Wednesday, June 29, 2011

SESI PENGAMBARAN KELAS 6A EKONOMI 2

Sesi Ambil Untuk Majalah Sekolah
Inilah suasana sesi pengambaran kelas 6A2. Bosssnya tentulah Ciguwan. Yooop mai kita
layan sama-sama...



INDAHNYA BUNGA DRAGON FRUIT

Bunga Buah Naga

Aku sebelum ini tidak tahu tentang indahnya bunga buah naga yang berkembang pada waktu malam.
Saat tersebut muncul secara tidak sengaja, sewaktu aku menziarah rumah seorang teman. Aku abadikan dalam camera hp nokia e71 detik keindahan tersebut...putih bersih...halus.




Monday, June 27, 2011

TIP MINYAK PELINCIR

Go to fullsize imageGo to fullsize image
Pengenalan Minyak Pelincir
Enjin adalah nyawa untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.
Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE
‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.

Gred Minyak Pelincir
Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)
Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri .
Sebagai contoh: 10w-40
W = Wet/Winter 10 = Kelikatan minyak semasa sejuk. 40 = Kelikatan minyak semasa panas. (Gred diatas ni dikenali sebagai multi grade.) Multi Grade = Boleh berubah dari cair ke pekat mengikut perubahan suhu. Mineral = Bahan dari asas petroleum. Sintetik = Minyak buatan daripada bahan kimia. Semi sintetik = Campuran dua bahan, mineral + sintetik. Kegunaan gred, bergantung pada kegunaan kenderaan , usia kenderaan  dan suhu/iklim sesuatu tempat.

TIP MENJAGA ENJIN KERETA

Go to fullsize image
Minyak Enjin : Apa Yang Harus Diketahui
Ramai diantara kita suka memandu. Tetapi tidak ramai pula yang mengambil berat dalam memilih minyak pelincir bagi keretanya. Sedangkan, jika anda merenung sejenak, enjin ialah jantung kereta dan ia hanya dapat memberikan prestasi dan ketahanan yang anda harapkan sekiranya dijaga dengan baik. Faktor utama dalam menjaga enjin supaya ia sentiasa elok ialah pemilihan minyak enjin yang bermutu. Hanya minyak yang bermutu dapat membantu anda mencapai itu semua.

Pelinciran yang kerap:

Minyak pelincir mengalir turun ke takungan dibahagian bawah enjin apabila kereta tidak digunakan pada sebelah malam. Penurunan suhu juga akan menebalkan minyak itu. Ini bermakna minyak perlulah menjadi cukup cair untuk mengalir ke bebola (bearings) sebaik sahaja enjin dihidupkan pada waktu pagi. Tetapi, apabila suhu enjin meningkat kerana kereta laju, minyak pelincir mestilah cukup kukuh untuk menjadikan dirinya sebagai selaput untuk melindungi karburetor, tuil injap, lengan hayun dan hujung injap. Anda memerlukan minyak pelincir yang seimbang dan mempunyai campuran bergetah yang betul untuk menjaga pelinciran enjin dalam keadaan yang terlampau panas dan sejuk. Penzoil ialah minyak yang dicipta khusus untuk mempastikan pelinciran berlaku cepat apabila enjin dihidupkan daripada keadaan yang sejuk atau ketika suhu tinggi kerana perjalanan yang jauh atau kerana perjalanan dibandar yang tidak menentu kelajuannya.

Perlindungan daripada asid yang menghakis:

Wap dan gas dihasilkan apabila petrol atau bahanapi membakar. Apabila enjin yang panas menjadi sejuk, sebahagian dari wap itu menjadi tebal dan campur dengan gas untuk menjadi asid yang menghakis disekeliling lingkaran (enjin), selinder, dan omboh. Ini mengakibatkan bahagian-bahagian itu terhakis atau berkarat. Kejadian ini bagaimanapun dapat dikurangkan sekiranya ada pelinciran yang kerap.

