Monday, July 30, 2012

EMAS JATUH DARI LANGIT



Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada suatu ketika Nabi Ayyub sedang mandi dengan bertelanjang, tiba-tiba sekelompok belalang emas berjatuhan di hadapannya lalu dibungkusnya dengan kain.

Maka Allah berfirman menegurnya, 'Wahai Ayyub, bukankah Aku telah memberimu kekayaan yang cukup sehingga engkau tidak memerlukan apa yang engkau lihat saat ini?' Ayyub menjawab, 'Benar, ya Tuhanku! Tetapi demi kekuasaanMu, aku masih  memerlukan berkah dariMu'."
 [1]

Pelajaran Yang Dapat Diambil:

1. Diperbolehkan mandi telanjang jika seorang diri atau mandi bersama isteri.

2. Diperbolehkan memperbanyak atau mencari harta yang banyak dengan cara halal dan benar, serta mensyukuriNya.

3. Keutamaan orang yang kaya lagi banyak bersyukur.

4. Diperbolehkan menjadikan emas sebagai cincin atau perhiasan wanita.

5. Diperbolehkan menyebut harta yang didapat seperti dalam peristiwa ini, sebagai berkah.

6. Diperbolehkan menikmati keindahan hiasan atau lukisan yang berwujud makhluk bernyawa bila hanya sebagian, adapun yang dilarang adalah hiasan yang berwujud utuh atau lengkap dari makhluk yang bernyawa tersebut.

_______________ 

[1] HR. Ahmad, 2/314; Ibnu Hibban, 6229; Abdurrazzaq, 20403; at-Tirmidzi, 3977. 

Thursday, July 26, 2012

MUNGKIN INI PUNCA PELAJAR MALAS ?

PELAJAR TIDAK TERCABAR ATAU DICABAR...



Kalau sudah tercabar, rasanya panas di dada. Harus dapat! Harus berhasil! Harus dapat markah tertinggi! Harus menang! Harus menguasi keterampilan itu! Harus…….! Timbul semangat baru untuk berusaha belajar lebih kuat. Pernahkah anda sebagai pelajar merasa tercabar?

Begitulah, akan bergejolak rasa di dada setiap pelajar yang merasa tercabar oleh pembelajaran seorang guru yang pandai melibatkan emosi muridnya. Guru harus pandai membuat seluruh pelajarnya merasa tercabar. Guru harus pandai memunculkan “rasa gatal”, “rasa tergelitik”, “rasa penasaran”, dan memicu pelajar untuk berusaha berfikir kembali, mengutak-atik bahan ajaran dan tugas belajar dengan cara baru.

Berbagai langkah dapat dilakukan  untuk membuat mereka merasa tercabar untuk boleh, tercabar untuk berhasil, tercabar untuk mendapat markah tertinggi, tercabar untuk menguasai suatu kemahiran, tercabar untuk mencapai tujuan pembelajaran yang diharapkan oleh guru. Misalnya,  menyodorkan kepada pelajar isu-isu yang bersifat kontroversi. Boleh juga dilakukan dengan membuat pendapat-pendapat yang berlawanan dengan teori yang diakui, tetapi pendapat-pendapat yang dibuat  tersebut harus nampak logik di mata pelajar. Sebagai contoh, pelajar diberikan pertanyaan-pertanyaan pengarah, dan atau pertanyaan-pertanyaan penguji. Dengan cara ini, secara serta merta pelajar biasanya akan tercabar untuk menyanggah pendapat tersebut, dan atau mempertahankan teori yang menurut mereka benar.

Cara ini boleh membuat pelajar menjadi ragu sesaat, dan akhirnya mereka akan mencuba mengulang kaji . Proses kaji ulang ini sangat baik dan penting dalam pembelajaran yang konstruktif bagi proses berfikir pelajar. Sebuah konsep, prinsip, teori, atau hukum akhirnya akan dielaborasi secara mendalam oleh pelajar. Akan ada tahap ketidakseimbangan menuju tahap keseimbangan, sesuai dengan prinsip konstruktivisme sebuah pembelajaran. Umpan berupa isu yang bersifat kontroversi, pendapat-pendapat yang sekilas nampak logik tetapi bertentangan dengan teori akan melatih keterampilan dan kemampuan berfikir kritis pelajar. Terpenting, semuanya berlaku secara alamiah tanpa paksaan kerana pelajar merasa tercabar dan perasaan tersebut muncul dari dalam diri mereka sendiri.

