Sunday, August 18, 2013

RENCAH EKSPEDISI BULAN SYAWAL.


Pencarian pahala keberkahan kini sedang berlangsung, setelah melakukannya  di bulan Ramadhan, kini sebahagian umat Islam melakukan pencarian pahala keberkahan dalam bulan Syawal iaitu melakukan puasa 6 hari di bulan Syawal yang pahala berpuasa pada hari-hari tersebut seakan-akan berpuasa penuh selama satu tahun.

Puasa ini mempunyai kelebihan yang sangat istimewa. Sabda Rasulullah SAW“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim).

Bagaimana proses pencarian pahala keberkahan dan manfaat pada puasa 6 hari di bulan syawal itu muncul? Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Selain itu Puasa Syawal dan Sya’ban boleh diibaratkan sebagai solat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Kebanyakan puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, oleh hal yang demikian itu memerlukan sesuatu yang dapat menutupi dan menyempurnakannya. Selain itu juga terdapat manfaat keberkahan diantaranya ialah membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah SWT menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasya. Ada kalangan orang bijak pandai mengindahkan bahasa dengan mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh  itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amalan pertamanya. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama yang dilakukannya, Antara manfaat puasa 6 hari di bulan Syawal adalah amalan-amalan yang dikerjakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan perginya bulan Ramadhan selama ia masih hidup.

Sebaik-baiknya orang yang masih berhutang puasa Ramadhan mula melunasi hutang puasa itu di bulan Syawal,hal ini dapat mempercepat proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Apabila hutang puasa Ramadhan dilangsaikan, barulah kemudian dilanjutkan dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. 

Perlu diingat juga bahawa solat-solat dan puasa sunnah serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan adalah disyariatkan sepanjang tahun, sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu. Hal ini juga dapat mendatangkan mahabbah (kecintaan) Allah kepada hamba-Nya.

Hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan, salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Saw, seluruh keluarga dan sahabatnya. Semoga kita semua mendapatkan keberkahan Syawal dengan melakukan puasa 6 hari di bulan Syawal. Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...