Menjaga kebersihan enjin selalu:

Pembakaran petrol atau bahanapi juga menghasilkan enapan jelaga dan karbon. Minyak pelincir yang baik akan mengapungkan bahan-bahan sampingan itu supaya tidak terkumpul ditepi-tepi ruang pembakaran sehingga menganggu penyalaan enjin, perjalanan yang menyulitkan dan akhirnya kehilangan kuasa.
Apabila minyak enjin kereta anda ditukar pada lain kali, harap perhatikan warna minyak enjin yang ditukarkan dari ruang bawah enjin. Minyak pelincir yang baik akan mengalir keluar dari enjin dengan warna hitam legam kerana ia mengandungi partikel yang dilekangkan dari tepi-tepi ruang pembakaran dan yang akan dikeluarkan dari enjin apabila minyak enjin ditukar.
Sekiranya minyak pelincir yang mengalir keluar dari enjin itu bersih, ini bermakna kotoran sudah tertinggal didalam enjin. Selepas suatu tempoh yang panjang, bahan-bahan yang tertinggal itu akan menghakis bahagian enjin.
Apabila ini berlaku, mintalah mekanik anda supaya memasukkan pennzoil kedalam enjin. Kemudian anda saksikan warnanya apabila ditukar nanti. Anda akan mendapati warnanya hitam kerana minyak itu dapat membersihkan bahagian-bahagian yang dilekati bahan-bahan berkenaan. Pembersihan ini hanya dapat dilakukan oleh minyak yang bermutu.

KARNIVAL KO-KURIKULUM TING. 6 NEGERI KELANTAN 2011.

KARNIVAL KOKURIKULUM TING. 6 PERINGKAT NEGERI
KELANTAN.
            Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah menganjurkan Karnival Kokurikulum pelajar tingkatan 6 peringkat negeri pada 25 Jun 2011 bertempat di SMK Dato' Bija Wangsa, Tumpat, Kelantan. Antara acara yang dipertandingkan ialah Public Speaking, Kuiz Kenegaraan, Kolokium, Deklamasi Sajak, Bola Jaring, Bola Tampar lelaki dan pertandingan Pentanque. Karnival kokurikulum yang pertama kali itu diadakan membabitkan semua Pejabat Pelajaran Daerah di negeri Kelantan.  Para peserta pertandingan telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat tinggi.
           SMK Ayer Lanas yang mewakili PPD Jeli telah berjaya menjadi juara dalam acara bola tampar lelaki dan acara pentanque dengan mengalah PPD Pasir Mas dan PPD Kota Bharu. Juara Keseluruhan dimenangi oleh PPD Kota Bharu dan PPD Jeli, yang diwakili oleh SMK Ayer Lanas menduduki tempat kedua. Karnival tersebut walaupun seberhana tetapi cukup meriah.


























 Kami juara... 
Kami juga juara. 

Tahniah dan terima kasih untuk kontinjen Tingkatan 6 SMK AYER LANAS.
BRAVO!!!...

Thursday, June 23, 2011

TIP-TIP ASAS NAK TUKAR AKSESORI KERETA

JOM KITA LAYAN !!! 

1.Sport rim         Setiap pemilik kereta ada cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. sebagai contoh: Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuatAdakah anda tahu apa maksud tulisan kat tayar korang ?
Fahami maklumat tertulis pada sidewall tayar
Sport rim 14 inci atau 15 inci?
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
2. Air filter kon           Trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kereta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.
Tip2 cara terpantas test pilih quality Air filter:
Arahkan Filter itu ke matahari, tengok dalam air filter tu, ada cahaya tembus atau tidak. kalau tembus, menunjukkan kertas dia tipis sampai tembus cahaya . kalau tidak tembus, ok punya. k&n dan apexi tidak tembus cahaya.... Kalau guna airfilter tak ada brand , cuba bayangkan kalau habuk yang halus masuk, trottle body atau carburator..

Lagi satu Kalau nak pasang airfilter kalau boleh hadap radiator, angin dari luar kena lalu dari radiator baru masuk airfilter. Kalau pakai piping plak halakan jauh di tepi sudut tepi enjin dengan air filter di tutup dengan holder..
3. Silicon Plug wire-Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk (kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.
Apa yang panas dan apa yang sejuk?