Cara lain yang dapat dilakukan  adalah dengan memberikan tugas dengan sedikit divariasi dari versi sebelumnya yang telah pelajar kuasai. Tugas atau keterampilan diberikan pada tahap sedikit lebih tinggi tingkat kesulitan atau kerumitannya. Tugas dan keterampilan di sini dapat berupa aktiviti fizikal maupun aktiviti mental, ataupun variasi keduanya. Boleh  juga dengan mengaitkan tugas tersebut dengan tugas atau keterampilan lama (dari bahan ajaran sebelumnya: bulan lalu, semester lalu, tahun lalu) yang telah mereka kuasai. Kemudian beri kesempatan kepada pelajar untuk “mempertontonkan” hasil usaha belajarnya dalam bentuk “cara mudah”, atau “hasil pemikiran kreatif” mereka kepada seluruh kelas.

Pemberian kata-kata penyuntik semangat, dan atau pemberian nilai tambahan pada pelajar yang berhasil menyelesaikan suatu tugas atau soal latihan tertentu dengan cepat dan tepat juga dapat memicu munculnya rasa tercabar dalam diri pelajar. Walaupun demikian, cara-cara seperti yang disebutkan terakhir ini sebaiknya tidak terlalu sering dilakukan. Cara yang terakhir ini hanya sebagai variasi lain dalam pembelajaran untuk membuat pelajar membuat merasa tercabar terhadap pembelajaran yang berlangsung.



-Hanya sekadar teori yang terbit dari pembacaan, bukan dari aplikasi yang terlalu kurang sokongan. Mungkin sistem yang mengajar kita untuk tidak mengamalkan teori tersebut.

HARAM :Mencukur Sebahagian Daripada Rambut Kepala.

 Kini, fesyen mengayakan rambut dengan cukuran (seperti pada gambar di bawah) sudah menjadi trend dalam kalangan remaja. Kalau kena pada gayanya, memang nampak cool. Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa adalah haram bagi mereka yang beragama Islam. 

FESYEN RAMBUT TERKINI
Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza’.
Qaza’ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya.
Larangan melakukan qaza’ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menegah daripada melakukan qaza’ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala).”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”
(Hadis riwayat Abu Daud)




Wednesday, July 25, 2012

JANGAN TIRU !!!!!

JANGAN DUK BUAT KERJA GILA MACAM NIH....
LETAK MAKLUMAT IKLAN

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji


duit
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
- Bernama

Tuesday, July 24, 2012

KISAH SEBUAH PENGORBANAN YANG HEBAT.

Bai Fang Li : Sebuah Pengorbanan Istimewa Untuk Seseorang Yang Luar Biasa
Namanya BAI FANG LI.
Pekerjaannya adalah seorang penarik beca. Seluruh hidupnya dihabiskan di atas becanya, mengayuh untuk menabur jasanya kepada orang yang naik becanya. Menghantarkan ke mana sahaja pelanggannya menginginkannya, dengan upah  yang kecil. Tubuhnya tidaklah perkasa. Perawakannya malah tergolong kecil untuk ukuran becanya atau orang-orang yang menggunakan jasanya. Tetapi semangatnya luar biasa untuk bekerja. Mulai jam enam pagi setelah melakukan rutinnya untuk beribadah. Dia melalang dijalanan, di atas becanya untuk menghantar para pelanggannya. Dan ia akan mengakhiri kerja kerasnya setelah jam lapan malam. Para pelanggannya sangat menyukai Bai Fang Li, kerana peribadi yang ramah dan senyum yang tidak lekang dari wajahnya. Namun kerana kebaikan hatinya itu, banyak orang yang menggunakan jasanya membayar lebih. Mungkin kerana kasihan, melihat bagaimana tubuh yang kecil malah itu dengan nafas yang turun naik (apalagi kalau jalan berbukit) dan peluh yang bercucuran berusaha mengayuh beca tuanya.

