Sunday, September 30, 2012

BUKAN GAPO-GAPO...

CUMA NAK GHOYAT BUI  KELIH JAH...

Assalamualikum...

Tanya kabar gamaknya tu...

Uh...uh..tergamaknya

Solat...
Tak dok protokol langsung basa bebudak nih...

Ore tua nih salam ngan sapa?, bakpa nya gitu lalu... 

Bergambar ngan bebudak hayar... Sapa dia nih?
INILAH SULTAN KELANTAN DARULNAIM

KENAPA RAMBUT BERUBAN ?


 – Sebut sahaja rambut beruban, pelbagai fakta yang dipersoalkan dikalangan masyarakat. Ada yang mengatakan rambut yang cepat beruban adalah disebabkan penuaan malah ada juga mengatakan disebabkan faktor keturunan.

Rambut akan menjadi beruban setelah sel-sel melanosit di folikel rambut berhenti menghasilkan pigmen warna. Melanin rambut terdiri dari dua jenis iaitu eumelanin yang berwarna coklat tua atau hitam dan pheomelanin yang berwarna kuning atau merah. Konsentrasi dan kombinasi keduanya dalam berbeza menciptakan spektrum yang luas dari warna rambut manusia, dari hitam pekat sampai berwarna perang terang. Rambut yang telah kehilangan sebahagian besar melanin akan berwarna seperti abu-abu, rambut yang telah kehilangan semua pigmen itu akan berwarna putih. Proses kehilangan melanin ini biasanya berperingkat.

1) Rambut Beruban disebabkan oleh faktor penuaan Sel-sel kulit akan menghasilkan sejumlah kecil hydrogen peroksida dari siklus oksigen di tubuh. Penuaan menyebabkan produksi enzim katalase berkurangan dan mengganggu produksi melanin. Namun demikian, lebih cepat memiliki rambut beruban tidak bermaksud lebih cepat tua. Sebuah penelitian pada sekitar 1,200 orang di Rancho Bernardo, California, misalnya, menunjukkan bahawa pertumbuhan uban tidak berkaitan dengan tingkat kepadatan tulang di usia lanjut.

2)Faktor keturunan Keturunan juga dijadikan antara faktor rambut beruban.Kadangkala pertumbuhan uban lebih cepat dari orang yang berusia .

3)Stress boleh menyebabkan rambut beruban Ketidakseimbangan hormon atau stress juga dapat mempengaruhi gaya hidup dan boleh memiliki rambut beruban dengan cepat.

4)Kekurangan nutrisi Kekurangan zat serta nutrisi dalam badan juga boleh mempengaruhi. Perubahan warna rambut kerana kekurangan nutrisi biasanya bersifat reversibel. Jika masalahnya diperbaiki, warna rambut akan kembali normal.

5)Mencabut rambut beruban tidak menyebabkan ianya menjadi banyak Berlawanan dengan kepercayaan umum, mencabut rambut beruban tidak akan membuat lebih banyak rambut beruban yang tumbuh menggantikannya. Yang biasanya terjadi adalah rambut anda sudah dalam proses beruban dan ada tunas-tunas baru di sebelah rambut yang dicabut. Setelah rambut beruban dicabut, mereka seperti tumbuh untuk menggantikannya dalam jumlah yang lebih banyak.


Sunday, September 23, 2012

KITA CINTAKAN RASULULLAH TETAPI RASULULLAH LEBIH MENCINTAI KITA UMMAHNYA.



Pada suatu ketika, Rasulullah mengimami solat seperti biasa. Di belakang Baginda, para sahabat

yang setia dan amat mengasihi Baginda. Tetapi solat Baginda kali ini agak aneh daripada biasa

 sehingga para sahabat yang menjadi makmum menjadi kehairanan.

Pada setiap kali Rasulullah bergerak ke setiap rukun solat, para sahabat terdengar bunyi

menggerutup seolah-olah sendi-sendi Baginda berlaga antara satu dengan yang lain. Apa Baginda 

dalam kesakitan pada sendi-sendi dan tulang-tulang Baginda ? Para sahabat tertanya-tanya di 

dalam diri masing-masing.

Seperti biasa, Sayyidina Umar lah yang menjadi orang yang paling tidak keruan dikalangan para 

makmum. Seusai solat, Sayyidina Umar segera bertanya kerana keperihatinannya yang tiada 

 berbelah-bahagi terhadap susuk tubuh mulia itu.

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan

  sakitkah ya Rasulullah?"

" Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar. Tutur Rasulullah penuh kasih sayang.

" Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah 

sendi bergeselan antara satu dengan yang lain di tubuh tuan ? Kami yakin tuan mungkin sedang  

sakit." desak Umar dengan cemas dan bersungguh-sungguh.

Tanpa jawapan seterusnya, Rasululullah terus mengangkat jubahnya. Terkejutlah  sekelian para 

sahabat. Sekelian yang ada menjadi terharu.

Perut Baginda yang kempis, diikat dengan kain berisi kerikil-kerikil kecil buat menahan lapar. Batu-

batu kerikil itulah yang berbunyi setiap kali Rasulullah membuat pergerakan.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan 

mendapatkannya buat tuan?". Umar bertanya penuh pilu. Lalu baginda menjawab dengan lembut, 

"Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah 

akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada

 umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di

 dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wa sohbihi wasallam.

Saturday, September 22, 2012

MADE IN QLATE

Gu kawe hok duk luar tu, maghilah Qlate. Pela-pela maghi tu, singgahlah ghumah kawe weeee.
Suko Kecek Kelate (Suka Cakap Kelantan)











Wednesday, September 19, 2012

TAK HABIS FIKIR...FIKIR...



Fikir.. Fikir.. Fikir.. Tetapi kalau tak buat-buat tak guna jugak. Ya, tak?

Bila mula-mula kita rasa kita tahu Dia tu,tetapi rupa-rupanya kita  tidak tahu siapa Dia tu... Siapa dia agak nya? Kecewa.. dan tertanya-tanya. Tetapi mana mungkin kita akan tahu, jika kita sendiri tidak ingin tahu siapa dia sebenarnya. Sedangkan diri sendiri pun kita tidak pasti  kita sudah tahu..? Tahu semua-semua? Bila kita tahu bahawa kita tidak tahu, kenalah kita ambil tahu. Bila kita tidak ambil tahu, maka kita makin tidak tahu. Bila kita ambil tahu, dan kita akan tahu bahawa sesungguhnya memang banyak yang kita perlu tahu. Dan tahu yang paling akhir adalah Maha Tahu. Tahu yang setahu-tahunya. Itulah tahu yang ada pada Sang Pencipta...

Fikir lagi...

Setiap hari kita ada rasa nak berubah, ada rasa nak menjadi lebih baik. Tetapi ada banyak yang mengada-ada yang ada-ada. Rasa-rasa ada ke yang buat-buat ada? Dalam ada, rasa-rasa ada  yang banyak  buat ada-ada dan sedikit sahaja yang betul-betul ada. Ada juga ada yang tak sempat buat dan ada tak sempat mintak ampun apa yang dia ada-adakan. Takut...Baik bila ada rasa takut. Tetapi bila ada lalai dan tidak ada sesal.Itu pasti ada bahaya. Jangan sampai hilang semua yang ada hari ini. Baru nak sedar.Tidak ada gunanya.

Jadi = *Istighfarlah banyak-banyak*

Fikir dan  fikir lagi...

Walau diri banyak sangat buat silap, banyak sangat kelemahan, banyak sangat yang tak betul lagi. Tetapi dia syukur banyak-banyak.  Dia masih banyaaak beri peluang. Peluang sangat banyak untuk berada di satu ruang yang banyak nilainya... dan banyak nikmat-nikmat yang tak terhingga. Syukur masih dipelihara. Masih banyak orang-orang disekeliling yang menyokong. 


Disaat hati makin rapuh, makin jatuh, makin penat. Makin simpan, makin lama, makin banyak dugaan.Makin risau dan makin sasar .Sesungguhnya akan ada kekuatan yang tidak di duga, datang dari arah yang tak disangka-sangka. Syukur Alhamdu Lillah.

...Sebelum ada yang terbuka dan  sebelum tertutup..maka lebih baik ,  bukalah hati, kawallah nafsu dan pandulah akal keredhaan Allah SWT.

Tuesday, September 18, 2012

REALITI SEPUTAR KEHIDUPAN


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem …
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Sunday, September 16, 2012

LAGU MANA ORE ATAS, LAGU TULAH ORE BAWAH.