Sebagai contoh NGK BP7 lebih sejuk dari NGK BP5..Nombor Kod NGK BP7 dan NGK BP5 menunjuk perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji plug...lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.
Aspek membezakannya ialah julat haba ditandakan dengan angka seperti 5,6,7 dan 8. Ia berbeza dari antara jenama.Julat haba 7 bagi NGK tidak sama dengan julat haba 7 bagi Denso atau Champion. Untuk jenama Eropah atau Amerika lebih tinggi nombornya bermakna palam pencucuh lebih panas tetapi sebaliknya jenama Jepun lebih tinggi nombor bermakna lebih sejuk!
Tak kira la spark plug tu ada berapa kepala pun, 1, 2, 3 atau 4 ke. . . . .
fungsi nye tetap same, menghasilkan percikan api, dan percikan api yg dihasilkan tetap 1 walaupun kepala nye 4.. . . . tp advantage nye spark plug tahan lama, keberangkalian spark plug
miss percikan api pun kurang. . . . iaitu lebih cekap. . . .
4. Stud bar @ Stabilizing bar           Sebenarnya bar ni tak perlu kerana  cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.4. Muffler Ekzos            Kalau nak tukar muffler banyak makan modal , banyak yang kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah ...Cuma saiz piping tu yg lagi beza... antara straight pipe & straight flow ni sesuai utk enjin-enjin v-tec ngan mivec je, kalau kat enjin biase tak elok, membazir.. flow ngn straight flow kn ad kelebihan n kelemahan dia... terpulang pada pengguna gak... biasa kedai akan terangkan performance memang rekemen s-flow utk auto, straight flow utk manual tapi agak bising . tapi pakai s-flow mmg senyap skit...
S-flow muffler
KEBAIKAN
  1. Sangat senyap.
  2. Point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian.
KEBURUKAN
  1. Menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler.
  2. Menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin.
  3. Kurang kuasa di rpm tinggi.
Straight muffler

KEBAIKAN
  1. Aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing.
  2. Point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track.
  3. Enjin yang lebih responsif dan lebih pick-up.
KEBURUKAN
  1. Bising berbanding S-Flow
  2. Menaikkan fuel consumption
  3. Kurang kuasa di rpm rendah

Cuma kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak leh. Tidak dibenarkan samasekali…mendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan

6. Tinted Cermin            Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan

Penguasakuasaan peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan ini dikuatkuasakan oleh JPJ melalui Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Peraturan-Peraturan 1991 [P.U. (A) 39/19911, di bawah Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan peraturan ini, tahap ketelusan yang dibenarkan pada kenderaan adalah setakat 70% ketelusan cahaya pada cermin hadapan dan 50% pada cermin belakang. adalah dinasihatkan supaya tidak memasang cermin gelap berbentuk fully tinted film pada kenderaan mereka
Pengguna juga digalak menyemak dan mendapatkan kepastian JPJ atau menrujuk tahap ketelusan cahaya pada kenderaan mereka di PUSPAKOM.


*Maklumat ni aku kopi dari laman blog fire starting automobile untuk manfaat kita semua...bye...