Bai Fang Li tinggal disebuah bilik reput yang usang, bersama dengan banyak penarik beca. Pondok itupun bukan miliknya, kerana ia menyewanya secara harian. Kelengkapan di bilik itu sangat sederhana. Hanya ada sebuah tikar tua yang telah robek, tempat dia merebahkan tubuhnya setelah sepanjang hari mengayuh beca. Bilik itu hanya sebuah ruang kecil tempat ia biasa merebahkan tubuhnya beristirahat, di situ juga ia menerima tetamu yang memerlukan bantuannya, di ruang itu juga ada sebuah kotak yang berisi beberapa baju tua miliknya dan sebuah selimut tipis tua yang telah bertambal-tambal. Ada sebuah piring comel dan ada sebuah tempat minum. Dihujung ruangan tergantung sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi kegelapan di bilik tua itu bila malam  menjelang. Bai Fang Li tinggal sendirian dipondoknya. Dan, orang hanya tahu bahawa ia seorang pendatang. Tidak ada yang tahu apakah ia mempunyai sanak saudara sedarah. Tetaapi  ia tak pernah merasa sendirian, kerana banyak orang yang suka padanya, kerana sifatnya yang murah hati dan suka menolong. Tangannya sangat ringan menolong orang yang memerlukan bantuannya, dan itu dilakukannya dengan sukacita tanpa mengharapkan pujian atau balasan.

Dari penghasilan yang diperolehnya selama seharian mengayuh becanya, sebenarnya ia mampu untuk mendapatkan makanan dan minuman yang layak untuk dirinya dan membeli pakaian yang cukup baik untuk menggantikan baju tuanya yang hanya sepasang dan kasut tuanya yang sudah tidak layak dipakai kerana telah robek. Namun dia tidak melakukannya, kerana semua wang hasil titik peluhnya disumbangkannya kepada sebuah Yayasan sederhana yang biasa mengurus dan menyantuni sekitar 300 anak-anak yatim piatu miskin di
Tianjin. Yayasan yang juga mendidik anak-anak yatim piatu melalui sekolah yang
ada.


Ceritanya bermula saat hatinya sangat tersentuh ketika suatu waktu ia baru beristirahat setelah menghantar seorang pelanggannya. Ia menyaksikan seorang anak lelaki kurus berusia sekitar 6 tahun yang yang tengah menawarkan jasa untuk mengangkat barang seorang ibu yang baru berbelanja. Tubuh kecil itu nampak sempoyongan menggendong beban berat
dibahunya, namun terus dengan semangat melakukan tugasnya. Dan dengan
kegembiraan yang sangat jelas terpancar diwajahnya, ia mengambil upah beberapa
wang yang diberikan oleh ibu itu, dan dengan wajah mengadah ke langit,
mungkin ia mengucapkan syukur pada Tuhan untuk rezeki yang diperolehnya hari
itu. Beberapa kali ia perhatikan anak lelaki kecil itu menolong ibu-ibu yang berbelanja,
dan menerima upah wang kecil. Kemudian ia lihat anak itu beranjak ketempat
sampah, mengais-ngais sampah, dan waktu menemukan sepotong roti kecil yang
kotor, ia bersihkan kotoran itu, dan memasukkan roti itu kemulutnya,
menikmatinya dengan nikmat seolah-olah itu makanan dari syurga. Hati Bai Fang Li
tersentuh melihat , ia hampiri anak lelaki itu, dan berbagi makanannya
dengan anak lelaki itu. Ia hairan, mengapa anak itu tidak membeli makanan untuk
dirinya, padahal wang yang diperolehnya cukup banyak, dan tidak akan habis bila
hanya untuk sekedar membeli makanan sederhana.


