Friday, April 6, 2012

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PRA U LANAS.

         Khamis (5/4/12)  : Pelajar Pra U Lanas dengan kerjasama polis IPD Jeli dan masyarakat Kampung Ayer Lanas telah bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan Jalan Legeh di Ayer Lanas. Gotong-royong sempena menyambut hari polis bersama kominiti telah berjalan dengan jayanya. Sementara bagi Pelajar Pra U Lanas, ini adalah merupakan salah satu daripada kegiatan khidmat masyarakat yang termasuk dalam proses pembelajaran kokurikulum mereka.
        Selain kerja-kerja membersih tanah perkuburan, para pelajar dapat beramah mesra dengan para anggota polis dan masyarakat setempat. Pelajar juga berkesempatan belajar  cara-cara pengembumian jenazah yang kebetulan berlaku di tanah perkuburan tersebut.
         Diharapkan kegiatan khidmat masyarakat seperti ini dapat memberi pelajaran dan pengalaman yang berguna bagi pelajar Pra U Lanas.

Berikut adalah gambar-gamabar program Khidmat Masyarakat Pelajar Pra U Lanas:    

 Taklimat dari Pengarah Program En. Kastawi dan Cik Zuliana...
 Menaiki trak polis untuk ke tanah perkuburan Legeh...
 Ini guru penyelia... seronok kok ...
 Kerja terussss...
 En.Kastawi dengan anggota polis...
 Bersemangat...
 Asap dari dalam kubur ke tu !!!! cabutttt...
 Cabut pergi makan sebentar... ini kes tak larat nak suap dah...

 Ya, Allah...udah, udah lah tu
 Anggota polis melayan wartawan sinar...
Oiii, ini tanah perkuburan, bukan tempat nak posing la...
 Posing di kuburan...
 Jangan duk khayal, aku udah milik orang lain...
 Gali kubur... tempat persinggahan ke alam akhirat...
 Salah seorang anggota masyarakat yang meninggal dunia...
 Semua yang hidup, pasti mengalaminya, oleh itu insaflah...
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA YANG TERLIBAT.
SEMUGA SEMUA DIRAHMATI ALLAH SWT.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...