Wednesday, June 22, 2011

CARA NAK KILAT KERETA

How to Wax a Car

Go to fullsize image

Instructions
(Arahan)
  1. Step1
    Wash and dry your car thoroughly before waxing.
    (basuh dan keringkan kereta anda betul-betul sebelum menggilap.)
  2. Step2
    Know that some waxes contain abrasives, which can damage clear-coat and lacquer finishes, and may be harmful to dark-colored paint jobs. When in doubt, use a non abrasive wax.
    (Tahukah anda bahawa beberapa penggilap lilin mengandungi pelelas yang boleh merosakkan lapisan jernih dan kemasan, ini boleh jadi berbahaya untuk  kerja-kerja mengecat yang  berwarna gelap. Bila dalam keraguan, gunakan satu penggilap lilin yang  tiada pelelas)
  3. Step3
    Park the car in a cool, shady spot. If you don't have access to a shady spot, wax one section at a time so the sun doesn't bake the wax onto your car. Avoid waxing if it's very hot or very cold outside.
    (Letak kereta anda dikawasan yang redup. Jika anda tidak mempunyai kawasan yang redup, gilap kereta anda pada satu satu bahagian dahulu supaya matahari tidak membakar pengilap lilin ke atas kereta anda. Cuba elak menggilap jika kawasan anda sangat panas atau sangat sejuk.)
  4. Step4
    Dip a damp wax sponge into the car wax, getting a half-dollar-size clump on your sponge.
    (Celup satu span lilin yang lembap kepada pengilap lilin kereta, lebih kurang bersaiz 10 sen.)
  5. Step5
    Rub the wax onto the car using small circles. Avoid getting wax into seams and jambs, if this happens, use an old, very soft toothbrush to remove it.
    (Menggosok pengilap lilin ke atas kereta anda menggunakan bulatan kecil. Dapat mengelak lilin kepada 'mengelim dan jambs', jika ini berlaku, gunakan satu berus gigi lembut yang lama, bagi membuang ia.) 
  6. Step6
    Working on a section at a time, cover your car's entire surface, remembering the path you took. By the time you have finished, the wax will be ready to remove.
    (Bekerja pada satu bahagian pada satu masa, meliputi keseluruhan permukaan kereta anda dan mengingati laluan yang anda ambil. Pada masa anda telah siap keseluruhan, pengilap lilin tersebut tersedia untuk dibuang, mulai dengan tempat pertama anda letak pengilap lilin tersebut.)
  7. Step7
    Using soft terry cloth towels (or, better yet, cloth diapers), wipe off the wax in the same order in which it was applied.
    (Gunakan kain tuala yang lembut (atau, lebih baik masih belum digunakan, kain khas utuk kereta), memadamkan lilin dalam cara sama di mana ia telah diaplikasikan sema proses mengilap.) 
  8. Step8
    Shake out the towel or cloth as you work, in order to avoid wax buildup and streaking.
    (Mengibas-ngibaskan tuala atau kain sebagaimana anda kerja, dengan tujuan mengelak lilin dari bergumpal dan melekat pada kain.)
  9. Step9
    Leaning as close to the surface of your car as you can, look down the sides and across the front, back and roof to spot any residual wax.
    (Tunduk hampir dengan permukaan kereta anda serendah boleh, pandang pada bahagian-sisi dan hadapan, belakang dan bumbung untuk melihat mana-mana lilin sisa yang tertinggal.)
  10. Step10
    Use a cloth diaper or a cheesecloth to polish the car's entire surface.
    (Menggunakan sehelai kain atau sekeping fabrik untuk menggilap keseluruhan permukaan kereta itu sekali lagi.)
  11. Step11
    Wash your used towels, cloths and pads with liquid fabric softener to keep them from scratching your car the next time you use them.
    (Basuh tuala yang anda telah pakai dengan pelembut kain untuk memastikan kain tersebut bersih daripada kotoran yang boleh mencalarkan kereta anda pada masa hadapan.)
    For details you can surf this link >> http://www.ehow.com/video_1327_wax-car.html

NOMBOR-NOMBOR PADA TAYAR

Go to fullsize image
Makna Nombor Pada TayarSebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalag 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.
Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)
Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

*Selamat menilik tayar kereta... dan bermanfaat buat semua.

Thursday, June 16, 2011

27 JENIS LIMPAHAN UNGKAPAN RASA CINTA

Go to fullsize image
KATA – KATA BIJAK tentang CINTA 

1. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi.

2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

3. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

4. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

5. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
6. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

7. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

8. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

9. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

10. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

11. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

12. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

13. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

14. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.

15. Hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

16. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

17. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

18. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

19. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah hebatnya cinta !

20. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

21. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

22. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

23. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

24. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

25. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

26. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang paling sukar diperolehi.

27. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Wednesday, June 15, 2011

BILAKAH SEMUA MANUSIA KAYA, KAYA, KAYA???

Spelling Manor (Realtor.com)

Apakah betul Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Tiada Kemiskinan ???