Bila ditanya Bai Fang Li:
“Wang yang saya dapat untuk makan adik-adik saya” jawab anak itu. “Orang tuamu di mana?” tanya Bai Fang Li. “Saya tidak tahu, ayah ibu saya, mereka tidak pernah pulang lagi. Saya harus bekerja untuk mencari makan untuk saya dan dua adik saya yang masih kecil” sahut anak itu.

 Bai Fang Li minta anak itu mengantarnya melihat ke dua adik anak lelaki
bernama Wang Ming itu. Hati Bai Fang Li semakin merintih melihat kedua adik
Wang Fing, dua anak perempuan kurus berumur 5 tahun dan 4 tahun. Kedua anak
perempuan itu nampak menyedihkan sekali, kurus, kotor dengan pakaian yang
compang camping. Bai Fang Li tidak menyalahkan kalau tetangga ketiga anak itu
yang tidak  peduli dengan situasi dan keadaan ketiga anak kecil yang
tidak berdaya itu, kerana memang mereka juga terbelit dalam kemiskinan yang
sangat parah, jangankan untuk mengurus orang lain, mengurus diri mereka sendiri
dan keluarga mereka sahaja mereka kesulitan.

Bai Fang Li kemudian membawa ke tiga anak itu ke Yayasan yang biasa menampung anak yatim piatu miskin di Tianjin. Pada pengurus yayasan itu Bai Fang Li mengatakan bahawa ia setiap hari akan mengantarkan semua hasil pendapatannya untuk membantu anak-anak miskin itu agar mereka mendapatkan makanan dan minuman yang layak dan mendapatkan perawatan dan pendidikan yang sewajarnya. Sejak saat itulah Bai Fang Li menghabiskan waktunya dengan mengayuh becanya mulai jam 6 pagi sampai jam lapan malam dengan penuh semangat untuk mendapatkan wang. Dan seluruh wang pendapatannya setelah
dipotong sewa bilik dan pembeli dua potong roti kismis untuk makan siangnya dan
sepotong kecil daging dan sebutir telur untuk makan malamnya, seluruhnya ia
sumbangkan ke Yayasan yatim piatu itu. Ia merasa sangat bahagia sekali melakukan semua itu, ditengah kesederhanaan dan keterbatasan dirinya. segalanya merupakan kemewahan luar biasa bila ia beruntung mendapatkan pakaian rosak yang masih cukup layak untuk dikenakan di tempat pembuangan sampah. Hanya perlu menjahit sedikit yang tergoyak dengan
kain yang berbeza warna. Bai Fang Li mengayuh beca tuanya selama 365 hari
setahun, tanpa peduli dengan cuaca yang dingin atau  panas matahari yang  menyengat tubuh kurusnya.


“Tidak apa-apa saya menderita, yang penting biarlah anak-anak yang miskin itu dapat makanan yang layak dan dapat bersekolah. Dan saya bahagia melakukan semua ini…,” katanya bila orang-orang menanyakan mengapa ia ingin berkorban sedemikian besar untuk orang lain tanpa peduli dengan dirinya sendiri. Hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun, sehingga hampir 20 tahun Bai Fang Li menggayuh becanya demi memperoleh
wang untuk menambah dermanya pada yayasan yatim piatu di Tianjin itu. Saat
berusia 90 tahun, dia menghantarkan tabungan terakhirnya sebesar RM247yang disimpannya dengan rapi ddalam suatu kotak dan menyerahkannnya ke sekolah Yao Hua.


Bai Fang Li berkata “Saya sudah tidak dapat mengayuh beca lagi. Saya tidak dapat menyumbang lagi. Ini mungkin wang terakhir yang dapat saya sumbangkan” katanya dengan sendu. Semua guru di sekolah itu menangis.

