Santapilah tulisan ini dengan jiwa yang lapang dan hati terbuka, kerana gagasan idea ini mungkin sama sekali berlawanan dengan persepsi kita tentang dunia yang kita diami sekarang ini.
- Pernahkan kita terfikir kenapa kita perlu bekerja kuat setiap hari hanya untuk dapat gaji yang sedikit ?
- Pernahkan kita fikir kenapa kita perlu belajar sampai ke Universiti ? dan adakah Universiti itu tempat terakhir untuk manusia mengorek ilmu ?
- Pernahkan kita fikir kenapa manusia perlu wang untuk menjalani kehidupan ? Wahlahal, segala jenis haiwan yang merata di bumi dan berterbangan di angkasa dapat menjalani kehidupannya tanpa perlu berfikir sedikit pun tentang wang ?
-Pernahkah kita ada cukup wang walaupun buat kerja lebih masa dan buat kerja sambilan ?
- Kenapa dalam tempoh tidak sampai 200 hari selepas PRU 13 ni, harga barangan sering naik mendadak ?
-Kenapakah Umat Islam di seluruh dunia lemah ? sering bertelingkahan sesamanya ? atau apakah kerana umat Islam itu terlalu ramai dari segi jumlahnya ?
Semua permasalahan ini mungkin pernah terfikir dan juga mungkin tidak pernah berlegar di kotak fikiran manusia biasa atau manusia luar biasa .Ada yang hanya berfikir "Aku belajar sungguh-sungguh,nanti dapat masuk universiti, dapat ijazah Ph.d, mesti dapat kerja elok dan gaji yang besar. Selepas itu beli rumah besar, kereta besar.Dan kemudian baru kawin, dapat anak, besarkan anak, hantar anak pergi sekolah kluster, hantar atau 'ejas' anak masuk Universiti terkenal. Apabila anak habis universiti, biar dahulu anak ada rumah besar, kereta sendiri, lepas itu baru beri dia kawin, dapat cucu, bolehlah bermain dengan cucu, kalau ada rezeki bolehlah lihat cucu masuk Universiti, kalau tidak ada rezeki dan kebetulan usia pula tidaklah panjang mana, aku pergi dahulu meninggalkan dunia, dunia yang hanya Allah sahaja yang tahu hujungnya". Bukankah begitu sifirnya ?
Sementara itu, ada juga sesekelompok orang pula, mereka memutar kata bahawa " hidup di dunia ini adalah dalam satu orbit, tetapi orbit yang bagaimana ? Seperti yang dinyatakan di atas, hidup manusia telah "disusun atur" oleh satu pihak. Pihak tersebut adalah 'penjaga kepada orbit perhambaan' tetapi secara dangkalnya, manusia menyangka bahawa mereka hidup bebas. Untuk menjamin kehebatan memperhambakan manusia, mereka perlu "dikontrol". Dan alat yang digunakan untuk mengawal selia manusia adalah wang. Manusia dimanipulasikan dengan kepercayaan bahawa tanpa wang ringgit, mereka tidak boleh mengecapi kesempurnaan hidup. Kalau kita tidak percaya, lihatlah dunia pada hari ini. Manusia sanggup berbunuhan sesama sendiri semata-mata kerana wang, bukan pangkat atau kedudukan. Pangkat dan kedudukan hanyalah semacam media untuk diperalatkan bagi mencapai tujuan, iaitu WANG. Apabila manusia menjadi abdi, siapa pula TUANnya? Tuannya adalah tidak lain dan tidak bukan, iaitu IBLIS alias SETAN yang telah diberikan kebebasan sepenuhnya oleh Allah SWT.
HAKIKATnya, Manusia dilahirkan ke muka bumi ini, ibarat kain PUTIH yang polos. Suci dan murni dari segala kotoran. Mereka diwarnakan dengan kepercayaan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang sebelumnya telah dicorakkan warnanya oleh nenek moyang mereka. Kelazimannya, apa yang dikatakan kepada mereka adalah "belajar baik-baik atau sungguh-sungguh, dapat kerja baik, gaji besar, hidup nanti senang". Perkara ini adalah merupakan salah satu perencanaan teliti yang telah disusun atur oleh pihak Iblis laknatullah. Di awal konsep perancangan Iblis, satu bentuk sistem ekonomi sudah diacu agar kata-kata tersebut boleh menjadi suatu kebenaran. Siapa yang pandai, kerja bagus, gaji besar akan hidup senang. Sebagai satu contoh realiti, dahulu-dahulu, orang lain di kampung menjadi cemburu melihat sesiapa sahaja yang belajar di sekolah orang putih, universiti luar negara dan bekerja pula di bandar, sesekali pulang kampung pakai kereta. Lantaran itu, mereka mengatakan kepada anak mereka supaya belajarlah pandai-pandai dan pergi ke bandar, lupakan sawah dan bendang, lupakan ayam,itik ,kambing dan lembu. Kejayaan IBLISkah ini ?
