Sunday, September 23, 2012

KITA CINTAKAN RASULULLAH TETAPI RASULULLAH LEBIH MENCINTAI KITA UMMAHNYA.



Pada suatu ketika, Rasulullah mengimami solat seperti biasa. Di belakang Baginda, para sahabat

yang setia dan amat mengasihi Baginda. Tetapi solat Baginda kali ini agak aneh daripada biasa

 sehingga para sahabat yang menjadi makmum menjadi kehairanan.

Pada setiap kali Rasulullah bergerak ke setiap rukun solat, para sahabat terdengar bunyi

menggerutup seolah-olah sendi-sendi Baginda berlaga antara satu dengan yang lain. Apa Baginda 

dalam kesakitan pada sendi-sendi dan tulang-tulang Baginda ? Para sahabat tertanya-tanya di 

dalam diri masing-masing.

Seperti biasa, Sayyidina Umar lah yang menjadi orang yang paling tidak keruan dikalangan para 

makmum. Seusai solat, Sayyidina Umar segera bertanya kerana keperihatinannya yang tiada 

 berbelah-bahagi terhadap susuk tubuh mulia itu.

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan

  sakitkah ya Rasulullah?"

" Tidak ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar. Tutur Rasulullah penuh kasih sayang.

" Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah 

sendi bergeselan antara satu dengan yang lain di tubuh tuan ? Kami yakin tuan mungkin sedang  

sakit." desak Umar dengan cemas dan bersungguh-sungguh.

Tanpa jawapan seterusnya, Rasululullah terus mengangkat jubahnya. Terkejutlah  sekelian para 

sahabat. Sekelian yang ada menjadi terharu.

Perut Baginda yang kempis, diikat dengan kain berisi kerikil-kerikil kecil buat menahan lapar. Batu-

batu kerikil itulah yang berbunyi setiap kali Rasulullah membuat pergerakan.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan 

mendapatkannya buat tuan?". Umar bertanya penuh pilu. Lalu baginda menjawab dengan lembut, 

"Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah 

akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada

 umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di

 dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala aalihi wa sohbihi wasallam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...