Bai Fang Li meinggal dunia dalam kemiskinan pada usia 93 tahun. Sekalipun begitu, dia telah menyumbangkan disepanjang hidupnya wang sebesar RM 173,429.36  yang dia berikan kepada Yayasan yatim piatu dan sekolah-sekolah di Tianjin untuk menolong lebih kurang 300 anak-anak miskin. Gambar terakhir yang disimpan orang tentang mengenai dirinya adalah sebuah gambar dirinya yang bertuliskan ” Sebuah Cinta  istimewa  untuk seseorang yang luar biasa”.

DIOLAH SEMULA DARI SUMBER:
SYOK SENDIRILAH

Wednesday, July 18, 2012

PILIHANRAYA PRA U LANAS .

RABU (18/7/12) :   Hari ini para pelajar Pra U Lanas telah mengadakan pemilihan MPPU lanas sesi 2012/2013 secara proses pilihanraya. Sebelum itu, masa seminggu telah diberikan untuk masing-masing membuat pencalonan dan kempen bagi calon-calon mereka. Proses pilihanraya pada hari ini berlangsung cukup meriah sekali.
       Seramai 9 calon bertanding untuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Calon-calon diberi masa secukupnya untuk merayu undi melalui pengucapan-pengucapan awan bagi membentang manifesto masing-masing. Keputusan undi akan diketahui selewat-lewatnya pukul  2.30 petang pada ini juga (Rabu -18/7/12).
        Pada calon yang berjaya, diucapkan selamat bertugas dan pada calon yang gagal, berilah kerjasama anda untuk kecemerlangan Pra U Lanas dan SMK Ayer Lanas.
 PK  Pra U Lanas bersama tenaga pengajarnya.
 MPPU  Lanas 2011/2012
 MPPU Lanas lama dibubarkan
 Calon-calon Exco  MPPU lanas untuk 2012/2013
 Pengenalan calon-calon exco secara langsung.
 Calon diberi peluang  terbuka untuk berkempen
 Para pelajar yang akan membuang undi
 Masing-masing berkempen untuk calon mereka
 Proses membuang undi
 Undi adalah rahsia...
 Masuklah kertas undi tu...hehehe...
 Sure...calon aku menang...
 PK Pra U Lanas menunjuk cara membuang undi kok!
 Kemaslah beb....
 Undi...jangan tak undi...
Penasihat MPPU Lanas memerhati perjalanan pengundian.

Tuesday, July 17, 2012

BETUL KO TIPU ???

Musim Doghiyan doh  tiba. Mak Datuk, Besarnyaaaaa.

Iyaaaah..........



Sapa lebih kuat... tapi itulah sebenarnya.

Sunday, July 15, 2012

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA : SMK AYER LANAS.

SEHARI BERSUKAN  BERSAMA SELURUH PELAJAR SMKAL.

 SELASA (10/7/12): Smk Ayer Lanas berpesta dengan pelbagai acara sukan sempena menyambut hari 1 murid 1 sukan 1 Malaysia. Program berjalan cukup meriah sekali.
Berikut adalah gambar-gambar hari tersebut.

Kena dah...
PK Pra U Lanas...
Pengetua melayan pegawai PPD Jeli...
Jom, kita goyang...
Angkat kaki...
Yooo... sampai melayang tu, apesal ????
Ketiak masammm...
Bosss, angkat lagi !!!
Ini kes takut panas kok !!!
Lawan netbal...
Ping pong...
Bulu tangkis...
Golek bola bosi... pekong la tu...
Bola voli...
Peminat setia bola voli la tu ...
Ini mek posing la ...
Waktu nak beri hadiah la tu, aku action sekaki... hehehe...


GOMO KELATE GOMO.

BERSAMA MERAIKAN KEJAYAAN 'THE RED WARRIOW'...
-Aku bersama isteri dan anak-anak bersama-sama meraikan kejayaan pasukan Kelantan menjuarai piala Liga Primier. Gomo Kelate gomo. Di harap terus maju dalam meraih Piala AFC dan Piala Malaysia.
 Steady...
 Nih... padan tuk Habib...
 Yang ni buat tutup kepala aku...
 Minat bersama...
 Besar sangat tu...
 Lost in winner...
Banyak lagi nih.

'TAHNIAH UNTUK TRW'


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...