Wednesday, June 15, 2011

BILAKAH SEMUA MANUSIA KAYA, KAYA, KAYA???

Spelling Manor (Realtor.com)

Apakah betul Pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz Tiada Kemiskinan ???

Sering kali kita mendapatkan maklumat bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, mereka sangat kaya, sehingga penduduknya tidak mahu menerima sedekah,harta dan juga zakat. Tetapi apakah kerana memang kemiskinan telah tidak ada? Berikut ini sedikit kisah semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Dalam jangka waktu yang sangat pendek, Umar bin Abdul Aziz berhasil merubah dunia menjadi seperti “syurga“. Hanya dalam tempoh lebih kurang 2 tahun setengah, tidak ada orang miskin yang mahu menerima harta zakat. Kemakmuran itu tidak hanya dirasakan oleh rakyat yang tinggal berdekatan dengan ibu kota negara Islam waktu itu, iaitu Damsyik, tetapi sampai ke serata pelosok Afrika. Kesejahteraan itu juga tidak hanya dinikmati oleh penduduk muslim, tetapi juga dirasakan oleh non muslim.

Timbul pertanyaan, apakah benar seluruh penduduk pada waktu itu sudah kaya?
Apa sebenarnya yang sudah dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz ?
Apa yang sudah terjadi pada diri rakyatnya ?

Kalau kita renungkan, sebenarnya Umar bin Abdul Aziz bukan menjadikan seluruh rakyatnya kaya raya dan mewah. Kerana realitinya orang kaya pun kalau diberi wang banyak akan menerima pemberian itu, bahkan minta tambah lagi. Jadi, perkara sebenarnya yang berhasil dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz adalah membunuh rasa kemiskinan dan menyuburkan rasa qana’ah dalam jiwa-jiwa rakyatnya. Dengan ke-qana’ahan itu mereka merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan merasa memiliki harga diri untuk tidak menadahkan tangan.

Kenapa tidak, kerana Umar bin Abdul Aziz selaku pimpinan tertinggi dunia waktu itu yang mengambil langsung contoh sifat qana’ah, wara’ dan iffah. Membodek, iri hati dan hasad dengki tentu tidak bergayut di jiwa-jiwa rakyatnya. Sebab pemimpin mereka yang paling bukan untuk hidup serba mewah dan berfoya-foya tetapi memilih hidup sangat sederhana, bahkan lebih sederhana dari kehidupan rakyatnya yang kelas bawahan. Kecemburuan sosial sudah terkikis habis, bahkan rakyatnya malu untuk menuntut lebih dari sepatutnya. Rakyat begitu kasihan melihat kehidupan pemimpinnya yang sederhana. Berkali-kali pembantu Umar bin Abdul Aziz  mengatakan, “semua rakyat sudah hidup senang, tinggal anda dan saya yang hidup dalam keadaan sengsara”. Namun itulah pilihan hidup beliau, tugasnya adalah membahagiakan seluruh orang, sehingga rakyatnya tenang memikirkan kehidupan akhiratnya. Jangan sampai gara-gara memikirkan perut, rakyat tidak sempat memikirkan soal akhirat. Sementara untuk beliau sendiri cukuplah kesenangan dan kemewahan itu di akhirat sahaja.
Kerana pemimpinnya sibuk memikirkan kebahagiaan rakyatnya, rakyat pun percaya kepada pemimpinnya. Tanpa mengenal lelah Umar bin Abdul Aziz berusaha dan berdo’a untuk kebahagiaan rakyatnya,manakala rakyatnya pula menyambut seruan tersebut sesuai dengan apa yang diinginkan oleh pemimpinnya. Perbualan para kaum ibu yang biasanya menceritakan hal duniawi berubah menjadi, si Anu itu solat tahajjudnya tidak ketinggalan, anak si fulan sudah hafal quran, si anu melakukan kebaikan ini dan itu. Yang jadi bahan untuk percakapan rakyat hanya kepentingan dalam taqwa dan kebaikan. Maka tidak hairanlah dunia boleh  disulap menjadi “mini syurga ”.
Masa seperti itu akan muncul sekali lagi di bumi ini sebelum terjadinya kiamat, seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah. Tetapi semua itu tidak akan muncul begitu sahaja dengan sim salabim abra kadabra, namun diusahakan dengan kerja keras. Apakah pasti: saya, anda dan kita semua mempunyai aset dalam mewujudkan cita-cita tersebut???.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...