Sering kali kita mendapatkan maklumat bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, mereka sangat kaya, sehingga penduduknya tidak mahu menerima sedekah,harta dan juga zakat. Tetapi apakah kerana memang kemiskinan telah tidak ada? Berikut ini sedikit kisah semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam jangka waktu yang sangat pendek, Umar bin Abdul Aziz berhasil merubah dunia menjadi seperti “syurga“. Hanya dalam tempoh lebih kurang 2 tahun setengah, tidak ada orang miskin yang mahu menerima harta zakat. Kemakmuran itu tidak hanya dirasakan oleh rakyat yang tinggal berdekatan dengan ibu kota negara Islam waktu itu, iaitu Damsyik, tetapi sampai ke serata pelosok Afrika. Kesejahteraan itu juga tidak hanya dinikmati oleh penduduk muslim, tetapi juga dirasakan oleh non muslim.

Timbul pertanyaan, apakah benar seluruh penduduk pada waktu itu sudah kaya?
Apa sebenarnya yang sudah dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz ?
Apa yang sudah terjadi pada diri rakyatnya ?

Kalau kita renungkan, sebenarnya Umar bin Abdul Aziz bukan menjadikan seluruh rakyatnya kaya raya dan mewah. Kerana realitinya orang kaya pun kalau diberi wang banyak akan menerima pemberian itu, bahkan minta tambah lagi. Jadi, perkara sebenarnya yang berhasil dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz adalah membunuh rasa kemiskinan dan menyuburkan rasa qana’ah dalam jiwa-jiwa rakyatnya. Dengan ke-qana’ahan itu mereka merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan merasa memiliki harga diri untuk tidak menadahkan tangan.

Kenapa tidak, kerana Umar bin Abdul Aziz selaku pimpinan tertinggi dunia waktu itu yang mengambil langsung contoh sifat qana’ah, wara’ dan iffah. Membodek, iri hati dan hasad dengki tentu tidak bergayut di jiwa-jiwa rakyatnya. Sebab pemimpin mereka yang paling bukan untuk hidup serba mewah dan berfoya-foya tetapi memilih hidup sangat sederhana, bahkan lebih sederhana dari kehidupan rakyatnya yang kelas bawahan. Kecemburuan sosial sudah terkikis habis, bahkan rakyatnya malu untuk menuntut lebih dari sepatutnya. Rakyat begitu kasihan melihat kehidupan pemimpinnya yang sederhana. Berkali-kali pembantu Umar bin Abdul Aziz  mengatakan, “semua rakyat sudah hidup senang, tinggal anda dan saya yang hidup dalam keadaan sengsara”. Namun itulah pilihan hidup beliau, tugasnya adalah membahagiakan seluruh orang, sehingga rakyatnya tenang memikirkan kehidupan akhiratnya. Jangan sampai gara-gara memikirkan perut, rakyat tidak sempat memikirkan soal akhirat. Sementara untuk beliau sendiri cukuplah kesenangan dan kemewahan itu di akhirat sahaja.
Kerana pemimpinnya sibuk memikirkan kebahagiaan rakyatnya, rakyat pun percaya kepada pemimpinnya. Tanpa mengenal lelah Umar bin Abdul Aziz berusaha dan berdo’a untuk kebahagiaan rakyatnya,manakala rakyatnya pula menyambut seruan tersebut sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pemimpinnya. Perbualan para kaum ibu yang biasanya menceritakan hal duniawi berubah menjadi, si Anu itu solat tahajjudnya tidak ketinggalan, anak si fulan sudah hafal quran, si anu melakukan kebaikan ini dan itu. Yang jadi bahan untuk percakapan rakyat hanya kepentingan dalam taqwa dan kebaikan. Maka tidak hairanlah dunia boleh  disulap menjadi “mini syurga ”.
Masa seperti itu akan muncul sekali lagi di bumi ini sebelum terjadinya kiamat, seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah. Tetapi semua itu tidak akan muncul begitu sahaja dengan sim salabim abra kadabra, namun diusahakan dengan kerja keras. Apakah pasti: saya, anda dan kita semua mempunyai aset dalam mewujudkan cita-cita tersebut???.

