Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh
manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi
kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti
Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk
mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
Jin sebenarnya suka
memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian
mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan
peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
"Manusia
yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai
pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin," tambahnya.
Manurut
Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan
berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau
tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat
jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau
juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar
tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan
resah tidak menentu.
Mimpi berulang mengenai perkara yang
menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik,
dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan
gangguan jin.
Selsema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.
Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
Lain
lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak
lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata
suruhan tertentu.
sumber fb Zarul Susano