Thursday, May 8, 2014

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA U LANAS SESI 2014/2015.

         Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Tn. Hj. Ab. Kadir bin Sulaiman telah berkenan untuk menyampaikan ucapan serta perasmian Majlis Pendaftran Pelajar Baru 2014/2015 Pra U Lanas. Majlis yang berlangsung pada 5 Mei 2014 bermula jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 pagi. Seramai lebih kurang 97 pelajar yang mendapat surat tawaran ke Pra U Lanas dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendaftarkan diri. Mereka ini datang dari sekolah saluran iaitu SMK Jeli, SMK Batu Melintang, SMK Kuala Balah, SMK Bukit Bunga dan SMK Ayer Lanas.

          Pelajar yang mendapat tawaran tersebut lulus SPM 2013 dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu serta 3 kepujian dalam mata pelajaran lain dengan mata gred tidak melebihi 12 unit. Pelajar tersebut berumur antara 17 hingga 20 tahun.

        Berikut ialah sekitar majlis tersebut:

         
 PK I, Pegawai PPD Jeli, Pengerusi PIBG, PK Ting. 6  dan AJK PIBG.
 Pelajar tingkatan 6 atas dan pelajar baru sedang mendengar ucapan PPD Jeli.
Proses pendaftaran pelajar baru
Koperasi menjual pakaian uniform
Pendaftaran masuk asrama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...