Thursday, May 8, 2014

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PRA U LANAS.

           Pelajar-pelajar Pra U Lanas baru-baru ini telah menghadiri Kem Kecemerlangan Pelajar selama 3 hari 2 malam (22 April hingga 24 April 2014) di Putera Valley Resort & Trainning Centre, Tanah Merah. Program yang menelan belanja lebih kurang RM 16,000.00 ini ditaja bersama pihak KESEDAR, PIBG SMKAL, Unit Ko-Kurikulum SMKAL, Unit Kurikulum SMKAL dan Badan Perwakilan Pelajar Pra U Lanas. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan motivasi pelajar dalam menghadapi peperiksaan penggal 2.
          
            Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tempoh program tersebut antara lainnya ialah ceramah dan bengkel menjawab soalan bagi mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Kumulatif,, Ekonomi, Seni Visual dan MUET. Manakala penceramah-penceramahnya adalah terdiri dari guru-guru pakar dalam bidang masing-masing dan pensyarah dari Universiti Malaysia Kelantan. Acara berlangsung begitu padat tetapi selesa. Waktu petang, pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti 'out door' yang telah disusun oleh pihak resort.
             
           Majlis perasmian penutupan Kem Kecemerlangan tersebut dilakukan oleh Yang Berusaha Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli, En. Mohd. Fauzi Abd. Rahman. Dalam ucapannya, antara lain beliau merasa bangga dan bertuah kerana pihaknya dapat menyumbang khidmat sosial demi memajukan anak Melayu luar bandar bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Turut sama dalam majlis perasmian tersebut ialah PK Pra U Lanas, En. Rozali Muda dan semua tenaga pengajar Pra U Lanas serta para pelajar peserta program.

            Akhirnya, harapan kami  program ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan nanti. Segala bentuk usaha dan sokongan bagi menjayakan program ini berlangsung adalah sangat kami hargai. Terima Kasih untuk semua.

            Wassalam.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar program di Putera Valley & Trainning Centre.

Bos m/p ekonomi
Bengkel MUET
Tekun
Pensyarah UMK sedang memberi ceramah
BBQ tunggu siap...
Bakar ayem
Bakar sambil posing
Tunggu tunggu ...
Cedera tapi ceria
Bos Pra U Lanas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...