Demikian yang berlaku dair generasi ke generasi sehingga saat ini, 99.99% manusia percaya bahawa "kerja baik, gaji besar" adalah satu matlamat hidup. perhatikan frasa "gaji besar".. ia bermaksud apa? DUIT! Manusia pada peringkat awalnya percaya bahawa "gaji besar" adalah satu kemewahan, namun, pada masa kini, "gaji besar" adalah satu KEMESTIAN! Manusia mahu tak mahu terpaksa buat apa sahaja untuk menambah pendapatan, baik dengan kerja lebih masa mahupun melakukan kerja sambilan. Ini menambah masa bekerja mereka dan mengurangkan masa dengan keluarga dan masa untuk kehidupan sendiri. Apabila masa diluangkan untuk kerja melebihi masa untuk kehidupan sendiri, apakah gelaran yang sesuai bagi mereka? Pekerja? atau Hamba? Anda tentukan.
Keturunan iblis menamakan sistem orbit belajar-masuk Universiti-kerja-rumah besar-kereta besar-kawin-mati ini sebagai 'orbit perestuan'. Demi menjayakan lagi projek raksaksa ini, mereka memperkenalkan suatu sistem ekonomi berdasarkan kredit dan bunga ataupun faedah. Bunyinya memang sedap tetapi hakikatnya tidak. Dalam sistem Islam, bunga ataupun faedah ini dipanggil RIBA dan setiap hasilnya adalah HARAM. Tetapi ada yang cuba melunakkan bicara dengan berkata "kami terpaksa bekerja untuk hidup". Tanggapan balas untuk bual bicara tersebut ialah:" Segala jenis binatang yang berterbangan sama ada di langit, meratakan di bumi , berenang di air, ulat dibatu, semuanya itu siapakah yang memberi rezeki kepada mereka? Bukankah Allah Yang Maha Agung ?. Jadi, jika kita yang sibuk menjana pendapatan dari sumber RIBA atau sumber HARAM lainnya tidak sanggup menjana sumber pendapatan alternatif yang HALAL kerana takut tidak makan, ini bererti kita merelakan anak bini makan dari sumber yang syubhah. MUNGKIN bagi mereka, pekerjaan itu yang memberi mereka rezeki, bukan Allah SWT. Bukankah ini syirik ? Tidak menyakini eksistensi Allah !
Akibat daripada manusia terlalu bergantung kepada wang untuk hidup, maka Iblis sebenarnya telah berjaya melaksanakan projeknya itu.Perencanaan Iblis berjalan lancar, selancar aliran air dari hulu ke muara sungai. Manusia ini suka sangat duit, kalau bagi lagi wang, bagi lagi mereka banyak wang, tetapi tidak ada nilai. Sebagai contoh, kita perasankah sekarang ini, walaupun kita ada RM 50, tetapi bila pergi ke kedai untuk membeli bahan basah, barangan yang dapat dibeli tidak sebanyak mana berbanding 5 tahun lepas. Kalau 5 tahun lepas RM 50 dapat beli ikan, ayam, sayur dan budu 2 botol. Ini adalah disebabkan oleh sejenis virus yang namanya INFLASI. Inflasi berpunca dari RIBA yang terpaksa dibayar oleh negara apabila berhutang atau dengan kata lain, kerajaan berhutang, rakyat bayarkan ribanya. Jadilah ekonomi makin sempit sampai rakyat kena buat 2-3 kerja dalam satu-satu masa.
Walau bagaimanapun, kita janganlah merasa gundah gulana dengan apa yang berlaku. apa yang tertumpah dalam coretan hamba ini hanyalah secuil ketimbang dari beribu juta impian dalam hidup kita yang direkayasa oleh Iblis laknatullah. Semuanya programnya diolah lumat dengan baik oleh media massa, terutamanya tv. Jadi,tepuk dada sendiri, tanya iman ada atau tidak dalam hati.
Setakat ini dahulu, kalau ada rezeki, kita sambung semula. Amein. Wassalam.
No comments:
Post a Comment