Sunday, June 12, 2011

RAHSIA AYAT KURSI

Rahsia di sebalik ayat kursi
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZTe055sUv48XzgIOILtKb6vJmcETJuWaVm1BFkwhAiwLF3ciXjLoBvI6Xc_rLZv6Z86wYMiOuNj4FyG1DkwnvNC17q9cxqm3B0_NgUEM0Be61Mzau_nx-o9xQT_ZcZSqQ-HTPlehx_0c1/s400/ayat_kursi.gif

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal  syaitan yang duduk
di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati
isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah
Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar
jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.
3)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak
tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah
disekitarnya.
4)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat
fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang
bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta
Allah melimpahkan rahmat padanya.
5)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah
SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7)  Barang siapa membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

3 PANGGILAN YANG WAJIB DIINGATI...

 Tiga Panggilan AllahGo to fullsize image
Ada tiga panggilan Allah yang wajib dipenuhi oleh hamba-hamba-Nya.

Pertama, panggilan solat, iaitu ketika azan berkumandang lima waktu sehari semalam. Seruan lima kali sepanjang 24 jam ini terus bergema susul-menyusul, silih bergantian dari satu masjid ke masjid lainnya. Selesai dari satu negeri , berpindah ke belahan bumi yang lain, terus berputar selagi bumi masih bergerak mengelilingi paksinya. “Allahu akbar … Allahu akbar …!”
Sahabat Ibnu Abbas adalah orang yang sering kali menangis apabila mendengar panggilan azan bergema. Serbannya sering basah oleh titisan airmatanya yang terus mengalir mengiringi alunan suara muazin. Ketika ada yang bertanya mengapa jadi begitu? Ibnu Abbas menjawab, “Seandainya semua orang tahu makna seruan muazin itu, pasti ia tidak akan dapat beristirahat dan tidak akan dapat tidur nyenyak.” Kalimat Allahu akbar sahaja mengandungi makna panggilan kepada orang beriman yang sedang sibuk mengurus harta duniawi agar berhenti sejenak, menyahut seruan itu. Mengistirahatkan badan dan segera beramal demi meraih kepentingan dan keuntungan yang hakiki.

Go to fullsize image
Kedua, panggilan haji. Allah menyeru di dalam firman-Nya: “Dan, berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, pasti mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh …” (QS al-Hajj [22] : 27).
Oleh kerana itulah, mereka yang menunaikan ibadah haji menjawab seruan itu dengan kalimat talbiah, “Aku penuhi panggilan-Mu, ya Allah, aku penuhi. Aku penuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku penuhi penggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat, dan kekuasaan hanyalah milik-Mu semata, tiada sekutu bagi-Mu.”

Go to fullsize image
Ketiga, panggilan kematian. Sifat manusia sering kali menunda-nunda panggilan azan. Begitu juga ketika panggilan haji telah tiba, ia pun belum tergerak memenuhinya, walau sudah mampu. Akan tetapi, terhadap panggilan yang satu ini, tidak ada satu pun yang sanggup menghalanginya, apalagi menundanya. Malaikat Izrail, pencabut nyawa, atas perintah Tuhannya akan melaksanakan perintah Allah. Ia tidak akan mempercepat ataupun melewatkan walau sesaat apabila sudah datang waktunya.
“Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan, Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS al-Munafiqun [63]: 11).
Dalam ayat lainnya, Allah SWT juga sering mengingatkan umat manusia untuk sentiasa memperhatikan seruan-Nya, mengerjakan segala perintah-Nya, dan menjauhi segala larangan-Nya.
Dengan penuh kesedaran diri dan keinsafan iman, marilah kita penuhi panggilan Allah sama ada panggilan azan solat , dan panggilan haji ke tanah suci bila kita telah mampu untuk menunaikannya.
Demikian juga panggilan-panggilan yang lain, seperti panggilan dakwah, panggilan jihad, dan panggilan kebaikan lainnya. Sebelum datang panggilan Allah yang tidak dapat ditawar-tawar lagi kehadirannya, yakni panggilan kematian. Sementara mereka yang masih hidup pun hanya sanggup mengucapkan, “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kita semua kembali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...