya, Sa’ad berkata: “Sesungguhnya aku orang yang paling kaya di antara kaum Ansar. Aku berniat membahagikan hartaku menjadikan dua bahagian; satu untukku dan satu untukmu.Aku juga mempunyai dua orang isteri, ambillah siapa yang lebih kau sukai. Sebutkan namanya padaku, nanti aku akan talakkannya. Jika masa idahnya habis, nikahilah dia.”
Abdul Rahman menjawab:”Semuga Allah memberkati keluarga dan hartamu. Dimanakah pasar kalian?”
Sa’ad lalu menunjukkan pasar tersebut. Abdul Rahman seterusnya berniaga, berusaha, bernikah dan akhirnya beliau menjadi salah seorang lelaki yang terkaya di Madinah. (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majjah)
Tidak hanya antara Sa’ad dan Abdul Rahman sahaja bahkan itulah persahabatan dan persaudaraan yang wujud dan dapat diterjemahkan dalam kalangan seluruh golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Dalam al-Quran surah al-Fath ayat 26, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang bersama Rasulullah itu (orang beriman) sikap mereka bertegas kepada orang kafir dan berkasih sayang bersama mereka."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...