Ahli sejarah banyak mengisahkan, semasa zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz negara Islam dan juga negara-negara yang berjiran dengannya dilimpahi keberkatan kerana keadilan yang telah dilakukan oleh khalifah tersebut (Kitab Bidaya wa Nihaya, Ibn Kathir). Telah diriwayatkan juga warganegara Islam pada ketika itu tidak dapat mengeluarkan zakat untuk serahkan kepada asnaf fakir dan miskin kerana tidak diketahui siapa yang berhak menerimanya kerana semua mereka berada dalam keadaan tidak memerlukan zakat (Kitab Sirah Umar Abdul Aziz, Ibn Abd Hakam).
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mampu memberi warna baru kepada manusia dengan membimbing mereka dengan tarbiyyah yang bermula dengan dirinya sendiri. Padahal semasa pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malek, rakyatnya didapati jika bertemu sesama, mereka akan saling bertanya tentang hal hartanah dan kilang-kilang kerana al-Walid juga mengemari akan hal tersebut. Begitu juga dengan khalifah sesudah al-Walid iaitu Sulaiman bin Abd Malek yang mengemari biduanda-biduanda dan makanan-makanan. Rakyat pada ketika itu juga didapati apabila bertemu seringkali membicarakan tentang biduanda-biduanda dan makanan-makanan.
Tetapi aneh sekali apabila Khalifah Umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah. Rakyat yang sama, negara yang sama, mereka tidak lagi membicarakan tentang hartanah, kilang-kilang, wanita-wanita atau makanan-makanan. Sebaliknya apabila bertemu, rakyatnya akan sering bertanya “Apakah yang sudah kamu baca malam tadi? Sudah berapa juzuk al-Quran kamu hafal? Bulan ini berapa hari telah kamu berpuasa? (Kitab al-Khalifah al-Zuhud Umar bin Abd Aziz, Sayyid al-Ahli).
Sesungguhnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz berjaya merubah pola pemikiran rakyatnya, semua perkara yang telah dilakukan bermula dengan dirinya. 

PENCILS: 5 IMPORTANT LESSONS.

Friday, September 14, 2012

PENYU MENANGIS SAKAN.

KEPUTUSAN PENUH PIALA MALAYSIA ANTARA KELANTAN VS GANU:  6-1
Sang Penyu menangis teruk dilenyek Sang Kijang.

XPRESI

BIARLAH KU TANGGUNG SENDIRI...

Thursday, September 13, 2012

RELAK KEJAP BROS...

Sekadar suatu perbandingan, manakah yang paling menyeksakan ?

Sesaat untuk posing...

Sedetik untuk crashing...

Secubit buat eating...

Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN HARI RAYA PRA U LANAS

Selasa (11/9/12): Majlis Perwakilan Pelajar Pra U Lanas pada hari Sabtu (8/9/12) telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Jeli, Pengetua SMKAL, AJK PIBG, Tenaga Pengajar Pra U dan Guru-guru SMKAL. 
Berikut adalah suasana hari terbuka tersebut:
 Menanti ketibaan PPD Jeli
 PPD, Pengetua dan PK Pra U Lanas

 Ucapan alu-aluan PK Pra U Lanas
 Ni, pelajar kita... bukan ore lain tau...
 E-makan...
 Cek mek molek tik...tik...
 Ni jagung peneroka felda... tentu sedap...
 Buh...buh... biar penuh weiiii....
 Lagu ni... memang laku habis...
 Tu, sedang dipersiap untuk jadi tok wakil Sg. Rual....
 Cuba check, selipar sapa lawa, alias ade class...
 Yang tengah tu, wakil Ayer Satan...
 Moleh ckit, jatuh tu...
 Ade class, sama-sama DG emas...
 Wakil dari Kinarut, Sabah...hahaha...
 Yes....line very clear...let go...
Wakil dari Puteri bunian...asrama...hehehehe

Thursday, September 6, 2012

MENCUBA CANON DSLR DENGAN LENSA CONVERTER TERBARU.

CANON 550D DSLR  LENSA 18MM X 55MM DIGABUNG DENGAN LENSA DIGITAL WIDE CONVERTER/WIDE MAKRO 0.5 X 58MM TERBARU DARI JAPAN, HASILNYA IALAH:

Khamis(6/9/2012)
 Tangki air SK Sri Suria 2 waktu hujan menggunakan lensa digital wide converter.
 Labah-labah sekecil hujung lidi, menggunakan digital w/makro converter. 
 Batu sungai yang pecah dari dekat.
 Batu sungai.
Kini, kucing udah bisa memanjat.

Lensa Digital wide converter bersama w/makro dibeli dengan harga RM450.00 di Tesco Kota Bharu, dua minggu lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...